Ain sedang menyapu
lotion ditangan dan kakinya. Amran pula baru selesai mengambil wuduk. Amran
duduk dikatil. Menunggu Ain yang masih dihadapan meja solek. Ralat dia melihat
Ain. Dari menyapu lotion ke menyisir rambutnya. Dan paling dia suka bila Ain
menyisir rambut. Gaya seperti rambutnya lebat walhal rambutnya nipis saja.
Amran senyum.
“Dah beberapa hari ni,
Ain whatapp dengan Azlia. Ain macam pelik. Kenapa sampai nak bunuh diri hanya
kerana ditinggalkan. Sebelum ni pun, dia pernah saja bercinta bagai nak rak dan
ditinggalkan. Menangis dan meraung juga. Depress. Tapi tak adalah sampai
tindakan senekad ini. Mulanya Ain ingat sebab Ain tekan dia. Masa dia call
bagitau yang dia nak bunuh diri tu, Ain cakap yang dia tak akan berani buat.
Tapi bila dekat hospital dia kata yang dia hanya nak lelaki tu jadi suami dia.
Hanya lelaki tu boleh jadi suami dia dan layak untuk dia. Ain duk fikir.
Kenapa?” Cerita Ain.
Dia bergerak ke katil.
Menyelak comforter dan masuk ke dalamnya. Amran juga buat yang sama. Amran
duduk dikepala katil. Ain duduk bersila menghadapnya. Kaki Amran ditarik dan
dilumurkan dengan lotion panas dan diurutnya. Amran hanya biarkan.
“Ain rasa sebab dia
pernah terlanjur dengan lelaki tu.” Kata Ain.
“Apa Ain fikir
bukan-bukan.” Tegur Amran.
“Dengar sajalah dulu.
Itu memang sangkaan awal Ain. Tapi setelah beberapa provokasi beberapa hari ni.
Akhirnya betul. Dia mengaku. Memang dorang dah pernah terlanjur.” Cerita Ain.
“Azlia tu baik
orangnya. Tak sangka dia boleh terlanjur. Walaupun dia tak alim. Biasa-biasa
saja macam Ain ni tapi dia tu sangat pemalu orangnya. Bila dia sampai
terlanjur, Ain macam tak boleh fikir. Macam mana boleh jadi macam tu.” Sambung Ain.
Amran menarik Ain untuk
baring disebelahnya.
“Sebab tu dia kata
macam tu. Dia rasa hanya lelaki itu yang kena bertanggungjawab. Dia rasa tak
ada lelaki yang nak kahwin dengan perempuan yang tak ada dara. Dia rasa dia
hina sangat kalau kahwin dengan lelaki lain. Dia tak boleh nak bear the
humiliation being isteri tanpa dara.” Sambung Ain lagi.
Ain mengangkat wajahnya
memandang Amran. Dia menarik wajah Amran untuk memandangnya.
“Kalau Am. Am terima
tak isteri tanpa dara ni?” Tanya Ain.
“Lelaki ni lain sikit
Ain. Ada sesetengah yang tak boleh terima. Tapi ada satu golongan yang Am
sangat tahu hatinya. Bila dia sudah mencintai seorang wanita itu, dia terima
seadanya perempuan itu tanpa syarat. Cuma si isteri jangan jadikan isu itu
sebagai punca untuk memulakan perbalahan. Dan golongan itu adalah Am. Am terima
Ain seadanya Ain. Dan Am tak suka ada perbalahan dalam rumahtangga kita. Sebab
tu Am minta pada Ain. Jaga keharmonian rumahtangga kita. Kalau ada perkara yang
tidak menyenangkan, cakap dengan Am. Kita sama-sama baiki.” Jawab Amran.
“Malam tu, ada makcik
atau pakcik cakap apa-apa dengan Am?” Tanya Ain.
Amran geleng.
“Lepas Ain pergi, Along
dengan Kakak asyik membebel saja pasal Azlia. Kenapa?” Jawab Amran.
Ain menyelesakan
dirinya. Tangan Amran digengamnya. Cuba mencari kekuatan dari genggaman tangan
itu. Lama matanya disitu. Amran pula dengan sabar menunggu.
“Ain rasa sudah sampai
masa untuk Am tahu sesuatu. Janji dengan Ain. Am akan dengar dalam keadaan
tenang dan sabar. Jangan marah dan jangan ada apa-apa fikiran negative dalam
otak tu.” Pinta Ain.
Amran angguk.
“Bila Am rasa Am dah
dalam keadaan tenang, baru Ain cerita. Sekarang, Am tarik nafas dalam-dalam.
Lepaskan dan sebut kalimah Allah. Buat sampai Am rasa sangat tenang.” Arah Ain.
Amran hanya ikut. Tentu
saja ini perkara besar. Jika tidak, takkan Ain sehingga mahu merahsiakannya.
Dipujuk dan dirayu pun, Ain masih tetap memegang kemas rahsia ini. Bila Ain
sudah bersedia ingin membukanya, kenapa dia mesti mengubah mood Ain. Dan yang
paling penting, dia juga mahu terima rahsia ini dengan tenang agar
rumahtangganya tidak berkocak seperti yang ditakuti Ain selama ini.
“Tapi Am mesti janji
dengan Ain. Ini rahsia kita sekeluarga sampai mati. Yang tahu cuma mak, abah,
Along, kakak dan sekarang Am. Benda ni melibatkan pakcik dan makcik.” Kata Ain.
Amran teruja tapi
dikawalnya rasa terujanya itu. Rasa pelik juga menjengah bila ia melihatkan
makcik dan pakciknya. Namun, dia kawal semua rasa itu. Dia mahu Ain
menceritakannya.
“Am dah sedia nak
dengar semua ni?” Tanya Ain bila Amran menyatakan kesediaannya untuk mendengar
rahsia Ain.
Amran angguk.
“Am dah betul-betul
dalam keadaan tenang?” Tanya Ain lagi.
“Ya.” Kata Amran sambil
mengangguk.
Ain angguk.
“Lepas UPSR, Ain pernah
berkahwin. Abah kahwinkan Ain atas kebenaran mahkamah dengan alasan untuk
menjaga nama baik keluarga. Dengan bantuan lelaki yang bakal jadi suami Ain,
satu laporan palsu yang mengatakan Ain sudah mengandung diberikan kepada
mahkamah. Oleh itu, mahkamah memberi kebenaran kepada kami untuk bernikah.
Walhal masa tu Ain langsung tak tahu menahu tentang perkara ini. In fact, Ain
tak pernah kenal pun siapa dia.” Cerita Ain.
Terkejut bukan kepalang
Amran tika itu.
“Kahwin?” Tanya Amran.
“Betul Am. Am berkahwin
dengan seorang janda.” Tenang saja Ain menerima pertanyaan Amran itu.
Tindakbalas yang dia
sudah jangka.
“Perkahwinan kami tak
lama. Tak sampai pun 2 bulan. Tapi sakitnya seolah-olah 20 tahun bersama
dengannya.” Kata Ain.
Ain menggigil akibat
dari rasa takut demi mengingati kisah silamnya itu. Amran memeluk Ain. Dia
dapat rasakan yang Ain sedang dalam ketakutan yang melampau.
“Sakit Am bila setiap
masa dikerjakan dengan rakus. Ain masih budak lagi masa tu. Walaupun sudah
baligh tapi apa yang Ain tahu pasal hubungan suami isteri? Mana Ain tahu pasal
jimak. Mana Ain tahu bagaimana nak buat tu semua. Bila Ain tak tahu, dia tak
ajar tapi dia terus masukkan zakarnya ke dalam kemaluan Ain. Sakit sangat.”
Cerita Ain.
Ain memegang
kemaluannya. Masih terasa nyilunya dan masih lagi terasa sakitnya. Kekasaran
tangan itu menjamah tubuhnya masih terbayang ditubir matanya. Masih terasa
sakitnya bila kemaluannya ditunjah tanpa belas kasihan.
Amran yang mendengar
tak tahu nak beriak bagaimana. Dia hanya mampu memeluk Ain untuk berikan Ain
kekuatan. Menyalurkan rasa tenang kepada Ain.
“Bila Ain melawan, dia
akan pukul Ain. Dan sekali lagi dia akan rogol Ain. Tak kira dimana pun. Sakit
sangat, Am. Sakit sangat.” Rintih Ain.
Air mata yang tadi
hanya mengalir, kini telah lebat bersama dengan raungan dari Ain. Ain memeluk
Am. Kuat. Mukanya sudah disembabkan ke dada Amran.
Amran hanya membalas
pelukan itu walaupun dia sendiri terasa sakit dengan pelukan itu. Sangat kuat.
Dibelainya belakang Ain untuk memberi Ain rasa tenang. Itu saja yang dia fikir
dia mampu buat. Otaknya seperti dikunci untuk fikir apa-apa yang lain dari
mendengar dan mencerna cerita Ain.
“Dia sudah beristeri
masa tu. Kami duduk serumah. Kadang-kadang dia rogol Ain dihadapan isterinya.
Isterinya sedikit pun tidak pernah menegur mahupun menegah kelakuannya itu. Ain
juga tidak diberikan telefon untuk menelefon mak dan abah. Langsung tak
dibenarkan untuk berjumpa mak dan abah. Kalau mak dan abah datang, mereka kata,
Ain tak ada dirumah. Mereka kata Ain keluar dengan kawan-kawan Ain sedangkan
masa tu mereka kurung Ain dalam bilik dengan mulut yang disumbatkan dengan kain
dan tangan dan kaki terikat.” Sambung Ain.
“Suatu hari Along
datang dengan Kakak. Berdua. Alasan yang sama mereka berikan. Along kata sangat
pelik sebab Ain tak ada kawan dan Ain tak pernah keluar kemana-mana tanpa
keluarga. Tapi mereka kata Ain dah jumpa kawan baru dan makin liar. Selalu
keluar rumah. Malam baru balik. Mereka burukkan Ain depan Along dan Kakak. Ain
dengar saja apa yang mereka burukkan Ain depan Along dan Kakak. Along tak puas
hati. Along suruh mereka pesan pada Ain yang dia dan Kakak akan datang lagi
minggu depan dan make sure Ain ada dirumah. Kalau tidak, dia akan tunggu
sehingga Ain balik. Mereka panic. Minggu itu, kalau dia nak pukul Ain pun. Muka
adalah kawasan larangan. Mereka turut belikan Ain baju baru kerana baju Ain
semua dah koyak dikerjakan lelaki tu. Bila Along datang, Ain menangis saja.
Mereka kata Ain rindu pada keluarga. Ain cuba cerita pada Along tapi mereka
sentiasa ada dengan Ain. Ain tekad untuk cerita pada Along walaupun mereka ada.
Lagipun, Ain dah biasa kena pukul. Apa sangatlah kalau kena pukul lagi. Tapi setiap
kali Ain cuba buka mulut, mereka akan memintas. Jadi Ain fikirkan satu tindakan
yang drastic supaya Along tau apa yang mereka dah lakukan pada Ain. Depan
Along, Ain buka baju Ain untuk tunjukkan kesan lebam dan luka pada Along. Masa
tulah juga berlaku pergaduhan antara Along dengan lelaki tu. Along tumbuk dia
sampai lunyai. Along bawa Ain terus ke hospital dan membuat laporan polis.
Along buat aduan di Jabatan Perlindungan Wanita dan Kanak-kanak supaya boleh
dapat perintah mahkamah untuk melindungi Ain dari mereka kerana mereka sering
datang ke rumah untuk memaksa Ain pulang kepada mereka. Mereka pujuk mak dan
abah dengan pelbagai janji. Tapi Am sendiri kenal Along. Apa yang Along kata
adalah keputusan muktamad.” Cerita Ain.
Pelukan Ain sedikit
renggang. Amran menarik nafas dalam. Dia benar-benar tak tahu macam mana nak
memberi tindakbalas. Dia terkejut. Dia tak tahu nak kata apa. Pengalaman Ain
sangat sakit. Dia sendiri boleh rasa bagaimana sakitnya Ain saat itu. Rasa
kesian dan simpati melimpah-ruah untuk isterinya itu.
“Along yang uruskan
semua perkara berkaitan mahkamah dan undang-undang. Dia heret lelaki itu
sehingga ke muka pengadilan. Dia juga mamaksa lelaki itu untuk menceraikan Ain.
Semua untuk melepaskan Ain dari lelaki itu, Along yang uruskan. Mak dan abah
tak tahu nak buat apa. Mereka hanya menyalahkan diri mereka kerana memaksa Ain
kahwin dengan lelaki itu kerana lelaki itu kaya dan berharta. Lelaki itu telah
membeli mereka dengan semua kemewahannya.” Sambung Ain.
Ain sudah kembali duduk
santai disebelah Amran. Sebelah tangannya diletakkan dibelakang Amran dan
sebelah lagi diperut Amran.
“Pakcik Am pernah kena
penjara, kan?” Tanya Ain.
“Tak tahu. Makcik dan
pakcik tak rapat dengan sesiapa pun. Makcik selepas berkahwin dengan pakcik,
jarang berhubung dengan kami. Kata Mummy sebab dia dah kahwin dengan orang kaya
dan mula lupa diri. Cuma selepas pakcik diisytiharkan muflis, barulah mereka
datang semula kepada kami. Meminta tolong Daddy untuk bantu mereka.” Cerita
Amran.
“Am tahu siapa buat
pakcik sampai jadi muflis?” Tanya Ain lagi.
Amran geleng kepala.
“Along.” Jawab Ain.
Amran kerut dahi.
“Pakcik adalah bekas
suami Ain. Dialah lelaki yang menghancurkan hidup Ain.” Kata Ain.
“Ha?” Terkejut bukan
kepalang rasanya.
“Ya. Dan dia
bertanggungjawab atas semua yang kita lalui. Dua tahun Ain dirawat dihospital
sakit jiwa di London akibat trauma. Selepas kes Ain selesai, Kakak dapat
tawaran untuk sambung belajar di London. Kami semua berhijrah kesana kecuali
Along. Dua tahun Am, Ain hidup dalam hospital tu. Dan ya. Isteri Am ada rekod
masalah sakit jiwa.” Ain mengesahkan kata-katanya.
“Masa tu, bila ada saja
orang yang mahu dekati Ain. Ain nampak lelaki itu. Walaupun mak dan abah. Ain
tak boleh. Setiap sentuhan akan mengakibatkan Ain nampak lelaki itu. Along
setiap hari skype dengan Ain. Berikan Ain kata-kata semangat. Bila Along datang
melawat Ain, hanya Along yang Ain percaya. Hanya dengan Along, Ain boleh
tenang. Hanya dengan Along, Ain rasa selamat. Lama-kelamanaan, Ain mula terima
Kakak. Dan perlahan-perlahan, Ain terima semua orang disekeliling Ain. Bila
keadaan Ain benar-benar stabil, barulah mereka sahkan Ain normal dan dibenarkan
keluar.” Cerita Ain.
Amran diam saja. Dia
benar-benar tak tahu nak beri reaksi apa lagi. Rasa malu punya makcik dan
pakcik begitu. Malunya pada Ain dan keluarganya.
“Am tak tahu nak fikir
macam mana. Tak sangka pakcik dan makcik perangai teruk macam tu.” Kata Amran.
“Am, jangan cakap macam
tu. Mereka tetap makcik dan pakcik Am. Makcik tetap darah daging Am. Ain dah
lama tahu siapa mereka dengan Am. Sebab tu Ain pendam rasa cinta Ain pada Am.
Tapi siapa sangka. Allah merancang lain. Macam mana Ain elak pun dari Am, Am
tetap datang dekat dengan Ain. Am makin rapat dengan Ain walaupun Ain cuba
mengelak. Kemudian kita ditakdirkan pula ke universiti yang sama. Paling tak
sangka. Akhirnya kita menjadi suami isteri yang sah. Kemudian bekerja dibawah
satu syarikat yang sama.” Kata Ain.
“Ini namanya takdir.”
Kata Amran.
“Masa Ain mula jatuh
cinta pada Am. Ain cerita pada Along. Along siasat Am kerana dia risau kalau
latar belakang keluarga Am yang tak sesuai. Along sentiasa rasa yang Ain belum
bersedia untuk sesuatu hubungan. Dia sangat takut andai perkara yang sama
berlaku lagi. Tapi bila Along kata dia pun suka Am. Ain gembira sangat waktu
itu. Mendapat restu dari Along lagi bahagia dari dapat restu dari mak dan
abah.” Kata Ain bersama senyuman manis mengenangkan saat itu.
“Tapi suatu hari Along
balik dan Along suruh Ain buang perasaan cinta itu sebab Am adalah anak saudara
kepada Mariah isterinya Razali. Sejak itu, Ain selalu jauhkan diri dari Am.”
Nada suara Ain kendur.
“Tapi Am tu tak faham.
Makin Ain nak jauh, makin dekat Am datang. Duduk melepak dimeja Ain. Selalu
ajak Ain bersembang. Ain ceritakan semuanya pada Along. Along suruh Ain
sentiasa ingat yang Am bukan untuk Ain dan kita cuma kawan. Bila Am dekat
dengan Ain, Ain sentiasa ingatkan diri yang kita cuma kawan. Tak lebih dari
itu. Tapi bila ditakdirkan kita disatukan, Ain tak boleh tidak dari menahan
rasa cinta itu. Masa itu, Ain cuma harap yang Am tak perasan dengan perasaan
Ain. Tapi Am terlalu mengenali Ain sehingga Am sedar setiap perubahan dalam
diri Ain.” Sambung Ain.
“I am being too in love
with you.” Kata Amran penuh perasaan. Sebuah senyuman dan kucupan mesra didahi
Ain dihadiahkan kepada Ain.
“I know.” Balas Ain.
Satu kucupan pantas dihadiahkan ke bibir Amran.
Amran melebarkan lagi senyumannya.
“Tapi itu yang buatkan
Ain bertambah takut. Ain takut benda ni akan mengakibatkan Am sakit. Ain takut
dengan sebarang kemungkinan dalam hubungan kita. Sebab tu, Ain tahan dari
meluahkan kata hati. Ain beku. Tapi Am terlalu degil sehinggakan Ain tak dapat
tidak memberi tindakbalas terhadap perasaan Am itu.” Kata Ain.
“And we are both love
each other.” Komen Amran.
“Yup.” Ain mencium dagu
Amran.
Amran senyum.
“We are so in love.”
Luah Amran.
Mereka berpelukan bagi
melepaskan perasaan rindu dan cinta mereka. Walaupun setiap hari berjumpa,
namun rasa rindu itu tak pernah surut. Makin bertambah dan bercambah. Perasaan
rindu diiringi dengan rasa cinta yang sedang mekar dan menyinar. Membuatkan
mereka tenggelam didalam pelukan itu.
Tiba-tiba Ain
melepaskan pelukan itu.
“Kenapa?” Tanya Amran.
“Betul kata Along. Ain
masih belum bersedia untuk satu hubungan. Tengoklah kita ni. Hanya mampu berpelukan
and kissing each other. Sedangkan kita sudah halal. Tapi disebabkan Ain yang
masih belum betul-betul pulih dari trauma itu telah buatkan hubungan kita hanya
sekadar ini.” Kata Ain.
“Ain tak sure lepas ni macam mana. Am dah tahu
status Ain. Ain ini pernah direkodkan sebagai orang gila. Ain pernah berkahwin
dengan pakcik Am. Ain tak tahu macam mana nak berdepan dengan Am.” Kata Ain.
Dia mula menjarakkan
dirinya dari Amran. Dia ingin keluar dari situ dan memberikan ruang untuk Amran
berfikir.
“Ain nak pergi mana?”
Tanya Amran menahan Ain dari jauh darinya.
Ain geleng.
“Duduk sini diam-diam.
Ini rahsia kita sekeluarga. Hanya kita saja yang tahu. Berdepan dengan Am
sebagai isteri Am yang sah. Jadi Ain yang Am sanjungi selama ini. Jadilah diri
Ain sendiri. Berdiri dengan megah kerana Ain wanita yang sempurna dimata Am. Am
pilih Ain tanpa syarat. Ain adalah isteri Am dan kekasih hati Am. Status Ain
itu sudah terlalu tinggi untuk berdiri megah disisi Am.” Kata Amran.
“Tapi Am.” Ain
teragak-agak.
Amran geleng.
“Itu sejarah hidup Ain.
Yang tak boleh diubah. Tapi Am minta Ain letakkan kepercayaan pada Am. Percaya
sepenuh hati pada Am. Kita bina hidup kita. Kegembiraan kita. Kebahagiaan kita.
Boleh?” Pinta Amran.
Ain angguk.
“Dan izinkan Am untuk
bersama dengan Ain merawat semua kesakitan yang Ain rasa.” Pinta Amran lagi.
Ain angguk.
“Jangan pernah
tinggalkan Am.” Bisik Amran ditelinga Ain bila Ain sudah kembali semula kedalam
pelukannya.
Ain angguk.
“Jangan pernah
tinggalkan Ain.” Bisik Ain pula.
Amran angguk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan