SUBSCRIBE

Ahad, Februari 19, 2017

GEMUK DURJANA 5

“Peninglah kepala aku ni. Serabut. Semak.” Kataku sendirian.
Aku dah menggaru kasar kepala aku yang tiba-tiba jadi gatal macam ada kutu. Rasa macam nak tanggal kepala ni kejap letak kat tepi. Serabut betul rasanya.
Mami tu asyik suruh aku pikat budak gemuk tu. Dari hari dia datang ke rumah 2 hari lepas, sampai lah pagi tadi. Topik dia tak habis-habis pasal dia berkenan dengan budak tu dan berangan aku kahwin dengan budak tu. Itu belum lagi dia pujuk aku suruh pikat budak tu.
Semak betul!
Tercalarlah imej macho aku kalau berpasangan dengan dia. Tak dapat dibayangkan betapa malunya jalan dengan dia. Mesti ramai orang akan pandang pada kami. Itu belum lagi kalau tiba-tiba Mami suruh aku kahwin dengan dia.
Oh My God!
Jahanam saham aku sebagai lelaki kacak dan bergaya. Mesti orang ingat aku dah terdesak sangat sampai hentam saja siapa pun untuk jadi isteri aku.
Aku masih didalam kereta menanti budak gemuk namanya Nisa uruskan tentang keretanya. Semalam Mami paksa aku pergi tolong budak tu tengok-tengokkan keretanya. Apa yang rosak. Aku buat. Mami weh. Tak ikut? Derhaka namanya.
Aku ambil dia dirumahnya. Kena pula tunggu dia siap. Ada boleh tak siap padahal Mami dah cakap dah dengan dia. Lepas tu bawa pergi ke kereta dia. Aku panggilkan mekanik tapi tak boleh hidup juga. Jadi mereka tarik keretanya ke bengkel. Mujur bengkel dekat saja. Jadi mereka tarik guna Jeep mereka saja.
Hari ni, kena hantar dia ke bengkel pula sebab kereta dah siap. Aku ni dah macam tak ada kerja lain pula selain melayan budak gemuk ni. Semuanya sebab Mami.
Mami ni pun lah. Dulu masa nampak budak tu dalam kereta, Mami kata tak nak menantu macam tu, ini sudah cerita lain. Berkenan pula dengan budi bahasa. Kejadahnya.
Aku nampak Nisa berjalan kearah keretaku. Senyumannya tak lekang dari bibir. Macam saja nak menggoda aku saja dengan senyuman dia tu. Aku palingkan wajahku ke tempat lain. Rasa nak muntah pula. Menyampah!
Tok. Tok.
Dia mengetuk cermin tingkap sebelah penumpang. Aku turunkan cermin tingkap sebelahnya. Dia menundukkan badannya dan meletakkan tangannya dia pintu kereta.
Macam mana Mami ni boleh berkenan dengan budak ni? Membongkok buat orang kat luar tu nampak bontot dia yang sedang menonggek. Tak malu langsung.
“Terima kasih tolong Nisa hari ni.” Katanya.
“Dah siap ke kereta tu?” Tanyaku.
“Dah. Abang Iwan boleh baliklah.” Katanya.
“Tak apalah, abang Iwan ikut Nisa sampai ke rumah. Nanti mama Nisa kata apa pula. Dah pandai ambil anak dara dia, tak pandai nak pulang." Kataku.
Itu pesan Mami. Ambil dia dirumah dan hantar dia sampai ke depan rumah dia. Kalau ada mak bapa dia, jumpa. Salam sebelum balik.
Memenuhi permintaan seorang ibu itu wajib.
Jadi aku suka atau tak, kenalah ikut kemahuan Mami kan? Kenalah pikat dia sampai dia terpikat. Kalau Mami suruh kahwin, kahwinlah. Tapi kalau aku nak putuskan hubungan kami suka hati aku, kan? Kalau aku nak ceraikan dia pun, itu hak aku, kan?
Jadinya, sekarang ni aku ada misi dengan budak ni. Misi memenuhi permintaan Mami. Seperti yang Mami minta. Pikat dia. Apalah sangat setakat budak gemuk ni. Dengan ketampanan aku ni. Mesti dia senang cair. Budak gemuk ni ada jenis suka perasan yang orang suka dekat dia. Senang jatuh cinta. Pasti boleh punya.
Go Iwan. Go.
“Tak apalah, menyusahkan abang Iwan saja. Nisa boleh balik sendiri. Abang Iwan dah banyak sangat tolong Nisa ni. Semalam tolong hantarkan kereta ke bengkel. Hari ni siap hantar ke sini lagi sekali untuk ambil kereta. Itu dah terlebih dari terhutang budi. Nanti terpaksa pula Nisa gadai body Nisa.” Selorohnya.
“Bagilah hati dulu, baru bagi body lepas sah sebagai isteri.” Usikku.
“Agak-agaklah melawak benda-benda gitu. Tak lawak.” Balasnya. Marah.
“Mana ada bergurau. Cakap benda yang betullah ni.” Balasku semula.
“Dahlah, abang Iwan. Tak payah nak melawak. Nak ikut, ikut saja. Tapi kalau nak mengorat sangat, pergilah tolong bayarkan bil ni. Baru nampak gentlemannya.” Katanya sambil menghulurkan sekeping resit kepadaku.
Aku ambil dan matikan enjin keretaku tanpa melihat nilai yang tertera didalam resit itu. Aku keluar dari kereta dan terus berjalan ke kaunter bengkel untuk membuat pembayaran.
“RM345, encik. Cash or credit card?” Kata amoi dikaunter itu bila aku berikan resit itu kepadanya.
“Debit card.” Jawabku.
Setakat RM345, apalah sangat. Tak luak mana pun. Aku bukan pengganggur macam dia. Aku punya perniagaan sendiri dan dibayar gaji setiap bulan. Itu belum masuk dividen tahunan yang aku terima.
“Dah, jom. Kita pergi makan dululah. Lagipun, mama Nisa tak ada dekat rumah,kan? Jom, abang Iwan belanja makan.” Ajakku sebaik menghampirinya.
“Nisa ni kalau orang belanja, okey saja. Tak pernah menolak.” Katanya.
Aku gelak sesaat. Baguslah tu, lepas tu suruh budak tu hantar depan rumah aku. Nasib baik aku ni orang baik-baik. Kalau orang jahat, dah sama dengan peribahasa keluar mulut buaya masuk mulut naga hidup kau saat ni.
“Follow abang Iwan.” Arahku.
Dia angguk dan terus masuk ke dalam keretanya. Setelah memastikan dia sudah hidupkan enjin keretanya, barulah aku masuk ke dalam keretaku pula.
Aku memandu ke Restoran Tasik Indah, Shah Alam. Aku letakkan kereta ditepi jalan kerana untuk ke Restoran itu, tidak dibenarkan meletakkan kereta didalam walaupun ada tempat letak kereta didalam. Jadinya, terpaksa jalan kaki untuk ke restoran itu.
Ini kan memang gaya nak memikat, kan? Bawa ke tempat yang romantik, kan? Mewujudkan mood romantik. Tempat paling sesuai untuk bercakap tentang hati dan perasaan.
Aku keluar dari kereta dan berjalan ke pos pengawal sementara itu untuk menunggunya yang baru dapat tempat letak kereta. Dia dengan separa berlari datang mendekati aku.
“Gilalah abang Iwan bawa belanja makan dekat sini. Bawa mamak pun dah okey dah.” Katanya.
Aku senyum.
“Abang Iwan kan nak mengorat Nisa. Orang selalu nak mengorat akan bawa ke tempat yang ada mood romantik macam ni kan?” Aku kembali bertanya dia.
“Itu mengorat yang serius. Nak dibuat isteri. Ini nak mengorat budak hingusan. Sekadar nak dijadikan teman pergi makan je pun. Ngorat kedai mamak pun acceptable. Bukan nak buat bini pun. Saja nak buat spare tyre je, kan?” Katanya bersahaja.
“Mengorat nak buat binilah ni. Tak ada maknanya nak main-main. Umur abang Iwan bukan muda lagi. Dah nak masuk 30 dah." Jawabku.
“Apa-apa sajalah abang Iwan. Jomlah. Dah alang-alang nak belanja sangat. Dah sampai pun. Saya pun dah lapar sangat dah ni. Dari tengahri tadi tak makan. Takut duit yang abah bagi tak cukup nak bayar duit repair tadi.” Katanya dan terus berjalan masuk ke dalam.
Aku menurut langkahnya sehingga ke meja. Pelayan direstoran itu menunjukkan tempat untuknya yang sesuai untuk 2 orang tapi dia memilih duduk tempat bersebelahan dengan tasik. Tanpa menghiraukan pelayan itu. Pelayan itu pun tak terkata apa. Mereka mengemas meja yang sesuai untuk 5 orang itu dan tinggalkan cuma ditempat yang aku dan Nisa duduk. Kacang dan betik yang dihiris nipis diletakkan dimeja kami dan mereka menuang air kosong untuk Nisa dan chinese tea untuk aku.
“All in small portion. Soft crab with dried chilies. Crab with salted egg york. Butter prawn and tomyam. Tomyam tu tak nak ikan. Hold on. Abang Iwan suka makan ikan ke?” Tanyanya padaku setelah sedap hati memesan tanpa berbincang dengan aku.
“Tak. Abang Iwan tak makan ikan.” Jawabku.
Mataku masih kearah buku menu yang diberikan oleh pelayan tadi. Aku masih melihat apa yang sedap untuk dimakan tapi Nisa dah pesan tanpa bertanyaku. Jadi, aku sekadar melihat dan menyelak.
“Ok. Tomyan seafood tapi tak nak ada ikan dalam tu.” Pesannya pada pelayan yang mengambil pesanannya. Pelayan itu hanya angguk.
“Abang Iwan nak apa-apa lagi ke?” Tanyanya padaku.
Aku cuma geleng.
“Drink?” Tanya pelayan itu.
“Later.” Jawab Nisa tanpa sempat aku menjawab.
Aku biarkan. Mujurlah apa yang dia pesan itu kena dengan seleraku. Aku tutup buku menu itu dan menyerahkan kepada pelayan itu semula.
“Kenapa masih menganggur?” Tanyaku bila pelayan itu berlalu.
“Tak ada orang nak ambil Nisa kerja.” Ringkas saja jawapan dia.
“Kalau macam tu, meniagalah. Tentu-tentu lepas tu Nisa boleh hire orang pula untuk bekerja dengan Nisa. Beri peluang pada pengganggur macam Nisa.” Cadangku.
“Sama saja cadangan abang Iwan dan Norli. Norli pun ada juga cadang untuk meniaga tapi prinsip Nisa, meniaga untuk orang yang ada keberanian untuk hadapi kegagalan. Nisa tak berani meniaga sebab Nisa lebih berani untuk berjuang dalam satu organisasi yang sudah ada system. Nisa bukan pencipta tapi Nisa suka mengembangkan.” Terangnya.
Aku nampak budak ni ada prinsip dia sendiri. Dia tahu apa yang dia nak dan dia tahu macam mana nak capai cuma peluang masih tidak bersamanya. Macam dia cakap, dia tak reti nak cipta peluang untuk dirinya sendiri. Hanya menunggu peluang datang.
“Tapi sampai bila nak bekerja dengan orang?” Tanyaku.
“I like to be boss in other people company.” Jawabnya.
“Kenapa?” Saja tanya.
Tipikal pemikiran orang Melayu. Walaupun dah dapat agak jawapan dia sebab dah biasa dengar tapi masih lagi nak tanya. Tengok jawapan dia tadilah. Selalu orang tak nak meniaga sebab tak ada modal atau takut rugi tapi dia sebab dia tak reti nak bina sistem dalam perniagaan.
“Tak payah susah hati bila dah kahwin nanti. Bila suami Nisa nak suruh berhenti kerja. Kalau dah ada business sendiri takkan nak tutup? Kalau tak tutup, siapa nak manage? Walaupun business kita tu sudah ada system yang tak memerlukan kita disitu sentiasa tapi still juga perlu dipantau. Strategi perniagaan dan semua kempen untuk kembangkan perniagaan itu juga harus kita yang rancang. Pekerja hanya akan buat apa yang kita rancang. Dan mereka rancang kerja mereka. Lagipun, takkan nak biarkan semua pekerja yang buat. Kalau dia betul-betul boleh buat, tak apa. Buatnya dia buat bagi melingkupkan company. Itu namanya perbuatan tak bertanggungjawab terhadap customer dan pekerja. Biarkan pekerja menganggur. Nama kita pun buruk. One day bila kita nak mulakan semula, orang dah tak percaya pada kita.” Jawabnya.
Aku senyum. Kan aku dah kata, jawapan dia lain. Selalunya kita akan dengar sebab senang kerja dengan orang. Tak payah nak fikir banyak sangat. Untung ke rugi ke tetap setiap bulan gaji masuk.
“Still boleh jualkan company kita pada orang lain.” Kataku.
Sewaktu itu, pelayan sudah datang menghantar makanan yang dipesan Nisa tadi. Aku lihat muka Nisa yang sudah teruja dengan makanan yang terhidang. Aku biarkan saja dia menikmati makanan yang terhidang tanpa memaksanya menjawab soalanku.
Doa makan aku baca dan aku turut mengambil makan yang terhidang. Aku pun jadi lapar bila melihat makanan didepan mata. Dengan bau aroma tomyam yang sangat menggoda itu.
“Habis tu ingat sama ke service yang kita bagi pada pelanggan kita bila tukar management ni. Habis tu pekerja kita? Rasanya akan diambil bekerja ke? Kalau diambil bekerja, adakah layanan yang sama diberikan? Akhirnya apa akan terjadi? Pekerja tu tak puas hati dan berhenti atau diberhentikan kerja. Pelanggan pun mula lari sebab pekerja dah tak beri  service yang bagus dek kerana mereka tak puas hati dengan management. Walaupun kita bukan lagi pemilik perniagaan itu, tapi kita sebagai founder akan rasa kecewa. Kita naikkan perniagaan itu tapi orang senang saja jatuhkan.” Nisa menjawab soalan aku tadi bila dia sudah habis makan.
Aku ketawa kecil. Boleh pula terus jawab soalan lepas makan. Budak ni memang penghibur hati betul.
Tapi aku dapat point dia dekat situ. Sesuatu yang aku tak pernah terfikir masa aku jual syarikat aku dulu. Aku jual bukan sebab aku tak mampu nak uruskan tapi sebab aku nak dapatkan keuntungan mudah.
Perniagaan utama syarikat aku ialah menjual dan membeli syarikat. Naikkan nama syarikat yang baru aku beli dan jual semula dengan keuntungan berlipat kali ganda. Sikit pun aku tak fikirkan soal pekerja dan pelanggan. Pada aku yang penting adalah keuntungan.
Selesai membuat pembayaran, kami berjalan keluar dari restoran menuju ke kereta kami. aku biarkan dia jalan dulu dan aku ikutnya dari belakang sehinggalah sampai ke rumahnya.
Aku letakkan keretaku diluar pagar rumah dan keluar untuk pergi berjumpa dengan mama dan abahnya sebelum pulang ke rumah. Setelah berpamitan dengan orang tuanya, aku berjalan semula kearah keretaku. Dia ikut aku.
“Terima kasih, abang Iwan for all the treat today. RM500 lebih spend untuk Nisa hari ni.” Ucapnya.
“Apalah sangat kalau dibandingkan kalau dapat memiliki hati Nisa tu.” kataku dengan nada suara yang sengaja aku buat untuk godanya. Masih dalam mood romantik dengannya.
“Try again later. Belum rasa nak bagi.” balasnya selamba.
Aku ketawa.
Tunggu sajalah Nisa. Kau pasti akan terpikat dengan aku.
Aku masuk ke dalam kereta dan terus pergi meninggalkan dia disitu. Aku pandang cermin pandang belakang. Dia sedang melambai-lambaikan tangannya.
Aku senyum.
Kata-katanya umpama tadi seakan mencabar aku untuk terus menjalankan misi memikatnya. Kali ini bukan sebab Mami suruh tapi sebab aku sedang rasa tercabar dan aku memang pantang orang mencabar aku ni.

‘Aku akan pastikan kau terpikat dengan aku. No matter what. You will be mine. Tengoklah.’

Tiada ulasan:

Catat Ulasan