SUBSCRIBE

Rabu, Januari 24, 2018

Cinta? Semak! 36

Puas sudah Haikal dan Firdaus memujuk Adha, namun, anak kecil itu tetap melalak tak mahu ke sekolah. Sedangkan sebelum ini, dia paling teruja nak ke sekolah. Setiap pagi, elok saja dia ke sekolah. Pagi ni, lain pula perangainya.
“Adha dah pakai baju pun, jomlah daddy hantar.” Pujuk Firdaus bila tangisan Adha mula reda.
Adha geleng.
“Habis tu, nak Ayah Cu hantar?” Tanya Haikal.
Adha geleng.
“Tak nak pergi sekolah!” Kata Adha.
“Kenapa?” Tanya Haikal.
Adha diam.
“Tak nak pergi sekolah, nak jadi apa?” Marah Engku Da yang baru turun dari biliknya.
“Bonda!” Marah Firdaus dan Haikal dengan nada terkawal. Tidak tinggi.
“Bonda hantar.” Kata Firdaus.
Adha senyum. Dia mula melompat riang.
“Adha nak nenda hantar ke?” Tanya Haikal.
Adha angguk.
“Jangan harap!” Kata Engku Da.
Adha mula monyok.
“Bonda, kalau dia tak pergi sekolah, dia nak jadi apa?” Kata Haikal memulangkan semula kata-kata Engku Da tadi.
“Bukan masalah bonda.” Balas Engku Da.
“Bonda, Adha anak Daus. Mestilah dia masalah bonda. Semua yang kita bina ni, semua untuk dia. Untuk dia bela adik-adik dia.” Kata Firdaus.
“Adik-adik dia? Daus nak kahwin ke?” Tanya Engku Da. Teruja.
“Anak adik nanti, adik Adha lah.” Jawab Firdaus.
Engku Da kembali murung. Setelah kehadiran Adha, Firdaus tegas mengatakan yang dia tidak mahu mendirikan rumahtangga. Katanya, tujuan Engku Da menyuruhnya kahwin sebab zuriat. Sekarang ni, dia sudah ada zuriat. Jadi, tak ada sebab untuk dia berkahwin. Itu yang buat Engku Da kecewa.
“Adik pun belum tentu kahwin. Tak jumpa lagi yang berkenan dihati.” Kata Haikal.
“Sampai hati anak-anak bonda buat bonda macam ni. Kalau macam tu, siapa nak teruskan legasi yang moyang bonda dan ayah tinggalkan ni?” Tanya Engku Da.
Firdaus dan Haikal memandang Adha. Engku Da turut memandang Adha kemudiannya.
“Dari segi hukum, dia tak layak.” Kata Engku Da.
“Bonda ada pilihan lain?” Tanya Haikal.
Engku Da diam.
“So, bonda nak biar je Adha tak pergi sekolah?” Tanya Haikal lagi.
“Okey. Suruh Mat siapkan kereta. Pergi ambil beg bonda.” Putus Engku Da. Mengalah.
Haikal bergegas naik ke atas. Sebelum Engku Da menukar fikiran, baik dia cepat.
“Adha pergi sekolah dengan nenda, ya. Jaga nenda. Jaga diri. Belajar sungguh-sungguh.” Pesan Firdaus sambil membetulkan pakaian Adha.
“Daddy, kalau hari-hari nenda hantar, boleh tak?” Tanya Adha.
“Kena tanya nenda.” Jawab Firdaus.
“Nenda, boleh tak hantar Adha hari-hari.” Tanya Adha kepada Engku Da sambil memegang tangan nendanya.
Engku Da menjeling.
“Bonda…” Pujuk Firdaus.
“Tengoklah kalau nenda tak busy.” Balas Engku Da. Terpaksa.
Adha sorak kegirangan.

Tanpa sedar, Engku Da mengukir senyum.