SUBSCRIBE

Ahad, Februari 19, 2017

GEMUK DURJANA 15

Aku sedang duduk melepak di kerusi sambil mendengar bunyi deruman air terjun. Nisa yang bersungguh minta aku berhenti disini. Dia sibuk dengan kameranya manakala aku pula dibiarkan keseorangan disini.
Aku lihat dia sudah ada diatas. Walaupun gemuk tapi sangat aktif dan lasak. Punya hati yang cekal dan kuat untuk memanjat air terjun tu. Berdiri dibatuan. Mengambil gambar air terjun Lata Iskandar. Asyik betul. Aku yang tengok pun terasa gerunnya. Ngilu.
“Iwan, singgah sini juga? Nisa mana?” Farina datang menegurku.
Aku pandang kearahnya yang sedang berjalan mendekatiku. Aku memuncungkan bibirku kearah Nisa yang masih ralat dengan kameranya diatas sana.
Farina ketawa.
“Dia memang gila photography. Seronok bercerita dengan dia tentang photography. Even dia amature tapi dia sangat tau apa yang dia nak dalam setiap gambar dia. I'm so impress dengan pengetahuan dia. Such a brilliant girls.” Komen Farina dan duduk disebelahku tanpa dipelawa.
Memang diorang berdua ni boleh duduk semeja. Semalam semasa di ladang strawbery, ladang lavender dan time tunnel, syok saja mereka berdua bertukar-tukar pendapat tentang gambar yang mereka ambil. Malam masa makan, tak habis-habis cerita pasal fotografi. Aku dah terasa macam tak wujud pula bila diabaikan begitu.
Itu belum masa di The Mossy Forest pagi tadi. Betul-betul aku rasa terabai. Langsung mereka tak pedulikan aku. Sibuk dengan kamera mereka. Aku cakap apa pun, diorang buat tak tahu. Masing-masing sibuk dengan hasil kerja yang diorang nak.
“Hey, sebelum I lupa lagi. Nah.” Kata Farina dan menyerahkan sebiji thumb drive kepadaku.
Aku ambil dan tunjukkan kembali menatang itu kepadanya semula. Mengoncang-goncangkan thumb drive itu tanda bertanya untuk apa benda ini diserahkan kepadaku.
“Saja nak bagi. Nanti you tengoklah.” Katanya.
Aku jongket bahu dan menyimpan thumb drive itu kedalam poket seluarku. Kami kemudian sama-sama memandang kearah Nisa. Nisa yang perasan kehadiran Farina melambai-lambai kearah kami. Dia mula bergerak untuk turun kebawah.
"You tau tak yang you ni sangat beruntung sebab dapat bersama dengan perempuan yang cintai you sepenuh hati.” Kata Farina dan berhenti seketika disitu.
Dia memandang aku. aku buat muka tak tahu saja. Aku alihkan pandanganku pada Nisa. Nisa sedang menurun tangga.
“Asalnya, I nak juga pikat you. Yalah, you handsome, tinggi and loving. Perempuan mana tak nak. I bet kalau semua perempuan akan sangat jealous pada Nisa kerana dapat miliki you.” Katanya lagi. Dia berhenti.
Aku pandangnya.
“Tapi bila I tengok cara you pandang dia dan dia pandang you. I realize that I have no chance. I tak mungkin boleh ada diantara both of you. She means a lot to you. Like you will be crazy if you lost her.” Sambung Farina.
Aku senyum.
Aku tak nak komen apa-apa. Jangan kata Farina yang baru kenal aku. Keluarga kami juga katakan perkara yang sama. Kawan-kawan malahan pekerja aku juga kata benda  yang sama. Jadi, tak pelik kalau Farina akan cakap benda yang sama juga.
“Abang Iwan, tolong ambil gambar kami.” Pinta Nisa yang baru turun dari tempat dia bertapa tadi.
Dia menyerahkan kameranya kepadaku. Mengarahkan aku untuk berdiri dimana dan gambar yang bagaimana dia inginkan. Berbagai gaya dan aksi mereka berdua buat berlatar belakangkan kawasan sekitar Lata Iskandar itu. Sehinggakan deretan kedai menjual cenderamata dan kedai jual goreng pisang itu pun boleh menjadi latar gambar mereka berdua.
Penat aku nak layan. Semalam, aku tawar diri nak ambil gambar dia, langsung tak nak. Asyik berdua saja dengan kameranya sehingga meninggalkan aku sentiasa berdua dengan Farina. Terpaksalah aku jadi model Farina dan mendengar semua celotehnya yang bukan dalam minat aku. Hari ni, sibuk bergambar sakan. Arah aku ini dan itu.
“Meh, kamera Nisa tu. I ambilkan gambar korang berdua.” Farina menghulurkan tangannya meminta kamera Nisa diserahkan kepadanya. Terus saja aku berikan kepadanya dan berdiri disebelah Nisa.
Selama kami berdua disini, tak ada pun gambar aku dan Nisa. Bukan, sejak aku dan Nisa naik ke Cameron Highland ni. Langsung tak ada. Tak teringin pun nak ambil gambar berdua. Ini bukan sebab apa pun. Cuma aku dah penat jadi tukang ambil gambar. Ini kira reward untuk kebaikan aku ambil gambar mereka berdua.
“Kak Fina, ambil gambar bawah jambatanlah.” Cadang Nisa.
“Ada ke bawah jambatan. Tak romantik langsung Nisa ni.” Bantahku.
“Apehal nak romantik dengan abang Iwan. Tak kuasa.” Balasnya.
Aku senyum saja. Walaupun aku membantah tapi tetap mengikutnya berjalan ke bawah jambatan. Bukan apa, risau dia jatuh ke dalam air. Dengan badan dia tu, rasanya tak stabil. Tapi aku tengok dia selamba saja. Aku yang takut. Takut dia jatuh.
Bila kami sudah sampai dibawah jambatan, aku meletakkan tanganku diatas kepalanya seakan memayunginya dari terkena air. Dia menepis dan suruh aku pandang kamera. Geram pula hati kita. Bila saja Farina bersedia untuk menekan butang capture, aku meletakkan tanganku dipinggangnya.
Dengan garangnya dia menepis dan memarahi aku. Dia tolak aku sedikit sebelum gerak kearah Farina. Sempat juga dia menjeling aku. Jelingan maut itu aku balas dengan senyuman gaya nak goda. Biar Farina nampak dan makin terpedaya dengan lakonan mantap aku. Aku mendekati mereka
“Meh, Kak Fina. Nisa ambil gambar akak dengan abang Iwan.” Katanya  dan menghulurkan tangannya untuk mengambil kameranya kembali.
“Tak nak lah.” Tolak Farina.
“Alah, buat kenangan. Nanti Nisa email kat akak. Name card akak tu ada kan email adress? Nanti akak buatlah penilaian. Kot bagus hasilnya, akak ambil saya kerja dengan akak. Bosanlah kerja dengan abang Iwan ni. Asyik kena ikut dia saja.” Rungut Nisa.
“Farina, I won't allow it to be happend. She's mine. Dia kena ada sentiasa dengan I. Nanti I rindu macam mana?” Kataku.
Farina geleng dan ketawa dengan telatah kami.
“She so talented tau. Sayang kalau perap dia dibawah ketiak you.” Kata Farina bila ketawanya reda.
“Tak apa, biar dia upload semua dalam blog dia. Ramai tau followers dia. Nanti you follow lah blog dia.” Balasku semula.
“Oh, yeke? Tak cerita pun semalam.” Farina memandang Nisa.
“Seganlah.” Balas Nisa dengan wajah malu-malu kucingnya.
“Dia mana pernah bagitau orang. I pun tau kebetulan saja. Kalau tak, haram tak dibaginya kita ni tengok.” Kataku sambil mencebikkan sedikit bibirku.
“Sibuk saja abang Iwan ni. Dah, jomlah balik. Kak Fina, balik dulu. Tapi sebelum tu, satu gambar korang berdua.” Dan dia terus snap gambar aku dan Farina.
“Apa main candid ni. Cepat ambil gambar abang dengan Farina posing.” Arahku.
Aku dah bersedia untuk posing tapi Nisa terus berpaling. Farina dan aku saling berpandang. Aku angkat bahu. Dia juga.
“Kita selfie sajalah.” Kataku dan terus mengeluarkan telefon bimbit dari poketku.
“Jangan lupa tengok isi dalam thumb drive yang I bagi you tu.” Pesan Farina sebelum kami berpisah.
Aku hanya angguk dan masuk ke kereta. Nisa melambaikan tangannya sebelum masuk ke dalam kereta. Farina melambai kami sehingga kami hilang dari pandangan matanya.
“Cantikkan kak Fina tu. Sepadan dengan abang Iwan.” Katanya setelah lama kami membisu.
“Cemburu ke?” Usikku.
Dia geleng. Nampak tak jujur pada jawapannya. Geleng pun tak bersungguh. Mata pun tak berkomunikasi dengan aku untuk menunjukkan kesungguhannya menafikan.
“Tak payah nak cemburu, abang Iwan ni setia orangnya. Hanya untuk Nisa.” Balasku. Manis sekali ayat yang aku tuturkan. Ini kalau tak tergoda juga, tak tahulah.
“Tak adalah cemburu apa. Cuma kalau abang Iwan dengan kak Fina, barulah sama cantik dan sama padan. Bagai pinang dibelah dua.” Suaranya sudah mula kendur.
Aku senyum.
Cemburulah tu. Sabar ye sayang. Tak lama saja lagi untuk kita tamatkan permainan ini. Lepas ni kau dah tak payah nak cemburu lagi sebab aku akan buang kau terus dari hidup aku. Masa tu kau dah benci aku.

Hahaha... Aku ketawa didalam hati...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan