SUBSCRIBE

Ahad, Februari 19, 2017

GEMUK DURJANA 11

"Dude, Nisa memang powerlah weh. Dia sepak Mia sampai lebam pipinya. Nasib baik tak terabur giginya. Memang terbaik. Cakap terima kasih pada Nisa. Atleast aku tahu seminggu aku bebas dari Mia. Mia tu merimaskan. Suka control aku. Tapi ni selagi lebam dia tak surut, mesti dia tak nak keluar rumah. Tak nak jumpa aku. Makanya aku sangat bebas sekarang. Kau ingat pesan aku tadi, kalau kau dah tak nak dekat Nisa tu, pas dekat aku. Sedap peluk pompuan berisi ni. Mesti aku tak lepas peluk dia siang malam. Pandai Mami kau pilih. Suruh Mami kau pilih untuk aku sama. Bagus juga jadi anak dengar cakap ni. Mami suruh pikat, kau pikat. Mami suruh kahwin, kau kahwin. Bagus. Bagus. Weh, kau dengar tak ni?"
Kata-kata Lukman itu masih terngia-ngia ditelinga aku. Kalau dia depan aku, sudah aku ganyam dia. Otak tu kuning sangat. Banyak lemak. Kolestrol. Elok dibuang. Detox semua kekotoran dalam otak dia tu. Sakit hati kita.
Itu belum lagi dengan aweks dia si Mia gediks tu. masuk saja bilik air perli aku. Kata aku nak menggoda teman lelaki dia. Tolonglah, ‘mangkuk’ tu. Aku tengok Lukman pun tak ada selera. Muka gaya kasanova terlatih. Geli lah. Iwan aku handsome lagi bergaya dari Lukman kau tu.
Masa tu aku diam saja. Makin aku diam, makin banyak tuduhan dia lemparkan pada aku. Kebetulan masa tu masuk dua orang pelanggan restoran itu, makanya makin kuat dan pedas dia menghina aku. Paling aku tak tahan dia kata
“You ingat Iwan tu suka dengan you? Sedarlah diri, budak gemuk. Kau dengan dia langsung tak sesuai. Kau tak rasa ke budak gemuk yang kau tu sedang memalukan Iwan? Dia tu orang meniaga. Jumpa orang sana sini. Terpaksa bawa kau. Kau ingat dia tak malu ke? Nak kena kenalkan kau PA merangkap girlfriend. Kau tak perasan ke air muka Iwan masa dia kenalkan kau tadi? Selama ni kau tak perasan ke yang kau sedang buat Iwan malu dengan kehadiran kau?” Suara Mia memerli itu aku tahan saja.
Aku sabarkan diri.
“Kau memang dasar gemuk tak sedar diri kan?” Tengking Mia.
Dan memang lepas tu aku tampar pipi dia sekuat hati aku. Melepaskan geram yang aku tahan sejak mula dia buka mulut didalam tandas ini. Lepas tu terus aku keluar dan ajak Iwan balik. Balik pejabat, Lukman pula buat kita sakit hati dengan ayat-ayatnya itu.
Arhhh...!!! Stress!!!!
Tak sukalah orang kata kita amcam tu. Dorang ingat kita ni tak ada perasaan ke? Suka hati nak bercakap. Suka hati nak mengutuk dan menghina kita.
Kita benci gila dengan dia orang ni!!!
Suara Guy Sebastian menyanyikan lagu ‘Angle Brought Me Here’ dah keluar dari telefon bimbitku menandakan yang sekarang sudah jam 5 pagi. Aku capai. Aku matikan alarm ditelefon bimbitku. Aku kemudian membuat rutin tugasku sebagai PA Iwan. Telefon dia setiap pagi jam 5.
“Assalamualaikum, abang Iwan. Dah pukul 5. Bangunlah.” Lemah saja suaraku.
“Waalaikumsalam. Nisa okey ke ni? Suara lain saja. Macam bukan baru bangun tidur.” Tanyanya dalam suara serak seksi paginya.
“Tak tidur pun. Hari ni tak payah ambil Nisa. Nisa pergi sendiri. Nisa sarapan dekat rumah. Nisa lewat sikit masuk pejabat.” Beritahuku.
“Nisa okey?” Tanyanya lagi penuh dengan prihatin.
“Nisa okey.” Jawabku dan terus mematikan telefon.
Aku rasa nak menangis. Mana mungkin aku biar dia dengar suara aku nak menangis. Entah kenapa malam tadi aku fikir semua balik yang terjadi. Dari apa yang Mia cakap sehingga setiap apa yang telah Lukman katakan.
Mami pilih aku untuk dia? Bukan dia yang pilih aku? Maknanya selama ini yang dia kata dia nak mengorat aku tu sebab Mami suruh dia bukan sebab dia dah jatuh hati pada aku?
Ayat itu sentiasa bermain diminda aku malam tadi. Dan beberapa kali juga aku ketawakan diri sendiri kerana terasa aku bodoh. Bodoh kerana membuang semua pegangan aku yang selama ini aku pegang kemas.
“Orang gemuk tak layak untuk cinta. Aku pilih untuk terus gemuk dan aku pilih untuk hidup tanpa cinta.”
Aku menyebut semula ayat yang aku pegang selama berkali-kali. Ayat ini selalu aku ingat dulu ni sebelum berjumpa dan jatuh cinta pada Iwan. Dan makin aku sebut ayat itu, makin deras air mata aku mengalir.
Bodoh betul. Macam mana aku boleh lupa. Macam mana aku boleh ingkar janji ni? Aku sudah janji untuk tidak terpedaya dengan cinta. Orang lelaki hanya suka permainkan insan seperti aku. Saja suka-suka. Lupa ke pesan paksu? Paksu kan dah kata
"Tak ada lelaki yang suka perempuan gemuk. Kalau dia kata dia suka, hati-hati. Itu maknanya dia nak sedap"
Lupa ke? Oh, terima kasih pada Lukman kerana ingatkan aku apa yang Paksu pesan dulu. Bukti kata-kata Paksu tu betul adalah Lukman. Kan dia cakap, aku ni sedap buat peluk.
Dan bukti pada prinsip aku itu betul adalah Iwan. Dia bukan pilih aku tapi terpaksa pilih sebab Mami. Aku kenal Iwan yang tak akan ingkar kata-kata Mami.
Sampai hati Iwan main-mainkan hati dan perasaan aku. Kata nak mengorat aku tapi rupa-rupanya Mami yang suruh. Kata rindu padaku padahal hanya mainan kata agar hasrat Mami dapat dijayakan. Semua ini rupa-rupanya auta. Aku saja yang tak sedar diri.
Tak, bukan salah Iwan. Aku yang perasan sendiri. Bila dia cakap dia rindu aku, aku yang terperasan sendiri. Dengan kawan pun kita boleh rindu, kan? Mungkin selama ini Iwan anggap aku kawan atau adik dia saja. Aku yang menyatakan rasa sayang dan cintaku aku padanya. Selama ini mana pernah dia cakap dia sayangkan aku apatah lagi cintakan aku. Aku saja yang perasan sendiri.
Malunya...
Mujur selama ini kami kurang bercakap tentang hati dan perasaan. Perbualan kami lebih pada pengetahuan am dan isu semasa. Selama beberapa bulan sejak aku jadi PA merangkap kekasihnya ini, tidak sekali pun kami bercakap tentang perasaan dengan serius. Mujurlah... Syukur, Ya Allah. Kalau tak mesti aku malu gila.
“Nisa, Iwan dah datang ni.” Jerit mama dari bawah.
Dia datang? Kan aku dah pesan supaya tak datang. Aku pergi sendiri. Aku nak biasakan diri tanpa dia. Sudah lebih setengah aku biasa dab sentiasa ada dengan dia. Ke mana pun dia, disitulah aku. Kalau pergi outstation atau oversea pun, aku tetap bersamanya. Jadi, aku dah putuskan untuk kurangkan waktu bersamanya. Tapi dia pula datang.
“Kenapa abang Iwan datang? Kan Nisa pesan dah. Nisa pergi sendiri.” Marahku dari atas.
Dia mendongakkan kepalanya ke atas.
“Nisa tak siap lagi. Tak mandi pun lagi.” Kataku lagi. Dia hanya pandang aku.
“Abang risaukan Nisa. Tu yang datang awal.” Katanya setelah lama memerhatiku.
Aku pandang jam yang tergantung didinding. Baru pukul 7.15am. Awalnya. Buat apa datang awal macam ni. Risau? Eyh Nisa. Kawan pun boleh risau tau. Abang pun selalu risaukan adiknya. Jangan nak perasan yang dia risaukan kau sebagai kekasih.
“Kejap, Nisa siap.” Terus aku masuk ke bilik selepas menyuruhnya menungguku seketika.
Aku ke bilik air, membuka shower dan menghemburkan air mataku. Sakitnya ya Allah mengenangkan dia yang tidak ada apa-apa perasaan padaku. Sakitnya bila tahu hakikat yang diri ini bodoh kerana memperbodohkan diri sendiri. Sakitnya, bila dia masih risaukan aku walaupun tidak punya apa-apa perasaan padaku.
Ya Allah...
‘Iwan dekat bawah, Nisa. Nisa, tahan diri. Kau okey saja. Kau kawan dia. Dia bos kau. Sebagai PA yang berdedikasi, kau kena tabah. Kau kena kuat. Bertahanlah wahai Cik Nisa.’ Aku cuba menenangkan diriku sendiri.
Cepat saja aku bersihkan badan. Aku angkat wuduk. Walaupun tak boleh solat, wuduk kena jaga agar aku terhindar dari semua bisikan syaitan. Insya Allah... Amin.
Selesai berpakaian, aku pandang ke cermin. Ya Allah, cantikkan akhlakku seperti mana kau cantikkan kejadianku. Allah, tolong pinjamkan aku kekuatan dan ketabahan serta kesabarn. Hindarkan aku dari menangis dihadapannya. Biarlah aku jadi normal dihadapannya. Jangan engkau gerakkan hatinya untuk mengesan kesedihan dan kesakitan yang aku alami ini. Amin...
Aku keluar bilik dan turun ke bawah. Aku pergi mencari mama dan abah yang berada ditingkat bawah tanah. Selalunya mereka akan ada didapur untuk sarapan. Setelah bersalaman dengan mereka. Aku naik semula ke atas.
“Jom.” Ajakku bersama senyuman yang aku maniskan.

Payah untuk melakarkan senyuman itu tapi aku gagahkan juga untuk tersenyum supaya dia tak risaukan aku. Biarlah dia sentiasa bergembira dengan aku selagi aku mampu untuk buat dia tersenyum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan