SUBSCRIBE

Rabu, Januari 03, 2018

Cinta? Semak! 17

“Dila nak berhenti. Dia suruh aku cari pengganti.” Cerita Rayqal.
“Ha? Kenapa dia nak berhenti?” Tanya Haikal.
Rayqal angkat bahu. Dia tak rasa perlu untuk menceritakan tentang ketakutan yang dialami oleh Dila. Dia tak mahu hubungan Haikal dan Engku Da terjejas.
“Mungkin dia tak larat kot. Aku tengok, sejak dia bekerja, kaki dia selalu sakit.” Kata Rayqal.
“Aku dah selalu pesan kat dia. Jangan paksa diri. Tapi kau pun tahu kakak kau tu. Degil. Semua tentang Firdaus, semua dia nak buat sendiri. Sebab tu aku suka kerja dia. Ikhlas dan amanah.” Kata Haikal sambil menghirup Latte yang berada dihadapannya.
“Kau tak dengar cerita Mak Bedah?” Tanya Rayqal.
Haikal angguk.
“Sejak tu, hari-hari dia tanya aku dah jumpa pengganti tak. Mungkin dia malu dengan Mak Bedah, kot.” Sambung Rayqal.
“Aku ada cakap dengan dia hari tu. Aku suruh dia abaikan mulut Mak Bedah. Mak Bedah memang macam tu. Kalau dia tak suka, dia akan pressure orang tu sampai orang tu berhenti. Bukan seorang dua. Dah ramai dia buat macam tu.” Balas Haikal.
“Kau tak komen apa-apa pasal hal tu?” Tanya Rayqal lagi.
“Entah. Pada aku, Dila, dia tahu agama dan batas. Mungkin masa Mak Bedah ternampak tu, secara tak sengaja. Mungkin masa tu, Dila terjatuh atas Daus. Ada macam-macam kemungkinan. Lagipun, aku ada tanya mama aku. Mama kata, tak ada apa pun dan tak perlu nak perbesarkan hal tu.” Jawab Haikal.
Rayqal diam. Dia sedang berfikir.
“Kalau betul memang Dila peluk abang kau?” Tanya Rayqal. Menguji.
“Menangislah aku.” Balas Haikal sambil ketawa.
“Kenapa? Kau berkenan dekat kakak aku ke?” Tanya Rayqal.
“Takkan Dila nak. Jiran sebelah rumah kau tu, dah lama try pun tak dilayan. Apatah lagi aku yang tak pernah make a move.” Balas Haikal. Masih ketawa.
“Dila tu akan terima seseorang yang boleh ubah persepsi dia pasal cinta. Pada dia, cinta tu satu komitmen yang besar. Dan perkahwinan tu, satu perubahan yang sangat besar dan menserabutkan kepala otak. So, kalau kau nak mengorat dia, baik lupakan. Bukan nak mengecil-ngecilkan diri kau. Tapi aku kenal Dila. Aku kenal kau. Kau tak kuat untuk cinta Dila. Sama juga dengan Rizman.” Kata Rayqal. Wajahnya tegas.
Haikal berhenti ketawa.
“Kau dah jumpa orang yang boleh tundukkan Dila?” Tanya Haikal.
Rayqal angguk.
“Siapa?”
“Abang kau.”
“Ha? Kenapa?”
Terkejut Haikal dengan penyataan Rayqal itu. Langsung dia tak menyangka Firdaus adalah calon yang dimaksudkan Rayqal. Bertambah pelik sebab Firdaus bukan seorang lelaki yang romantik. Malahan, Firdaus langsung tak pernah tunjukkan minat pada mana-mana perempuan. Hidupnya hanya kerja dan kerja.
“Kau pernah tengok Dila jaga Firdaus?” Tanya Rayqal.
Haikal angguk.
“Kau tengok, cara Dila tu, doctor atau isteri?” Tanya Rayqal lagi.
Haikal berfikir sejenak sebelum dia pun turut angguk.
Dia baru sedar. Cara Dila menjaga Firdaus, langsung tiada ciri-ciri seorang doctor dan pesakit. Lebih pada seorang isteri dan suami. Bukan saja penjagaan tubuh Firdaus, dari gaya dia bersembang dengan Firdaus. Manjanya. Semuanya.
“Dila study dekat London, kan?” Tanya Haikal.
Rayqal angguk.
“Queen Mary?”
Rayqal angguk.
“Kenapa?” Tanya Rayqal.
“Entah-entah, Dila orang tu.” Jawab Haikal.
“Kenapa?” Tanya Rayqal. Berkerut keningnya cuba untuk faham cerita Haikal.
“Bonda pernah cerita. Daus pernah couple dengan seorang budak U dia. Bonda bantah. Bonda ugut Daus. Sejak tu, Daus jadi dingin. Nak bergurau pun, tak boleh. Dia habis je study, terus kerja. Hidup dia hanyalah kerja. Sampailah dia accident.” Cerita Haikal.
“Kau tahu apa yang bonda kau ugut?” Tanya Rayqal. Berminat.
Haikal geleng.
Rayqal kecewa.
“Tapi aku pasti, tak sama macam drama Melayu tu. Kalau tak nak ikut cakap, terus tak mengaku anak. Tak dapat harta. Aku pasti semua tu tak jalan dengan Daus. Daus bukan jenis macam tu. Mesti ada sesuatu yang bonda ugut sampai Daus tak ada pilihan lain selain berpisah.” Kata Haikal.
“Mungkin dia ugut nak cederakan perempuan tu?” Teka Rayqal.
Haikal geleng.
“Daus takkan termakan dengan ugutan macam tu.” Balas Haikal.
“Habis tu?”
“Manalah aku tahu. Aku pun tak pernah tanya.”
“Kau tak nak siasat ke?”
“Perlu ke?”
“Mungkin perempuan tu teraniya?”
“Bukan masalah aku.”
Rayqal tarik nafas dalam. Dia memang tahu perangai Haikal yang satu itu. Dia bukan jenis manusia yang suka nak menyusahkan dirinya dengan masalah orang lain. Walaupun ia bagus untuk kesihatan dirinya tapi tak elok untuk masyarakat.
“Kalau 100 orang perangai macam kau ni, rosak dunia.” Luah Raykal.
Haikal ketawa.
“Ala… Apa sangatlah demage seorang girlfriend kena hadap.” Balas Haikal.
“Kalau setakat girlfriend. Kalau sleeping partner? Atau kalau dorang dah kahwin? Kalau perempuan tu mengandung dan ada anak?” Rayqal memberi semua kemungkinan.
“Takkanlah. Daus bukan lelaki macam tu. Tak bertanggungjawab macam tu, bukan Daus. Itu aku pasti.” Sangkal Haikal.
“Kita tak tahu apa yang Tengku Bonda dah buat. Infact, kita langsung tak tahu apa ugutan Tengku Bonda. Kau, aku. Kita tahu dulu Tengku Bonda macam mana, kan? Menakutkan. Tengku Bonda bukan macam Tengku Bonda yang sekarang.” Kata Rayqal.
Haikal diam. Otaknya berputar memikirkan kata-kata Rayqal.
“Macam mana cerita Dila berlagak macam isteri ni boleh terus gali benda lain, erk?” Kata Haikal. Dia mahu hentikan topik ini.
Otaknya sudah mula serabut dengan segala kemungkinan yang Rayqal berikan. Hatinya sudah mula rasa tak sedap. Mindanya sedang menggasak dirinya supaya mencari setiap kebenaran dalam hidup abangnya. Tapi dia tak tahu nak dimulakan dari mana.
Bertanya terus ke Firdaus adalah sesuatu yang mustahil. Setidak-tidaknya buat masa sekarang. Bertanyakan bondanya, takut melukakan hati tua itu. Solusi yang dia nampak adalah mencari perempuan itu. Perempuan yang pernah menjalinkan hubungan cinta dengan abangnya.
Tapi siapa dia?

Dimana dia?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan