Sudah
seminggu perkara itu berlalu, makanya sudah seminggu aku tahan hati ini supaya
tidak menangis dan buat seperti tiada apa yang berlaku. Payah dan pedih.
Korang
mesti hairan, kan? kenapa aku tetap bertahan dengan dia sampai sekarang, kan?
Meh
sini rapat-rapat. Aku nak cerita.
Sudah
setahun aku dengannya. Setiap hari berjumpa. Dari pagi sampai ke petang.
Kadang-kadang sampai ke malam. Ke mana saja yang aku pergi, dia mesti ada. Tak
pernah berenggang.
Kalau
aku ikutkan hati aku yang sedang sakit ni, aku memang dah tinggalkan dia. Tapi
aku fikirkan diri aku sendiri. Macam mana keadaan aku jika aku terus pergi dari
dia? Tidakkah aku akan jadi mayat hidup? Jasad masih ada tapi fikiran dan hati
aku tiada dengan aku.
Jadi
aku fikir, untuk aku berlalu dari hidup dia. Aku kena ambil hati aku
sedikit-sedikit dari dia. Menjauhkan diri sedikit demi sedikit agar aku tak
rasa terkejut bila antara kami berlalu dari hidup kami.
Yang
mana pastinya, aku yang akan ambil langkah untuk pergi tinggalkan dia.
Nampak
tak sebenarnya benda ni aku buat untuk aku. Bukan sebab dia tapi sebab aku. Dan
benar, aku pentingkan diri sendiri. Jangan marah aku bila mana korang pun sama
saja.
Siapa
yang tak nak pertahankan diri sendiri? Sama juga apa yang menyebab kenapa orang
nak bercinta? Sebab dia nak rasa bahagia. Ada ke orang bercinta sebab nak
tengok orang lain bahagia? Walaupun dia kata dia bahagia bila tengok orang yang
dia sayang bahagia. Bukankah itu juga pentingkan diri sendiri? Dia tetap nak
bahagia walaupun dia sebenarnya terluka. Kalau yang sanggup korbankan diri
untuk lihat orang lain bahagia walaupun dia menderita, kaji balik. Adakah itu
cinta namanya? Tidak. Itu namanya simpati. Betulkan balik tanggapan tu.
“Weh,
mana abang handsome kau tu? Bagi pula kau keluar tanpa dia.” Tanya Darwish.
Aku
buat tak dengar. Aku buat macam fokus sangat dengan kamera aku.
“Gaduhlah tu.”
Usik si Kril.
“Taklah.
Aku auta dia kata ada wedding sepupu aku hari ni. Kalau ikutkan dia, nak saja
ikut. Tapi tak boleh sebab ada appointment pagi ni. Penting pula tu.” Aku
menjelaskan keadaan sebenar.
Aku
tak suka dengar spekulasi aku dan Iwan bergaduh. Hakikatnya, kami tak bergaduh
cuma aku saja yang sedang membawa hati dan merawat hati yang lara.
Sebenarnya
aku sudah bercuti sejak hari Khamis hari tu. Punyalah Iwan tak puas hati.
Katanya kerjanya nanti banyak tertangguh sebab aku tak ada. Yang paling aku
menyampah dengar, katanya nanti dia rindukan aku.
Jangan
harap aku nak percaya lagi kata-kata manismu itu. Simpanlah buat kenangan.
Suatu hari nanti, khabarkan pada dunia bahawa insan ini yang pernah kau sakiti.
Dan
tentu saja aku menangis. Hati aku sakit. Kenapa dia kejam sangat?
“Sepupu sangat
padahal entah sesiapa punya wedding kita hentam ni.” Balas Darwish.
Mereka berdua
ketawa.
Aku
hari ni mengikut Farina dan teamnya
untuk sessi fotografi perkahwinan pelanggan mereka. Aku ikut saja bila Farina
dan Darwish mengajaknya dari tak buat apa dirumah. Bagus juga ikut. Boleh cari
pengalaman.
Maka
kerja aku, ambil saja gambar-gambar candid. Tumpuan aku lebih pada tetamu
berbanding Darwish yang mengambil gambar di pelamin dan pengantin. Farina dan
Kril shoot video. Jadinya, mereka sangat sibuk duduk menempel dengan pengantin
dan seisi keluarga.
Untuk
Darwish, dia lebih bebas dan kerjanya banyak di luar, di pelamin. Cuma
sesekali, Farina akan panggil dia masuk ke dalam menggunakan walkie
talkie.
“Kau ikut ke
kitorang pergi outdoor shooting?” Tanya Darwish.
“Mestilah
aku ikut. Takkan nak tinggal melangut saja dekat sini sensorang. Memang
taklah.” Jawabku.
“Tapi
aku rasa memang kau tak boleh ikut kitorang lah.” Kata Darwish sambil
memuncungkan bibirnya kearah belakang ku.
Aku
toleh ke belakang.
Iwan?
‘Alamak...
Habislah aku.’ Aku sudah gelabah.
Iwan
sedang melangkah kearah kami bersama dengan salah seorang ahli keluarga
pengantin. Aku taulah keluarga pengantin. Pakai baju melayu sedondon dengan
ahli keluarganya yang lain. Warna biru cair.
Kejap
erk. Kenapa macam kenal saja ni orang sebelah dia tu? Encik Shahmi? Yalah.
Encik Shahmi.
“Betullah,
Iwan. PA you. Seriusly, I tak perasan you lah tadi, Nisa.” Kata Encik Shahmi
bila kami dah dekat.
“Waktu
pejabat saja dia PA I. Everytime, she's my girls.” Iwan membetulkan apa yang
dikatakan oleh Encik Shahmi.
Dalam
pandangan lembutnya itu ada satu pandangan yang aku gerun. Rasa nak terkam aku.
Mungkin juga perasaan aku saja sebab aku rasa bersalah. Kantoi aku menipu dia.
Aku
pandang Darwish dan Kril yang sedang menahan tawa.
‘Korang
berani korang ketawa. Aku lipat korang karang.’ Aku memberi amaran kepada
mereka dalam hati tapi aku maksudkannya dengan pandangan mata aku yang tajam.
Jahanam
‘escape plan’ aku
“Yeah.
I know.” Kata Encik Shahmi sambil ketawa.
Ketawanya
itu diikuti dengan Iwan dan disambut dengan budak dua ekor yang dari tadi menahan
tawa. Aku berangin saja. Aku pandang mereka tepat. Mereka kapit bibir mereka
dari senyum dan ketawa sehingga kembung pipi mereka.
“Tak
apalah, Iwan. I tinggalkan you dengan diorang. Suit yourself. Jangan lupa makan
dulu sebelum balik.” Kata Encik Shahmi dan dia kemudian meninggalkan Iwan
dengan kami.
Iwan
kini betul-betul depan aku.
“Agak-agak
ada benda tak nak bagitau Abang Iwan?” Tanyanya padaku.
Aku
dah tunduk pandang jalan tar. Betul-betul macam budak kecil bila bersalah.
Takut nak pandang muka dia. Aku kuis-kuis batu jalan itu dengan selipar
aku.
‘Datang wedding orang
pakai selipar sajakah Nisa?’
“Weh, kitorang
beransur dululah. Best of luck, Nisa.” Kata Kril menahan tawanya.
Aku
toleh ke kiriku. Aku pandang mereka dengan pandangan merayu supaya mereka tetap
berada dengan aku saat ini. Tapi diorang buat muka tak faham dan berlalu. Elok
saja jauh beberapa langkah, aku dengar mereka melepas ketawa yang tersimpan
dari tadi. Sakit pula hati kita. Ketawa tu pun dah serupa ketawa menyakat.
Menyampahlah
dengan diorang ni. Benci gila.
Aku
kembali menundukkan wajahku. Kepalaku menghadap ke dia yang berada dihadapanku.
Dia masih berdiri tegak dihadapanku. Kakinya masih dihadapan kakiku. Teringin
nak tengok muka dia sekarang ni tapi tak berani.
“Nisa
ikut dioranglah.” Kataku memandang kearah Darwish dan Kril.
Namun,
hanya badan dan kepala aku bergerak. Kaki aku masih kaku disitu. tidak bergerak
langsung. Rasa macam nak kena sembelih saja kalau bergerak.
“Kenapa
yang tak nak pandang Abang Iwan ni? Dah tak handsome ke?” Usiknya.
Aku
kembali menghadapnya. Pandangan aku masih dibawah. Masih tunduk dan tak berani
nak angkat kepala memandangnya. Punyalah aku takutkan dia saat ini. Ini rasanya
bila kantoi bersalah.
“Abang Iwan mana
pernah handsome.” Balasku.
“Ye ke? Cuba
tengok abang ni.” Dia masih memancing aku untuk pandang kearahnya.
“Tadi dah
pandang.” Jawabku.
“Sekarang tak nak
pandang lagi?” Tanyanya.
Aku geleng.
“Kenapa?” Tanyanya
lembut.
“Nanti abang Iwan
marah.”
“Kenapa Abang Iwan
nak marah?”
“Sebab Nisa tipu
abang Iwan kata nak buat preparation cousin Nisa nikah.”
“Ini bukan cousin
Nisa ke?”
“Bukan.”
“Habis tu?”
“Nisa tak kenal.”
“Jadi, kenapa tipu
abang Iwan?”
“Sebab Nisa nak
cuti.”
Aku
dengar dia tarik nafas dia selepas berbalas soal-jawab dengan aku. Panjang dan
dalam. Penat agaknya bersoal jawab dengan aku tadi. Mungkin juga penat sebab
nak kawal perasaan marah dia. Yalah. Dia tanya aku tadi pun lembut saja. Tak
tinggi pun suara.
“Kenapa
tak minta saja. Tak payah tipu abang Iwan.” Katanya. Masih lembut dan masih
tenang. Sama macam tadi cuma aura nak menyakat tu dah tak ada.
“Kalau
Nisa minta, abang Iwan mesti tak bagi.” Jawabku jujur.
“Nisa
tau kan kenapa abang Iwan tak bagi.” Katanya.
Aku angguk.
“Kenapa?”
“Abang Iwan rindu”
Jawabku.
Hati aku mula nak
menangis.
‘Itu
hanya dekat mulut Abang Iwan. Hakikatnya, dihati abang Iwan, tak wujud pun
perasaan itu. Nisa yang rindu sangat dekat abang Iwan ni. 3 hari tak jumpa
abang Iwan rasa macam dah 30 tahun lamanya’ Kata hatiku.
“Nisa
sebahagian dari kehidupan abang Iwan. Bila Nisa tak ada 2-3 hari ni, abang rasa
lain. Macam ada benda yang tak kena. Rasa macam ada benda tak buat.” Kata Iwan.
Kali
ni bukan hati aku saja menangis. Mata aku pun dah meleleh air mata. Maka makin
tunduklah wajah aku kebawah.
‘Kejamnya
abang Iwan. Kenapa tuturkan kata-kata yang tak selari dengan hati abang Iwan?
Nisa sakit tau tak? Hati Nisa sakit sangat.’ Sekali lagi hatiku berbicara.
“Memang tak nak
pandang abang Iwan ke?” Tanyanya.
Aku geleng.
Tiba-tiba
aku rasa ada tangan menjalar diatas kepalaku. Aku tepis. Marah pula rasanya
bila tangan itu menyentuh aku. Walaupun berlapikkan tudung aku tapi aku tetap
tak suka. Dalam rasa sedih itu, perasaan marah itu timbul secara sendirinya.
“Apahal,
Abang Iwan ni?” Marahku.
Dia
sengih. Tak lama bila kemudiannya mukanya sudah bertukar menjadi terkejut.
Bukan terkejut. Itu lebih pada muka orang tengah risau.
“Kenapa Nisa
menangis ni?” Tanyanya.
Sekali
lagi tangannya cuba untuk menyentuh aku. Aku tepis. Aku lap air mataku. Kasar.
Aku hadiahkan dia sebuah jelingan tajam sebelum berlalu. Aku nak balik.
Aku
ambil langkah aku. Iwan mengejarku sehingga ke belakang pelamin, langkah aku terhenti
bila Iwan berdiri dihadapanku. Memotong langkahku.
“Nisa,
kenapa menangis ni? Abang Iwan tak marah. Tak pernah marah Nisa. Abang Iwan
sayangkan Nisa sangat sampai tak sampai hati nak marahkan Nisa sebab tipu abang
Iwan.” Pujuknya.
Lagilah
hati aku menangis dan tangisan itu terzahir dekat mata. Lekas saja aku mengelap
air mata yang gugur. Menahan air mata dari keluar lagi.
Kenapa
rasa macam ada orang pandang kami ni? Bukan kami berdua dibelakang pelamin ke?
Aku
pandang ke arah tempat yang aku rasa ada orang pandang. Aku lihat Farina,
Darwish dan Kril sedang merakam adegan kami. Bila aku pandang mereka tajam,
terus mereka kelam kabut berlalu dengan muka tak bersalahnya.
“Nisa nak balik” Tegasku
Aku
terus melangkah ke keretaku. Iwan panggil pun aku buat tak tahu. Setakat
panggil. Kalau berani, mehlah tahan. Aku bukan lari pun. Kalau aku lari pun,
kejarlah. Aku bukan pelari pecut sampai tak boleh nak kejar. Nampak sangat tak
kisah aku pergi.
Menyampah. Tak
sukalah jadi orang yang tak dicintai sepenuh hati ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan