SUBSCRIBE

Rabu, Januari 03, 2018

Cinta? Semak! 14

“Dila.” Tegur satu suara.
Dila yang sedang memilih buah, mengangkat kepalanya. Wajah Rizman menjadi tatapan matanya. Terus dia mengalihkan tumpuannya ke buah lemon yang sedang dipilih tadi. Tanpa ada niat untuk mempedulikan Rizman.
“Dila?” Tegur satu suara perempuan.
“Acik Dina.” Balas Dila.
“Shopping sini juga ke?” Tanya Acik Dina.
Dila angguk.
“Kenapa tak bagitahu nak ke sini? Boleh naik satu kereta je. Jimat minyak.” Kata Rizman. Ramah.
“Haah, Dila.” Sokong Acik Dina.
“Tak rancang pun. Ini pun curi-curi masa. Lepas ni, kena masuk kerja semula.” Balas Dila.
“Ahad pun kerja?” Tanya Rizman.
“Kau pun tak kira hari. Kalau kena kerja, kerja juga.” Balas Acik Dina.
“Tapi tak adalah setiap hari kerja. Tak tahu bila cuti.” Kata Rizman.
“Dah tugas.” Balas Dila dan terus berpamitan untuk segera membeli barangan keperluan rumahnya.
Rizman hanya memandang Dila. Dari satu tempat ke satu tempat. Mengambil sayur dan buah-buahan. Dia memerhatikan cara Dila memilih barangan. Kusyuk dan asyik.
“Mak ni hairan dengan kau ni, Man. Dila tu, layan kau pun tak. Tapi kau tu, tak pernah putus asa, kan? Tetap juga tebalkan muka, tegur dia. Cuba ajak dia bersembang. Dia buat tak tahu je.” Kata Acik Dina sambil memilih buah anggur.
“Sebab itu saya suka dia, mak. Itu tanda dia seorang perempuan yang tahu adab dan batas. Perempuan macam ni yang baik dijadikan isteri.” Balas Rizman.
“Tapi kalau setakat itu je usaha kau, tak ke mana, Man.” Ejek Acik Dina.
“Man tunggu masa. Sedang menguji dia lagi. Bila setiap ujian dia lepasi dengan elok, masa tu, Man minta mak pergi pinang dia, ya?” Kata Rizman.
“Suka hati kau lah, Man. Mak ini ingatkan saja. Dila tu memang cantik dan elok kalau nak dijadikan isteri. Tapi dia tu dah cacat. Keadaan dia sekarang ni, boleh jadi lagi teruk. Kau tu pula sentiasa dikelilingi dengan perempuan yang cantik-cantik. Yang seksi-seksi. Kalau kau pilih Dila tu sebab dia cantik, baik lupakan. Mak tak nak anak mak dituduh mempermainkan perasaan orang lain. Mak tak nak juga anak mak dituduh tak bertanggungjawab. Ingat, Man.” Pesan Acik Dina.
“Insya Allah, mak. Man suka dia sebab hati Man berkenan dengan hati dia, mak.” Balas Rizman.

Acik Dina angguk. Dia akan pegang janji Rizman itu seandainya ditakdirkan Rizman dan Dila bersama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan