SUBSCRIBE

Ahad, Februari 19, 2017

GEMUK DURJANA 17

Entah macam mana aku boleh bercerita pada Darwish tentang perasaan aku pada Iwan. Sungguh tak logik betul. Mungkin sebab aku perlukan seseorang untuk aku luahkan atau mungkin juga sebab aku rasa rapat dengan Darwish. Entah lah. Mungkin juga dua-dua sekali.
Aku pandang dia yang sedang asyik berborak dengan Farina. Sekejap-sekejap mereka serius. Sekejap lagi mereka ketawa lepas. Sangat mesra. Dan semestinya aku sangat cemburu.
“Kau jangan risaulah kalau yang rapat dengan dia tu adalah Farina. Fina tu dah ada orang punya. Cuma dia belum terima hakikat yang dia sudah berpunya.” Kata Darwish.
“Aku okey saja. Tak kisah pun dengan siapa dia nak berkawan mahupun berkahwin. Tapi aku juga ada perasaan cemburu dan aku sedang cuba untuk kawalnya agar tidak menjadi duri dalam daging. Itu perkara normal bila kita cintakan seseorang, kan?” Ujarku.
Aku kembali kepada kameraku. Mengambil gambar mengikut apa yang pandangan mata aku inginkan. Tentu sekali gambar mereka berdua yang sedang asyik bercerita itu menjadi fokus utama kameraku.
“Aku rasa dalam kamera kau tu penuh dah dengan gambar dia.” Perli Darwish.
Aku tersenyum malu.
“Kau ada tengok gambar yang Fina ambil masa korang dekat Cameron?” Tanya Darwish.
Aku kerut dahi.
“Tak ada pun. Kak Fina tak tunjuk pun dekat aku. Aku pun tak ada minta tengok. Lagipun, lebih kurang sama saja hasil gambar dia cuma cerita yang berbeza sajalah. Kami kan ambil gambar ditempat yang sama.” Kataku.
“Bukan gambar tu, lah. Gambar candid Fina ambil. Gambar kau dan Iwan.” Terang Darwish.
Aku geleng.
“Cik abang kau tu tak bagitau ke Fina bagi dia gambar korang. Video pun ada.” Kata Darwish.
Aku geleng. Memang tak tahu menahu langsung tentang perkara tu. Tak boleh jadi ni. Iwan nak tengok seorang saja. Aku pun nak tahu juga. Aku terus menuju kearah Iwan dan Farina.
“Abang Iwan, tak bagitau pun yang kak Fina ada bagi gambar dekat abang Iwan. Sampai hati tak nak share dengan Nisa.” Sergahku bersama rajuk dihati.
Iwan pandang aku seketika sebelum mengalihkan wajahnya kearah Farina. Seketika hatiku sakit bila mereka bermain mata dihadapanku.
“Gambar apa?” Soal Iwan. Mukanya blur.
Farina senyum.
“Thumb drive yang I bagi you tu lah.” Kata Farina.
“Tu gambar ke? Seriusly, I lupa langsung pasal thumb drive tu.” katanya sambil ketawa. Mesra sangat.
“Ada kat rumah. Nanti kita tengok sama-sama, ya?” Katanya.
Aku hanya cebik dan berlalu mendekati Darwish semula sambil menghentak-hentakkan kakiku tanda protest. Darwish senyum memandangku.
“Nampak sangat muka cemburu kau tu. simpanlah sikit. Jangan nampak sangat.” Kata Darwish. Aku ketawa.
“Sedang cuba mengawallah ni. Wish me luck.” Kataku.
“I know you can do it.” Kata Darwish memberiku sedikit semangat.
Dalam hati, aku mengutuk diriku yang tiba-tiba tidak pandai nak kawal perasaanku sedangkan selama ini elok saja aku kawalnya. Jangankan kata sebelum aku putuskan untuk tidak menyimpan apa-apa harapan pada dia tapi dari mula aku sedar  perasaan aku padanya.
Dulu aku tak nak perasaan cemburu aku itu merimaskan dia. Sekarang, aku tak nak perasaan cemburu itu memakan diri aku sendiri. Aku tak mahu kerana cemburuku itu, dia memujuk aku. Itu sangat bahaya untuk perasaan aku yang sememangnya penuh dengan cinta untuknya.
Dari dilayan rasa cemburu, lebih baik aku buat sesuatu yang lebih bermakna. Ambil gambar ditaman rama-rama ini lebih cantik dan mempersonakan. Berkongsi dengan mereka yang minat dengan  hasil tanganku. Itu lebih berfaedah dan menenangkan kepala otak dan perasaan.
“Kau kena tahu satu perkara penting sebelum kau terus jealouskan Fina. Fina pernah cakap dekat aku. Antara kau dengan Iwan, memang tak ada siapa boleh pisahkan kecuali korang sendiri.” Kata Darwish sambil memandang hasil tnagkapannya.
Aku dah pelik. Mahu tak pelik. Kami yang boleh pisahkan hubungan kami sendiri? Macam pelik. Nak gelakkan pun ada gak. Rasa lawak sebab Farina macam tahu apa yang jadi dalam hubungan kami. Aku rasa mesti Iwan ada cerita apa-apa padanya. Mungkin Iwan jujur bagitahu yang antara kami hanya aku yang perasan kami ini berpacaran.
“Fina tu ada kelebihan. Katanya dalam setiap gambar ada cerita dan dalam setiap ceita ada emosi. Dan kelebihan dia, dia dapat baca setiap emosi dalam gambar yang dia ambil. Sebab tu kalau kau tengok gambar dan video yang dia buat, nampak hidup dan real.” Kata Darwish lagi.
Aku juga percaya dalam setiap gambar ada cerita. Aku rasa semua orang seni ada kelebihan itu. Kalau pelukis melukiskan sesuatu dari hatinya. Seorang jurugambar merakamkan apa yang dilihatnya. Terpulang pada mereka yang memandang untuk menilainya.
“Dia ambil gambar korang berdua. Katanya ada pelbagai rasa disitu dan rasa itu adalah sesuatu yang korang tak sedar sedang berkembang mekar.” Sambung Darwish dan berjalan mendekati aku.
“Fina kata, Iwan sayang kau lebih dari kau sayang dia.” Penuh perasaan Darwish bercakap tentang perkara itu kepadaku.
Aku pandang dia. Seketika kemudian aku senyum. Lebih pada mengejek kata-kata itu. Aku malas nak mengulas lanjut kata-kata itu. Aku halakan kameraku kearahnya. Aku ambil gambarnya yang sedang membelakangkan Iwan dan Fina.
Pada aku kata-kata itu adalah kerana termakan dengan mantapnya lakonan Iwan dan aku. Aku cuma turut sama menari mengikut rentak Iwan. Tiba masa, lagu tamat, kami akan bawa haluan masing-masing. Walaupun dari pandangan manusia sekeliling, kami nampak serasi bersama tapi kami sebenarnya tidak punya apa-apa hubungan yang sebenar.
Aku pejamkan mataku. Menarik nafas dalam. Aku hemburkan kata-kata penamat perbualan kami.
“Orang lain boleh nampak apa saja. Boleh ceitakan apa saja. Aku yang merasa sakit dengan kenyataan semua orang itu. Sedangkan dia? Dia menari samba mendengar setiap pujian itu. Bukan kerana dia suka aku tapi kerana dia berjaya buktikan yang aku ini adalah satu kemenangan untuknya.” Kataku.
“Kau terlalu degil untuk terima kenyataan itu dan dia terlalu bodoh untuk faham. Fina betul. kalau suatu hari nanti korang clash, for sure sebab diri korang sendiri.” Kata Darwish yang seolah sudah malas nak nasihatkan aku.
Aku pun tak terasa nak dengar apa-apa nasihat lagi saat ini. Semua orang boleh cakap apa saja. Boleh menilai apa saja. Yang sakitnya aku. Yang menderita nanti aku. Yang mengalir air mata juga aku.

Siapa mereka nak menilai tentang hati dan perasaan aku dan Iwan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan