SUBSCRIBE

Ahad, Februari 19, 2017

GEMUK DURJANA 13

“Happy saja hari ni.” Kataku.
Dia senyum.
Mahu aku tak pelik. Dah beberapa minggu dia buat muka beku. Buat muka tak ada perasaan. Macam-macam cara aku buat untuk buat dia kembali tersenyum tapi tidak berhasil. Senyum sekadar nak ambil hati saja. Sampai satu tahap, terasa nak berputus asa tapi aku kuatkan hati. Tetap mencuba buat dia senyum.
Hari ni senyum saja. Tiba-tiba boleh senyum. Sama macam mana tiba-tiba dia boleh berubah ke mood beku macam tu dia boleh kembali ceria. Ada berita baik apa-apa ke ni? Bukan, sebenarnya hati aku nak tanya, siapa yang berjaya mengembalikan senyuman diwajahnya? Tapi rasa sakit pula bila fikir ada yang berjaya buat dia kembali senyum. Dan orang tu bukan aku. Siapa dia? Riz?
“Hidup kenalah sentiasa happy. Esok, cerita lain tapi hari ni cerita hari ini.” Jawabnya.
“Betullah tu. Cuma hairan macam mana boleh senyum manis sangat ni? Siap tunggu abang Iwan. Dua tiga minggu ni asyik kena tunggu dia je. Itu belum lagi muka kelat, tak ada perasaan.” Tanyaku.
“Masa tu emotional unstable. Sekarang dah baik. Then I give back your Nisa.” Katanya.
Dia ketawa kecil tapi nampak kegirangan diwajahnya. Dengan suaranya yang manja. Betullah, aku dapat balik tengok Nisa yang aku kenal.
Your Nisa?
My Nisa?
Macam pelik saja ayat tu. kalau dulu rasa nak muntah tapi sekarang ni rasa berbunga pula. Apa sudah jadi dengan hati aku ni? Sudah sukakah? Biasalah kan? Suka lah. Berkongsi rasa gembira dengan orang lain. Tak ada maknanya sebab ‘your Nisa’ tu.
“So, Mr. Bos, hari ni is your free time. As per request. Hari Isnin masa untuk settle up everything dekat office. But since everything have been done Sabtu hari tu. Hari ni kalau pergi office pun sebenarnya tak ada apa sangat nak buat. So, today is hari lapak bos.” Katanya memulakan tugasnya sebagai PA aku.
“Macam tu, apa kata kita naik Cameron. Short vacation for celebrate kembalinya Nisa yang saya rindui.” Ujarku.
Idea sepontan. Bukan sebab Nisa tapi sebab aku rasa nak pergi Cameron Highland. Tapi tu lah, kenapa aku rasa kata-kataku itu terlalu jujur? Seakan sesuatu yang memang aku maksudkan.
Aku pandang dia bila tiada jawapan. Aku lihat dia sedang menaip sesuatu ditelefon bimbitnya. Aku kembali memandang ke depan. Memberi tumpuan pada pemanduanku. Seketika kemudian, dia sedang ditalian.
“Kak, Nisa ni. Ada apa-apa yang urgent tak untuk bos hari ni?” Dia diam seketika. Aku rasa dia sedang bercakap dengan salah seorang staff di pejabat.
“Okey.” Itu saja jawapan dia dan terus matikan talian.
Sekali lagi dia mendail nombor telefon tapi aku tak pasti nombor siapa. Aku pun tak ada niat nak tanya. Dia tahu buat kerja dia. Jadi, biarkan saja.
“Assalammualaikum, Mami. Sihat?” Dia memberi salam bila taliannya bersambung. Telefon Mami rupanya.
“Alhamdulillah... Mami, abang Iwan ajak pergi Cameron. Insya Allah, balik harilah. Nak ikut?” Dia meminta izin Mami bagi pihakku.
Aku senyum. Kan aku kata, dia tahu buat kerja dia. Sejak dia jadi PA aku ni, kerja aku makin senang. Patutlah orang suka nak ada PA. Kenapalah dulu tak terfikir nak cari PA?
“Abang Iwan kata short vacation maknanya sekejap sajalah, Mami. Tak apa, nanti apa-apa Nisa update Mami, yea?” Katanya. Selepas berpamitan, dia mematikan talian telefonnya dan kembali mendail sekali lagi.
“Ini, abang Iwan kena cakap sendiri.” Katanya kepadaku sambil membuka pembesar suara telefon bimbitnya dan diletakkan dekat dengan mulutku.
“Assalamualaikum, Nisa. Kenapa ni?” Suara disebelah sana memberi salam.
“Waalaikumsalam. Abah, abang Iwan nak cakap dengan abah ni.” Katanya sambil menarik tangannya ke mulutnya sebelum meletakkan kembali telefon bimbitnya dekat dengan mulutku kembali.
“Assalamualaikum, pakcik.” Aku memberi salam.
“Waalaikumsalam... Kenapa Iwan?” Tanya abah Nisa.
“Iwan nak minta izin bawa Nisa pergi naik Cameron pagi ni.” Aku meminta izinnya.
“Balik bila?” Tanyanya lagi.
“Insya Allah, petang atau malam kami turunlah.” Jawabku.
“Kalau malam, tak payah turun. Tidur saja sana. Patah baliklah ambil baju. Buat spare in case kena spend a night kat sana.” Pesan abah Nisa.
Aku senyum.
Mama dan abah Nisa sangat percayakan aku hinggakan kemana saja aku pergi dan aku bawa Nisa bersama pun, mereka tak risau. Kadang-kadang aku ada juga terfikir, andai suatu hari nanti aku tinggalkan Nisa. Macam mana hubungan aku dengan mereka. Mesti mereka hilang terus kepercayaan mereka kepadaku.
“Tak apalah abah. Kereta abang Iwan ni kan umpama almari Nisa juga. Ada saja baju untuk emergency.” katanya sambil menarik semula tangannya. Aku biarkan saja.
“Tak apalah macam tu. Jaga diri, jaga maruah. Iwan, jaga Nisa elok-elok.” Pesan abah Nisa.
“Baik, pakcik.” Kataku.
Aku lihat dia sebentar. Senyum sambil membaca sesuatu didalam telefon bimbitnya. Siapa? Siapa yang buat dia senyum itu?
“Bos, kena pergi office kejap. Ada cek urgent nak kena sign. Kak Mai kata dia tunggu kat bawah saja. Urgent sebab dia dah janji nak release payment hari ni.” Katanya.
Aku hanya angguk.
Macam mana pun, urusan pejabat mesti diberikan keutamaan. Ada orang boleh saja cakap, payment saja tapi pada aku, payment itu penting. Aku tak suka pekerja aku buat pembayaran lambat kepada supplier. Aku tahu yang setiap pembayaran itu amat penting untuk setiap peniagaan. Ia selalunya digunakan untuk membuat pusingan modal. Aku pernah susah. Aku tahu kesusahan orang lain. Aku juga seorang peniaga.
“Kita pergi sarapan dululah.” putusku selepas selesai urusan aku dengan akauntan syarikatku.
“Mestilah. Takkan nak tunggu sarapan dekat Cameron. Gastrik karang.” Jawabnya.
“Aik? Ada gastric?” Pelik aku.
Badan besar macam ni pun ada gastric? Bukan gastric tu sebab orang makan tak tentu masa ke? Yang tahan diri dari makan? Tengok cara Nisa pun tahu yang dia tak akan biarkan perut dia lapar.
“Adalah.” Jawabnya sambil senyum. Bukan. Senyuman itu tak lekang dari bibirnya sejak aku ambil dia tadi lagi.
“Macam mana pula boleh kena gastic? Abang Iwan tengok awak tu makan elok saja.” Tanyaku.
“Dulu pernahlah nak jadi kurus. Makan sekali saja sehari. Makan pun sikit saja. Lepas tu tak ada makan benda ringan ke apa. Air kurangkan. Memang nampak kurus tapi tulah. Seminggu weh duk hospital. Kena masuk air. Makan pun bubur saja sebab badan dah tak boleh nak terima benda keras. Sejak tu, Nisa janji tak nak kurus atau bercita-cita nak kurus. Insaf. Kalau abang Iwan nak suruh Nisa kurus, baik lupakan. Kalau tak nak kat Nisa sebab Nisa gemuk. Sila cari orang lain. Nisa memang tak nak kurus.” Katanya sambil tayang giginya.
Aku hanya senyum.
Aku memang sedang mencari cinta. Mencari cinta untuk aku jadikan isteri. Isteri yang aku tak malu untuk bawa ke hulu dan ke hilir. Isteri yang sedap mata memandang.
Nisa bukan tak sedap mata memandang tapi rasa malu nak dibawa ke mana-mana. Rasa macam tak selesa. Rasa macam orang mengata dan mengutuk aku macam-macam.
Cuma isunya sekarang ni. Mami dah berkenan sangat dengan Nisa. Siap pesan dekat aku, tak nak menantu lain selain dari Nisa.
Mami!!! Tolonglah jangan suruh kahwin dengan budak gemuk ni. Tolonglah terima menantu yang lain. Atau tolonglah carikan Iwan isteri yang menyejukkan hati Iwan ni.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan