SUBSCRIBE

Ahad, Februari 19, 2017

GEMUK DURJANA 4

Ini lah nasib orang melawan cakap mak. Mama dah pesan jangan keluar. Aku tak nak dengar cakap. Keluar juga. Rasakan. Kereta rosak. Kena pula tumpang dengan mamat yang aku baru kenal minggu lepas. Si Rizal a.k.a Riz.
“Riz, berhenti dekat depan bus stand mara tu sajalah. Saya boleh jalan kaki balik ke rumah. Nanti tak adalah awak nak kena berpusing nak balik rumah.” Kataku.
Aku sudah berkira-kira. Nanti dari bus stand tu, aku tahanlah teksi balik ke rumah. Tak pun, jalan kaki saja. Bukan jauh pun. Lebih kurang 2 kilometer dah sampai rumah. Aku lebih rela penat kaki dari buat orang tahu rumah aku. Memang taklah.
“Tak apalah, I send you home. You just tunjuk saja dekat mana rumah you. I’ll send you sampai depan pintu. Lagipun, bahaya awak jalan sensorang. Dah nak malam ni, orang selalu dah masuk rumah sebab hantu banyak berkeliaran time ni. Nanti kena kacau dengan hantu pula.” Balas Riz cuba nak buat lawak.
Dia ketawa.
Aku langsung tak rasa nak ketawa. Kau tak tahu apa yang bakal kau dapat kalau mama atau abah nampak kau hantar aku depan pintu. Dan kau tak tahu macam mana bertepek tahi telinga aku ni kena taruk nak tahan bebelan mama. Bukan kau yang kena bebel. Aku ni ha. Tau tak?
Paling utama, aku memang tak suka kawan-kawan aku tahu dekat mana aku tinggal. Tak pernah aku bawa kawan aku datang rumah. Tak pernah sekali. Kawan-kawan aku pun, rata-ratanya tak tahu pun aku tinggal dimana.
“Tak apa. Awak hantar sampai sini pun dah cukup bagus. Lagipun, dah tak jauh rumah saya dengan bus stand tu.” Kataku.
Tak jauh sangatlah tu... Bepeluh ketiak nak sampai rumah kalau jalan kaki. Itu belum lagi kes nak tercabut kaki sementara nak sampai ke rumah.
“Saya hantar.” Tegasnya
“Tak apa. Situ saja. Saya tak suka nak susahkan orang.” Aku berinya alasan lagi.
“Saya kata saya hantar. Period!” Tegasnya.
“Kalau macam tu, lepas bus stand tu, ada trafic light depan masjid tu, awak masuk kiri.” Arahku.
Aku menunjukkan jalan kearah rumah teres berhadapan dengan Istana Klang. Nak sangat hantar. Hantar aku depan situ pun tak apa. Dah dekat dah dengan rumah. Lagi bagus. Tak adalah jauh sangat nak jalan balik ke rumah.
Entah rumah siapa nak jadi mangsa aku ni. Riz pula ikut saja arahan yang aku berikan. Aku minta dia berhenti disebuah rumah teres 2 tingkat yang aku rasa cantik dari luar. Tak kisahlah rumah siapa pun, janji lepas aku turun dia terus balik.
“Dah, saya turun ni, awak terus jalan tau. Saya takut nanti abang saya nampak. Habis muka handsome awak tu bengkak.” Kataku dan bersedia untuk turun.
Aku hentam ayat drama mana entah. Selalukan orang takut dengan abang si perempuankan? Harap-harap dia takut. Kalau tidak, mati aku.
“Tak apa. Saya tunggu sampai awak masuk.” Katanya.
“Tak payahlah. Terus pergi.” Tegasku.
Aku turun dari kereta Toyota Vios TRD warna putih kepunyaan Riz. Mengikut perancanganku, aku mahu tunggu sehingga dia pergi. Bila kereta dia sudah tak nampak nanti baru aku berjalan kaki balik ke rumah. Isunya sekarang ni dia berkeras mahu tunggu aku sehingga aku masuk ke dalam pagar.
Memang macam nak mati dah saat ini aku rasa. Dia tetap dengan degil dia. Aku pula dah tak keruan. Takkan nak masuk rumah entah sesiapa ni. Buatnya rumah ini bukan rumah orang melayu dan membela anjing pula. Tak pasal-pasal.
Sedang aku dan dia bercakaran untuk minta dia pergi, seorang lelaki lengkap berbaju melayu dan berkopiah keluardari rumah itu. Lelaki itu muncul disebalik Honda Civic warna hitam yang diletakkan didalam pagar rumah. Dia membuka pintu pagar rumahnya dan Riz pula segera keluar dari keretanya.
Aku rasa nak pengsan saat itu.
“Maaflah, bang. Saya hantar adik abang ni. Kereta dia rosak tadi. Jadi saya tolong hantarkan.” Kata Riz sewaktu bersalaman dengan lelaki itu.
Lelaki itu pandang aku tajam. Aku buat muka seposen. Minta bantuannya untuk berlakon menjadi abang aku seketika. Dia kembali memandang Riz.
“Saya Riz.” Riz memperkenalkan dirinya.
“Erm.” Itu je jawapan lelaki itu dengan muka kerasnya.
Riz yang terasa aura tak sihat dari lelaki itu terus masuk ke kereta setelah meminta diri. Dia kemudian terus memecut keretanya meninggalkan kami.
“Sejak bila kau jadi adik aku. Aku pun tak tahu yang aku ada adik?” Tanyanya padaku.
Aku garu kepalaku.
“Sorry dan thank sebab selamatkan saya dari keadaan tadi.” Ucapku.
Aku sudah berkira-kira untuk melangkah meninggalkan perkarangan rumah tersebut. Aku pun terasa bahang aura lelaki ni. Takutlah juga. Buatnya dia tengking aku, menangis aku dekat sini. Hilanglah macho aku nanti.
“Siapa tu, Iwan?” Tanya seorang perempuan dari dalam rumah.
“Adik Iwan, Mami.” Jawabnya. Sinis.
“Sejak bila hang ada adik pula ni?” Tanya perempuan tadi dan terus keluar dari rumahnya.
“Siapa ni, Iwan?” Tanyanya bila sudah berada dihadapan kami.
“Dia kata dia adik Iwan.” Jawab Iwan.
Aku senyum.
“Maaf, makcik. Kereta saya rosak. Lepas tu, ada kawan offer nak hantar tapi saya tak nak dia tahu rumah saya dekat mana. Bila saya suruh kawan saya tu hantar di bus stand saja tapi dia tak nak. Dia nak juga hantar sampai rumah. Untuk mengelakkan dia tahu rumah saya, saya suruh dia drop saya dekat sini. Tak terniat pun nak ganggu sesiap. Saya ingatkan lepas dia hantar, dia nak terus pergi. Tapi rupanya, dia nak tunggu saya masuk dalam pula. Tu yang lama dekat depan rumah makcik ni. Saya minta maaf. Saya balik dulu. Saya minta diri dulu.” Kataku dan terus bersalaman dengan perempuan itu. Tak sanggup nak menipu orang tua.
“Mai masuk dulu. Dah maghrib ni. Sat lagi Iwan pi hantaq hang balik.” Ajak perempuan tadi.
Salam yang aku hulurkan tadi tidak dilepaskan malahan dia mengheret aku secara paksaan untuk mengikut langkah kakinya masuk ke dalam rumahnya. Aku pun tak sampai hati nak merentap tangannya itu. Maka, aku ikutkan saja. Tak apalah. Bila dia lepaskan tangannya nanti, aku akan terus keluar dari rumah ni.
“Panggil, Mami.” Katanya sambil menepuk dadanya.
“Mami, tak apa. Tak elok menyusahkan orang. Lagipun, dah Maghrib. Nanti mama dan abah risau.” Tolakku sopan bila dia beria-ia suruh aku masuk ke dalam rumahnya.
“Tak apa. Nanti Mami ikut Iwan. Nanti Mami bagitahu depa yang hang duk maghrib dekat rumah Mami.” Ujar Mami dan terus menarik tanganku untuk masuk ke dalam rumah.
Aku pandang Iwan yang sedang menutup pagar rumahnya. Dia pandang aku. Aku minta pertolongannya melalui pandangan mata. Semoga dia faham bahawa aku nak balik sekarang ini juga.
“Masuklah. Maghrib dulu.” Katanya dan terus berlalu masuk ke dalam.
“Dah, tak payah nak malu. Masuk saja.” Desak Mami.
Aku pun dah tak boleh nak kata apa. Ikutkan saja. Masuk saja didalam, terus Mami suruh aku pergi ke bilik air untuk berwuduk. Aku lihat disatu ruang, sejadah sudah terbentang dan Al-Quran yang tertutup berada ditengah ruang itu.
“Kami tadi tengah tadarus sambil tunggu nak maghrib. Lepas tu, dengar bunyi kereta. Itu yang Mami suruh Iwan pi tengok siapa dekat depan tu.” Terang Mami.
“Sorry, Mami. Sorry Iwan. Saya ganggu.” Ucapku.
“Tak apa. Sat Mami pi ambil kain pelikat. Takut kain telekung biasa ni hang tak muat.” Kata Mami dan terus naik ke atas.
“Apa tak tau nama hang?” Tanya Mami.
“Nisa.” Jawabku.
“Ha, Nisa. Hang jangan terasa pula. Mami bukan maksudkan apa-apa.” Kata Mami yang terhenti langkahnya di separuh tangga.
Aku sengih saja.
Tak sempat nak terasa, Mami dah minta maaf. Sejuk balik hati. Lagipun, sedarlah dengan keadaan diri. Memang selalu aku beli telekung, kainnya aku rembat kain pelikat abah. Kain untuk telekung tu pula, akan selamat menjadi kain buruk atau aku buang saja. Tak ada siapa pun nak pakai. Dari buat semak, baik buang. Kalau ada orang kutip barang dekat tapak pelupusan sampah jumpa, boleh juga mereka gunakan.
“Tu, bilik air kat belakang tu. Cepat sikit. Maghrib dah masuk lama dah.” Arah Iwan yang masih dalam nada beku ais dia.
Tak suka betul aku Si Ais ni. Tak mesra macam Mami. Aku lihat jam ditangan. Baru masuk 10 minit lepas. Kecoh. Namun, cepat saja aku tanggalkan jam dan masukkannya ke dalam poket seluar. Aku terus berlalu masuk ke dalam bilik air yang dimaksudkan tadi untuk berwuduk.
Selesai aku berwuduk, aku keluar dari bilik air. Mami sudah siap bertelekung dan berdiri dibelakang Iwan sambil memegang telekung untuk aku. Iwan pula sedang berdiri sambil melaungkan lafaz iqamat.
‘Sedap.’ Pujiku hatiku.
“Nah” Mami hulurkan aku telekung dan kain pelikat.
Aku segera ambil dan menyarungkannya dengan kadar segera kerana Iwan sudah mahu tamat iqamatnya. takut pula dia marah nanti.
“Allahuakhbar.” Iwan sudah angkat takbir tanpa menunggu aku yang masih lagi sedang memakai telekung. Mami sudah bersedia untuk mengangkat takbir. Cepat saja aku masuk ke dalam saf, berdiri disebelah Mami.
Selesai Maghrib, Mami minta untuk dia dan Iwan meneruskan bacaan Al-Quran sehingga masuk waktu Isyak. Aku nak kata apa? takkan nak marah pula. Mereka tuan rumah. Aku ni datang sudahlah tak dijemput. Dan dari aku melangut, aku ikut mereka sama baca. Tapi untuk aku, aku baca ikut dalam hati kerana Al-Quran didalam rumah itu terbatas untuk mereka berdua saja aku rasa bila Mami tak ada pun nak hulur Al-Quran untuk aku.
Aku pun tak tahu sama ada Al-Quran dalam rumah ni memang ada dua saja ataupun mereka yang tak nak hulurkan kepadaku. Kalau dekat rumah aku tu, berlambak Al-Quran. Berhabuk pun ada. Yang pakai saja yang elok tanpa habuk. Dan disetiap bilik pasti ada Al-Quran. Seorang satu mama dan abah bagi.
Lain orang lain caranya. Mungkin memang ada 2 Al-Quran saja dalam rumah ini untuk mengelakkan dari dihuni oleh habuk macam dekat dalam rumah aku tu. Mungkin. Aku pun sebenarnya tak ada minta.
Selesai solat Isyak, Mami mengajak aku untuk makan dulu sebelum menghantar aku pulang ke rumah. Aku tak mampu nak menolak bila yang mengajak aku itu penuh dengan rasa kasih dan sayang. Mak cair nok, bila dengan orang tua ni. Tak sampai hati nak menolak. Lagipun, rezeki tak baik ditolak. Musuh jangan dicari walaupun muka mamat tu dah macam nak bermusuhan dengan aku.
“Tapi bukanlah nasi ke apa. Ini creme brulee yang si Iwan tu buat. Malam tak elok dah nak makan nasi tapi benda ni pun tak elok juga tapi dah ada tu, kita pehabis sajalah.” Kata Mami sewaktu kami sudah dimeja makan.
“Tak apa, Mami. Saya makan saja. Tak kisah sangat.” Balasku.
“Patut badan macam tu.” Kata Iwan tanpa perasaan bersalah.
Aku cebik sambil menjeling dia. Mami ketawa melihat reaksi aku. Tapi kalau dia gelak dengan kata-kata Iwan tu pun, aku tak kisah. Ini bukan kali pertama untuk semua kata-kata dan ejekan macam itu. Walaupun pedas tapi tak pernah berbekas dihati.
‘Kalau tujuan nak buat aku marah, sila cari idea lain. Aku tak terusik dengan ayat gitu.’ Ujarku didalam hati.
Selesai makan, Mami dan Iwan naik keatas untuk menyalin pakaian. Aku buat sesi lawatan didalam rumah ini. Tak ada apa yang menarik perhatian aku. Gambar pun tak ada. Kalau rumah aku, bersepah frame gambar.
‘Aku ni dari tadi lagi duk sibuk compare rumah orang dengan rumah aku. Macam bagus sangat rumah aku tu. Itu pun bukan rumah aku. Rumah abah dan mama.’ Marah aku didalam hati pada sifat riak dalam diri.
“Dah, jom.” Ajak Mami bila dia dan Iwan sudah sampai ke bawah.
Aku dan Iwan masuk ke dalam kereta dulu. Mami tunggu kami keluar untuk mengunci pintu pagar rumah. Aku duduk dibelakang memerhati Mami. Sedikit pun tak rasa nak pandang pak supir didepan tu. Tak ada selera. Muka dia memang sesuai untuk menyakitkan hati orang gamaknya.
“Rumah kau dekat mana? Rumah betul bukan rumah rekaan kau.” Kata Iwan. Sinis.
“Dekat saja. Belakang istana tu.” Jawabku. Jujur.
“Baik kau cakap betul-betul. Mami dah kata nak cakap dekat mak bapa kau, maknanya dia akan tunggu sampai mak bapa ko keluar.” Ugut Iwan.
“Betullah. Takkan nak menipu memalam ni. Tak percaya sudahlah.” Balasku. Kasar.
“Tak percaya, pasai pa?” Tanya Mami yang kebetulan sudah membuka pintu waktu itu.
“Tak ada apa, Mami.” Jawab Iwan.
Iwan kemudiannya terus memandu menuju kawasan perumahan yang aku maksudkan tadi. Tak ada banyak perbualan antara kami. Lagipun, tak jauh mana pun rumah aku dengan rumah mereka. Kalau ada yang nak bersembang pun, Mami. Mami saja yang asyik bertanya macam-macam padaku dari lepas Isyak tadi. Bila ditanya pada Iwan, jawapannya hanya 'emmmm' berat mulut betul.
“Dah sampai ni. Mana rumah kau?” Tanya Iwan.
Aku berikannya kad untuk melepasi pos pengawal. Kemudian, aku berikan arahan padanya sehingga sampai betul-betul dihadapan rumahku. Entah kenapa aku bagi pula mamat ni dengan Mami hantar aku depan rumah. Selalu tu jangan harap. Aku rasa, ini kali pertama orang yang aku baru kenal, aku jemput mereka masuk ke dalam rumah. Adab saja.
"Jemput masuk, Mami." Pelawa aku.
Aku keluarkan keluar dari kereta. Aku mengambil remote controller dari poket seluar untuk membuka pagar rumah. Aku toleh kebelakang memandang Iwan yang berada didalam kereta itu dengan wajah penuh berlagak. Nak bagitau yang dia betul-betul hantar depan rumah aku. Bukan rumah rekaan.
"Mami, toksah lah. Lagipun, dah malam. Esok Iwan nak kerja." Kata Iwan tapi Mami sudah buka pintu kereta.
Aku senyum.
Saat aku berpaling semula kearah rumahku, mami sudah masuk ke dalam sambil memberi salam. Terkocoh-kocoh aku menyayingi langkah mami itu. Bila sudah sampai didepan pintu rumah, mama dah buka pintu rumah.
"Eyh, Kak Mami. Jemputlah masuk." Ajak mama.
Aku tepuk dahi.
Kenalkah? Matilah aku. Tolonglah jangan kata rapat. Dan tolong sangat- sangat jangan kata pernah cuba nak jodohkan aku dengan mamat seorang ni. Mati hidup semula aku tak rela. Mamat sarkastik. Tak ada perasaan.
“Toksahlah... Ini nak hantar anak hang ni. Tersesat depan rumah Mami.” Kata Mami pada mama.
“Macam mana boleh sesat sampai rumah Kak Mami? Nisa?” Tanya mama. Matanya penuh dengan aura nak marah aku.
Aku sekadar sengih. Malas nak ulas lebih lanjut.
“Mami minta diri dulu. Jangan marah budak ni. Kang lari pula. Budak-budak zaman sekarang bukan boleh marah-marah. Dari elok-elok. Terus jadi tak elok. Nyesal kita nanti.” Pesan Mami sambil bersalaman dengan mama.
Senyum saja aku dengan pesan Mami.
“Balik dulu, Nisa.” Pamit Mami.
Aku bersalam dengannya dan mencium sopan tangan tua itu. Aku ikutnya sehingga ke pintu pagar rumah. Saat kereta bergerak, aku melambaikan tangan kepada mereka. Tapi tak jauh pun mereka pergi, Iwan berhentikan keretanya. Mami buka pintu kereta dan memandang kearah aku.
“Esok Iwan datang ambil hang. Boleh tengok-tengokkan kereta hang tu.” Laung Mami.
“Tak payah, Mami.” Tolakku.

Tapi aku rasa Mami tak dengar bila dia sudah tutup pintu kereta sebelum sempat aku menjawab. Dah, sudah. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan