Aku
sedang duduk melepak di kerusi sambil mendengar bunyi deruman air terjun. Nisa
yang bersungguh minta aku berhenti disini. Dia sibuk dengan kameranya manakala
aku pula dibiarkan keseorangan disini.
Aku
lihat dia sudah ada diatas. Walaupun gemuk tapi sangat aktif dan lasak. Punya hati
yang cekal dan kuat untuk memanjat air terjun tu. Berdiri dibatuan. Mengambil
gambar air terjun Lata Iskandar. Asyik betul. Aku yang tengok pun terasa
gerunnya. Ngilu.
“Iwan,
singgah sini juga? Nisa mana?” Farina datang menegurku.
Aku
pandang kearahnya yang sedang berjalan mendekatiku. Aku memuncungkan bibirku
kearah Nisa yang masih ralat dengan kameranya diatas sana.
Farina ketawa.
“Dia
memang gila photography. Seronok bercerita dengan dia tentang photography. Even
dia amature tapi dia sangat tau apa yang dia nak dalam setiap gambar dia. I'm
so impress dengan pengetahuan dia. Such a brilliant girls.” Komen Farina dan
duduk disebelahku tanpa dipelawa.
Memang
diorang berdua ni boleh duduk semeja. Semalam semasa di ladang strawbery,
ladang lavender dan time tunnel, syok saja mereka berdua bertukar-tukar
pendapat tentang gambar yang mereka ambil. Malam masa makan, tak habis-habis
cerita pasal fotografi. Aku dah terasa macam tak wujud pula bila diabaikan
begitu.
Itu
belum masa di The Mossy Forest pagi tadi. Betul-betul aku rasa terabai.
Langsung mereka tak pedulikan aku. Sibuk dengan kamera mereka. Aku cakap apa
pun, diorang buat tak tahu. Masing-masing sibuk dengan hasil kerja yang diorang
nak.
“Hey,
sebelum I lupa lagi. Nah.” Kata Farina dan menyerahkan sebiji thumb drive
kepadaku.
Aku
ambil dan tunjukkan kembali menatang itu kepadanya semula.
Mengoncang-goncangkan thumb drive itu tanda bertanya untuk apa benda ini
diserahkan kepadaku.
“Saja
nak bagi. Nanti you tengoklah.” Katanya.
Aku
jongket bahu dan menyimpan thumb drive itu kedalam poket seluarku. Kami
kemudian sama-sama memandang kearah Nisa. Nisa yang perasan kehadiran Farina
melambai-lambai kearah kami. Dia mula bergerak untuk turun kebawah.
"You
tau tak yang you ni sangat beruntung sebab dapat bersama dengan perempuan yang
cintai you sepenuh hati.” Kata Farina dan berhenti seketika disitu.
Dia
memandang aku. aku buat muka tak tahu saja. Aku alihkan pandanganku pada Nisa.
Nisa sedang menurun tangga.
“Asalnya,
I nak juga pikat you. Yalah, you handsome, tinggi and loving. Perempuan mana
tak nak. I bet kalau semua perempuan akan sangat jealous pada Nisa kerana dapat
miliki you.” Katanya lagi. Dia berhenti.
Aku
pandangnya.
“Tapi
bila I tengok cara you pandang dia dan dia pandang you. I realize that I have
no chance. I tak mungkin boleh ada diantara both of you. She means a lot to
you. Like you will be crazy if you lost her.” Sambung Farina.
Aku
senyum.
Aku
tak nak komen apa-apa. Jangan kata Farina yang baru kenal aku. Keluarga kami
juga katakan perkara yang sama. Kawan-kawan malahan pekerja aku juga kata
benda yang sama. Jadi, tak pelik kalau
Farina akan cakap benda yang sama juga.
“Abang
Iwan, tolong ambil gambar kami.” Pinta Nisa yang baru turun dari tempat dia
bertapa tadi.
Dia
menyerahkan kameranya kepadaku. Mengarahkan aku untuk berdiri dimana dan gambar
yang bagaimana dia inginkan. Berbagai gaya dan aksi mereka berdua buat berlatar
belakangkan kawasan sekitar Lata Iskandar itu. Sehinggakan deretan kedai
menjual cenderamata dan kedai jual goreng pisang itu pun boleh menjadi latar
gambar mereka berdua.
Penat
aku nak layan. Semalam, aku tawar diri nak ambil gambar dia, langsung tak nak.
Asyik berdua saja dengan kameranya sehingga meninggalkan aku sentiasa berdua
dengan Farina. Terpaksalah aku jadi model Farina dan mendengar semua celotehnya
yang bukan dalam minat aku. Hari ni, sibuk bergambar sakan. Arah aku ini dan
itu.
“Meh,
kamera Nisa tu. I ambilkan gambar korang berdua.” Farina menghulurkan tangannya
meminta kamera Nisa diserahkan kepadanya. Terus saja aku berikan kepadanya dan
berdiri disebelah Nisa.
Selama
kami berdua disini, tak ada pun gambar aku dan Nisa. Bukan, sejak aku dan Nisa
naik ke Cameron Highland ni. Langsung tak ada. Tak teringin pun nak ambil
gambar berdua. Ini bukan sebab apa pun. Cuma aku dah penat jadi tukang ambil
gambar. Ini kira reward untuk
kebaikan aku ambil gambar mereka berdua.
“Kak Fina, ambil
gambar bawah jambatanlah.” Cadang Nisa.
“Ada ke bawah
jambatan. Tak romantik langsung Nisa ni.” Bantahku.
“Apehal nak
romantik dengan abang Iwan. Tak kuasa.” Balasnya.
Aku
senyum saja. Walaupun aku membantah tapi tetap mengikutnya berjalan ke bawah
jambatan. Bukan apa, risau dia jatuh ke dalam air. Dengan badan dia tu, rasanya
tak stabil. Tapi aku tengok dia selamba saja. Aku yang takut. Takut dia jatuh.
Bila
kami sudah sampai dibawah jambatan, aku meletakkan tanganku diatas kepalanya
seakan memayunginya dari terkena air. Dia menepis dan suruh aku pandang kamera.
Geram pula hati kita. Bila saja Farina bersedia untuk menekan butang capture,
aku meletakkan tanganku dipinggangnya.
Dengan
garangnya dia menepis dan memarahi aku. Dia tolak aku sedikit sebelum gerak
kearah Farina. Sempat juga dia menjeling aku. Jelingan maut itu aku balas
dengan senyuman gaya nak goda. Biar Farina nampak dan makin terpedaya dengan
lakonan mantap aku. Aku mendekati mereka
“Meh,
Kak Fina. Nisa ambil gambar akak dengan abang Iwan.” Katanya dan
menghulurkan tangannya untuk mengambil kameranya kembali.
“Tak nak lah.”
Tolak Farina.
“Alah,
buat kenangan. Nanti Nisa email kat akak. Name card akak tu ada kan email
adress? Nanti akak buatlah penilaian. Kot bagus hasilnya, akak ambil saya kerja
dengan akak. Bosanlah kerja dengan abang Iwan ni. Asyik kena ikut dia saja.”
Rungut Nisa.
“Farina,
I won't allow it to be happend. She's mine. Dia kena ada sentiasa dengan I.
Nanti I rindu macam mana?” Kataku.
Farina
geleng dan ketawa dengan telatah kami.
“She
so talented tau. Sayang kalau perap dia dibawah ketiak you.” Kata Farina bila
ketawanya reda.
“Tak
apa, biar dia upload semua dalam blog dia. Ramai tau followers dia. Nanti you
follow lah blog dia.” Balasku semula.
“Oh, yeke? Tak
cerita pun semalam.” Farina memandang Nisa.
“Seganlah.” Balas
Nisa dengan wajah malu-malu kucingnya.
“Dia
mana pernah bagitau orang. I pun tau kebetulan saja. Kalau tak, haram tak dibaginya
kita ni tengok.” Kataku sambil mencebikkan sedikit bibirku.
“Sibuk
saja abang Iwan ni. Dah, jomlah balik. Kak Fina, balik dulu. Tapi sebelum tu,
satu gambar korang berdua.” Dan dia terus snap gambar aku dan Farina.
“Apa
main candid ni. Cepat ambil gambar abang dengan Farina posing.” Arahku.
Aku
dah bersedia untuk posing tapi Nisa terus berpaling. Farina dan aku saling
berpandang. Aku angkat bahu. Dia juga.
“Kita selfie
sajalah.” Kataku dan terus mengeluarkan telefon bimbit dari poketku.
“Jangan
lupa tengok isi dalam thumb drive yang I bagi you tu.” Pesan Farina sebelum
kami berpisah.
Aku
hanya angguk dan masuk ke kereta. Nisa melambaikan tangannya sebelum masuk ke
dalam kereta. Farina melambai kami sehingga kami hilang dari pandangan matanya.
“Cantikkan
kak Fina tu. Sepadan dengan abang Iwan.” Katanya setelah lama kami membisu.
“Cemburu
ke?” Usikku.
Dia
geleng. Nampak tak jujur pada jawapannya. Geleng pun tak bersungguh. Mata pun
tak berkomunikasi dengan aku untuk menunjukkan kesungguhannya menafikan.
“Tak
payah nak cemburu, abang Iwan ni setia orangnya. Hanya untuk Nisa.” Balasku.
Manis sekali ayat yang aku tuturkan. Ini kalau tak tergoda juga, tak tahulah.
“Tak
adalah cemburu apa. Cuma kalau abang Iwan dengan kak Fina, barulah sama cantik
dan sama padan. Bagai pinang dibelah dua.” Suaranya sudah mula kendur.
Aku senyum.
Cemburulah
tu. Sabar ye sayang. Tak lama saja lagi untuk kita tamatkan permainan ini.
Lepas ni kau dah tak payah nak cemburu lagi sebab aku akan buang kau terus dari
hidup aku. Masa tu kau dah benci aku.
Hahaha... Aku
ketawa didalam hati...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan