Ain memandang wajah
yang sedang nyenyak tidur disebelahnya. Nyenyak dan polos sekali. Wajah itu
diusapnya. Dari pipi ke dagu. Dan terus ke bibir. Lama jarinya bermain-main
dengan bibir itu.
Ain bergerak merapatkan
dirinya dengan Amran. Bibir yang tadi hanya menjadi usapan jarinya kini sudah
dipagutnya. Lama dia mencium bibir Amran. Dan makin lama bila ada tindakbalas
dari Amran.
Ciuman tanda cintanya
itu telah merebak ke sentuhan demi sentuhan hangat sehingga terjadinya hubungan
halal suami isteri. Perkara yang selama ini menjadi perkara yang mengoyahkan
rumahtangga mereka kini telah terjadi tanpa sebarang penolakan dan tanpa
sebarang gangguan.
“Terima kasih, sayang.”
Ucap Amran.
“Maafkan, Ain.”
“Kenapa?”
“For everything.”
“But why?”
Ain duduk dan angkat
bahu.
“Kenapa ni, Ain?” Tanya
Amran. Bahu Ain dipeluknya.
“Hari ni baru Ain boleh
jalankan tugas Ain sebagai isteri Am. After all had happen. Semalam masa dalam
perjalanan ke sini, banyak yang Ain fikirkan. And I was wondering it is either
Ain yang tak pertahankan Am atau Ain tak bersungguh-sungguh nak selamatkan
rumahtangga kita. Then I realize. Kalaulah Ain bersungguh-sungguh pertahankan
Am, pasti Am tak kena paksa nikah dengan Azlia. And kalau Ain
bersungguh-sungguh pertahankan Am, rumahtangga kita tak akan jadi macam ni.”
Kata Ain.
Amran mencium bahu Ain.
“Ain, it is happen for
reason. Kalau tak sebab perkara tu terjadi, Ain mungkin masih dalam ketakutan.
Dan kalau benda ni tak terjadi, mungkin sampai sekarang Am kempunan.” Gurau
Amran.
“Am, ini bukan masa nak
bergurau. Am sekarang ada 2 tanggungjawab yang perlu dipikul. Bukan sekadar Ain
seorang tapi juga Azlia. Kebahagiaan Am sekarang adalah bila Am dapat
membahagikan semuanya sama adil dan sama rata.” Kata Ain.
Amran menarik Ain untuk
duduk menghadapnya.
“Nothing gonna be
change.”
“But Azlia is your wife
too.”
“Isteri atas kertas.”
“Am, she still your
wife.”
“Am hanya ada seorang
isteri yang Am sangat cintai. That all.”
“Am, macam mana pun
yang Am rasa. Itu tak mengubah hakikat yang Am adalah suami Azlia juga. Tak
mengubah tanggungjawab dan amanah yang Am tanggung.” Kata Ain sambil mengusap
wajah Amran.
“Tapi cinta, hati dan
jasad Am hanya untuk Ain seorang.”
“Tapi Am tetap kena
adil. Ain tak mahu Am disoal dan menidakkan Am untuk masuk ke syurga. Ain nak
hidup di dalam syurga bersama degan Am.” Kata Ain lebih untuk dirinya.
Peringatan untuk dirinya yang perlu berkongsi Amran dengan kawan baiknya
sendiri, Azlia.
Selama ini, Ain rasa
dia tabah dan boleh menerima Azlia sebagai madunya. Dia fikir semuanya akan
berjalan dengan lancar. Tapi bila semua ini terjadi, berat pula dia mahu
menerima. Hatinya rasa terluka dan berdarah.
“Am melarikan diri kepada
Ain pada malam pertama korang pun sudah pasti melukakan hati Azlia. Kalau Am
abaikan dia, makin dalam rasa terlukanya. Am, suami yang baik adalah suami yang
menjaga hati isterinya. Suami yang berjaya adalah suami yang boleh membuatkan
hati isteri-isterinya tenang dan bahagia. Am jalankanlah tanggungjawab Am
sebagai suami Azlia juga. Belajar untuk mencintainya dan ajarkan dia untuk
mencintai Am.” Pujuk Ain.
“Am tak nak. Am hanya mahukan
Ain. Pernikahan itu hanya satu kesilapan dan Am sudah cuba menghalang. Tapi
Daddy dan Azlia yang berkeras. Am dah kata yang Am tak akan mampu untuk
mencintai dua orang wanita dalam satu masa. Dan cinta Am hanya pada Ain
walaupun Ain tolak Am macam mana sekalipun.
Am tetap mencintai Ain. Hanya Ain ada dalam hati Am dan sudah biasa ada
disitu sejak 20 tahun yang lalu.” Tegas Am.
Ain meraup wajah itu.
Dia putuskan untuk tidak lagi memujuk Amran. Dia tahu, saat dan tika ini.
Pujukannya tidak akan mendatangkan hasil. Amran memang seorang yang tegas dalam
semua keputusan yang dia sudah buat.
Dia sudah putuskan yang
akan mencintai Ain seorang. Maka itulah keputusannya dan itulah tindakannya.
Tak akan berpaling atau menukarnya lagi.
Itu sememangnya gaya
Amran.
Dan sebagai wanita yang
dicintai suaminya sepenuh hati, Ain rasa sangat bahagia. Hati yang terluka tadi
seperti telah dijahit dan parutnya sudah hilang.
Namun, dia juga sedar.
Menjadi tugasnya selepas ini untuk sentiasa mengingatkan Amran tentang tanggungjawabnya
kepada Azlia. Dia tak mahu Amran mengabaikan tanggungjawab itu dan dia tak mahu
Amran dicela oleh Allah hanya kerana ketegasannya dalam membuat keputusan.
“Jom, mandi. Dah pukul
5.15. boleh siap-siap untuk subuh. Kalau sempat boleh tahajjud.” Pujuk Ain.
Amran senyum dan bangun
mengikut Ain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan