SUBSCRIBE

Khamis, November 24, 2016

KISAH PULA AKU 28

“Biar benar ibu ajak I pergi rumah dia. I don’t think so.” Kata Shaza.
Mana mungkin dia mahu percaya. Terang-terangan Puan Rozi menolaknya. Dan tentu sekali ianya adalah sesuatu yang mustahil bila Puan Rozi menjemputnya ke rumah. Sangat mustahil dan susah nak terima dek akal.
“Surprise, right? Lepas cakap dengan ibu tentang hubungan kita, ibu tenang saja. Tak marah pun. Then, ibu suruh ajak you datang rumah dia.” Kata Hadif. Teruja.
Terlopong mulut Shaza. Langsung dia tak percaya.
Puan Rozi adalah seorang wanita yang penuh dengan emosi. Dia sangat berbeza dengan ibunya. Ibunya lebih resional dan bertimbang rasa. Jadi dia sangat pasti yang Puan Rozi ada rencana sesuatu. Dan dia tahu, dia perlu bersedia untuk sesuatu yang besar seperti kehilangan Hadif.
Shaza senyum.
“Ibu ajak pergi bila?” Tanyaku.
“Malam ni. Which mean, sekarang.” Jawab Hadif.
Dia sendiri tak percaya begitu mudah ibunya menerima pengakuannya. Malahan dengan tenang menerimanya. Dan tentu sekali dia rasa gembira dengan penerimaan positif ibunya.
“Okey.” Balas Shaza.
Shaza senyum membalas senyuman Hadif.
Apa yang dia fikirkan adalah berbeza dengan apa yang Hadif fikirkan. Bukan dia skeptikal tapi penerimaan Puan Rozi itu terlalu mendadak. Seperti merencana sesuatu. Sesuatu yang akan buatkan Hadif akan berada dipersimpangan. Dan dia?
‘Aku memang dah lama bersedia untuk kehilangan Hadif. Kerana itu aku selalu ingin berikannya yang terbaik supaya aku tak rasa ralat bila aku kehilangannya.’ Kata hati Shaza.
“Jom bersiap.” Ajak Hadif.
Tangan yang dihulur Hadif disambutnya dengan senyuman manis. Disimpannya semua kegusaran. Dia rasa dia perlu untuk berikan lebih baik dari selalu. Entah kenapa, dia rasa momen ini akan menjadi momen terakhir mereka berdua. Nalurinya jarang silap.
Selesai solat Isyak, barulah kami bersiap untuk makan malam di rumah Encik Hairi dan Puan Rozi. Shaza hanya melayankan saja apa yang Hadif ceritakan. Semuanya berkisarkan tentang kegembiraannya dengan penerimaan Puan Rozi.
Sampai saja di depan rumah, ada 3 buah kereta terparkir di dalam pagar manakala sebuah lagi didepan pagar. Maka, Hadif terpaksa memarkirkan keretanya jauh sedikit dari pagar rumah. Tempat di mana ibunya selalu memarkirkan kereta untuk memerhatikan penghuni rumah ini.
“Abang dan kakak ada dirumah juga. Mesti ibu panggil untuk perkenalkan menantunya ni.” Kata Hadif. Teruja.
Shaza hanya senyum dan angguk.
Dia keluar dari kereta dan beriringan berjalan masuk ke dalam rumah mertuanya. Tangannya sentiasa didalam gengaman tangan Hadif. Dia sendiri turut mengenggam erat tangan suaminya itu. Meminjam kegembiraan untuk menghakis segala kegusaran.
“Dah sampai pun Hadif dan Shaza. Jom kita makan dulu.” Kata Encik Hairi.
Puan Rozi membantah tapi bila semua ahli keluarganya menuju ke meja makan, dia tidak boleh buat apa-apa.  Terutama bila Aisya menerima kedatangan Shaza dengan gembira. Malahan Aisya yang menarik Shaza ke meja makan.
Yang lain hanya mengikut saja.
Aisya yang begitu teruja dengan kehadiran Shaza melayan Shaza di meja makan. Entah kenapa bila ibunya menjemputnya datang ke rumah, dia sangat teruja. Bila dikhabarkan yang mereka menanti Hadif dan Shaza, dia mula faham kenapa kali ini dia benar-benar teruja untuk datang ke rumah ibunya. Dan kini Shaza di depan mata. Dia tak mampu nak kawal rasa terujanya.
Dia begitu menyanyangi Shaza. Seandaninya benar kata ayahnya bahawa Shaza adalah adiknya. Dia sangat gembira. Dan jika benar kata ayahnya yang Hadif dan Shaza sudah bernikah. Itu buatkan dia lebih gembira. Dia memang dapat mengagak. Perempuan seperti Shaza tidak akan sesekali menyerah kepada lelaki hanya kerana cinta. Pasti diikat dengan ikatan yang sah.
“Ada benda ibu nak cakap.” Kata Puan Rozi.
“Makan dulu. Cakap kemudian.” Kata Encik Hairi.
“Tapi benda ni penting.” Balas Puan Rozi.
“Ibu, makanlah dulu.  Hazwan pun dah lapar. Maira pun. Semua orang dah lapar dah ni. Nanti-nanti pun boleh cakap.” Pintas Hazwan.
Dia dapat agak apa yang mahu dikhabarkan kepada semua. Aisya ada bercerita tentang Shaza. Hadif pun sempat bercerita kepadanya tentang penerimaan ibunya akan hubungan rahsia mereka. Dan dia sendiri dapat rasakan apa yang ingin diperkatakan oleh ibunya pasti akan memotong selera makan semua orang.
Dia langsung tak percaya dengan kata-kata Hadif akan penerimaan Puan Rozi itu. Bukan dia kata Hadif menipu tapi dia rasa Puan Rozi hanya berlakon.
Siapa tak kenal Puan Rozi yang penuh dengan drama?
“Yalah, ibu. Bukan ada berita kematian pun yang sampai tak boleh tunggu makan.” Sokong Aisya.
Hazwan angguk,
Puan Rozi terpaksa mengalah. Tapi sebaik saja dia habis makan, dia terus bercakap perkara yang dia mahukan tanpa menunggu ahli lain selesai.
“Hadif dan Shaza sudah menikah tanpa pengetahuan kita.” Kata Puan Rozi.
Dia meandang setiap ahli keluarganya. Semua tiada bereaksi. Terus makan tanpa menghiraukan kata-katanya. Bagaikan tidak mendengar apa yang diperkatakannya. Tenang saja mendengar khabar yang diberikan kecuali menantunya, Haya. Tapi cuma riak tanpa sepatah perkataan pun yang keluar.
“Dengar tak ni? Ibu kata, Hadif dan Shaza dah menikah diluar pengetahuan kita. Adik kamu ni dah membelakangkan kita semua.” Tegas Puan Rozi sekali lagi. Suaranya sedikit kuat.
“Ibunya, kami semua tengah makan. Kejap lagi kita bincang benda ni.” Balas Encik Hairi bila anak-anaknya diam tidak berkutik.
Puan Rozi terus bangun dan membawa pinggannya ke dapur. Selesai membasuh pinggannya, dia ke ruang tamu dan menunggu ahli keluarganya sudah makan. Sempat juga dia bermain dengan cucunya yang baru terjaga dari tidur.
Bermula dengan suaminya, kemudian diikuti Khalil dan Hazwan duduk diruang tamu bersamanya. Sempat dia mengintai ke ruangan makan. Shaza, Aisya dan Haya sedang mengemas meja makan. Hadif dan anak-anak Aisya masuk ke ruang tamu.
“Ibu intai Shaza ke?” Tanya Hadif.
Puan Rozi diam.
“Jangan risau, ibu. Shaza tu rajin. Tengok rumah Hadif. Kemas saja, kan? Dia lah yang kemas. Ibu tak tengok rumah dia. Sangat kemas dan bersih.” Sambung Hadif memuji isterinya.
“Kenapa ibu rasa semua orang membelakangi ibu?” Tanya Puan Rozi.
“Bila?” Tanya Hazwan.
“Kenapa tak seorang pun marah atau bertanyakan tentang pernikahan Hadif dan Shaza yang dibuat tanpa pengetahuan kita? Macam semua orang dah tahu.” Puan Rozi membetulkan ayat tanyanya supaya lebih jelas.
Semua yang ada diruang tamu diam.
Hazwan pandang Khalil. Dia sendiri mengetahui cerita ini dari Aisya dan Khalil. Bila ditanya pada Hadif, barulah Hadif mengesahkannya.
Khalil pula memandang Encik Hairi. Encik Hairi menyampaikan perkhabaran ini pada Aisya. Aisya bercerita dengannya dan dia pula rasa dia tak perlu menjawab soalan Puan Rozi itu. Lebih baik diserahkan kepada bapa mertuanya atau mungkin Hadif sendiri perlu menjawab.
“Semua pun baru tahu.” Jawab Hadif.
“Kenapa ibu orang yang terakhir tahu?” Tanya Puan Rozi jelas tak puas hati.
“Bukan ibu yang terakhir. Tapi Haya.” Seloroh Hazwan.
Dia diam bila pandangan tajam Puan Rozi terarah kepadanya. Namun, itu memang hakikatnya. Dia sendiri yang lupa nak beritahu Haya tentang perkhabaran ini. Lagipun, dia tak rasa benda ni perkara yang penting untuk dikongsikan kepada Haya. Haya sendiri pun tak tahu yang Hadif dan Shaza bersekedudukan selama ini. Tak rasa perlu untuk bercerita pada Haya aib yang dilakukan adiknya sendiri.
“Mak dara semua tak habis lagi ke mengemas?” Jerit Puan Rozi bila terdengar gelak ketawa anak menantunya di ruangan dapur.
Mereka bertiga yang seronok berborak tadi segera berjalan ke ruang tamu setelah mendengar amukan Puan Rozi. Mereka mengambil tempat disisi suami sendiri.
“Pernikahan Hadif dan Shaza tak sah.” Kata Puan Rozi sebaik saja anak menantunya duduk.
“Kenapa pula tak sah?” Tanya Encik Hairi.
“Anak-anak mama, pergi masuk bilik. Sekarang.” Arah Aisya.
Semua anak-anaknya terus berlalu dari situ. Haya juga turut sama mengikut anak-anak buahnya naik ke atas bila melihat anaknya sudah tidur. Lagipun, Hazwan yang arahkan dia pergi.
Puan Rozi diam. Kegelisahan terpancar di wajahnya.
“Ibu tak restu.” Jawabnya.
“Restu tak ada dalam syarat sah nikah.” Balas Encik Hairi.
Dahinya berkerut dengan jawapan balas dari isterinya. Anak-anaknya semua diam. Entahkan tergamam atau pun takut mahu melawan kata dengan isterinya.
“Boleh tak terima saja apa yang ibu cakap?” Puan Rozi mula berang.
“Mesti kena ada sebab yang munasabah.” Balas Encik Hairi tenang.
“Kenapa semua nak bela anak haram ni?” Suara Puan Rozi makin tinggi.
“Awak ni dah kenapa?” Encik Hairi sama berang bila dikatakan Shaza anak haram.
Hakikatnya, Shaza tetap anaknya. Membela maruah dan diri Shaza adalah tanggungjawabnya sebagai ayah yang tak diikhtiraf. Rasa kesal mula menjalar dihatinya.
“Yang awak nak tinggi suara sebab budak haram ni kenapa?” Puan Rozi makin naik gila.
“Awak tu yang kenapa? Tiba-tiba naik angin. Saya ni bertanya, yang awak melenting kenapa?” Suara Encik Hairi sedikit kendur.
“Ibu nak Hadif ceraikan Shaza. Jangan jumpa dia lagi. Lagipun, korang berdua memang tak boleh berkahwin sampai bila-bila pun. Faham?” Arah Puan Rozi dan terus bangun dan berlalu dari ruang tamu itu.
“Kenapa, ibu? Sebab saya anak Hazita?” Shaza bangun dan bersuara.
Puan Rozi terhenti langkahnya. Dia memalingkan tubuhnya menghadap Shaza. Ketakutan makin menjalar ditubuhnya.
“Ibu takut kalau rahsia ibu terbongkar?” Tanya Shaza.
“Kau merepek apa ni, anak haram?” Jerit Puan Rozi.
“Ibu tanya diri ibu. Saya yang merepek atau ibu yang cuba sembunyikan sesuatu?” Balas Shaza.
“Perempuan macam ni Hadif nak? Kurang ajar. Ceraikan dia sekarang. Kalau tidak, Hadif anak derhaka.” Kata Puan Rozi menembak Hadif pula.
“Ibunya.” Marah Encik Hairi.
“Tak apa. Tak payah cerai. Pernikahan korang pun memang tak sah. Mana boleh adik-beradik berkahwin.” Kata Puan Rozi lagi.
Dia ketawa yang jelas dibuat-buat. Menelan satu kepedihan yang sudah lama dia pendam sendirian. Air matanya mengalir.
“Hadif pun tak boleh nak bersama Shaza. Kalau tidak, jadi sumbang mahram.” Sambung Puan Rozi.
“Shaza adik korang. Anak haram ayah korang.” Kata Puan Rozi.
Dia terduduk.
“Anak haram Hazita dan Hairi.” Kata Puan Rozi lagi.
Air matanya makin laju mengalir.
“Awak tahu?” Terkejut Encik Hairi.
“Malam tu awak keluar rumah dalam keadaan sangat marah. Saya ajak Huda ikut awak. Saya nak tangkap awak dengan perempuan lain. Saya nak cari bukti yang saya betul. Saya nak ikut awak masuk ke dalam tempat tu tapi saya tak boleh. Saya risaukan kandungan saya juga waktu tu. Jadi saya tunggu diluar dan suruh Huda masuk ke dalam mencari awak. Tapi sebelum Huda keluar, Lily dan boyfriend dia dah seret awak ke bilik hotel. Saya ikut mereka. Saya menyorok di satu sudut. Bila mereka dah keluar, saya pergi ke bilik awak. Mujur pintu tak kunci. Kebetulan saya nampak pintu sebelah terbuka dan Ita ada di situ. Dia pun dalam keadaan mabuk.” Puan Rozi berhenti disitu. Air matanya mencurah mengalir.
“Saya tak tahu apa yang saya fikir masa tu. Saya cuma nak cari bukti kecurangan awak. Jadi saya angkat Ita baring disebelah awak. Kemudian saya keluar mencari Huda. Saya nak Huda jadi saksi kecurangan awak. Tapi bila kami naik, kami bukan sekadar nampak awak curang tapi awak sedang berzina dengan Ita. Saya tak sanggup tengok. Jadi saya tinggalkan awak dengan rasa bersalah dalam hati. Puas Huda pujuk saya malam tu.” Sambung Puan Rozi bersama kekesalan.
“Saya minta Huda berjanji untuk tidak menceritakan apa yang terjadi pada sesiapa pun. Tapi Huda mungkir janji. Bila dia dapat tahu Ita mengandung, dia dah tak senang duduk. Masa tu, saya boleh kawal dia dengan ugutan akan bagitahu keluarganya yang dia masuk ke kelab malam. Lama bertahan. Tapi bila saja parents dia meninggal dunia, dia terus pergi jumpa Ita dan menceritakan tentang hal malam tu. Tapi mujur Ita meninggal dunia dulu sebelum sempat bagitahu awak. Huda pun sama.” Sambung Puan Rozi lagi. Air matanya terus mengalir.
“Saya ingatkan rahsia ini habis bila mereka berdua meninggal tapi tak tahu pula anak haram ini tahu tentang rahsia ni.” Suara Puan Rozi sudah meninggi.
Dia jadi marah bila Shaza tahu rahsianya. Dia kenal Shaza sejak kecil lagi. Selepas Ita meninggal, Huda selalu bawanya melawat Shaza di rumah anak-anak yatim. Wajah Shaza yang tak banyak berubah dari kecil sampai kini, buatkan dia senang ingat wajah itu. Kerana itu juga dia tidak benarkan Shaza dan Hadif berkahwin. Dia tahu mereka berdua adik-beradik. Tapi Hadif degil dan dia tak mampu untuk pisahkan mereka berdua.
“Awak kenal Hazita?” Tanya Encik Hairi dan mula melangkah mendekati isterinya.
“Ita kawan baik saya. Saya, Ita dan Huda adalah sahabat baik. Kami berkawan dari kecil.” Akui Puan Rozi.
“Saya tak pernah nampak awak keluar dengan Ita ataupun Ita datang jumpa awak.” Kata Encik Hairi.
“Awak sendiri tahu macam mana kehidupan Ita. Bila saja dia tamat pengajian, dia kerja dengan ayahnya. Dia sangat workaholic. Siang dia bekerja. Malam dia enjoy. Pergi kelab malam. Minum arak. Bila dia mengandung, ayah dia halau dia. Dia lari pergi duduk dengan abang dia di London. Tapi saat dia hampir bersalin, ayah dia dapat tahu dan ugut abang dia. Demi tak nak menyusahkan abang dia, dia balik semula ke Malaysia dan bina hidup dia sendiri. Menjaga anak dia sendirian.” Cerita Puan Rozi.
“Sebab ibu sahabat baik ibu saya, dia sanggup biarkan saja lelaki yang telah merosakkan hidup dia. Bukan saja buat dia mengandung tapi juga rosakkan hubungan kekeluargaan yang penuh dengan kasih sayang.” Shaza bercerita.
Air mata Puan Rozi terus mengalir dengan laju mendengar kata-kata Shaza itu. Dia tahu semua salah itu adalah salahnya.  Kalau dia tak tarik Hazita baring sebelah Encik Hairi, tentu saja perkara ini tidak akan terjadi. Dan kalau lah dia tidak mencurigai suaminya malam itu, tentu suaminya tidak keluar dan minum hingga mabuk. Semuanya salahnya.
Encik Hairi diam tak berkutik. Otaknya terus memproses input yang baru dia dapat dari isterinya. Isteri yang disanjungnya dan diberikan seluruh kepercayaan sanggup mengkhianatinya. Tidak disangka wanita yang dipilih ibu bapanya kerana peribadi yang lembut dan mulia itu sanggup buat perkara begitu hanya kerana cemburunya.
Hadif, Hazwan, Aisya dan Khalil hanya diam. Mereka juga baru tahu perkara itu. Sedikit pun tidak menyangka Puan Rozi adalah punca ayahnya punya anak luar nikah.
Shaza pula. Tenang menerima semuanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan