"Dude, Nisa
memang powerlah weh. Dia sepak Mia sampai lebam pipinya. Nasib baik tak terabur
giginya. Memang terbaik. Cakap terima kasih pada Nisa. Atleast aku tahu
seminggu aku bebas dari Mia. Mia tu merimaskan. Suka control aku. Tapi ni
selagi lebam dia tak surut, mesti dia tak nak keluar rumah. Tak nak jumpa aku.
Makanya aku sangat bebas sekarang. Kau ingat pesan aku tadi, kalau kau dah tak nak
dekat Nisa tu, pas dekat aku. Sedap peluk pompuan berisi ni. Mesti aku tak
lepas peluk dia siang malam. Pandai Mami kau pilih. Suruh Mami kau pilih untuk
aku sama. Bagus juga jadi anak dengar cakap ni. Mami suruh pikat, kau pikat.
Mami suruh kahwin, kau kahwin. Bagus. Bagus. Weh, kau dengar tak ni?"
Kata-kata
Lukman itu masih terngia-ngia ditelinga aku. Kalau dia depan aku, sudah aku
ganyam dia. Otak tu kuning sangat. Banyak lemak. Kolestrol. Elok dibuang. Detox
semua kekotoran dalam otak dia tu. Sakit hati kita.
Itu
belum lagi dengan aweks dia si Mia gediks tu. masuk saja bilik air perli aku.
Kata aku nak menggoda teman lelaki dia. Tolonglah, ‘mangkuk’ tu. Aku tengok
Lukman pun tak ada selera. Muka gaya kasanova terlatih. Geli lah. Iwan aku
handsome lagi bergaya dari Lukman kau tu.
Masa
tu aku diam saja. Makin aku diam, makin banyak tuduhan dia lemparkan pada aku.
Kebetulan masa tu masuk dua orang pelanggan restoran itu, makanya makin kuat
dan pedas dia menghina aku. Paling aku tak tahan dia kata
“You
ingat Iwan tu suka dengan you? Sedarlah diri, budak gemuk. Kau dengan dia
langsung tak sesuai. Kau tak rasa ke budak gemuk yang kau tu sedang memalukan
Iwan? Dia tu orang meniaga. Jumpa orang sana sini. Terpaksa bawa kau. Kau ingat
dia tak malu ke? Nak kena kenalkan kau PA merangkap girlfriend. Kau tak perasan
ke air muka Iwan masa dia kenalkan kau tadi? Selama ni kau tak perasan ke yang
kau sedang buat Iwan malu dengan kehadiran kau?” Suara Mia memerli itu aku
tahan saja.
Aku
sabarkan diri.
“Kau
memang dasar gemuk tak sedar diri kan?” Tengking Mia.
Dan
memang lepas tu aku tampar pipi dia sekuat hati aku. Melepaskan geram yang aku
tahan sejak mula dia buka mulut didalam tandas ini. Lepas tu terus aku keluar
dan ajak Iwan balik. Balik pejabat, Lukman pula buat kita sakit hati dengan
ayat-ayatnya itu.
Arhhh...!!!
Stress!!!!
Tak
sukalah orang kata kita amcam tu. Dorang ingat kita ni tak ada perasaan ke?
Suka hati nak bercakap. Suka hati nak mengutuk dan menghina kita.
Kita
benci gila dengan dia orang ni!!!
Suara
Guy Sebastian menyanyikan lagu ‘Angle Brought Me Here’ dah keluar dari telefon
bimbitku menandakan yang sekarang sudah jam 5 pagi. Aku capai. Aku matikan
alarm ditelefon bimbitku. Aku kemudian membuat rutin tugasku sebagai PA Iwan.
Telefon dia setiap pagi jam 5.
“Assalamualaikum,
abang Iwan. Dah pukul 5. Bangunlah.” Lemah saja suaraku.
“Waalaikumsalam.
Nisa okey ke ni? Suara lain saja. Macam bukan baru bangun tidur.” Tanyanya
dalam suara serak seksi paginya.
“Tak
tidur pun. Hari ni tak payah ambil Nisa. Nisa pergi sendiri. Nisa sarapan dekat
rumah. Nisa lewat sikit masuk pejabat.” Beritahuku.
“Nisa
okey?” Tanyanya lagi penuh dengan prihatin.
“Nisa
okey.” Jawabku dan terus mematikan telefon.
Aku
rasa nak menangis. Mana mungkin aku biar dia dengar suara aku nak menangis.
Entah kenapa malam tadi aku fikir semua balik yang terjadi. Dari apa yang Mia
cakap sehingga setiap apa yang telah Lukman katakan.
Mami
pilih aku untuk dia? Bukan dia yang pilih aku? Maknanya selama ini yang dia
kata dia nak mengorat aku tu sebab Mami suruh dia bukan sebab dia dah jatuh
hati pada aku?
Ayat
itu sentiasa bermain diminda aku malam tadi. Dan beberapa kali juga aku
ketawakan diri sendiri kerana terasa aku bodoh. Bodoh kerana membuang semua
pegangan aku yang selama ini aku pegang kemas.
“Orang
gemuk tak layak untuk cinta. Aku pilih untuk terus gemuk dan aku pilih untuk
hidup tanpa cinta.”
Aku
menyebut semula ayat yang aku pegang selama berkali-kali. Ayat ini selalu aku
ingat dulu ni sebelum berjumpa dan jatuh cinta pada Iwan. Dan makin aku sebut
ayat itu, makin deras air mata aku mengalir.
Bodoh
betul. Macam mana aku boleh lupa. Macam mana aku boleh ingkar janji ni? Aku
sudah janji untuk tidak terpedaya dengan cinta. Orang lelaki hanya suka
permainkan insan seperti aku. Saja suka-suka. Lupa ke pesan paksu? Paksu kan
dah kata
"Tak
ada lelaki yang suka perempuan gemuk. Kalau dia kata dia suka, hati-hati. Itu
maknanya dia nak sedap"
Lupa
ke? Oh, terima kasih pada Lukman kerana ingatkan aku apa yang Paksu pesan dulu.
Bukti kata-kata Paksu tu betul adalah Lukman. Kan dia cakap, aku ni sedap buat
peluk.
Dan
bukti pada prinsip aku itu betul adalah Iwan. Dia bukan pilih aku tapi terpaksa
pilih sebab Mami. Aku kenal Iwan yang tak akan ingkar kata-kata Mami.
Sampai
hati Iwan main-mainkan hati dan perasaan aku. Kata nak mengorat aku tapi
rupa-rupanya Mami yang suruh. Kata rindu padaku padahal hanya mainan kata agar
hasrat Mami dapat dijayakan. Semua ini rupa-rupanya auta. Aku saja yang tak
sedar diri.
Tak,
bukan salah Iwan. Aku yang perasan sendiri. Bila dia cakap dia rindu aku, aku
yang terperasan sendiri. Dengan kawan pun kita boleh rindu, kan? Mungkin selama
ini Iwan anggap aku kawan atau adik dia saja. Aku yang menyatakan rasa sayang
dan cintaku aku padanya. Selama ini mana pernah dia cakap dia sayangkan aku
apatah lagi cintakan aku. Aku saja yang perasan sendiri.
Malunya...
Mujur
selama ini kami kurang bercakap tentang hati dan perasaan. Perbualan kami lebih
pada pengetahuan am dan isu semasa. Selama beberapa bulan sejak aku jadi PA
merangkap kekasihnya ini, tidak sekali pun kami bercakap tentang perasaan
dengan serius. Mujurlah... Syukur, Ya Allah. Kalau tak mesti aku malu gila.
“Nisa,
Iwan dah datang ni.” Jerit mama dari bawah.
Dia
datang? Kan aku dah pesan supaya tak datang. Aku pergi sendiri. Aku nak
biasakan diri tanpa dia. Sudah lebih setengah aku biasa dab sentiasa ada dengan
dia. Ke mana pun dia, disitulah aku. Kalau pergi outstation atau oversea pun,
aku tetap bersamanya. Jadi, aku dah putuskan untuk kurangkan waktu bersamanya.
Tapi dia pula datang.
“Kenapa
abang Iwan datang? Kan Nisa pesan dah. Nisa pergi sendiri.” Marahku dari atas.
Dia
mendongakkan kepalanya ke atas.
“Nisa
tak siap lagi. Tak mandi pun lagi.” Kataku lagi. Dia hanya pandang aku.
“Abang
risaukan Nisa. Tu yang datang awal.” Katanya setelah lama memerhatiku.
Aku
pandang jam yang tergantung didinding. Baru pukul 7.15am. Awalnya. Buat apa
datang awal macam ni. Risau? Eyh Nisa. Kawan pun boleh risau tau. Abang pun
selalu risaukan adiknya. Jangan nak perasan yang dia risaukan kau sebagai
kekasih.
“Kejap,
Nisa siap.” Terus aku masuk ke bilik selepas menyuruhnya menungguku seketika.
Aku
ke bilik air, membuka shower dan menghemburkan air mataku. Sakitnya ya Allah
mengenangkan dia yang tidak ada apa-apa perasaan padaku. Sakitnya bila tahu
hakikat yang diri ini bodoh kerana memperbodohkan diri sendiri. Sakitnya, bila
dia masih risaukan aku walaupun tidak punya apa-apa perasaan padaku.
Ya
Allah...
‘Iwan
dekat bawah, Nisa. Nisa, tahan diri. Kau okey saja. Kau kawan dia. Dia bos kau.
Sebagai PA yang berdedikasi, kau kena tabah. Kau kena kuat. Bertahanlah wahai
Cik Nisa.’ Aku cuba menenangkan diriku sendiri.
Cepat
saja aku bersihkan badan. Aku angkat wuduk. Walaupun tak boleh solat, wuduk
kena jaga agar aku terhindar dari semua bisikan syaitan. Insya Allah... Amin.
Selesai
berpakaian, aku pandang ke cermin. Ya Allah, cantikkan akhlakku seperti mana
kau cantikkan kejadianku. Allah, tolong pinjamkan aku kekuatan dan ketabahan
serta kesabarn. Hindarkan aku dari menangis dihadapannya. Biarlah aku jadi
normal dihadapannya. Jangan engkau gerakkan hatinya untuk mengesan kesedihan
dan kesakitan yang aku alami ini. Amin...
Aku
keluar bilik dan turun ke bawah. Aku pergi mencari mama dan abah yang berada
ditingkat bawah tanah. Selalunya mereka akan ada didapur untuk sarapan. Setelah
bersalaman dengan mereka. Aku naik semula ke atas.
“Jom.”
Ajakku bersama senyuman yang aku maniskan.
Payah
untuk melakarkan senyuman itu tapi aku gagahkan juga untuk tersenyum supaya dia
tak risaukan aku. Biarlah dia sentiasa bergembira dengan aku selagi aku mampu
untuk buat dia tersenyum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan