“Mama,
abang pernah couple dengan seseorang dulu, kan? Mama kenal?” Tanya Haikal
sewaktu sedang bersarapan dengan Puan Saleha.
“Kenapa
Haikal tanya?” Tanya Puan Saleha kembali.
“Entah.
Tiba-tiba terfikir. Kalau betul setakat couple, tak apa. Tapi abang yang Haikal
kenal, dia tak percaya pada hubungan sebelum nikah. Mama ingat tak, abang
pernah cakap, dia tak nak mulakan hubungan dengan maksiat. Selagi dia tak
bersedia, dia tak akan pikat mana-mana perempuan.” Kata Haikal.
Puan
Saleha angguk.
“So,
Haikal terfikir. Buatnya sebenarnya abang dah nikah dengan perempuan tu tanpa
kita tahu, apa jadi dengan isteri dia selama ni? Mama pernah terfikir tak?”
Sambung Haikal.
“Kenapa
yang tiba-tiba Haikal concern pasal ni?” Tanya Puan Saleha.
“Haikal
terfikir, kalau dorang ada anak? Apa khabar anak saudara Haikal tu? Macam mana
kehidupan dia dengan mak dia?” Kata Haikal.
Puan
Saleha angguk.
“Tapi
Haikal tak cerita lagi kenapa isu ni boleh tiba-tiba muncul.” Kata Puan Saleha.
“Tak
adalah. Hari tu bersembang dengan Rayqal pasal Dila nak berhenti. Tiba-tiba dia
tanya pasal ni. Itu yang buat Haikal terfikir. Nak cari siapa perempuan tu.”
Jawab Haikal.
“Tak
perlu.” Balas Puan Saleha.
“Sebab
abang awak pun tak pernah nak ambil tahu.” Kata Raja Mukhriz yang baru tiba di
dapur menyampuk perbincangan dua beranak tadi.
“Mungkin
sebab ugutan bonda.” Kata Haikal.
“Jangan
menuduh bonda, Haikal.” Tegur Puan Saleha.
“Mana
ada tuduh. Bonda sendiri yang cerita. Bonda menyesal buat abang macam tu.”
Haikal mempertahankan hujahnya.
Puan
Saleha dan Raja Mukhriz berpandangan sesame mereka. Haikal memandang kedua
orang tuanya. Pelik.
“Mama
dan ayah tahu sesuatu ke?” Tanya Haikal.
Puan
Saleha mengalihkan pandangannya ke bawah. Cuba menelan pisang goreng yang
dimasukkan ke dalam mulutnya. Tapi terasa kesat. Raja Mukhriz pula buat tak
tahu.
“Cuba
jangan berahsia dengan Haikal. Penatlah nak menyiasat bila semua orang cuba
berahsia. Tanya Dila pun, taka da jawapan. Kata rapat tapi tak tahu. Tanya mama
dan ayah pun, tak nak bagitahu. Nak tanya bonda, takut bonda sedih. Buntulah
Haikal. Haikal cuma nak bantu abang. Itu pun susah, ke?” Bebel Haikal dan terus
berlalu.
Puan
Saleha dan Raja Mukhriz hanya berpandangan.
“Kenapa
yang emo sangat tu?” Tanya Raja Mukhriz.
Puan
Saleha angkat bahu.
Raja
Mukhriz geleng kepala.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan