SUBSCRIBE

Ahad, Februari 19, 2017

GEMUK DURJANA 9

“Kan abang Iwan dah pesan, jangan keluar waktu malam? Kenapa yang degil sangat ni?” Marah Iwan.
Dia yang sudah duduk dihadapanku bersebelahan dengan Riz memandang aku tepat. Sanggup suruh Riz ke tempat duduk sebelah sebab nak duduk depan denganku.
“Sorrylah, bang. Kami terserempak saja ni. Tak rancang pun nak jumpa.” Jawab Riz.
“I'm not talking to you.” Iwan memberi amaran pada Riz. Pandangan dia tepat menikam mata Riz sehinggakan Riz tertunduk diam.
“Nisa?” Panggil Iwan bila aku diam saja.
Pandangan dia sudah tepat ke mukaku. Aku tunduk saja. Tak berani nak bertentang mata dengannya seperti selalu. Tahu salah diri tapi tak boleh nak salahkan aku saja.
“Nisa laparlah. Mama tak masak. Tunggu abang Iwan sampai sudah tak sampai.” Jawabku.
Memang hari ni aku tunggu dia lagi buat sekian kalinya. Setiap hari aku tunggu dia tapi dia tak muncul. Hari ni mama ada mesyuarat persatuan. Abah biasalah dengan aktiviti dia dengan kawan-kawan dia, golf. Malam pula mereka ada function.
Aku pula jadi anak terbiar kelaparan. Mama kata dah bagitau mami. Maknanya Iwan akan datang ambil aku macam biasa meluangkan masa di rumah Mami macam selalu. Tapi sampai sudah tak datang. Tengahari dah makan meggi. Petang makan bebola. Malam takkan nak makan meggi lagi. Kenalah keluar untuk makan makanan yang mengeyangkan.
“Habis tu macam mana boleh berdua ni?” Tanyanya. Suaranya sudah kendur.
“Kan Riz cakap, kami terserempak. Tak sengaja terjumpa. Tak planning pun nak jumpa.” Sengaja aku menjawab dengan banyak ayat yang memberi makna yang sama.
“Dah habis makan, kan? Jom balik.” Arahnya sambil menunjukkan jalan keluar dengan kunci keretanya.
“Annoying lah abang Iwan ni. Nisa baru nak sembang dengan Riz. Lama tak jumpa. Abang Iwan nak balik, abang Iwan baliklah.” Bentakku.
Aku tak suka diarah-arah apatah lagi dikawal macam ni. Aku punya suka aku nak buat apa pun. Siapa dia nak tentukan apa yang aku boleh buat dan apa yang aku kena buat? Aku sudah besar dan sudah tahu bezakan mana baik dan mana buruknya. Lagipun, dari aku mula sekolah lagi abah sudah berikan aku kebebasan untuk buat keputusan untuk diri aku sendiri.
“Abah pun tak pernah nak bising macam ni. Abang Iwan tu siapa nak suka suki buat Nisa macam ni?” Marahku.
“Degil pula. Kalau jadi apa-apa pada Nisa macam mana?” Suaranya pun sudah sedikit meninggi.
Kulit wajahnya yang kuning langsat tu, boleh nampak merah bila marah. Aku tahulah dia sedang tahan marahnya. Aku buat tak peduli.
Hati aku sakit. Dibiarkan tanpa khabar berita. Dia buat aku ini ikut suka hati dia saja. Bila nak, datang ambil. Bila tak nak, biarkan aku menanti dia. Bila aku keluar dengan orang lain, pandai pula marah. Habis tu yang dia tu buat aku macam tak ada perasaan ni, dia tak fikir pula?
“Relax lah, bro. Kalau you takut sangat dengan keselamatan adik you. I'll send her home. I tunggu sampai dia masuk pagar baru I balik.” Tawar Riz.
Kejap erk... Riz hantar aku balik rumah? Sampai masuk pagar? Rumah yang Riz tahu adalah rumah orang depan aku ni. Maknanya ada Mami. Nak masuk rumah mereka macam masuk rumah sendiri? Bersoal siasat dengan Mami lagi. Oh... No. No. No.
Aku terus bangun dan mencapai telefon bimbit dan kunci keretaku. Aku ke kaunter untuk membuat pembayaran. Aku lihat Iwan sedang memberi amaran pada Riz. Aku biarkan dan terus berlalu kearah keretaku. Sempat aku jeling kearah kedai tadi. Iwan sudah keluar dari kedai dan menuju ke keretanya. Aku buat tak peduli. Aku masuk kereta dan hidupkan enjin. Terus masuk gear.
Sampai dirumah, aku lihat kereta Iwan sudah berhenti diluar pagar rumah. Tahu pula mana rumah aku. Ingatkan dah lupa jalan ke rumah aku ni. Iwan juga sudah melangkah keluar dari keretanya dan berdiri santai menghadap rumah aku dibonet hadapan keretanya. Dia memandang aku tepat.
Aku keluar dari kereta. Rasanya aku nak masuk dan abaikan dia tapi pandangan dia tu buat aku rasa macam kena pergi dekat dia supaya tak kena sembelih. Pandangan tu tak tajam tapi cukup buat aku tahu yang aku kena juga menghadap dia. Rela atau terpaksa.
“Abang Iwan nak apa lagi? Kan Nisa dah sampai rumah ni. Tak puas hati lagi?” Tanyaku kasar.
“Saja. Buat benda yang selalu abang Iwan buat sejak 4 bulan ni.” Katanya. Selamba saja. Macam tak ada apa-apa yang sedang berlaku antara kami.
Aku terus berpaling dan ingin berlalu. Sempat aku hadiahkan dia dengan jelingan menyampah. Tapi semua tu tak jadi bila dia tahan tanganku. Memegang lenganku agar aku menghadap dia kembali. Bila aku sudah statik pada kedudukan aku yang berhadapan dengannya, dia melepaskan tanganku.
“Abang Iwan minta maaf. Abang Iwan lama tak jumpa Nisa. Mama cakap kat Mami, Nisa asyik tunggu abang. Abang Iwan minta maaf yea.” Pintanya.
Suara memujuknya itu sedikit sebanyak telah menyejukkan hatiku. Namun, aku nak dia tahu yang aku ini masih punya perasaan yang perlu dijaga. Jadinya, aku buat muka tak tahu saja. Pandangan aku, aku halakan ke arah lain.
“Abang Iwan ke Dubai. Hari tu tak sempat nak bagitau sebab dah termerajuk dengan Nisa. Bila mama cakap Nisa tunggu abang datang, baru lega rasa hati. Tahulah yang Nisa ni lain kat mulut lain dihati. Suka abang Iwan tapi tak nak mengaku.” Katanya mengusikku.
Dia senyum.
Aku sedikit pun tak terasa diusik. Aku tahu dia tak ada kerana selama berhari-hari dia tak datang ke rumahku, aku menjengah dari jauh. Keretanya tak bergerak. Statik didalam pagar rumah. Mami memang tak akan bawa kereta Iwan. Katanya kereta mahal, takut nak bawa.
Tapi dah 4 hari aku perhati keretanya bergerak. Maknanya dia sudah balik. Tapi baru hari ni dia datang jumpa aku. Itu pun sebab terserempak dengan aku. Kalau tidak, mungkin sampai sekarang tak nampak batang hidung pun.
“Nisa, kenapa diam saja ni?” Nada tu lebih pada memujuk.
Aku masih diam membisu.
“Nisa, janganlah diam macam ni. Abang Iwan rindu sangat dengan Nisa. Bila dah jumpa ni, dia buat tak layan pula.” Pujuknya lagi.
“Abang Iwan jangan nak tipu kata rindu Nisa. Dah 4 hari abang balik baru nak jumpa? Itu pun secara kebetulan. Lepas tu kata rindu. Simpan saja kata rindu tu. Tak payah nak main-main dengan hati dan perasaan Nisa.” Marahku.
Mataku masih terarah ke arah lain. Aku tak sanggup nak pandang dia. Aku tahu hati aku sedang menangis. Aku pun rindukan dia.
“Masa tu hati abang masih merajuk. Rasa abang Iwan tak penting dalam hidup Nisa. Petang tadi baru Mami bagitau apa yang mama cerita dekat Mami. Barulah hati abang Iwan sejuk. Ingat nak jumpa esok tapi terserempak pula tadi.” Terangnya.
Aku pandang dia inginkan kepastian.
“Tak apalah kalau Nisa tak rindu abang Iwan. Mungkin Nisa tunggu abang sebab nak abang belanja makan saja. Nak simpan duit untuk beli apa pula lagi, kan?” Kendur saja suaranya.
Kali ini dia sudah mahu melangkah. Dia merajuk. Cepat-cepat aku membuka mulutku menahan langkahnya. Aku tak nak dia terus merajuk. Nanti aku yang parah. Parah merindui dia.
“Bukan itu maksud Nisa. Masa mula-mula kita keluar, memanglah sebab Nisa nak isi masa yang terluang. Lama-lama jadi suka pula keluar dan sembang dengan abang sebab banyak topik dan banyak benda yang kita bincang. Abang Iwan selalu dengar apa saja pendapat Nisa. Itu buat Nisa selesa keluar dengan abang. Tapi tak sangka bila rutin tu tiada, Nisa boleh jadi rindu pula kat abang Iwan.” Luahku.
Dia senyum. Senyumannya manis sampai telinga. Dia pandang aku dengan pandangan yang menggoda hatiku. Hati perempuanku terusik. Rasa malulah pula. Terus aku berlari masuk ke dalam. Memicit punat remote controller untuk menutup pagar tanpa berpaling pada dia lagi.
Aku memang dah gila.
Macam manalah mulut aku boleh terlepas apa yang hati aku sedang rasa? Buat malu saja. Tak pasal-pasal dia tahu apa yang ada dalam hati aku.

Malunya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan