SUBSCRIBE

Ahad, Februari 19, 2017

GEMUK DURJANA 6

Seoul Garden pula dia belanja aku hari ni. Pertama kali pergi dating yang dia kata tu, bawa makan di Restoran Tasik Indah. Setiap hari akan berubah tempat makan. Yang pasti ianya restoran yang nampak ada class dan mahal.
Gila tak gila sangatlah tapi aku rasa dia memang gila. Cuma untuk dating dengan budak gemuk yang selekeh gaya aku ni. Macam tak logik langsung. Ini dah macam terlebih sudah, bah.
Walaupun aku tahu yang untuk dia tempat-tempat makan mewah macam tak ada apa-apa untuk dia tapi untuk budak yang kaya hanya bapa dia saja macam aku ni, aku rasa macam
‘wow... Bapak tak hengat berbelanja dia ni.’
Jangan kata aku yang demand sebab aku selalu saja ajak dia makan dekat tempat biasa. Paling aku kerap ajak dia untuk lepak mamak. Tapi dia yang tak nak. Katanya makan dekat mamak tu sebenarnya lagi mahal. Harga mahal tapi kualiti hancur sebab dekat mamak tu mereka topup lauk semalam. Lepas tu, dia siap bawa aku tengok dari dalam kereta betapa kotornya dapur kedai mamak.
Jadinya, aku ajak pergi makan dekat kedai melayu yang nampak bersih dan aku tahu sedap. Pun dia tak nak. Katanya tak ada privacy kerana ada ramai sangat orang dan orang suka melepak. Macamlah selama ni dia bawa aku pergi restoran mahal-mahal macam tu, dia tak lepak dengan aku. Cuma lepak gaya orang kaya ni tak adalah nampak buang masa macam selalu orang lepak dekat mamak tu.
Gabak.
Aku tahu korang hairan. Duduk banglo tapi dapat makan dekat Seoul Garden pun dah kecoh dan teruja tahap gaban, kan? Aku tahu apa yang korang fikir. Meh nak habaq mai riwayat hidup aku yang sedih dan menyayat hati.
Setiap bulan abah masukkan elaun untuk aku cuma RM1,000. Itulah duit aku nak bayar ansuran kereta tapi mujur sekarang dah habis bayar sebab aku cuma ambil kereta abah aku dengan ansuran RM350/bulan selama 3tahun. Jadilah kereta Myvi tahun 2007. Duit tu juga digunakan untuk aku isi minyak, tol dan semua perbelanjaan lain. Termasuklah pakaian dan makan. Kalau bulan tu tak cukup dan aku minta duit kat abah, makanya elaun aku untuk bulan depan akan dipotong.
Haru abah aku tuh. Dengan anak sendiri pun nak berkira, kan? Tapi itulah didikan aku terima dari abah aku dengan sokongan penuh dari mama. Haru tak haru. Hadap sajalah. Abah aku sendiri pun. Bukan orang lain. Lagipun, mestilah dia fikir itu yang terbaik untuk aku.
Makanya apa beza hidup aku dengan korang? Tak ada bezanya. Rasanya, korang dapat lebih lagikan? Aku tahu. Kawan-kawan aku semua pun macam korang. Nak apa pun, minta saja kat mak bapa dorang. Kadang-kadang aku kesian dengan nasib diri. Dah gaya orang tak ada mak bapa. Masa belajar dulu, aku paling sakit hati bila pensyarah suruh beli buku teks tapi tak guna. Tau tak yang duit beli buku yang berpuluh or beratus ringgit tu sangat bernilai untuk aku?
Sakit hati kite!
“Abang Iwan memang nak belanja Nisa hari-hari ke?” Tanyaku tanpa sedar.
Kamu sudah duduk tersandar kekenyangan. Makan apa saja sampai kenyang. Gila kau tak makan sampai tersandar kekenyangan. Akulah paling utamanya bila aku rasa harga tu untuk seorang macam terlalu mahal, maka aku makan serupa dengan harga. Sekarang ni aku dah terlalu kenyang. Jangan nak cakap banyak. Macam orang depan aku ni yang tetiba hari ni sarcastic tapi masih juga dalam misi nak ngorat aku.
“Dapat makan macam ni rasa hilang stress.” Katanya tanpa mengendahkan soalanku tadi.
“Kenyang itu nikmat sebab tu ia dapat release tansion.” Balasku.
Dia angguk saja. Senyuman terukir diwajahnya. Senyumlah sikit, daripada tadi muka kayu saja. Aku cakap apa pun dia main 'ermmm' je. Tak ada kesedaran sivik langsung yang aku ni rasa macam cakap dengan tunggul.
“Abang Iwan tekanan apa ni? Awek lari? Ke awek ajak kahwin tapi abang Iwan tak nak?” Aku membuat spekulasi hentaman.
Dia ketawa.
“Nisa kan awek abang Iwan. Kalau Nisa ajak kahwin, sekarang ni juga abang pergi jumpa mama dan abah Nisa. Minta izin kahwin esok juga. Tak nak tangguh-tangguh.” Jawabnya bila ketawanya sudah surut.
“Lawak sangatlah, abang Iwan.” Kataku sambil ketawa yang dibuat-buat.
“La, abang Iwan serious lah. Dari hari tu asyik cakap abang Iwan main-main. Kenapa susah sangat nak percaya ni?” Katanya.
Dia mengeluh. Nampak macam dia sangat kecewa kerana aku tidak mempercayai cintanya. Mana aku nak percaya kalau dia sendiri tak pernah bercakap tentang hatinya. Cuma dia selalu cakap dia nak mengorat aku dan aku ni teman wanitanya.
“Yalah sangat.” Balasku bersama cebikkan dibibir.
Aku pandang ke tempat lain. Mata aku tertangkap pada sepasang kekasih yang sedang menikmati makanan mereka disebelah kanan meja kami. Aku pandang saja kearah mereka sebelum aku pandang semula Iwan.
“Cuba tengok couple dekat sebelah tu. Nampak mesra dan ceria. Yang penting, nampak sepadan. Lepas tu, tengok pula kita ni. Nampak tak perbezaan mereka dengan kita? Sepadan. Kita ni tak ada kesepadanan langsung, tahu?” Kataku memandang tepat kewajahnya tanda aku benar-benar serius.
“Dah lebih sebulan kita jumpa. Setiap hari. Makan sana sini. Jumpa banyak couple depan kita. Ada nampak yang serupa kita? Kita ni bukan macam langit dan bumi tapi macam beauty and the beast. Yang beauty bukan Nisa tapi abang Iwan. Nisa ni macam beast. Besar. Atau dalam kata kasarnya, gemuk. Selekeh pula tu. Pakai main tangkap muat. Make up pun tak reti. Tudung pun main acik sarung saja. Abang tu pula sebaliknya dengan Nisa. Abang Iwan pandai bergaya, kurus, tinggi. Ciri-ciri lelaki idaman setiap wanita.” Kataku.
Sedih juga kutuk diri sendiri sebenarnya tapi aku rasa aku kena sedarkan orang depan aku ni yang aku ni tak sesuai dengannya. Jadi jangan cuba untuk pikat. Aku tak sudi untuk disakiti.
Dahlah asyik bawa aku pergi makan saja. Macam cara nak pikat aku itu adalah makanan. Erm... Tapi memang aku suka makanan pun. Siapa tak suka makanan, memang rugi.
Tapi suka makanan bukan bermaksud nak kena pergi makan saja. Lepas makan, bawalah pergi shopping ke, tengok wayang ke, jalan-jalan dekat tasik ke. Ini? Lepas makan, hantar aku balik. Langsung tak romatik. Agaknya macam ni kot gaya orang tua bercinta.
“Lepas makan ni kita pergi shopping. Kita buat transformasi pada Nisa. Beli pakaian cantik-cantik. Abang Iwan payung kemas.” Katanya.
Dia membalas pandanganku. Aku garu kepala aku. Dia ni tak ada perasaan ke atau tak reti nak fikirkan apa yang aku cakap tadi. Tak jelas ke apa yang aku cakap tadi tu?
Peninglah.
“Ingat baju Nisa ni senang cari macam baju awek tu ke?” Marahku.
Aku memang dah mula geram. Aku ni nak buat dia sedar hakikat yang aku ni dengan dia tak sesuai. Tapi dia boleh buat tak dengar saja apa yang aku cakap.
“Macam tu, kita pergi butik, tempah baju.” Putusnya sambil tayang muka tak bersalah.
“Stress lah Nisa dengan abang Iwan ni.” Marahku.
Dan aku terus bangun. Berjalan ke tempat mereka meletakkan makanan. Aku ambil mengikut suka hati aku dan kembali ke meja untuk memasaknya. Aku nak makan lagi walaupun perut aku dah penuh.

Betullah, makanan terapi tekanan. Arhhhh....!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan