Shaza mencapai telefonnya yang sedang berbunyi. Lydia.
Dilihatnya jam di telefon bimbit sudah pukul 1.30 pagi. Ditekannya butang hijau
untuk menjawab panggilan Lydia. Hatinya kerisauan kerana Lydia tidak pernah
menelefonnya waktu begini.
“Lydia.” Nama itu disebutnya.
“Shaza, kau kat mana?” Tanya Lydia.
“Rumah Hadif.” Jawab Shaza.
“Balik rumah kau sekarang.” Arah Lydia.
“Kenapa?”
“Balik sajalah.”
“Hurmmm.”
Shaza mengejut Hadif. Tiada respond. Pelik. Hadif seorang
yang senang untuk bangun tidur. Didekatkan tubuhnya ke tubuh Hadif. Panas.
“Sayang. You demam ni.”
Shaza kepanikkan. Dia bergerak menjauhi Hadif. Tapi ditarik
Hadif.
Hadif memeluk Shaza untuk mendapatkan haba dari badan Shaza.
Dia benar-benar kesejukan tika ini. Haba dari tubuh Shaza ditambah dengan bau
tubuh itu, sangat menenangkannya.
“Sayang, I ambil cool fever kejap. Then, I’ll hug you back.”
Pujuk Shaza.
“No need. I just need you.” Dalam serak suaranya, Hadif
membalas.
Dalam keadaan masih di dalam pelukan Hadif, Shaza mencapai
remote controller aircond dan dimatikan. Dicapainya pula remote kipas dan
dipasangnya pada pusingan maksimum. Tubuh Hadif yang berbalut comforter,
ditarik.
Hadif hanya membiarkan saja apa yang dilakukan Shaza. Bukan
tidak biasa. Malah selalu pun begitu. Shaza tak pernah manjakannya bila demam.
Kalau dilihat cara Shaza menjaganya bila demam, seperti membuli. Tapi itulah
cara paling berkesan agar dia kembali sihat dengan cepat. Tapi dia sedar,
bagaimanapun, semua kesembuhan itu milik Allah. Manusia hanya mampu berusaha untuk
sihat.
“Darl, Lydia nak apa?” Tanya Hadif bila teringatkan
panggilan yang diterima Shaza tadi.
“Dia suruh balik rumah. Ada dirumah kot. Nak buat surprise
tapi tak jadilah tu.” Jawab Shaza.
“Pergilah. Jangan hampakan niat seorang sahabat.” Suruh
Hadif.
“Biarlah. Sayang lebih utama. Takkan nak tinggalkan sayang
dalam keadaan macam ni?” Balas Shaza.
“She is your bestfriend. Takkan nak buat tak tahu. Pergilah.
Sekejap saja pun, kan?” Pujuk Hadif.
“But you are my hubby. My priority.” Balas Shaza.
“And I ask you to obey me. Go. Celebrate with your bestie.”
Arah Hadif tanpa melepaskan Shaza dari pelukannya.
Shaza menarik nafas dalam sebelum dilepaskannya kasar.
“I’ll go for less than half hour.” Janji Shaza.
Hadif angguk. Dia mencapai telefon bimbitnya dan melihat
masa. Pelukannya pada Shaza turut dileraikan. Timer countdown di setkan untuk
35 minit.
Shaza bangun dan menyarung jubah tidur yang tersidai di
tempat penyidai. Disarungnya ke tubuhnya. Rambut diikat ala kadar. Selendang
dicapai dan diletak ke kepalanya. Dia terus berjalan ke luar.
“Darl, tunggu.” Tahan Hadif.
Shaza memandang Hadif yang sedang bangun dari katil. Hadif
berjalan mendekatinya.
“I’ll go with you. I’ll send you there. Risaulah you jalan
seorang pergi rumah you. Walaupun dekat bawah saja.” Kata Hadif.
Dia turut menyarung jubah tidur.
Shaza diam dan hanya menunggu. Dia sebenarnya risau juga
mahu keluar seorang pada waktu begini memandangkan apartment mereka ini turut
diduduki oleh mereka yang bukan Islam. Yang sering mabuk. Takut terserempak
dengan mereka sewaktu di dalam lif.
Mereka beriringan ke rumah Shaza. Tubuh Hadif selalu di
dalam pelukan Shaza agar haba dari tubuhnya boleh menyelesakan Hadif. Sesampai
saja di lorong rumahnya, Shaza dan Hadif berpandangan. Banyak kasut di depan rumahnya.
“Siapa lagi?” Tanya Shaza.
Hadif jongkit bahu dan mereka terus berjalan hingga ke pintu
rumah Shaza. Salam diberi dan mereka terus masuk.
“Astagfirullahalazim.”
Ada suara kuat yang beristighfar bila melihat Shaza masuk
bersama Hadif dalam keadaan berpelukan. Shaza buat tak tahu dan terus memaksa
Hadif terus masuk ke dalam bilik. Dibaringkan Hadif dan dia terus ke meja solek
dan mengambil sesuatu dari dalam laci meja tersebut. Kemudian, dia keluar ke
ruang tamu dimana Lydia, Umar dan pak ustaz sedang menunggu.
“Ada apa di rumah saya pagi-pagi macam ni?” Tanya Shaza.
“Kami mendapat aduan. Rumah ini dikatakan ada pasangan
sedang berkhalwat. Sudah beberapa kali kami membuat pemantauan dan hari ini
kami ambush. Dan pasangan ini ditangkap sedang berdua-duaan di dalam rumah ini.
Tapi mereka katakan mereka datang untuk membuat surprise birthday untuk tuan
punya rumah.” Terang salah seorang dari pak ustaz yang ada.
“Siapa lelaki tadi? Saya rasa benar kata lelaki ini bahawa
kamu berdua yang menjadi suspek kami.” Tanya seorang yang lain dari merkea.
“Kalau boleh saya tahu siapa yang membuat laporan? Saya tak
rasa penghuni di sini. Orang di sini hanya buat urusan mereka sendiri. Kalau
pun ada yang ada semangat kejiranan, mereka sangka saya dan Hadif adik-beradik
kerana muka kami hampir sama. By the way, lelaki tadi tu namanya Hadif. Maaf,
dia demam. Badan dia tengah lemah.” Tanya Shaza.
Lydia yang hanya mendengar mula sedar sesuatu. Muka Shaza
dan Hadif memang kelihatan hampir sama. Memang seperti adik-beradik. Selama ini
dia langsung tak perasan.
“Kami tak boleh dedahkan si pengadu.” Jawab pak ustaz yang
menerangkan keadaan sekarang.
Azfar menarik nafas lega.
“Tak apa. Saya tahu dah siapa.” Kata Shaza.
Matanya mencerung kepada Azfar. Melihat reaksi Azfar yang
menarik nafas lega tadi telah menjawab semua persoalan tentang siapa si
pengadu.
“So, pasangan ini di dapati bersalah atau tidak?” Tanya
Shaza.
“Kalau mereka boleh buktikan mereka tidak bersalah.” Jawab
pak ustaz pertama tadi.
“Berapa lama korang perhatikan mereka di dalam rumah saya
sebelum ambush?” Tanya Shaza.
“30 minit.” Jawab pak ustaz pertama tadi.
“Macam mana keadaan dorang masa mereka membuka pintu? Dalam
keadaan mencurigakan?” Tanya Shaza lagi.
Pak ustaz semua mengeleng.
“Jadi mereka tidak bersalah, kan?” Tanya Shaza.
“Tapi kami memang sudah lama perhatikan rumah ini. Memang
selalu juga ada pasangan yang berdua-duaan dalam rumah ini.” Kata salah seorang
dari pak ustaz.
Shaza malas mahu bercakap banyak. Sekeping kertas dihulurkan
kepada mereka. Kertas itu bertukar-tukar tangan sehingga ke Lydia dan Azfar.
“Ini fotokopi. Kalau nak yang original, jom pergi rumah
suami saya.” Kata Shaza. Nadanya sedikit sinis.
“Sebelum buat apa-apa tindakan, siasat dulu. Jangan terima
aduan terus buat tindakan. Kaji dulu. Semak dulu data-data yang ada. Kami bukan
menikah di sempadan. Kami menikah dengan cara yang betul dari sesi Islam dan
Negara. Semua rekod pasti ada dalam simpanan majlis agama. Kenapa tak check
data dulu?” Kata Shaza lagi.
“Darl.” Panggilan Hadif yang sayup kedengaran.
Shaza segera masuk ke bilik untuk melihat Hadif. Dia duduk
disisi Hadif. Hadif memandangnya. Dia tunduk dan mencium tangan Hadif.
“Jom bawa I ke depan. Rasa tak sedap hati biar you berjuang
sendirian.” Kata Hadif lemah.
“Tak payahlah. You tengah tak sihat. Lagipun, benda dah nak
settle. Urusan kita dah selesai. Sekarang ni tinggal part Lydia dan Azfar saja.”
Balas Shaza.
“It was better kalau dorang nikah dengan kadar segera.”
Hadif menyampaikan hasratnya.
Shaza angguk dan terus keluar.
“Untuk pasangan ini, ustaz semua buatlah keputusan. Hari ini
memang hari lahir saya. Mungkin benar mereka membuat rancangan untuk membuat
surprise untuk saya. Lagipun, Lydia memang ada kunci pendua rumah ini. Saya tak
kisah apa pun keputusan. Tapi dari tadi saya cari kek atau apa-apa perhiasan
yang dibuat selama 30 minit dalam rumah. Tapi tak nampak.” Kata Shaza.
“Ni kek kau dan ni hadiah kau.” Kata Lydia
Sebuah kotak kecil dari Secret Resipi dikeluarkan dari celah
antara Lydia dan Umar. Lydia kemudian menghulurkan sebuah kotak kecil dari beg
tangannya.
Shaza mengambil. Dengan cermat kotak yang berbalut kemas itu
dibuka. Dibuka kotak yang berlebal Pandora. Seutas gelang tangan Pandora
dikeluarkan dan terus dipakai.
“Terima kasih.” Ucap Shaza.
“Kau suka?” Tanya Lydia.
“Apa saja dari kau, aku suka.” Jawab Shaza.
Lydia mendekati Shaza. Dipeluknya Shaza sambil mengucapkan
selamat hari lahir kepadanya.
“Ehem.” Satu suara berdehem.
Shaza dan Lydia berpandangan pada suara itu.
“Kami sudah membuat keputusan. Dalam masa 30 minit,
macam-macam boleh terjadi. Kalau kamu berdua boleh buktikan apa yang kamu
berdua buat didalam rumah ini selama itu.” Kata pak ustaz yang memang skeptik
dari tadi.
Lydia dan Umar berpandangan.
Shaza tenang.
“Kami mencari Shaza. Satu rumah. Tapi dia tak ada. Kami
decide untuk tunggu dia sampai dia balik. Kami ingatkan dia keluar dengan Hadif
dan akan balik sekejap lagi.” Kata Umar.
“Kalau puan ni tak balik?” Tanya pak ustaz skeptik.
“Kami tak fikir macam tu. Sebab ini rumah dia. Takkan dia
tak balik. Kami pun tak pernah tahu yang mereka dah berkahwin. Mana nak tahu
yang Shaza duduk rumah Hadif.” Jawab Azfar.
Pak ustaz semua memandang ke arah Shaza.
“Yang tahu tentang pernikahan kami hanyalah tok kadi dan
saksi. Itu pun semuanya adalah orang dari pejabat agama. Kami bernikah di
pejabat kadi. Tak ada majlis atau jemputan.” Kata Shaza menjawab pandangan
mereka.
“Kenapa Shaza?” Tanya Lydia.
Dari tadi dia mahu bertanya tapi didiamkan dulu. Tapi bila
sekali lagi benda ini dinaikkan, maka dia rasa ini waktu yang tepat untuk
bertanya.
“Alasan aku mudah. Aku tak nak orang mempersoalkan hubungan
kami. Ini adalah hubungan yang kami mahukan. Hubungan tanpa komitmen. Alasan
Hadif lebih kukuh. Dan ianya biarlah menjadi rahsia kami berdua saja.” Jawab
Shaza.
“Kami ada persoalan tentang waktu 30 minit itu. Takkan tak
ada apa-apa yang berlaku? Andai kata kami tidak ambush, apa pula yang akan
berlaku dalam masa sejam? Dua jam? Berdeduaan diantara lelaki dan perempuan
akan ada syaitan yang akan menghasut untuk menaikkan syahwat diantaranya. Jadi,
kami dapati kamu berdua bersalah. Cik, sila panggil wali cik untuk selesaikan
masalah ini.” Kata pak ustaz skeptik itu.
“Mana boleh macam tu.” Bantah Azfar.
“Cik ini tiada wali. Jika dia didapati bersalah, saya mohon
untuk dinikahkan mereka berdua sekarang ini. bukankah itu lebih baik dari
dipanjangkan kes ini sampai ke mahkamah tetapi mereka bedua masih tiada ikatan.
Dari memalukan orang, baik menyelesaikan dan memudahkan urusan mereka. Benda
baik kenapa mesti ditangguhkan? Lagipun, sewaktu tempoh siasatan, yang menjadi
suspek adalah saya dan suami. Jadi, kami dah sahkan bahawa kami adalah pasangan
yang sah. Jadi, untuk mereka berdua, dah dikira kes selesai. Kan? Jadi, tak
salah kalau kita nikahkan mereka berdua.” Kata Shaza.
Pak ustaz berpandangan sesama mereka. Semua angguk.
“Baik.” Mereka setuju.
“Kenapa tak tanya persetujuan kami berdua?” Bantah Azfar.
“Kenapa nak lenggahkan benda yang mudah?” Sangkal Shaza.
“Aku nak kau.” Kata Umar.
“Kau dah gila? Aku isteri Hadif yang sah.” Balas Shaza.
“Minta cerai. Aku nak kau.” Tegas Umar.
“Siapa kau dan apa hak kau untuk permintaan macam tu?” Tanya
Shaza.
Lydia disebelahnya sudah mengalir air mata. Hatinya sayu
melihat air mata sahabatnya. Jika dia ditempat Lydia, bukan saja rasa kecewa,
rasa terhina dan dihina dengan apa yang dilakukan Azfar. Mengatakan mencintai
diri kita tapi bila disuruh menikah, diri ditolak mentah-mentah.
Namun, bagi Lydia, dia sudah menjangka Azfar pasti mahukan
Shaza sejak pertama kali Azfar melamarnya. Keadaan seperti ini pasti akan
berlaku. Dan tekaannya tepat. Dia sudah bersedia tapi keadaan kini tidak
seperti yang dijangka dulu. Shaza sudah bernikah. Bermakna menjadi
tanggungjawabnya untuk memastikan rumahtangga Shaza terpelihara dari manusia
tamak seperti Azfar.
“Encik, nak buka kes kami atau tidak?” Tanya Lydia.
Pak ustaz mengeleng.
“Macam tu, saya minta diri dulu. Saya rasa encik-encik pun
boleh balik. Lagipun, tuan rumah tak sihat. Kita ni tetamu tak diundang.” Kata
Lydia dan terus menarik tangan Azfar.
Azfar merentap tangannya bila pak ustaz semua sudah beredar.
“Shaza. Minta cerai pada Hadif sekarang juga. Kalau kau nak
aku kahwin dengan Lydia. Kau kena jadi isteri aku dulu.” Kata Umar.
“Astagfirullahalazim.”
Dalam keadaan payah, Hadif keluar dari bilik dan ke ruang
tamu bila perkataan cerai didengarinya. Terkejutnya dengar permintaan Azfar itu.
Shaza menghampiri Hadif. Dia memapah Hadif ke sofa dan
mendudukkan Hadif. Hadif bila demam pun, keadaannya akan teruk terutama jika
tidak dirawat dari awal iaitu sebelum dia demam. Sekarang ini Hadif sudah demam,
maka, Hadif akan menjadi sangat lemah.
“Aku nak kau ceraikan Shaza.” Arah Azfar.
“Azfar, sedar tak sesuatu?” Lemah saja suara Hadif.
“Ya. Aku sedar yang kau sedang ambil hak aku.” Balas Umar.
Hadif geleng. Dalam hatinya terus beristighfar.
“Umar, kau sedang membuat usul meruntuhkan masjid. Dosanya
besar.” Kata Hadif. Lembut.
Azfar tidak kisah tentang itu. Padanya, dia mesti memiliki
Shaza. By hook or by crook. Tak kisah dengan apa cara sekali pun. Dia rasa
tercabar dengan kenyataan yang Shaza memilih Hadif berbandingnya. Selama ini
dia fikir, hubungan Shaza dan Hadif tak akan ke mana. Dia sangat pasti yang
Shaza akan kembali kepadanya. Tapi bila Hadif boleh menerima Shaza seadanya dan
terus dinikahi wanita kesayangannya itu, egonya rasa tercabar. Kelakiannya terasa
diinjak-injak. Kenapa Hadif boleh menerima Shaza sedangkan Shaza....
“Aku tak kira, aku nak Shaza. Kau kena lepaskan dia.” Kata
Umar. Keras.
“Darl, you buat keputusan.” Kata Hadif.
“I just need you.” Balas Shaza.
“Azfar. Dahlah. Jangan kacau rumahtangga orang.” Pujuk Lydia.
“Aku cuma nak balik apa yang aku lepaskan dulu.” Kata Azfar.
Shaza ketawa.
“Kau tahu kenapa aku pilih Hadif bukan kau? Aku jatuh cinta
pada Hadif pada pandangan pertama. Tapi aku sedar diri aku. Aku pernah nampak
pandangan jijik kau pada aku dulu. Jadi aku ceritakan pada Hadif apa yang
pernah terjadi pada aku dulu. Perkara yang sama aku ceritakan pada korang. Apa yang
jadi pada aku sewaktu aku diambil sebagai anak angkat. Dan Hadif terus ajak aku
kahwin. Aku tolak. Aku tak nak dia kahwin dengan aku kerana simpati. Tapi dia
mendesak. Kerana rasa rendah diri, aku setuju dengan syarat. Perkahwinan ini dirahsiakan
dan aku tak nak dia jadi suami macam orang lain. Aku minta perkahwinan tanpa
ada komitmen. Dan aku juga tak akan menuntun apa-apa hak sebagai seorang
isteri. Kalau dia nak kahwin lain pun, aku tak ada masalah.” Cerita Shaza.
Air matanya mengalir.
Hadif menarik Shaza ke dalam pelukannya. Shaza menangis
semahunya dibahunya sebelum bangun semula untuk meneruskan ceritanya.
“Semuanya disebabkan reaksi kau. Walaupun kita masih kecil
dulu, tapi ianya memberi kesan pada aku sampai sekarang. Aku dijual oleh bapa angkat aku. Aku diseksa. Aku melawan untuk mempertahankan maruah aku. Aku ditendang tanpa belas kasihan. Mujur ada polis yang meronda dan membawa aku
ke hospital. Aku kemudian dimasukkan ke rumah anak-anak yatim kita semula
selepas itu. Bila aku cerita pada korang berdua, apa reaksi kau? Kau maki aku. Kau
bodohkan aku. Kau jijikkan aku. Kau kawan aku tapi kau hina aku. Kau betul-betul
buat aku rasa kelakar sekarang ni. Aku tak pernah jadi hak kau tapi kau kata
aku hak kau. Lagikan sebagai kawan kau boleh hina aku. Macam mana andai kita sudah menikah nanti? Mahu aku ni kau pukul. Kelakarlah. Tak Azfar. Tak!. Aku tak akan biarkan diri aku diinjak sesuka hati.” Kata
Shaza sambil ketawa sinis.
Azfar terus melangkah keluar. Dia tahu dia yang bersalah. Dia
tahu semua itu kesalahan dirinya sendiri. Tapi itu adalah dulu. waktu itu dia
masih kecil. Belum boleh berfikir dengan matang. Tapi bila perkara itu yang
diungkit oleh Shaza. Dia tahu yang dia langsung dia peluang untuk mendekati
Shaza.
Lydia mengikut Azfar dari belakang selepas berpamitan dengan
Shaza.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan