SUBSCRIBE

Ahad, Februari 19, 2017

GEMUK DURJANA 8

Aku sedang duduk santai dengan Mami. Minum petang seperti kebiasaan hari minggu. Duduk berdua dengan Mami adalah saat yang sangat menyeronokkan dalam hidup aku. Aku suka berdua begini dengan Mami. Rasa tenang dan senang.
"Lama Mami tak dengar apa-apa cerita pasal Nisa. Rasanya dah 2 minggu kisah Nisa tak muncul dalam report harian anak Mami ni. Kenapa? Dah putus asa mengoratkah?" Tanya Mami sedang aku menghayati ketenangan hari minggu aku.
Potong betul.
"Biasalah Mami. Setiap hubungan itu ada pasang surutnya. Samalah dengan kami. Ini baru dinamakan kalau sayang tinggal-tinggalkan." Selamba aku menjawab.
"Kamu pun dah lama tak keluar dengan Nisa, kan? Mama Nisa tanya juga. Katanya Nisa tu hari-hari tunggu." Kata Mami.
Aku senyum.
Tak kisah konon. Tengok apa mama Nisa cakap dekat Mami. Nisa tunggu abang Iwan hari-hari. Baru gertak sikit. Dah rasa bersalah. Teringat saat terakhir kami berjumpa 10 hari lepas.
Selalunya bila lepas aku jumpa abahnya, Nisa akan hantar aku keluar. Bersembang sedikit sebelum aku balik. Tapi hari tu, aku larang dia hantar aku keluar. Bukan tu je, dalam kereta pun langsung aku tak bercakap dengan dia. Sengaja aku buat beku aku. Saja nak tengok reaksi dia.
Kan aku dah cakap, budak gemuk cepat perasan. Mesti dia ingat sekarang ni aku tengah merajuk. Mesti dia tengah rasa bersalah sangat-sangat. Dan paling penting, dia mesti percaya yang aku memang sudah tangkap cintan dengan dia.
Aku ketawa dalam hati. Yakin dan pasti sangat, yea? Sekarang dah apa? Rindu aku? Bagus-bagus. Ada respond positive namanya. Langkah seterusnya selepas memikat adalah menggoda. Buat dia benar-benar jatuh sayang pada aku. Buat dia yakin dan pasti dengan perasaan dia pada aku. Buat dia percayakan aku.
"Senyum pula dia." Kata Mami sambil menepuk tangannya dihadapan wajahku.
Aku senyum lagi pada Mami. Banyak sedekah senyum aku hari ni pada Mami. Berganda-ganda pahala aku hari ni.
"Tengah merajuklah Mami. Yakin sangat dia yang Iwan tak ada dalam hati dia. Lega Iwan Mami bila mama Nisa kata nisa tunggu Iwan setiap hari. Baru terasa macam diri disayangi." Jawabku menenagkan hati Mami.
"Mami bukan apa. Mami berkenan sungguh dengan Nisa tu. Sungguh pun dia gemuk tapi manis orangnya. Comel saja. Orangnya pun tahu hormat orang tua. Budi bahasa dia cantik. Hati dia pun baik. Susah nak dapt perempuan macam tu la ni. Walaupun dia tu ngaji pun tak lancar tapi banyak ayat Al-Quran yang dia hafal. Orang yang kuat hafalan ni hidup dia sentiasa dalam keberkatan. Hati dia bersih. Minda dia suci. Kalau nak cari isteri, cari yang macam tu" pesan Mami.
"Kalau dah mengaji pun gagap Mami, macam mana nak menghafal?" Soalku. Pelik juga ni.
"Kan? Tu yang buat Mami suka dia bukan yang lain." Kata Mami sambil tersenyum sampai telinga. Suka betul Mami dengan budakNisa tu.
Nisa tu tak adalah buruk sangat rupanya sampai boleh nak termuntah. Dia tu comel. Manis saja orangnya. Sungguh dia gemuk dan selekeh tapi tak adalah sampai memalukan bila keluar dengan dia. Karekter dia pun menyenangkan. Senang dibawa berbincang. Senang berkomunikasi dengan dia. Yang paling penting, dia matang dari usianya.
Tapi untuk jadikan dia isteri. Jadikan dia peneman hidup aku seumur hidup? Itu perlukan kekuatan dan ketabahan serta kesabaran yang sangat tinggi. Yang paling penting, muka kena tebal berinci-inci. 
Malu sih bila orang tengok aku jalan dengan si Gemuk tu. bukan macam pinang dibelah dua. Dah macam rebung terbelah saja. Bukan sekadar dia gemuk tapi dia juga hitam manis nak dibandingkan dengan aku yang kurus, tinggi dan cerah ni. Sangat tak sesuai.
"Pergilah jumpa dia kejap. Sudah-sudahlah merajuk tu." pujuk Mami.

Aku angguk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan