SUBSCRIBE

Rabu, Februari 22, 2017

GEMUK DURJANA 29

Sudah hampir sebulan usia perkahwinan kami. Aku tak ada rungutan. Nisa memang beri aku layanan first class. Makan, pakai ku semua dijaganya. Mami pun dijaga dengan elok. Malah terlebih rapat dengan Mami. Mami pun sayang dia sangat-sangat. Lebih sayang dan ambil berat tentang Nisa berbanding aku, anaknya.
Aku suka bila Mami suka. Aku gembira bila Mami gembira. Itu doa aku setiap hari. Aku inginkan isteri yang disayangi Mami. Isteri yang mampu membahagiakan Mami. Alhamdulillah. Syukur sangat.
Aku punya isteri tapi aku masih belum berjaya menjadikan Nisa milik aku. Hatinya yang terluka dulu belum sembuh. Walaupun dia layan aku sehabis baik. Tidak ada kekurangan dan rungutan tapi hatinya? Aku bukan sekadar inginkan tubuhnya tapi aku paling inginkan hatinya. Hatinya yang bahagia bersama aku akan buatkan aku jadi suami yang paling bahagia.
"Abang Iwan, menung apa tu?" Katanya dan melabuhkan punggungnya disebelahku diatas katil.
Aku senyum. Dari gaya dia, seperti tiada apa yang berlaku antara kami. Seperti dia bahagia bila berada disampingku. Seperti semuanya untuk aku. Tapi aku tak rasakan hatinya untuk aku. Mesranya itu seperti disuruh-suruh. Lebih kepada rasa tanggungjawab berbanding rasa kasih dan cinta.
"Nisa bahagia dengan abang?" Tanyaku.
Aku mengesot ke tengah katil dan menarik dia supaya duduk disebelahku dikepala katil. Aku memeluk pinggangnya. Aku pandang dia. Dia juga memandang aku.
"Mestilah. Tengok ni." Jawabnya dan menanyangkan senyuman nampak gigi. Aku senyum kelat.
"Macam tak ikhlas." Komenku.
"Tak penting pun ikhlas tu. Yang penting, Nisa layan abang Iwan dengan baik. Buat abang Iwan rasa bahagia. Abang Iwan bahagia tak? Ke ada sebarang rungutan? Sila bagitahu dengan gembira. Nanti Nisa perbaiki." Balasnya.
"Abang bahagia. Bahagia sangat dapat memiliki Nisa sebagai isteri tapi lebih bahagia kalau hati isteri abang ini diberikan kepada abang sepenuhnya." Jawabku.
"Nisa kenalah simpan untuk Nisa. Kalau abang Iwan dah jumpa orang lain, tak adalah Nisa rasa sakit bila diceraikan atau dimadukan." Balasnya.
Aku terkedu. Kenapa nak terkedu? Aku pun tak tahu.
"Kenapa fikir sampai macam tu sekali? Abang cintakan dan sayangkan Nisa sangat. Tak akan tinggalkan Nisa. Insya Allah." Janjiku. Aku menggengam erat tangannya agar dia percaya apa yang aku katakan.
"Kita boleh berjanji, merancang apa saja tapi perancangan Allah? Mana kita nak tahu, kan?" Katanya sambil mengusap tanganku.
"Kita doa agar hati kita tetap pada satu sama lain." Cadangku.
"Doa pun perlu. Usaha pun perlu. Ini usaha Nisa. Abang Iwan tak payah risau kalau nanti terjumpa seseorang yang sesuai dan layak untuk abang Iwan. Nisa dah bersedia untuk berundur. Kalau abang Iwan kesian nak lepaskan Nisa pun, tak apa. Nisa tak kisah saja untuk bagi semua hak Nisa pada cinta hati abang Iwan nanti. Sekurang-kurangnya, Nisa boleh jaga Mami. Tapi kalau dia pun nak jaga Mami. Tak apalah. Nisa okey saja. Nisa boleh jaga diri sendiri. Kalau ditakdirkan kita ada anak sebelum abang Iwan nikah, Nisa tak kisah saja nak jaga anak kita tu. Abang Iwan jangan banyak fikir. Nisa cakap awal-awal ni supaya abang Iwan ingat yang Nisa tak kisah." Katanya.
Mulutnya kata tak kisah sedangkan nada suaranya mendatar seperti orang sedang menahan sakitnya didalam. Sesungguhnya aku juga rasa sakit dengan kata-katanya itu. Sungguh hatiku sakit.
Ya Allah, aku tiada niat untuk menduakannya. Niat aku untuk mencintai dan menyayangi dia sepenuh hatiku sehingga akhir hayatku. Kenapa dia susah sangat nak percaya? Apa yang aku perlu lakukan untuk meraih hatinya kembali kepadaku seperti layaknya seorang suami terhadap isterinya? Aku mohon Ya Allah, agar dia memberikan hatinya, kepercayaannya dan setianya hanya untuk aku seperti mana aku.
"Nisa tak kisah. Ingat tau, abang Iwan. Jangan pula abang Iwan buat maksiat. Nisa tak kisah abang Iwan nak kahwin lain atau nak ceraikan Nisa sebab Nisa pun sedar diri yang Nisa ni tak cantik dan tak molek untuk bergandingan dengan Abang Iwan. Tak sesuai pun nak berjalan disebelah abang Iwan. Jadi, apa-apa pun, abang Iwan bincang dengan Nisa. Kalau Mami tak setuju. Tak apa. Nisa sendiri pergi pinangkan dia untuk abang Iwan. Ingat ni pesan Nisa." Pesannya lagi.
"Nisa, bila nak panggil abang saja? Abang ni suami Nisa bukan kawan Nisa." Tegurku untuk kesekian kali.
"Nisa dah terbiasa." Jawabnya.
Terbiasa? Tapi disaat luar sedar dia, dia panggil aku abang. Sangat mesra bunyinya. Sangat menggoda nadanya. Tapi didalam sedar, dia akan berada dalam protectove mode which is dalam keadaan sekarang. Dia protect hati dia dari dilukaiku.
"Or you should call me husband or hubby." Cadangku.
"Abang Iwan." Putusnya.
Aku tarik nafas dalam.
"Terpulang. Janji Nisa ingat yang abang ni suami Nisa bukan kawan Nisa yang Nisa boleh pas pada orang lain. Ingat juga yang hati abang ni hanya untuk Nisa bukan orang lain." Rajukku.
"Dah, abang nak tidur." Aku terus baring membelakangi dia.
"Abang Iwan, janganlah terasa hati dengan Nisa. Nanti malaikat menyumpah Nisa. Nisa tak nak." Katanya dan mengoncangkan badanku.

Aku tegar untuk buat isteriku rasa bersalah. Aku fikir, ianya cara terbaik untuk didik isteriku ini dari aku diam dan ikutkan saja rajuknya. Walaubagaimanapun, aku tetap maafkan dia setulus hatiku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan