SUBSCRIBE

Ahad, Februari 19, 2017

GEMUK DURJANA 20

Sudah seminggu perkara itu berlalu, makanya sudah seminggu aku tahan hati ini supaya tidak menangis dan buat seperti tiada apa yang berlaku. Payah dan pedih.
Korang mesti hairan, kan? kenapa aku tetap bertahan dengan dia sampai sekarang, kan?
Meh sini rapat-rapat. Aku nak cerita.
Sudah setahun aku dengannya. Setiap hari berjumpa. Dari pagi sampai ke petang. Kadang-kadang sampai ke malam. Ke mana saja yang aku pergi, dia mesti ada. Tak pernah berenggang.
Kalau aku ikutkan hati aku yang sedang sakit ni, aku memang dah tinggalkan dia. Tapi aku fikirkan diri aku sendiri. Macam mana keadaan aku jika aku terus pergi dari dia? Tidakkah aku akan jadi mayat hidup? Jasad masih ada tapi fikiran dan hati aku tiada dengan aku.
Jadi aku fikir, untuk aku berlalu dari hidup dia. Aku kena ambil hati aku sedikit-sedikit dari dia. Menjauhkan diri sedikit demi sedikit agar aku tak rasa terkejut bila antara kami berlalu dari hidup kami.
Yang mana pastinya, aku yang akan ambil langkah untuk pergi tinggalkan dia.
Nampak tak sebenarnya benda ni aku buat untuk aku. Bukan sebab dia tapi sebab aku. Dan benar, aku pentingkan diri sendiri. Jangan marah aku bila mana korang pun sama saja.
Siapa yang tak nak pertahankan diri sendiri? Sama juga apa yang menyebab kenapa orang nak bercinta? Sebab dia nak rasa bahagia. Ada ke orang bercinta sebab nak tengok orang lain bahagia? Walaupun dia kata dia bahagia bila tengok orang yang dia sayang bahagia. Bukankah itu juga pentingkan diri sendiri? Dia tetap nak bahagia walaupun dia sebenarnya terluka. Kalau yang sanggup korbankan diri untuk lihat orang lain bahagia walaupun dia menderita, kaji balik. Adakah itu cinta namanya? Tidak. Itu namanya simpati. Betulkan balik tanggapan tu.
“Weh, mana abang handsome kau tu? Bagi pula kau keluar tanpa dia.” Tanya Darwish.
Aku buat tak dengar. Aku buat macam fokus sangat dengan kamera aku. 
“Gaduhlah tu.” Usik si Kril.
“Taklah. Aku auta dia kata ada wedding sepupu aku hari ni. Kalau ikutkan dia, nak saja ikut. Tapi tak boleh sebab ada appointment pagi ni. Penting pula tu.” Aku menjelaskan keadaan sebenar.
Aku tak suka dengar spekulasi aku dan Iwan bergaduh. Hakikatnya, kami tak bergaduh cuma aku saja yang sedang membawa hati dan merawat hati yang lara.
Sebenarnya aku sudah bercuti sejak hari Khamis hari tu. Punyalah Iwan tak puas hati. Katanya kerjanya nanti banyak tertangguh sebab aku tak ada. Yang paling aku menyampah dengar, katanya nanti dia rindukan aku.
Jangan harap aku nak percaya lagi kata-kata manismu itu. Simpanlah buat kenangan. Suatu hari nanti, khabarkan pada dunia bahawa insan ini yang pernah kau sakiti.
Dan tentu saja aku menangis. Hati aku sakit. Kenapa dia kejam sangat?
“Sepupu sangat padahal entah sesiapa punya wedding kita hentam ni.” Balas Darwish.
Mereka berdua ketawa.
Aku hari ni mengikut Farina dan teamnya untuk sessi fotografi perkahwinan pelanggan mereka. Aku ikut saja bila Farina dan Darwish mengajaknya dari tak buat apa dirumah. Bagus juga ikut. Boleh cari pengalaman.
Maka kerja aku, ambil saja gambar-gambar candid. Tumpuan aku lebih pada tetamu berbanding Darwish yang mengambil gambar di pelamin dan pengantin. Farina dan Kril shoot video. Jadinya, mereka sangat sibuk duduk menempel dengan pengantin dan seisi keluarga.
Untuk Darwish, dia lebih bebas dan kerjanya banyak di luar, di pelamin. Cuma sesekali, Farina akan panggil dia masuk ke dalam menggunakan walkie talkie. 
“Kau ikut ke kitorang pergi outdoor shooting?” Tanya Darwish.
“Mestilah aku ikut. Takkan nak tinggal melangut saja dekat sini sensorang. Memang taklah.” Jawabku.
“Tapi aku rasa memang kau tak boleh ikut kitorang lah.” Kata Darwish sambil memuncungkan bibirnya kearah belakang ku.
Aku toleh ke belakang.
Iwan?
‘Alamak... Habislah aku.’ Aku sudah gelabah.
Iwan sedang melangkah kearah kami bersama dengan salah seorang ahli keluarga pengantin. Aku taulah keluarga pengantin. Pakai baju melayu sedondon dengan ahli keluarganya yang lain. Warna biru cair.
Kejap erk. Kenapa macam kenal saja ni orang sebelah dia tu? Encik Shahmi? Yalah. Encik Shahmi. 
“Betullah, Iwan. PA you. Seriusly, I tak perasan you lah tadi, Nisa.” Kata Encik Shahmi bila kami dah dekat.
“Waktu pejabat saja dia PA I. Everytime, she's my girls.” Iwan membetulkan apa yang dikatakan oleh Encik Shahmi. 
Dalam pandangan lembutnya itu ada satu pandangan yang aku gerun. Rasa nak terkam aku. Mungkin juga perasaan aku saja sebab aku rasa bersalah. Kantoi aku menipu dia.
Aku pandang Darwish dan Kril yang sedang menahan tawa.
‘Korang berani korang ketawa. Aku lipat korang karang.’ Aku memberi amaran kepada mereka dalam hati tapi aku maksudkannya dengan pandangan mata aku yang tajam. 
Jahanam ‘escape plan’ aku
“Yeah. I know.” Kata Encik Shahmi sambil ketawa.
Ketawanya itu diikuti dengan Iwan dan disambut dengan budak dua ekor yang dari tadi menahan tawa. Aku berangin saja. Aku pandang mereka tepat. Mereka kapit bibir mereka dari senyum dan ketawa sehingga kembung pipi mereka. 
“Tak apalah, Iwan. I tinggalkan you dengan diorang. Suit yourself. Jangan lupa makan dulu sebelum balik.” Kata Encik Shahmi dan dia kemudian meninggalkan Iwan dengan kami.
Iwan kini betul-betul depan aku.
“Agak-agak ada benda tak nak bagitau Abang Iwan?” Tanyanya padaku.
Aku dah tunduk pandang jalan tar. Betul-betul macam budak kecil bila bersalah. Takut nak pandang muka dia. Aku kuis-kuis batu jalan itu dengan selipar aku. 
‘Datang wedding orang pakai selipar sajakah Nisa?’
“Weh, kitorang beransur dululah. Best of luck, Nisa.” Kata Kril menahan tawanya. 
Aku toleh ke kiriku. Aku pandang mereka dengan pandangan merayu supaya mereka tetap berada dengan aku saat ini. Tapi diorang buat muka tak faham dan berlalu. Elok saja jauh beberapa langkah, aku dengar mereka melepas ketawa yang tersimpan dari tadi. Sakit pula hati kita. Ketawa tu pun dah serupa ketawa menyakat.
Menyampahlah dengan diorang ni. Benci gila.
Aku kembali menundukkan wajahku. Kepalaku menghadap ke dia yang berada dihadapanku. Dia masih berdiri tegak dihadapanku. Kakinya masih dihadapan kakiku. Teringin nak tengok muka dia sekarang ni tapi tak berani.
“Nisa ikut dioranglah.” Kataku memandang kearah Darwish dan Kril.
Namun, hanya badan dan kepala aku bergerak. Kaki aku masih kaku disitu. tidak bergerak langsung. Rasa macam nak kena sembelih saja kalau bergerak.
“Kenapa yang tak nak pandang Abang Iwan ni? Dah tak handsome ke?” Usiknya.
Aku kembali menghadapnya. Pandangan aku masih dibawah. Masih tunduk dan tak berani nak angkat kepala memandangnya. Punyalah aku takutkan dia saat ini. Ini rasanya bila kantoi bersalah.
“Abang Iwan mana pernah handsome.” Balasku.
“Ye ke? Cuba tengok abang ni.” Dia masih memancing aku untuk pandang kearahnya.
“Tadi dah pandang.” Jawabku.
“Sekarang tak nak pandang lagi?” Tanyanya. 
Aku geleng.
“Kenapa?” Tanyanya lembut.
“Nanti abang Iwan marah.”
“Kenapa Abang Iwan nak marah?”
“Sebab Nisa tipu abang Iwan kata nak buat preparation cousin Nisa nikah.” 
“Ini bukan cousin Nisa ke?”
“Bukan.”
“Habis tu?”
“Nisa tak kenal.”
“Jadi, kenapa tipu abang Iwan?”
“Sebab Nisa nak cuti.”
Aku dengar dia tarik nafas dia selepas berbalas soal-jawab dengan aku. Panjang dan dalam. Penat agaknya bersoal jawab dengan aku tadi. Mungkin juga penat sebab nak kawal perasaan marah dia. Yalah. Dia tanya aku tadi pun lembut saja. Tak tinggi pun suara.
“Kenapa tak minta saja. Tak payah tipu abang Iwan.” Katanya. Masih lembut dan masih tenang. Sama macam tadi cuma aura nak menyakat tu dah tak ada.
“Kalau Nisa minta, abang Iwan mesti tak bagi.” Jawabku jujur.
“Nisa tau kan kenapa abang Iwan tak bagi.” Katanya. 
Aku angguk.
“Kenapa?”
“Abang Iwan rindu” Jawabku.
Hati aku mula nak menangis. 
‘Itu hanya dekat mulut Abang Iwan. Hakikatnya, dihati abang Iwan, tak wujud pun perasaan itu. Nisa yang rindu sangat dekat abang Iwan ni. 3 hari tak jumpa abang Iwan rasa macam dah 30 tahun lamanya’ Kata hatiku.
“Nisa sebahagian dari kehidupan abang Iwan. Bila Nisa tak ada 2-3 hari ni, abang rasa lain. Macam ada benda yang tak kena. Rasa macam ada benda tak buat.” Kata Iwan.
Kali ni bukan hati aku saja menangis. Mata aku pun dah meleleh air mata. Maka makin tunduklah wajah aku kebawah. 
‘Kejamnya abang Iwan. Kenapa tuturkan kata-kata yang tak selari dengan hati abang Iwan? Nisa sakit tau tak? Hati Nisa sakit sangat.’ Sekali lagi hatiku berbicara.
“Memang tak nak pandang abang Iwan ke?” Tanyanya.
Aku geleng.
Tiba-tiba aku rasa ada tangan menjalar diatas kepalaku. Aku tepis. Marah pula rasanya bila tangan itu menyentuh aku. Walaupun berlapikkan tudung aku tapi aku tetap tak suka. Dalam rasa sedih itu, perasaan marah itu timbul secara sendirinya.
“Apahal, Abang Iwan ni?” Marahku.
Dia sengih. Tak lama bila kemudiannya mukanya sudah bertukar menjadi terkejut. Bukan terkejut. Itu lebih pada muka orang tengah risau.
“Kenapa Nisa menangis ni?” Tanyanya. 
Sekali lagi tangannya cuba untuk menyentuh aku. Aku tepis. Aku lap air mataku. Kasar. Aku hadiahkan dia sebuah jelingan tajam sebelum berlalu. Aku nak balik.
Aku ambil langkah aku. Iwan mengejarku sehingga ke belakang pelamin, langkah aku terhenti bila Iwan berdiri dihadapanku. Memotong langkahku.
“Nisa, kenapa menangis ni? Abang Iwan tak marah. Tak pernah marah Nisa. Abang Iwan sayangkan Nisa sangat sampai tak sampai hati nak marahkan Nisa sebab tipu abang Iwan.” Pujuknya. 
Lagilah hati aku menangis dan tangisan itu terzahir dekat mata. Lekas saja aku mengelap air mata yang gugur. Menahan air mata dari keluar lagi.
Kenapa rasa macam ada orang pandang kami ni? Bukan kami berdua dibelakang pelamin ke?
Aku pandang ke arah tempat yang aku rasa ada orang pandang. Aku lihat Farina, Darwish dan Kril sedang merakam adegan kami. Bila aku pandang mereka tajam, terus mereka kelam kabut berlalu dengan muka tak bersalahnya.
“Nisa nak balik” Tegasku
Aku terus melangkah ke keretaku. Iwan panggil pun aku buat tak tahu. Setakat panggil. Kalau berani, mehlah tahan. Aku bukan lari pun. Kalau aku lari pun, kejarlah. Aku bukan pelari pecut sampai tak boleh nak kejar. Nampak sangat tak kisah aku pergi.

Menyampah. Tak sukalah jadi orang yang tak dicintai sepenuh hati ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan