Hidup
aku berlangsung seperti biasa sejak 12 hari Nisa tinggalkan aku. Tiada yang
berubah. Rutin hidup aku, aku jalankan seperti biasa. Sesekali...
Sesekali?
Okey.
Selalu saja aku teringat pada Nisa. Ingatan itu umpama beban pula rasanya.
Betul-betul menerbitkan rasa rindu dihati. Maklumlah, dia sentiasa ada dimana
saja aku berada kecuali dirumah. Makanya dirumah, aku akan tidak rindukan dia.
Tak rindu dekat
rumah?
Okey.
Sekali lagi pembohongan bila selendang Nisa sentiasa ada temani aku. Macam mana
aku tak rindukan dia? Menyesal pula ambil benda ni. Tapi nak pulangkan, sayang
pula. Nanti aku terlalu rindu kan dia pula.
Itu
baru cerita selendang, belum lagi cerita buku scrap dia yang dah serupa buku
kisah dongeng yang perlu aku baca setiap malam sebelum tidur. Kalau tidak, mata
aku duk ngelip-ngelip ingat kat dia. Pakaiannya didalam keretaku juga aku bawa
naik keatas dan aku gantungkan kemas didalam almari bajuku.
Aku memang super angau.
Aku
pandang meja Nisa. Terasa macam dia ada saja disitu. Kalau dia ada, mesti
sekarang ni tengah bertekak dengan dia agaknya. Sememangnya bila masuk bab
kerja, Nisa ni suka bagi idea. Dan bila dia bagi idea, aku kena ikut. Kalau aku
membantah, pasti dia akan pertahankan idea dia tu. Sebab tu juga aku suka
bekerja dengan Nisa. Walaupun dia sekadar PA tapi dia adalah orang yang paling
banyak menyumbang untuk aku menguruskan syarikat denagn lebih baik dan dia juga
merupakan mata-mata aku dalam pejabat ini.
Arh!!! Aku
rindukan Nisa.
Rasa
nak jerit saja saat ini. Nak bagitahu satu dunia yang aku cintakan Nisa sepenuh
hatiku dan kini aku sangat rindukan dia. Aku rasa nak minta bantuan satu dunia
untuk carikan Nisa untuk aku.
Telefon
bimbit menjerit minta dijawab. Aku lihat jam sebelum melihat gerangan yang
membuat panggilan. Pukul 11 pagi. Mami! Cepat saja aku menjawab. Pasti Mami
membebel.
Aku
sebenarnya hendak ke pejabat hanya untuk menandatangani beberapa cek yang Mai
sudah sediakan. Kemudian aku akan balik ke rumah dengan kadar segera kerana
hari ini ada majlis kenduri doa selamat dan kesyukuran sempena Mami nak pergi
menunaikan Umrah hari Khamis nanti. Aku pula kena selesaikan semua urusan
pejabat sebelum pergi ke Bandung Isnin ni.
Sekarang
sudah pukul 11. Aku janji dengan Mami sekejap saja. Sebelum pukul 11 aku dah
balik. Pukul 11 dan aku masih disini. Siapa nak tolong Mami kemas rumah? Masak
tak apa. Katering saja. Masak aku kena bebel dengan Mami.
“Assalamualaikum. Mana Iwan ni?” Tanya Mami
bila panggilannya berjawab.
“Waalaikummussalam.
Allah, lupalah Mami. Sorry.” Kataku.
Ini
semua Nisa punya pasallah ni. Suka buat aku teringat kat dia. Berangan kan dia.
Rindukan dia dan semuanya tentang dia.
“Dah tu? Cepat
sikit balik.” Kata Mami.
“Baik.”
Segera
aku matikan talian. Aku letakkan telefon bimbitku ditepi sementara aku nak kemas
mejaku. Nisa tak ada. Kenalah kemas sendiri. Sekali lagi telefon bimbitku
berbunyi. Mami.
“Ya,
Mami. Iwan dah nak keluaq dahlah ni.” Kataku sebaik menjawab panggilan Mami tu.
“Ni,
Mami nak pesan. Bawa Nisa mai. Boleh tolong apa yang patut. Lagi ramai, lagi
cepat kerja siap.” Kata Mami.
Nisa?
Mana nak dapatkan Nisa. Mami dah lupa ke yang Nisa dah tinggalkan aku. Mami
lupa ke yang aku ni dah separuh gila duk rindukan Nisa? Yang Mami merepek ni
kenapa?
“Tang mana nak
cari Nisa, Mami.” Kataku.
“Pi
lah ambil dia dekat rumah dia. Cepat sikit. Sat lagi tak sempat nak kemas rumah
ni.” Kata Mami dan terus mematikan talian.
Aku
garu kepala.
Nisa
ada ke dekat rumah dia? Pagi tadi kereta dia masih tak ada di garaj rumahnya.
Sejak Nisa tak ada ni, hari-hari aku lalu depan rumah dia sebelum pergi
mana-mana. Tak kisahlah kena bersoal jawab dengan pak guard tu. Lagipun, Pak
guard tu sebenarnya dah kenal aku. Tak ada tanya banyak sangat. Sekadar ikut
prosedur.
Dalam
bersoal jawab dengan diri sendiri, tanpa sedar aku sudah memandu sampai ke
kawasan rumah Nisa. Aku keluarkan kad pengenalanku dan berikan kepada pengawal
yang bertugas untuk catatkan rekod kehadiranku. Kemudian, aku memandu ke arah
rumah Nisa. Aku tak nampak kereta dia tapi masih lagi nak ikut cakap Mami.
‘Cakap Mami jangan
nak bantah. Pergi saja.’
Aku
keluar dari kereta dan berjalan ke arah loceng pintu dan menekan loceng
rumahnya. Tak lama tu, pintu pagar dibuka. Aku kebelakang sedikit agar aku
tidak dilibar oleh pagar rumah Nisa. Aku pasakkan senyum. Nak jumpa bakal mak
mertua. Kenalah senyum.
Nisa.
Senyuman
aku mati. Terkaku. Macam tak percaya aku lihat Nisa berdiri dimuka pintu. Rasa
susah nak percaya dengan pandangan mataku. Tapi rasa untungnya dengar cakap
Mami. Jumpa juga aku dengan wajah yang paling aku rindui.
Aku
melangkah masuk ke dalam. Berdiri dihadapannya. Menghayati keindahan ciptaan
Allah itu walaupun sebenarnya dia hanya sekadar memakai pakaian santainya
rumah. Pakaian yang dulu aku katakan selekeh tu nampak cantik dimataku kini.
Nisa.
Sekali
lagi nama itu aku sebut dalam hati. Senyuman aku ukirkan bila berhadapan
dengannya. Makin mekar dan terus mekar. Dia? Buat tak tahu saja. Matanya juga
tidaklah memandang tepat kearahku dan tidak juga mengalihkan pandangannya
kearah lain. Ajak aku masuk pun tak. Mana nak ajak masuk bila senyum pun tak.
“Ha,
Iwan, rindu sangat ke sampai tak pandang tempat lain?” Tegur abah Nisa yang
sudah berada dibelakang Nisa.
Aku
angkat pandangan aku. Aku sengih saja pada abah Nisa sambil menggaru kepalaku
yang tak gatal. Malu pula.
“Masuk.” Arah
abahnya.
Aku
sekadar angguk dan memandang abahnya berlalu. Kemudian pandanganku beralih
kepadanya kembali. Rasa nak peluk, belum halal. Rasa nak cium, lagilah
melampau. Yalah, penyakit angau. Memang susah nak diubati, Naknya yang
diangaukan tu depan mata.
“Mami ajak pergi
rumah.” Kataku.
Dia
terus berlalu dengan jelingan tajamnya. Menghentakkan kakinya disetiap
langkahnya. Aku garu kepala. Aku buat salah ke? Aku melangkah masuk ke dalam.
Ke ruang tamu. Mama dan abah Nisa sudah gelak-gelak. Aku melangkah dekat dengan
mereka. Bersalam dengan abah Nisa.
“Apa
kamu ni Iwan. Dah lama tak jumpa, patutnya tanya lah khabar ke. Cakaplah rindu
ke. Ini terus bagitau Mami ajak ke rumah. Abah Nisa romantik lagi kalau macam
ni.” Ejek mama Nisa sambil ketawakan aku.
Aku
turut ketawa sama.
Aku
guguplah. Lama tak jumpa. Rindu sangat. Sampai otak jemmed tak tahu nak cakap
apa. Itu pun tadi tak plan pun nak cakap. Terlepas saja.
“Iwan. Iwan.” Kata
abah Nisa sambil mengelengkan kepalanya.
Seketika
kemudian, Nisa sudah turun ke bawah. Sudah siap dengan jubah warna merah dan
dipadankan dengan selendang warna putih bercorak. Aku rasa dia cantik. Cantik
macam selalu. Ditangannya sudah tersedia beg kertas yang masih berlipat.
“Buat apa beg tu?”
Tanyaku.
“Suka hatilah.
Sibuk.’ Jawabnya.
Marah
aku ke? Aku buat apa? Kalau pasal apa yang dia cakap dulu tu, aku fikir
seminggu lebih ini sudah cukup buat dia tenang. Sebab itu dia balik semula ke
sini kan? Jadi, nak marah apa lagi? Sebab tadi? Habis tu, aku nak cakap apa?
Sudah sememangnya aku datang untuk ambil dia kerana Mami panggil dia datang.
Kalau ikut aku, aku nak jemput dia datang ke rumahku sebagai isteri aku.
‘Tak tercabar pula
kau kalau orang kata isteri kau gemuk?’
Aku
tak kisah. Ramai saja kawan-kawan aku yang sebelum kahwin isterinya kurus. Tapi
bila dah kahwin, dah beranak-pinak, isterinya jadi gemuk. Baik ambil saja Nisa.
Sebelum dan selepas kahwin dah memang gemuk. Tak ada rungutan lagi.
“Abang
Iwan tercegat apa lagi dekat situ? Cepat lah.” Marahnya yang sudah keluar.
Entah bila dia melintasi aku. Tahu-tahu dah ada dekat pintu.
“Makcik,
Pakcik. Saya bawa Nisa balik rumah dulu. Nanti malam jangan lupa datang.” Pamitku.
Aku bersalaman dengan abah Nisa.
“Yalah. Insya
Allah, kami datang nanti.” Kata abah Nisa.
Aku
beredar ke kereta. Didalam kereta, tiada sepatah pun kata antara kami. Nak kata
apa pun. Baru nak ambil mood, dah sampai. Rumah dekat. Tak sampai 5 minit dah
sampai. Itu pun sebab kena berpusing. Kalau tak, tak sampai 2 minit dah sampai
dah rumah aku. Naik kereta, bukan jalan kaki.
“Ha,
Nisa. Sampai pun. Masuk.” Kata Mami sebaik aku dan Nisa masuk ke dalam rumah.
“Tulah.
Nak datang awal, kereta tak ada. Abah pun baru balik dari pasar dengan mama
tadi. Nak jalan kaki, malas.” Kata Nisa.
“Tak
apa. Pergi tukar baju dulu. Nak kemas rumah ni. Alih-alih perabot ni ketepi.
Mana yang boleh masuk store. Kita letak dalam store.” Arah Mami.
“Kalau dah barang
masuk store, Nisa nak letak baju dekat mana?” Tanya Nisa.
“Bilik Iwan lah.
Mana pula lagi. Dah pergi naik.” Arah Mami.
Aku
senyum. Suka pula rasanya bila Nisa nak masuk ke bilik aku. Terasa macam Nisa
menantu rumah ni. Isteri aku. Bahagianya.
Aku
senyum. Berangan.
Kejap.
Kenapa aku rasa macam ada yang tak kena. Nisa nak masuk bilik aku saja pun? Apa
yang hati ni rasa macam pelik saja ni. Bilik aku? Nisa?
“Kejap.
Nisa, biar abang Iwan kemas dulu bilik. Nanti baru Nisa masuk. Kejap je. 5
minit. Tak. Seminit.” Tahanku.
Aku
gelabah. Cepat saja aku berlari. Menahan langkah Nisa yang sudah memanjat
tangga rumah. Aku menyelinap melepasi Nisa.
“Bukan
Nisa nak tengok pun bilik abang Iwan. Nak letak Jubah ni saja. Nisa dah pakai
baju nak kemas ni. Tinggal nak buang jubah dan shawl ni je.” Bantah Nisa.
“Kejap jelah.”
Kataku dan terus tutup pintu bilikku.
Gilalah
kalau Nisa nampak barang-barang dia yang ada didalam bilik aku. Mahunya dia
cekik aku. Tak pun dia kata aku psiko sebab tidur dengan barang-barang dia. Aku
ambil semua barang-barangnya dan letakkan semuanya ke dalam laci meja solekku.
“Abang
Iwan, dah ke belum? Nanti Mami bisinglah lambat.” Jerit Nisa dari luar sambil
mengetuk-ngetuk pintu bilikku.
“Dah, masuklah.”
Balasku.
Nisa
masuk. Dia memandangku. Aku sengih tayang gigi. Dia angkat kening. Aku angkat
kening balik.
“Abang Iwan nak
skodeng Nisa tukar baju ke?” Tanyanya.
Aku
gelak. Menyedari kebodohanku. Kalau aku didalam bilik ini, macam mana Nisa nak
salin baju. Kami bukan suami isteri lagi.
“Ingat
Nisa tak tahu kenapa abang Iwan nak kemas bilik abang Iwan? Nisa tahulah ada
barang Nisa hilang dalam bilik tu. Mama kata abang Iwan ada datang ambil barang
dalam bilik Nisa.” Katanya perlahan sewaktu aku lintasinya.
Aku
terkejut. Aku kalih pandangku kearahnya yang berada disebelah kananku. Dia
senyum. Senyum jahat. Aku macam nampak ada tanduk yang tumbuh dikiri dan kanan
kepalanya.
“Ini
bag nak bawa balik barang Nisa yang abang Iwan ambil.” Katanya.
“Mana boleh. Itu
dah jadi barang abang Iwan.” Bantahku.
“Bla... Bla...
Bla...” Nisa membuat gerakan bibir dengan tangannya.
“Nisa,
Iwan. Buat apa dekat atas tu. Cepatlah sikit. Nanti tak sempat nak siap rumah
ni. Orang dah mai.” Jerit Mami dari bawah.
“Hangpa
nak berasmaradana pun tunggu kahwin nanti. La ni cepat sikit turun. Banyak
kerja nak buat ni.” Jerit Mami lagi.
Nisa
angkat kening. Geram pula aku. Mami dah panggil. Nak lawan bercakap dengan dia
pun rasa bersalah dengan Mami dekat bawah.
“Iwan.
Hang buat apa kat atas tu. Cepat turun bawah.” Jerit Mami.
Segera
aku turun juga ke bawah bila suara Mami dah macam Tarzan. Nanti taulah aku
macam mana nak halang dia bawa balik barang-barang dia tu.
Sampai
saja ditingkat bawah, aku lihat Mami sudah mula mengemas. Meletakkan
pasu-pasunya ke dalam store. Aku turut bantu. Saat Nisa sudah turun,
barang-barang kaca semua sudah beralih ke dalam stor.
Kini
tinggal mahu mengalihkan kerusi yang kecil untuk dimasukkan kedalam store. Yang
besar dan berat, akan tinggal disitu saja. Akan ditolak ke tepi. Itu rancangan
Mami. Kami ikut saja.
“Cantik
cincin Nisa. Bila masa beli?” Tanyaku sewaktu kami sedang mengalihkan kerusi ke
tepi.
Aku
dah perasan dari dalam kereta tadi tapi macam aku cakap, tak sempat nak sembang
dah sampai. Ini dah nampak sekali lagi. Tanyalah. Saja nak bertanya. Tak salah
pun kan?
“Manalah
Nisa ni ada duit nak beli ni. Lagipun, dari beli ni, baik beli benda lain. Ada
juga faedahnya.” Jawabnya.
“Ooo... Mama
bagi.” Kataku.
“Haah.
Mama bagi masa Nisa baru sampai malam tadi. Mama kata cincin tanda.” Jawab
Nisa. Suaranya tanpa perasaan.
“Tanda apa?”
Tanyaku. Ada nada cuak disitu.
“Tanda
nak pinang Nisa lah. Minggu depan tunang. Nikah minggu lagi satu kot. Tak tahu.
Nikah tu tunggu bakal suami Nisa ada masa. Tapi mama kata soon lah. Very soon.”
Kata Nisa. Nadanya, sedikit teruja tapi lebih pada rasa biasa saja. Macam
'kalau kahwin, kahwinlah. Tak kahwin pun tak apa'.
Aku
yang cemas. Nisa bakal dinikahkan? Dengan siapa? Kenapa abah dan mama Nisa tak
bagitahu aku apa-apa pun? Tak halang aku dari berjumpa dengan Nisa kalau dah
Nisa nak ditunangkan dengan orang lain?
‘Nisakan PA kau.’
Sebab tu ke?
“Nisa
terima? Bukan. Nisa kenal ke dia?” Tanya aku. Gugup.
“Sebab kenallah
Nisa terima.” Jawabnya selamba.
Aku
dah separuh nyawa fikir dia mahu diambil orang. Dia pula gaya macam tak ada apa
antara kami. Kata sayang aku. Cintakan aku. Tapi terima orang lain.
“Habis tu, abang
Iwan macam mana?” Tanyaku.
“Macam mana apa?
Macam tulah.” Jawabnya. Betul-betul tak ada perasaan.
“Kata
cintakan abang Iwan tapi terima orang lain. Abang Iwan yang dah separuh nyawa
rindukan Nisa, sayangkan Nisa ni. Nisa nak buat tak tahu saja?” Kataku.
Aku
rasa nak menangis saat itu. Aku rasa nak menjerit pada Nisa agar dia tahu yang
aku ni betul-betul sudah jatuh cinta padanya tapi bila melihatkan dia. Terus
tak jadi. Pandangan dia bukan macam dulu.
“Abang
Iwan yang buat Nisa pilih dia. Selama ni pun, abang Iwan bukan sayang dan
cintakan Nisa pun. Abang Iwan buat semua ni sebab Mami, kan? Lepas tu, abang
Iwan nak tinggalkan Nisa dan cari orang lain. Nisa tahu semua rancangan jahat
abang Iwan tu. So, tak payah nak gelabah.” Katanya.
Entah
dimana dia dapat penyataan yang aku tak cintakan dia. Aku perasaan masa hari
Nisa luahkan perasaan marahnya tu lagi, dia asyik sebut perkara yang sama.
“Abang
Iwan sayang dan cintakan Nisa.” Kataku dengan penuh perasaan.
Aku
nak betulkan tanggapannya itu. Aku nak dia tahu yang aku betul-betul sayang dan
cintakannya. Cuba menyakinkan dia rasa cintaku kepadanya.
“Tak
payah nak temberang. Nisa dah dengar apa yang abang cakap pada abang Lukman dan
kawan-kawan abang yang lain. Nisa dengar abang kata abang nak main-mainkan
Nisa. Sebab tu Nisa rasa sakit sangat. Tapi tak apalah. Nisa dah terima dia.
Nisa dah mula dapat lupakan abang Iwan dan dah maafkan abang Iwan.” Katanya.
Nampak
air muka dia berubah. Nampak dia nak menangis. Namun, aku nampak juga dia yang
makin pandai mengawal emosi. Emosi aku yang tak stabil sekarang ni. Patutlah
sejak akhir-akhir ni dia sentiasa mengelak dari aku. Rupanya dia sudah tahu.
Dia dah dengar.
“Sekurang-kurangnya
Nisa tahu dia sayangkan Nisa dan terima Nisa seadanya. Dia tak kutuk Nisa ni
gemuk ke comot ke selekeh ke.” Sambung Nisa.
Aku dah terkelu
lidah. Tak terkata apa.
Bila
masa dia dengar? Macam mana dia boleh dengar? Dia ada disitu? Tak perasan pun.
Kejap.
Masa
tu memang aku macam dengar suara orang dimeja belakang tu macam suara Nisa tapi
bila lelaki itu panggil Husna, makanya aku biarkan. Aku fikir tentu orang lain.
Suara yang lebih kurang sama.
Nisa' Ul Husna.
Husna
itu juga nama Nisa? Allah, kenapa aku tak tengok dan terangkan hal itu.
Patutlah Ros tanya Lukman siapa perempuan itu. Maknanya Lukman nampak Nisa tapi
kenapa Lukman tak bagitahu aku? Kenapa Lukman suruh aku fikirkan semula tentang
aku dan Nisa? Adakah sebab Lukman nampak Nisa keluar dengan bakal tunangnya
itu?
Serabutnya!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan