SUBSCRIBE

Rabu, Januari 03, 2018

Cinta? Semak! 13

“Baru balik, Dila?” Tanya Rizman, jiran sebelah rumah.
Dila angguk dan senyum. Dia terus masuk ke dalam rumah. Tak rasa ada keperluan untuk bersembang. Lagipun, Dila tak mahu menimbulkan apa-apa isu antara sesame jiran. Mengelak lebih baik dari memperbetulkan. Itu prinsip Dila.
Dila duduk di laman seketika. Menghirup udara malam di taman membuatkan hatinya terhibur. Taman kecil ala nusantara ni, hasil kerja Rayqal. Sementalah, dia memang seorang pereka hiasan laman.
“Tak guna kau tegur budak tu. Dia bukan nak balas pun.” Satu suara dari rumah sebelah.
“Dengan mak dia tegur.” Balas Rizman.
“Aku lain. Dah. Masuk. Tak payah nak mengintai anak dara orang.” Kata Acik Dina.
Dila geleng kepala. Sampai sekarang, dia tak faham kenapa Rizman suka menegurnya sedangkan dia tidak pernah membalas teguran itu. Hanya senyum dan angguk kepala saja. Tapi Rizman tak pernah jemu untuk menegur dan berkirim salam.
Dila bangun dan ingin masuk ke dalam, baru saja pintu dibuka, kereta Rayqal masuk ke dalam. Dila menunggu Rayqal keluar dari kereta.
“Kenapa tak bawa masuk kereta?” Tanya Rayqal.
“Aku nak keluar awal esok. Malas nak keluarkan kereta kau. Karang nak bawa masuk balik. Leceh.” Jawab Dila.
“Bak sini kunci kereta kau. Aku bawa masuk kereta.” Katanya dan terus berjalan mengambil kunci yang dihulurkan oleh Dila.
Sejak mendengar kes samun dan curi kereta di kawasan perumah ini tahun lepas, Rayqal jadi fobia. Dia jadi sangat berhati-hati. Sehinggakan, dia telah menukar pagar rumah ke pagar automatik. Tombol pintu masuk depan dan belakang juga ditukar kepada kunci automatik.
Sedang Dila menunggu Rayqal mengalihkan keretanya, Rizman datang menyapa. Kali ini, dia menyapa Rayqal. Dila terus masuk ke dalam rumah. Dia terlalu letih. Tambahan kakinya juga sudah rasa sakit kerana berdiri lama.
“Rizman kirim salam.” Kata Rayqal.
“Alaihissalam waalaikummussalam.” Aku menyambut salam itu dan turut mendoakan kesejahteraan buat Rayqal.
“Kau melayan dia, ke?” Tanya Rayqal.
Dila geleng.
“Dah tu? Asyik suruh aku kirim salam dekat kau. Asyik tanya pasal kau. Aku rimas betul nak menjawab.” Rungut Rayqal.
“Jangan dilayan.” Balasku.
“Jiran. Nanti katanya sombong.” Balas Rayqal pula.
“Ada benda kita boleh layan. Ada benda yang kita kena biarkan saja. Kalau sampai menyusahkan kepala otak, abaikan. Jangan kerana nak jaga hati orang, dosa yang kita dapat.” Pesanku.
Rayqal angguk.
“Pergi naik. Mandi. Solat. Tidur.” Arahku.

Bila saja bayang Rayqal hilang, aku masuk ke bilik. Bersiap untuk mandi dan solat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan