SUBSCRIBE

Rabu, Mei 11, 2016

SEMBANG JIWA 6

Selesai sudah majlis perkahwinan Syahira dan Munir. Lega Hidayati rasa bila akhirnya Syahira bersetuju menerima pinangan Munir yang ditangguhkan kerana tak mahu langkah bendul walaupun sudah berkali-kali dia katakan dia tak kisah.
"Penatnya." Kata Adam yang baru datang dari tempat membasuh pinggan.
Sesungguhnya Encik Khir masih mahu mengamalkan dengan acara lama. Nasib baik kami berjaya memujuk abah untuk tidak menggunakan kaedah menghidang pada setiap meja. Siapalah yang nak tolong nanti walaupun ramai jiran tapi dengan jemputan melebihi seribu orang, pengsan semua orang.
Akhirnya abah setuju dengan kaedah buffet tapi mengupah tukang masak untuk memasak dirumah sebagai syarat supaya ada majlis rewang. Katanya untuk mengeratkan hubungan kejiranan.
"Yelah penat. Dari tadi aku tengok kau sembang je dengan budak-budak tu." Ejek Hidayati sambil memuncungkan bibir kearah teman-teman sepermainan yang lain.
"Dah tu, kau nak aku jadi kera sumbang macam tu ke? Dari tadi asyik ambil gambar saja." Balas Adam sambil memandang Harith yang sedang mengambil gambar kanak-kanak dengan pelbagai cara.
Hidayati senyum melihat gelagat Harith itu. Budak-budak pun jadi. Dia perasan Harith dengan kameranya dari pagi tadi, sebelum majlis akad nikah sehingga majlis sudah selesai, dia masih mengambil gambar.
"Dia tak sumbang pun. Kau tengok. Tadi dengan budak-budak sekarang dengan orang rewang pula. Aku tengok makcik-makcik suka dengan dia." Hidayati mempertahankan Harith.
"Kau kalau dia serba serbi betul. Aku semua buruk." Adam sudah merajuk.
"Aku menyatakan kenyataan." Pertahan Hidayati.
"Kenyataan bahawa hati kau sudah menjadi miliknya?" Adam cuba menguji Hidayati.
"Sayang, Abah panggil" Kata Harith yang tiba-tiba muncul diantara mereka.
"Kau tak nampak ke aku sedang berbincang dengan Yati. Kau tak boleh tunggu sekejap ke?" Marah Adam dan bangun dari duduknya.
"Sorry, aku tak sengaja." Harith mengaru kepalanya yang tidak gatal kerana terkejut dengan sergahan Adam itu.
Bukan dia tak nampak Adam yang sedang bersembang dengan Hidayati tapi fikirnya mereka sembang biasa saja. Macam selalu.
"Adam."
Marah Hidayati pada Adam.
Pertama kerana Adam memarahi Harith. Padanya tiada sebab Adam ingin marah Harith begitu.
Yang kedua kerana Adam buat Harith kelihatan seperti orang bodoh kerana meminta maaf atas kesalahan yang tidak disengajakan.
"Yati, Abah panggil tu. Ada hal mustahak katanya. Awak pergi dulu." Suara Harith lembut menyuruh Hidayati pergi.
Hidayati melangkah pergi dengan isyarat mata pada Adam supaya mengawal tingkah lakunya.
Adam hanya diam. Dia kembali duduk.
"Adam, aku minta maaflah. Aku tak sengaja. Ingatkan kau orang tengah sembang biasa saja. Tak tahu korang tengah berbincang something serius sampai kau boleh marah macam ni." Kata Harith lembut.
Sekali lagi kata maaf diluahkan.
"Kau. Apa yang kau tahu? Kau tahu menyemak saja. Yang kau tahu hanya buat orang rasa rimas. Kau tahu tak Yati tu rimas dengan kau. Sejak kau hadir dalam hidup dia, dia sentiasa rasa rimas dan meluat tengok kau." Kata Adam tanpa peduli tentang fakta.
Rasa cemburu menguasai mindanya saat ini. Dia sedang memancing perasaan Hidayati pada Harith. Dia ingin mencungkil rasa hati gadis itu tetapi bila Harith muncul saat dia sedang ingin menguji itu buatkan rasa marahnya membuak. Rasa cemburunya meninggi.
"Tak apalah kalau macam tu. Aku pergi dulu. Aku minta maaf sebab kacau korang semua." Kata Harith dengan wajah kecewa.
Dia berlalu dengan suatu perasaan sangat kecewa. Tidak sangka kehadirannya tidak disenangi oleh Hidayati. Dia tahu tentang rasa rimas itu. Hidayati berkali-kali menyatakannya. Namun, hari ini bila Adam menyatakannya, dia rasa rendah diri. Dia rasa kecewa dan malu.

Didalam rumah, Encik Khir bertanyakan tentang lamaran Harith yang sudah bertangguh selama lebih 3 tahun. Entah kenapa hari ini dia ingin bertanya tentang itu. Walhal selama ini, dia hanya menyuruh Hidayati memikirkannya tanpa mendesak akan jawapan. Mungkin bila anak keduanya sudah selamat dinikahkan dia jadi kasihan dengan nasib anak sulungnya yang masih membujang. 
Entah kenapa Hidayati seperti tidak ambil kisah dengan lamaran Harith. Hendak kata tidak suka, dilihatnya Hidayati melayan Harith seadanya. Malah lebih mesra dan sedikit lembut berbanding dengan Adam, Aqil, Ikhmal atau kawan lelakinya yang lain.
"Walaupun Harith tidak pernah mendesak sejak dia datang membawa lamaran tersebut tapi sebagai seorang lelaki, abah tahu dia cuma tak mahu memaksa sedangkan jiwanya begitu mendesak" Kata Abah yang cuba menyelam rasa hati si anak.
"Abah, Yati selalu serahkan hal ini pada abah untuk buat keputusan sama ada mahu terima atau menolak. Walaupun abah kata semua ditangan Yati, tapi Yati kalau boleh mahu abah yang membuat keputusannya. Diam abah diamlah Yati." Jawab Hidayati.
Encik Khir menghembuskan nafasnya. Berat. Keputusan ini sangat berat memandangkan Harith bukan calon yang terbaik dari segi agamanya. Namun, perwatakan Harith sangat menarik dan menyenangkan hati. Dia juga percaya dan yakin, Harith boleh menjaga Hidayati dengan baik. Cuma yang menjadi masalahnya, dia takut seandainya Hidayati turut sama hanyut seandainya bimbingan agamanya lemah.
Dia sedar, dalam pemilihan calon suami atau isteri, agama menjadi keutamaan. Namun, Harith tiada kekurangan lain. Orangnya baik dan disenangi. Malahan kaya, kacak dan dari keturunan yang baik-baik. Orangnya juga bertanggungjawab dan bergaul dengan orang-orang yang hebat.
Harith tidak seperti anak muda yang lain yang suka bersosial, minum arak dan kaki kelab. Harith cuma tidak dapat mengawal nafsunya. Itupun, tidaklah sampai bertukar-tukar teman tidur sesuka hati. Dia menjaga siapa yang ditidurinya.
"Macam ni lah, Yati. Abah fikir kita tunggu saja sampai Harith bersuara. Masa tu, Yati ikutlah gerak hati Yati. Abah tak ada halangan. Abah terima Harith dengan hati yang terbuka." Putus Encik Khir.
Hidayati hanya mengangguk-angguk tanda setuju.
Dia kemudian keluar hendak menemui Harith. Dia menuju kearah Adam yang masih duduk ditempat mereka tadi tapi kelibat Harith tiada di situ. Dia memerhati sekeliling kawasan rumahnya.
"Harith mana?" Tanya Hidayati.
Adam hanya menjongket bahunya.
"Balik dah kot." Jawab Adam.
Hairan pula Hidayati bila Harith balik tidak memberitahunya dulu atau sekurang-kurangnya bersalaman dengan abah seperti selalu.
Adam pandang Hidayati yang berkerut dahinya.
"Kenapa yang berkerut sangat?" Tanya Adam.
"Tak ada apa-apa. Hairan saja. Selalu dia mesti jumpa abah dulu apa-apa pun." Terang Hidayati.
Adam hanya menjongketkan bahunya tanda tidak tahu. Dia harap Hidayati tidak akan tahu apa yang dikatakannya pada Harith sehingga lelaki itu pergi dengan muka kecewa.
Dia percaya Harith tidak mungkin akan mengadu perihal sekecil itu. Lagipun, takkan dia nak mengadu, tak lelaki lah. Buat malu lelaki lah mengadu pada perempuan.
Atas keyakinan itu, Adam berani mendiamkan diri. Dia tahu Hidayati pasti akan 'memancungnya' seandainya dia tahu apa yang telah dikatakan pada Harith.

Malam tu dengan alasan hendak berehat kerana terlalu penat, Hidayati bersenang-senang dibiliknya. Perasaan hairannya dengan tindak tanduk Harith begitu menyesakkan mintanya. Itu bukan seperti Harith. Tidak mungkin Harith boleh berlaku kurang sopan terutama terhadap keluarganya. Harith yang dia kenal sangat menghormati dan menghargai keluarganya walaupun Hidayati selalu mengores hatinya.
Yang lebih rasa pelik, sekarang sudah jam 10 malam dan Harith masih belum menelefonnya. Perkara yang menjadi persoalan kerana Harith belum pernah gagal menelefonnya pada waktu pagi seawal jam 7.30 pagi, tengahari jam 12.30 tengahari dan malam jam 9.30 malam. Ianya seakan rutin untuk Harith sejak hari dia meminang Hidayati.
Apa sebenarnya yang terjadi? Apa yang terjadi? Sebab Adamkah? Mustahil. Ada apa-apa yang berlakukah?
Sedang memikirkan hal Harith, pintu biliknya dibuka dengan perlahan. Kemudian terjempul muka Afina. Dia tersenyum sebelum benar-benar berdiri tegak dimuka pintu bilik.
"Kak Long, boleh bincang kejap?" Tanya Afina.
"Masuk Afina. Tutup pintu tu kalau tak nak orang lain dengar" Hidayati mengarahkan Afina.
Afina masuk dan kemudian menutup pintu dengan cermat. Kepantangan Kak Long bila kasar menggunakan peralatan. Katanya duit tak senang dicari, maka kena gunakan barangan dengan berhati-hati.
"Ada apa, Fina?" Tanya Hidayati sebaik saja Afina duduk diatas katil berhadapan dengannya.
"Nak minta pendapat Kak Long" Afina berhenti seketika. Dia melihat wajah Hidayati tenang. Dia menelan liur. Takut pula Hidayati bertukar menjadi singa. Kakak yang seorang ini tak boleh dijangka penerimaannya.
"Member chatting Fina melamar Fina semalam." Afina memberanikan diri membuka mukadimah ceritanya.
Hidayati hanya memandng muka Afina tanpa mahu menyampuk. Adiknya yang seorang ni pasti ada sebab lain yang buatkan dia ingin berbincang.
"Fina dah terima pun lamarannya." Sambung Afina, gagap. Takut sebenarnya.
Hidayati hanya mengangguk kepalanya tanpa menyampuk.
"Sebab masa dia melamar tu, azan subuh. Maka Fina rasa dia seperti jodoh yang dirancangkan untuk Fina." Afina menegaskan tindakannya.
"Jadi sekarang apa yang merunsingkan Fina?" Tanya Hidayati bila seperti Afina lambat ingin ke titik perbualan.
"Wajarkah Fina pergi berjumpa dengannya?" Soal Afina.
"Kenpa mesti Fina yang datang pada dia? Kenapa bukan dia yang datang pada Fina?" Soal Hidayati.
"Dia belum bekerja dan pasti tak berkemampuan datang sini." Terang Afina. Hidayati memandang adiknya seketika.
"Berapa lama Fina kenal dia?" Tanya Hidayati.
"Sebenarnya dulu Fina dah kenal dia. Lepas tu kan Fina tolong Kak Lila sampai tak ada masa nak online. Kira terputus hubungan. Hari yang dia lamar Fina tu lah hari pertama kami bersembang semula tentang banyak perkara dan entah macam mana, dia tiba-tiba melamar Fina." Jelas Afina lancar.
Hidayati memerhati tingkah adiknya. Dia tahu adiknya pasti mengharapkan jawapan positif darinya. Namun, ada ragu di dalam hatinya tentang lelaki itu. Padanya, jika ikhlas datang berjumpa abah dan mak. Namun, dia juga sedar. Lain orang lain caranya.
"Bila Fina rancang nak pergi?" Tanya Hidayati.
"Nak tengok tiket flight dulu. Tengok bila boleh dapat murah. Tapi dalam masa terdekat ni lah" Terang Afina.
"Kenapa tak nak drive sendiri? Kan senang." Balas Hidayati.
Dia sebenarnya risau andainya adiknya yang baru berusia 23 tahun itu dibawa menaiki kereta lelaki itu. Macam-macam boleh terjadi. Andai membawa kereta sendiri lebih selamat.
"Kak Long, kat Miri lah Kak Long orangnya." Afina membetulkan tanggapan Hidayati.
Dia mula sedar, kakaknya itu bukan dalam dirinya yang sebenar. Terutama dia hanya lihat kakaknya itu mengangguk bila dia bagitahu bahawa teman lelakinya itu orang Miri. Kalau Hidayati yang normal, tidak mungkin hanya mengangguk.
"Ok... Afina survey dulu tiket flight. Nanti bagitahu Kak Long." Jawab Hidayati.
Afina hanya mengangguk kepalanya. Kemudian dia keluar dari bilik itu. Mahu dikhabarkan pada sang pelamar hati tentang perkara itu dan mahu meninjau harga tiket kapal terbang ke Miri.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan