SUBSCRIBE

Ahad, Februari 19, 2017

GEMUK DURJANA 18

Sabar saja aku dengan abang aku yang seorang ni. Ada ke ajak pergi makan dekat tempat nostalgia ini. Nostalgia sangat bila tempat ni pernah buat aku malu setahun. Tempat ni dah aku haramkan untuk jejak sejak peristiwa aku terjatuh terjelepuk bila nak bangun keluar dari tempat duduk. Ini semua gara-gara kerusi dan meja statik dan rapat. Untuk aku yang badan besar ni, sangat tak selesa. Terpaksa masukkan perut dulu sebelum boleh duduk dengan tegak.
Memanglah seronok duduk disini sebab agak privacy dengan orang lain kerana belakang kerusinya tinggi tapi bila yang berbadan besar macam aku ni. Nak duduk satu hal. Nak bangun dari duduk, aku kena mengeresot dan akhirnya aku terjatuh kerana perut aku tersekat disitu.
Sejak itu, aku tak pernah masuk sini sehingga hari ini walaupun makanan dia dan servisnya adalah terbaik. Ini pun abang aku yang sewel ni nak sangat makan dekat sini kerana steak dia lain dari yang lain.
Dia senyum tahan gelak tengok aku bersusah payah nak duduk. Bodoh punya abang. Kalau tak sebab dia kempunan dan teringin, memang tak hingin aku teman. Menyusahkan orang. Satu jelingan maut aku hadiahkan kepadanya.
“Shut up!” Aku berinya amaran keras dengan suara perlahan. Di angkat tangan dan buat gaya zip mulutnya.
“Janganlah marah. Anggap saja ni pengorbanan Maksu untuk baby-to-be.” Kata abang Long Hasnul sambil menahan ketawanya.
Aku cebik.
Siapa kata aku anak tunggal? Aku cuma anak tunggal perempuan. Aku ada 2 orang abang. Abang Long Hasnul dan Abang Ngah Hairil.
Abang Long Hasnul dah kahwin dan kini menetap di Jepun. Dia belajar disana dan jatuh hati dengan orang sana. Terus buat keputusan nak kahwin dan menetap disana. Ini dia balik seorang kerana mengidam nak makan dekat sini. Isterinya pula ditinggalkan di Jepun kerana masih dalam keadaan berjaga-jaga. Anak pertama selepas 3tahun berkahwin. Rahim masih belum kuat untuk bergerak jauh. Katanya. Entah betul ke tidak. Allah saja yang tahu.
“Husna nak makan apa?” Tanya Abang Long Hasnul.
“Sizzling black paper steak.” Jawabku.
Dia kemudian terus memanggil pelayan dan membuat tempahan. Pelayan itu cepat saja bergerak ke arah kami. Aku biarkan Abang Long Hasrul buat pesanan. Aku tak nak pandang pelayan itu. Pelayan itu antara yang menjadi saksi aku termalukan diri sendiri. Tak kisahlah dia ingat lagi ke tak. Aku masih ingat.
“Lama gila tak datang sini.” Ujarnya selepas pelayan itu berlalu.
“Abang Long tu yang lama tak balik.” Rungut aku.
Aku ni dahlah anak tunggal perempuan dan hidup pun memang gaya tak ada adik beradik. Abang-abang aku semua sibuk dengan hidup masing-masing tanpa hiraukan adiknya ni yang terasa kesunyian. Memanglah selalu berkomunikasi. Kalau tak telefon, skype. Tapi lain antara berkomunikasi dan berjumpa depan mata.
Abang Ngah Hairil lagi tak boleh pakai. Sekurang-kurangnya, Abang Long Hasnul tu duduk jauh. Dia tu duduk setakat dekat Johor Bahru saja. Pun susah nak balik. Kalau kami tak ke sana, jumpalah dia hari raya. Itu pun kalau dia dapat cuti. Alasannya kerja dengan orang Singapura tak tentu masa.
Alasan semua tu. Langsung tak boleh pakai. Aku pun pernah duduk jauh dulu tapi boleh saja balik seminggu or dua minggu sekali. Jumaat malam naik bas. Malam Ahad balik semula ke Perlis.
Mengada-ngada saja tu. Malas nak dengar mama bebel suruh dia kahwinlah tu. Kalau tak nak kahwin tapi jaga mama dan abah tu, tak apa lah juga. Ini sebenarnya sebab nak hidup bebas tanpa kongkongan. Nyampah gila.           
“Busy lah adik. Sekarang ni lagilah tak boleh nak balik. Silap-silap, raya nanti pun tak boleh nak balik. Masa tu Kak Long dah sarat.” Balasnya.
“Alasan.” Protestku.
“Betullah.” Tegasnya.
Aku betulkan duduk walaupun sebenarnya tak betulkan sangat pun. Mana boleh nak bergerak. Tapi aku buat sehabis baik untuk selesakan diri aku. Aku nak ‘fire’ abang aku seorang ni.
“Abang Long dah berapa lama duduk sana?” Tanyaku.
“7 tahun.” Jawabnya.
“Berapa kali setahun abang Long balik?” Tanyaku lagi.
“Sekali atau tak langsung.” Jujur jawapannya.
“Kenapa?” Aku angkat kening bertanya.
“Busy.” Jawabnya.    
Abang Long Hasnul sudah mula gelisah. Mungkin dia dah dapat agak apa yang bakal aku perkatakan sebentar lagi. Kenyataan yang dia sendiri tahu.
“Kat sana tak boleh ambil cuti langsung ke? Kat sana tak ada hari cuti macam dekat Malaysia ni, ya?” Sinis sekali suara aku.
“Boleh.” Jawabnya. Pandangannya sudah merata.
“Dah, nampak tak tu semua alasan?" Kataku menyuruhnya fikirkan sendiri.
“Husna.”
Abang Long Hasnul menyebut namaku. Sebelum mengeluh. Dah tahulah tu yang dia tu salah. Tak terkata apa, kan?
Kenapa abang Long Hasnul panggil aku Husna? Entah. Dia seorang saja panggil aku Husna. Yang lain semua panggil aku Nisa. Kalau dalam kad pengenalan tu tulis Nisa' Ul Husna binti Shah Iswandi, takkan aku nak larang dia panggil aku Husna, kan?
“Tak payah nak mengeluh sangat, Husna faham perangai abang-abang Husna yang sangat gila kerja. Tapi ingatlah, abah tu pun dah makin tua. Syarikat tu pun perlu waris. Husna tak nak. Husna dah kecil hati dengan abah sebab tak bagi Husna kerja dengan dia.” Kataku mengingatkan abang Long Hasnul.
Belum sempat abang Long Hasnul buka mulut, seorang pelayan restoran itu datang untuk menghantar minuman yang kami tempah tadi.
Aku teguk air ku. Abang Long Hasnul pandang aku sebelum dia juga menghirup airnya. Dia pandang semula aku. Lama. Aku buat tak tahu saja. Adalah tu dalam kepala dia nak fikir ayat alasan seterusnya.
Nehi, kahbi nehi.
Asyik aku saja beralah dengan dorang. Aku tak boleh nak duduk jauh sebab aku perempuan. Padahal tanggungjawab anak lelaki ialah menjaga mak bapa. Mereka lebih berhak untuk jaga mama dan abah.
Aku kalau dah kahwin, tak boleh nak jaga mama dan abah sekiranya suami aku tak benarkan. Itu baru bab nak jaga mama dan abah. Belum masuk bab syarikat yang abah bina untuk anak-anak lelakinya.
“Haha...”
Amboi, orang belakang aku ni. Ketawa tak ingat dunia. Kacau betul mood aku yang tengah senget ni. Semua gara-gara abang Long Hasnul lah. Perosak mood seantero dunia.
Sekali lagi suara mereka gelak. 
Sabar Nisa. Sabar. Gunakan kuasa kesabaran kau yang paling maksimum. Dorang bukan tau mood kau tengah swing. Jangan malukan diri men'swing' orang lain disebabkan pen'swing' depan kau ni. Sabar dan terus bersabar.
Sedang aku membetulkan nafas aku, pelayan yang hantar minuman tadi datang lagi tapi kali ini untuk menghantar makanan Abang Long Hasnul. Telan air liur pula aku dengan Udang galah dekat dalam pinggan dia. Fuh. Fuh. Sabar. Aku punya pun ada udang galah. Aku pandang belakang. Arah dapur restoran. 
Aku nampak kelibat Iwan dari belakangnya. Yakinlah itu Iwan. Hari-hari aku dengan dia kecuali Ahad. Takkan aku tak boleh nak cam dia. Terus aku betulkan dudukku.
“Iwan tu dah ada awek tau sekarang. Berkepit setiap hari.” Kata orang belakang.
Suasana sunyi tu, takkan aku tak dengar bila dorang bercakap. Walaupun ruang antara pelanggan dah macam ada partition tapi still bunyi masih boleh didengari. Nak pula yang cakap tu suara macam nak buat hebahan pada satu restoran. 
“Seriusly? Let me guess. Mami yang pilih?” Kata seorang perempuan. 
Mereka ketawa lagi.
Pelik pula, dari tadi aku tak dengar pun bunyi perbualan mereka sampai mereka gelak. La ni, setiap apa yang dorang cakap aku dengar dengan jelas, terang dan nyata.
“Budak tu gemuk tapi gini ha.” Kata seorang lelaki. Aku rasa dia tunjuk jari telunjuk ke atas. 
Siapalah yang tengah puji aku ni? Kawan Iwan ni ramai sangat. Maklumlah, ahli peniagaan. Semua orang boleh jadi kawan dia. Dan lepas tu jadi kawan aku pula.
“Korang mengumpat aku ke?” Itu suara Iwan.
Aku sangat pasti. Naknya bila aku rasa ada pergerakan pada kerusi dibelakang aku. Dia duduk belakang aku saja. Saat tu juga pelayan hantar sizzling aku yang berasap-asap tu. Cliche betul.
“Makan, Husna.” Arah Abang Long Hasnul.
Aku angguk dan mula mengalih-ngalih segala hiasan didalam pinggan sizzling aku ni. Senang nak makan. Tak ganggu.
“Tengah cerita pasal kau la. Nak dengar pasal pilihan Mami tu.” Kata perempuan tadi. Suara sama. Mestilah perempuan tadi, kan? Lantak lah kalau perempuan lain pun.
“Kau kenapa tukar tempat? Duduklah sebelah laki kau ni?” Kata Iwan.
“Ala, aku nak tengok muka kau bercerita.” Kata perempuan tadi.
Gedik betul.
“Gedik betul.” Kata Iwan.
Mereka ketawa.
Aku senyum. Sama pula.
“Sejak bila pandai sebut gitu?” Tanya seorang lelaki yang baru dengar suara dia. 
“Sejak dia kenal dengan Nisa lah.” Sahut seorang lelaki yang membuka cerita kisah aku dan Iwan.
Ketawa lagi.
Agaknya dorang ni memang suka ketawa kot. Lepas tu, ketawa kuat-kuat. Bagai nak bergegar restoran ni. Mentang-mentang tak berapa ramai orang. Buat macam restoran ni depa yang punya pula.
“Besar pengaruh Nisa dalam hidup kau ni.” Kata perempuan tadi.
“Kalau dah hari-hari berkepit. Mahu tak terpengaruh.” Kata lelaki satu. Aku lebalkan lelaki itu sebagai lelaki satu supaya aku senang sikit nak cerita dekat korang.
“Betul angau ni. Hari-hari pergi jumpa dia. Dia tak kerja ke asyik melayan kau saja” Tanya lelaki dua.
“PA aku lah.” Jawab Iwan.
“Ini kes PA mengorat bos ke?” Kata perempuan tu. 
Tu dia menuduh aku mengorat bos. Pegidahhhh... tak kejadahnya. Tengok... aku pun dah terikut dengan Iwan. Tak kejadah. Jadahnya? Itu semua bahasa Iwan. Jadi sekarang ni siapa yang pengaruh siapa?
“Taklah. Dia jadi PA aku lepas kitorang declare.” Jawab Iwan.
Ha... Baru betul. Cayalah.
Aku masih meneruskan aktiviti makan aku sambil mencuri dengar perbualan mereka. Steak aku dah tinggal separuh dah sementara nak tunggu dorang habis cerita pasal aku.
Diorang ni cerita lambat betul nak ke penamat. Cerita sikit, gelak. Cerita lagi sikit, gelak yang lebih. Apa yang lawak pun aku tak tahu. Tak faham cara dorang ni.
“Siap declare tu yang aku tak tahan. Ingat ini apa? Cerita cinta budak hingusan ke?” Kata lelaki dua.
“Dia baru 23 tahun lah. Memang gaya budak lagilah.” Jawab Iwan. 
Nak aja jerit dekat telinga Iwan. Aku ni dah matang. Bukan budak lagi. Umur 23 tu dah dalam usia matang ya. Tolong sikit.
“Macam mana korang declare ni?” Tanya perempuan tu.
Menyibuk saja.
“Aku merajuk. Lepas tu, dia kata dia rindu aku. Lepas tu, aku ajak dia couple. Masa tu lah kami declare as couple.” Cerita Iwan ringkas. 
Sebenarnya banyak bab yang Iwan tak cerita lanjut. Macam mana cara aku pujuk dia. Lepas tu dia pula pergi pujuk aku. Bila dah sama-sama terpujuk, masa tu tiba-tiba saja Iwan kata; apa kata kita declare as a couple. Aku teruslah setuju.
Aku pun cerita pendekkan? Takkan nak cerita detail dengan korang. Korang budak lagi. Tak baik untuk pemikiran luar sedar.
“Amboi, senyum sampai ke telinga. Kenapa?” Tanya Abang Long Hasnul.
“Saja Husna nak buat senaman muka supaya kekal muda, sentiasa muda. Bolehlah jaga mama dan abah bila kekal muda. Maklumlah, abang-abang semua nak lepas tangan. Kenalah Husna make sure diri Husna sihat, cergas dan muda.” Balasku. 
Abang Long Hasnul ketawa halus terus terkedu.
Orang kat belakang ketawa kuat. Apalah yang buat dorang ketawa. Terganggu pula kerja menguping ni. Abang Long Hasnul punya pasalallah ni. Tengok dah tak tahu apa yang dia orang cerita.
“Habiskan cepat. Abang Long nak ke toilet kejap.” Katanya dan sudah lap mulutnya. Pinggannya sudah kosong. Licin. Habis semuanya dimakan.
“Bayar sekali. Tak payah buat kerja 2-3 kali.” Arahku.
Abang Long Hasnul angguk dan bangun dari tempat duduknya.
Aku kembali menguping dengan tenang tanpa gangguan Abang Long Hasnul. Makanan aku pun sudah ke suapan yang terakhir. Lagi sedap menguping dari makan sebenarnya.
“Aku mana boleh biar hasrat mami tak tertunai. Selagi berdaya, selagi itu akan akan cuba penuhi. Asalnya aku cuma nak pikat sebab mami suruh pikat. Lama-lama rasa nak menggoda pula.” Kata Iwan.
Kan betul aku cakap. Aku ni pilihan sebab Mami saja. Bukan sebab dia nak. Agaknya apa tawaran Mami untuk dia pikat aku. Ada macam drama ke filem ke novel ke. Yang kalau tak nak ikut cakap, tak dapat harta. Atau anak derhaka ke? Ada serupa tu tak?
“Aku dah dapat pikat dia. So, hasrat Mami dah tertunai. Aku dah tak boleh dikira anak derhaka. Sepatutnya aku dah boleh blah dari hidup dia tapi terasa nak menggoda dia. Biar dia berikan sepenuh hatinya hanya untuk aku. Buat dia benar-benar jatuh cinta pada aku. Sekat hidup dia dalam hidup aku. Buat dia terbiasa ada aku dalam hidup dia. Buat dia rindu bila aku tak ada dengan dia. Buat dia sensara lepas aku tinggalkan dia.” Iwan berhenti disitu. 
Aku pun dah terasa panas dah telinga. Selama ini aku cuma ingat dia terima aku kerana Mami. Jadi aku tahan hati aku. Aku bersabar kerana aku tahu aku sangat sayangkan dia dan cintakan dia sepenuh hati aku.
Aku letak kepercayaan pada dia yang dia akan jatuh cinta pada aku suatu hari nanti. Dan selama ini pun aku letak kepercayaan yang dia tak akan tinggalkan aku kerana dia memang tak boleh nak sakitkan hati Mami. Aku letak kepercayaan tu jauh disudut hati walaupun berkali-kali aku ingatkan diri akan kemungkinan dia akan tinggalkan aku.
Sungguh selama ini aku tahan perasaan itu dari berkembang tapi manalah aku boleh tahan bila dia sentiasa bersama aku. Macam mana aku tahan pun, harapan tetap aku letak kerana aku percaya dia cuma tak rasa lagi cinta itu. tapi tak sangka sebenarnya dia ada niat lain. Niat nak tinggalkan aku. Melukakan hati aku. Melumatkan hati aku.
“Husna dah siap?” Tegur Abang Long Hasnul.
Aku pandang dia seketika dan kemudian bersusah payah untuk bangun. Aku masih lagi menunggu kata-kata dari mulut Iwan yang seterusnya. Harapan aku biarlah dia kata ‘itu cuma dulu tapi sekarang dah berubah’ tapi yang aku dengar adalah.
“Kejamlah weh tindakan itu.” Kata perempuan tu. 
Bila aku sudah berdiri. Aku pandang ke belakang. Lukman. Mukanya memang nampak sangat terkejut.
Aku meletakkan kedua tapak tanganku bercantum dihadapan wajahku. Merayu dengan bahasa isyarat agar dia tak membuka mulut. Aku mohon untuk dia zip mulut dia. Aku sungguh-sungguh merayu.
“Aku nak dia rasa sakit bila hidup ini diatur orang dan kau tak ada pilihan selain terima. Kalau dia tak munculkan diri dia depan mami dan buat baik dengan mami, mesti mami tak ada nak suruh aku pikat dia. Dahlah gemuk. Serabai. Yang kau jumpa dia hari tu, Lukman. Itu lepas aku dah transform dia. Masa mula-mula kenal dulu. Selekeh. Aci sarung saja. Langsung tak ada ciri-ciri keperempuanan.” Kata Iwan. Bersungguh-sungguh dia meyakinkan kawan-kawannya tentang penampilan aku dulu.
“Sekurang-kurangnya sekarang dah cantik sikit. Tak adalah malu sangat nak duduk berdua dengan dia.” Kata Iwan lagi.
Hati aku jangan cakaplah. Sangat sakit. Dan untuk mengelak dari sakit tu berpanjangan, aku cepat saja mengajar Abang Long Hasnul yang sudah lama keluar dari restoran itu. Aku tak sanggup nak dengar segala kata keji dan nista dari Iwan itu.
Masuk saja ke dalam kereta, aku menangis. Kepalaku distering kereta. Aku lepaskan tangisan aku tu disitu. Hati aku betul-betul terasa sakit sehinggakan aku rasa menangis ini tidak cukup untuk meluahkan rasa sakit ini.  Pedih sangat.
Abang Long Hasnul pandang saja aku. Dia yang duduk ditempat duduk penumpang disebelahku hanya memandang aku. Sedikit pun tidak bersuara untuk pujuk aku. Dan aku suka macam tu. Bila keadaan aku sudah mulai tenang, baru aku masuk gear dan keluar dari petak letak kereta.
“Angah, adik kita menangis. Kita nak buat apa ni?” Kata Abang Long Hasnul.
Tangannya sebelah memegang telefon yang dilekapkan ditelinga kirinya. Manakala sebelah lagi sudah pegang dashboard kereta seperti menahan kereta itu dari bergerak. Pandangannya pula betul-betul padaku.
“Okey.” Itu saja. Kemudian tu dia matikan talian.
Aku malas dah nak ambil kisah hal abang-abang aku ni. hati aku sedang sakit dan sedang dilumat-lumat macam tak ada kesudahan.Sekali lagi air mata aku mengalir. dia mengalir tanpa henti sehinggalah aku sampai dirumah.
“Jangan bagitau mama dan abah.” Aku memberi amaran keras kepada Abang Long Hasnul.
Dia angguk.
“Not even a single words.” Amaranku lebih keras.
Abang Long Hasnul angguk lagi sekali.
“Abang Long kalau sampai mama dan abah tau. Siap abang Long Husna kerjakan.” Ugutku.
Dia membuat gaya menzipkan mulutnya.
            “Ia. Tak bagitau. Tapi bagitau abang Long. Kenapa yang tiba-tiba sedih ni? Abang Ngah dah risau tu. Kejap lagi dia balik.” Kata Abang Long Hasnul.
            Aku terus menelefon Abang Ngah Hairil.
            “Abang Ngah. Tak payah balik kalau takat nak tengok Nisa menangis. Nanti Nisa datang sana. Bila tu, nanti Nisa update.” Kataku sebaik saja talianku bersambung dengan talian Abang Ngah Hairil.
            “Macam tu saja?” Tanya Abang Long Hairul.
            “Habis tu? Abang Long nak buat apa? Nak menangis golek-golek depan ni?” Marahku.
            Dia hanya sengih dan terus berlalu masuk ke dalam rumah. Dia tahu, dalam keadaan aku sekarang ni. Tak guna cakap apa pun.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan