SUBSCRIBE

Rabu, Ogos 24, 2016

KISAH PULA AKU 18

“Apa yang Hadif buat tu salah, bapa. Dia kena tanggung semua yang dia buat pada Maya.” Kata Maya.
“Apa yang salahnya? Kamu yang tak pandai nak jaga diri kamu. Kamu pun tahu Hadif tu macam mana. Orangnya tak boleh silap sikit. Kesilapan sikit boleh jadi besar bila berkenaan dengan Hadif. Dan kamu pula cari pasal.” Marah maknya, Puan Zuli.
“Mak ni, semua salah Maya. Macam Maya ni bukan anak mak pula. Mak tahu tak yang perempuan perampas tu memang ada hubungan dengan Hadif. Perempuan tu girlfriend Hadif.” Rajuk Maya.
“Maknanya kau lah yang merampas. Kau dah tahu Hadif ada orang lain tapi kau tetap terima pinangan tu. Kau lah yang merampas.” Sangkal Myra, kakaknya.
Maya memandang kakaknya. Hatinya marah dengan tuduhan kakaknya itu.
“Adik bukan perampas. Dia tu yang merampas.” Balas Maya.
“Bapa ada bincang dengan ayah Hadif. Ayah Hadif kata, Hadif langsung tak tahu menahu tentang pertunangan ini. Hadif juga sebenarnya tak pernah minta ibunya mencarikan calon untuknya kerana dia sudah punya calon tapi ditentang ibunya. Perempuan tu pula tak mahu menikahi Hadif tanpa restu dari ibu Hadif. Sebenarnya, dalam keluarga mereka, tak ada sesiapa pun yang tahu tentang pertunangan kamu dan Hadif kecuali ibu ayahnya saja. Ibu Hadif pernah beritahu tentang ini tapi mereka adik-beradik rasa ibu mereka bergurau. Langsung tak ambil serius sampailah kamu pergi kacau Hadif and his lover.” Cerita Encik Zaidan.
Terlopong Maya mendengar cerita itu. Patutlah Hadif langsung tidak pedulikannya semenjak 3 bulan lepas. Kalau datang ke pejabatnya hanya mencari Shaza. Mulanya dia ingat sebab Hadif tidak boleh melupakan Shaza. Tapi makin hari hatinya makin marah. Dia rasakan Hadif langsung tidak menghormatinya sebagai tunang. Hadif bukan tidak tahu yang dia juga bekerja dibawah satu bumbung dengan Shaza.
Oleh itu, bila saja terserempak dengan mereka berdua di salah sebuah pusat membeli-belah terkemuka di ibu kota, dia terus menyerang. Dia fikir Hadif hanya berlakon tidak tahu. Dan Hadif sangat marah sehingga memutuskan pertunangan mereka kerana dia menyerang. Rupanya Hadif memang tak mahukan pertunangan ini dan dia sendiri tak tahu.
“Kenapa auntie Rozi buat macam tu?” Tanya Myra.
“Sebab dia tak nak Hadif bernikah dengan Shaza.” Jawab Encik Zaidan.
“Must be a reason.” Kata Myra.
“Mungkin auntie Rozi tak boleh terima cara orang sekarang bercinta. Alah, standardlah takat pegang tangan dan berpelukan. Tapi bukan semua orang sporting macam bapa dan mak. Kebanyakan typical Malay. Everything is wrong. Itu tak boleh, ini tak boleh.” Balas Maya.
“Dorang macam tu ke?” Tanya Myra.
Maya angguk.
“Perh. Tengok perempuan tu bertudung.” Komen Myra.
“Baru saja. Dulu tak bertudung pun. Tapi sama saja perangai. Masa bertudung dengan tak bertudung.” Balas Maya.
“Hipokrit.” Tuduh Myra.
“Memang pun.” Sokong Maya.
“Kalau ikut cerita ayah Hadif, perempuan tu baik. Malahan perempuan tu sangat menghormati mereka sekeluarga. Cuma Hadif yang selalu menentang bila ibunya bercakap tentang perempuan tu.” Kata Encik Zaidan.
“Itu semua lakonan.” Sangkal Maya.
Hakikatnya, dia sendiri cemburukan kemesraan Shaza dengan rakan sekerja yang lain. Shaza mesra dan mudah bergaul dengan semua orang. Dia juga menghormati pekerja bawahannya walaupun hanya seorang pencuci. Sesuatu yang dia sendiri tidak boleh lakukan. Sesuatu yang dia rasa menjatuhkan maruahnya sebagai seorang eksekutif.
“Bapa tak tahulah lakonan ke tak tapi bapa tengok, ayah Hadif juga sukakan perempuan tu. Asyik memuji kebaikan perempuan tu.” Kata Encik Zaidan.
“Tak kisahlah pasal perempuan tu. Ini kisah Maya dan Hadif ni macam mana? Kira dah putus ke macam mana?” Tanya Puan Zuli.
“Putus.” Kata Encik Zaidan.
“Kenapa bapa tak pujuk mereka?” Tanya Maya.
Dia masih mengharapkan pertunangan ini diteruskan sehingga ke jinjang pelamin. Dia sudah lama menaruh hati pada Hadif. Pelbagai cara yang dilakukan sejak mereka mula berkenalan sehingga sekarang. Namun, tak pernah dapat menarik perhatian Hadif.
“Pujuk untuk apa?” Tanya Encik Zaidan.
“Untuk kahwnikan Maya dan Hadif secepat mungkin.” Jawab Maya.
“Kamu sendiri yang cari masalah. Kamu selesaikan. Mak dan bapa tak nak masuk campur.” Kata Puan Zuli dan terus menarik tangan suaminya untuk berlalu.
“Bapa dan mak memang tak sayang Maya.” Maya memprovokasi orang tuanya.
“Jangan salahkan bapa atau mak. Kalau kamu tak buat perangai, tentu lagi 3 bulan ni, kamu dah jadi isteri Hadif. Sekarang ni, ibu Hadif sendiri pun tak nak ke kamu. Dia malu dengan perangai kamu. Selama ni, dia sanggup terima kamu walaupun perangai kamu tak elok. Tapi bila dah jadi macam ni, dia sendiri sudah tawar hati.” Bidas Puan Zuli.
“Tapi mak dan bapa still boleh pujuk dorang.” Kata Maya.
“Faham tak orang dah tak nak?” Tengking Encik Zaidan.
“Lain kali, sebelum buat apa-apa fikir dulu. Jangan main nak ikut kehendak sendiri. Dah tahu orang tu tak suka awak. Diam sajalah. Tunggu masa yang sesuai. Ini tak habis-habis dengan kebodohan diri.” Sambung Encik Zaidan selepas dia tenangkan dirinya seketika.
“Tolonglah mak, bapa.” Rayu Maya.
“Kalau kau nak kahwin sangat, cari orang lain. Jangan nak terkinja-kinja lagi pada Hadif. Dia dah tuduh kau tak bermaruah. Jangan nak jatuhkan maruah kau lagi.” Tegas Myra.
“Tapi Maya sukakan Hadif.” Maya sudah menangis.
“Jangan jadi bodoh.” Tengking Myra.                                                                                                                                                                                                                                                                          
Myra memeluk adiknya selepas menenangkan dirinya. Bahu Maya diusap.
“Find another man that deserve you. That love you. Kau tak nak jadi macam Shaza? Dicintai dan digilai Hadif sepenuh hati? Kalau kau kejar Hadif, kau tak akan dapat rasa macam Shaza rasa. Tapi kalau kau boleh jumpa lelaki yang sayang dan cintakan kau sepenuh hati, pasti kau akan rasa apa yang Shaza rasa sekarang.” Kata Myra lembut memujuk hati adiknya.
Dia tahu yang Maya selalu cemburukan Shaza. Hampir setiap hari ada saja perasaan tak puas hati Maya pada Shaza. Dia tahu adiknya cemburukan Shaza. Jadi dia gunakan cara itu untuk memujuk adiknya.
Maya angguk.
“Find another man that willing to die for you.” Bisik Myra.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan