SUBSCRIBE

Ahad, Februari 19, 2017

GEMUK DURJANA 27

Malam ini aku temankan Iwan sendirian. Semalam kami sekeluarga tidur disini. Temankan Iwan yang panas badannya tak kebah-kebah. Baru tengahari tadi panasnya turun.
Aku tahu ianya tidak baik tapi aku juga risau andai dia ditinggalkan sendirian. Mama, abah dan semua dirumah terpaksa ke Johor Bahru untuk sesuatu yang penting. Tinggal aku kerana aku tidak diperlukan untuk urusan itu. Lagipun, mereka juga risaukan kesihatan Iwan. Disebabkan itu, aku ditinggalkan sendirian untuk menemani Iwan.
“Iwan ada?” Tegur seorang perempuan.
Aku yang masa tu baru membuka pagar rumah untuk masuk ke dalam terkejut dengan teguran itu. Tanpa salam terus bertanya tentang keberadaan Iwan. Aku pandang si pemunya suara. Aku kerut dahiku. Siapa perempuan tak ada adab ni?
“Saya Anis. Kawan dia.” Perempuan itu memperkenalkan diri.
“Saya tak pernah kenal awak pun. Nak apa ni?” Kataku.
“Saya baru saja berkawan dengan dia. Baru seminggi. Tu yang agaknya akak tak kenal. Saja nak jumpa dia. Dari semalam tak nampak dia. Call tak angkat. Message pun tak reply.” Katanya.
“Ooo... Anis. Kawan baru. Kawan baru pun dah tahu rumah. Dah berani datang rumah.” Sindirku.
“Ala, kak. Time Mami tak ada, beranilah nak datang. Sat nanti Mami dah balik, segan nak datang. Nanti Mami kata apa pula.” Jawabnya.
“Ooo... Mami kata apa, risau pula. Allah kata apa, tak risau pula?" Sindirku lagi.
“Relaxlah kak. Bukan buat apa pun. Takat bercerita. Iwan tu tengah sedih. Kekasihku diambil orang, ceritanya.” Katanya
Anis menolak aku ketepi sedikit dan terus melulu masuk ke dalam. Marah pula rasanya dibuat begitu. Aku saingi langkahnya dan berdiri dihadapannya.
“Stop. Stop. Stop. Keluar sekarang. Apa hak kau nak masuk? Sekarang. Keluar.” Halauku.
“Sekejap saja kak. Dapat lepaskan rindu sekejap je pun, jadilah.” Katanya.
“Tak ada maknanya lepaskan rindu. Mana ada kawan rindu macam ni sekali. Dah, berambus.” Halau aku sekali lagi sambil menunjukkan arah pintu pagar.
“Biasalah, kak. Sekarang kawan. Nanti jadi suami saya. Tolonglah kak. Bagi saya peluang nak rapat dengan dia masa ni. Orang kata time sedih ni kalau kita tunjuk yang kita care kat dia, rasa sayang tu senang nak timbul. Please.” Rayunya.
“Tak ada maknanya. Siapa ajar kau ajaran sesat ni? Pergi sekarang.” Sekali lagi aku menghalaunya.
“Abang Lukman yang ajar. Abang Lukman yang kenalkan saya pada Iwan. Abang Lukman yang nak kami berkawan dan berkasih seterusnya kahwin. Tapi kalau akak halang amcam ni, macam mana kasih tu nak terjalin. Lagipun, esok atau lusa, Mami dah balik. Susahlah nak dekat dengan dia. Tolonglah kak.” Rayunya lagi sambil memegang tanganku.
Aku geram. Budak ni memang nampak muka baiknya. Muka jujurnya. Tengoklah semua soalan aku dijawabnya dengan jujur. Tapi aku pun tengah marahkan dia. Lalu, aku tarik tangan dia dan menghumban dia keluar rumah. Aku cepat mengunci pagar rumah dan masuk ke dalam. Tanpa menghiraukan jeritan perempun tu mahupun rayuannya.
Aku terus naik keatas. Masuk ke bilik Iwan. Aku cekak pinggang menghadap dia yang sedang enak tidur. Sedap betul dia tidur. Geram betul hati kita tengok. Kawan baru yea. Huh, Nisa dah halau dah dia.
“Eee... Nisa rasa nak cekik saja abang Iwan ni. Cepat betul cari pengganti Nisa.” Marahku.
Aku tenung dia yang sedang tidur itu. Lama. Bermacam-macam suara bermain didalam benakku. Sudah macam debat perdana.
“Nisa. Nisa.” Panggil Iwan. Matanya masih terpejam. Sekali lagi nama aku dipanggilnya.
“Abang Iwan. Abang Iwan. Izwanshah Hazriq" panggilku. Aku rasa dia mengigau. Aku lihat air matanya mengalir. Sayup namaku disebutnya berulang kali.
Aku rasa dahinya. Lehernya. Pipinya. Badannya. Panas. Walau tidak sepanas semalam tapi dia sudah kembali panas dari keadaan sebelum aku balik ke rumah tadi. Aku kejut dia sampai bangun.
“Jom mandi.” Kataku dan terus menarik tangannya untuk duduk.
Dia begitu lemah. Dengan kudrat yang ada, aku pimpin dia ke bilik mandi. Aku mandikan dia. Lama sehingga suhu badannya turun.
Lekas juga aku lap badannya. Dengan segera aku pakaikan kain pelikatnya dan membuang kain pelikat yang telah basah. Aku pimpin dia ke dalam bilik. Lap kakinya dan pakaikan stoking. Pakaikannya baju dan baringkan dia semula. Waktu ini dah tak fikir apa pun. Risau aku melebihi segalanya saat itu. Doaku, Allah ampunkan dosa kami
Lama aku pandang dia. Hati aku berbicara banyak benda sampai tak tahu nak cerita yang mana. Yang pasti, aku sedar bahawasanya aku masih sayang dan cintakan dia. Selama ini, aku cuba tutup hatiku dan cuba untuk lupakan dia. Tapi hati aku tak pernah tutup untuk dia. Aku cuba tahan dia supaya dia tak masuk ke dalam hatiku. Hakikatnya, dia dah lama menghuni disitu. Tak pernah aku halaunya keluar.
Entah bila aku tidur, sedar saja, aku tersedak dan batuk. Badan aku pun terasa sejuk saja. Mata aku begitu berat hendak dibuka. Bagaikan digam dengan kuat. Aku tahu simptom demam sedang menjengahku. Aku cuba meraba apa yang boleh menyelimutkan aku. Namun, ada satu tangan menyentuh dahiku.
“Nisa demam.” Suara itu walaupun lemah tapi penuh kerisauan.
Aku rasa ada pergerakan yang lemah dan perlahan turun dari katil. Akal warasku menjengah. Aku diatas katil Iwan. Dan sekatil dengan Iwan. Aku rasa tadi aku duduk di hujung katilnya. Entah bila aku baring disebelahnya.
Allah, maafkan dosaku.
“Nisa boleh bangun?” Tanyanya.
Aku angguk.
“Jom kita pergi hospital.” Ajaknya.
Aku geleng. Aku duduk. Seketika aku berdiri. Batuk mula menjengah aku sekali lagi. Perit betul bila batuk. Sakit semua urat perut.
“Abang Iwan rehatlah.” Kataku.
Aku lihat muka pucatnya sudah bersiap untuk menghantar aku ke hospital. Dengan kain pelikat dan disarungnya sweater dibadannya. Kepala aku pening. Aku kembali duduk dihujung katil.
“Jom.” Ajaknya.
Dengan sepenuh tenaga dia memapah aku. Terasa hangatnya badannya. Aku pun tak tahu, siapa yang pimpin siapa. Dia sempat menyambar kunci keretaku, kunci rumah dan telefon bimbitku yang berada diatas meja soleknya.
“Assalamualaikum.” Satu suara memberi salam.
“Waalaikumsalam.” Jawab kami serentak. Perlahan.
Kami terus bergerak ke luar. Iwan sudah membuka pintu rumah sambil memapahku. Bila kami keluar, aku nampak beberapa orang lelaki bersongkok dan berkopiah berdiri di pagar rumah.
“Kami dari Jabatan Agama Islam Selangor. Kami terima aduan ada pasangan khalwat dalam rumah ini.” Kata salah seorang dari mereka.
Tanpa menghiraukan, Iwan terus memapah aku ke pagar. Dia membuka pagar rumah dan terus berjalan ke arah keretaku. Dia menekan punat control untuk membuka pintu kereta dan memasukkan aku ke dalam keretaku disebelah penumpang.
"Encik, masuk dulu. Buat macam rumah sendiri. Ini kunci rumah. Saya nak bawa tunang saya ke hospital. Dia demam. Kalau encik nak buat kes, kami ada dekat Sri Kota tu saja. Nanti encik cari kami disitu. Saya tunggu encik. Saya Izwanshah Hazriq dan ni tunang saya Nisa Ul Husna." Kata Iwan lemah. Dia menyerahkan kunci rumahnya kepada salah seorang dari mereka dan memasukkan aku ke dalam keretaku. Terus saja dia hidupkan enjin kereta dan memandu ke Hospital Sri Kota.
Tiba di Sri Kota Specialist Hospital, dia meletakkan kereta aku dihadapan pintu bilik kecemasan. Dia meminta bantuan jururawat disitu untuk membawaku keluar dari kereta. Dia pula sudah keluar untuk membuat pendaftaranku. Selang 10 minit kemudian, dia pula dibawa ke dalam bilik kecemasan disebelahku dalam keadaan tak sedarkan diri.
“Nurse, dia ada allergic dengan ubat tapi saya tak pasti ubat apa.” Sempat aku berpesan pada jururawat yang bertugas.
Jururawat itu hanya angguk.
“Nak duduk sebilik ke?” Tanya nurse tadi.
Aku fikir seketika sebelum mengangguk.
“Mestilah sebilik, kan? Suami isteri.” Katanya.
“Taklah nurse. Dia tunang saya.” Kataku membetulkan tanggapannya.
“Tapi biar kami duduk sebilik. Senang saya nak jaga dia.” Kataku.
Dia hanya angguk walaupun mukanya tak setuju. Kerutan didahinya sudah buatkan aku untuk membaca apa yang ada didalam fikirannya.

Suka hatilah. Ada aku kisah?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan