SUBSCRIBE

Khamis, Mac 02, 2017

GEMUK DURJANA 31

Huwaaaa....
Aku rela jadi PA dia yang dulu. Sekurang-kurangnya aku masih boleh bergaul mesra dengan pekerja dalam syarikat ni. Sekarang, jangan harap. Aku pergi dekat pintu je dia tanya.
"Nak pergi mana?"
"Lunch."
"Tak payah. Tunggu diorang masuk. Kita lunch sama-sama lepas zohor nanti."
Bila aku melawan.
"Malam ni tidur luar."
Aku memang tak kisah untuk tidur luar tapi korang kena faham. Aku ni nak masuk syurga. Syurga aku atas redha suami aku. Dia suami aku. Kalau dia tak redha dengan apa yang aku buat. Mesti malaikat akan kutuk aku. Malaikat beb. Mahkluk Allah paling taat. Kutuk aku? Macam mana hidup aku nak tenteram dan bahagia?
Itu belum lagi bila 'kalau dia mati sebelum sempat maafkan aku.' Aku jadi isteri derhaka, beb. Tak hidu bau syurga. Aku belum lagi hilang ingatan benda asas tu.
Itu satu hal. Bab nak keluar makan tengahari memang tak ada harapan langsung. Dari dulu pun, kan? Ni lagi bab mensayukan hati. Aku ke pantry, dia ikut. Aku buatkan air untuk diri aku. Dia buat air untuk diri dia. Lepas tu, dia ambil mug aku. Dia bagi mug dia kat aku. Katanya 'sunnah minum bekas isteri.'
Haru betul.
Kalau dulu, boleh juga lepak-lepak. Gosip-gosip cerita apa yang best, sekarang jangan harap. Kalau tak dia kata 'nanti abang kena tanggung dosa Nisa banyak sangat' dia akan kata 'jangan kacau orang nak buat kerja'.
Satu lagi. Kalau kata dulu, bolehlah berjalan ke department lain nak ambil dokumen dari mereka. Sekarang kalau bagi alasan itu untuk keluar. Dia suruh aku duduk dan suruh aku telefon dorang. Minta dorang pas ke bilik dia. Bila aku marah, dia kata 'abang kan bos, suka hatilah nak suruh diorang buat apa pun'. Serius, gila kuasa,
Stress!!!
Makanya hidup aku adalah menghadap muka dia 24/7. Tak ada ruang privacy untuk aku. Dahlah bilik air pun ada saja dalam bilik dia ni. Kot kat luar, boleh selalu buat alasan nak ke tandas, kan?
'Tapi takut pula nak pi toilet pun dia nak ikut. Malu sekampung aku'
Kalau keluar makan tengahari dengan dia, jangan harap boleh pandang tempat lain. Dia wajibkan aku untuk pandang dia. Sahaja. Hish, pandang muka suami tu memanglah dapat pahala tapi benda tu sunat. Suka hati saja suami aku ni nak wajibkan. \
Tapi isunya, macam mana aku aku nak lawan bila aku pandang saja tempat lain, dia akan cari cara buat aku pandang dia. Kalau tak dengan benda yang buat aku teruja nak tahu, dengan benda yang menyakitkan hati aku. Yang buatkan aku akan pandang marah pada dia.
Hampas kelapa.
Korang jangan tanya hati aku. Hati aku dan jantung aku ni dah buat pakatan pembangkang dengan aku. Otak aku pun sama tapi aku masih boleh kawal lagi. Mind control aku memang pada tahap yang memuaskan hati, jiwa dan raga.
Hati aku ni asyik nak pergi dekat dengan hati dia. Jantung aku pula memberi galakan dengan denyutan yang entah apa iramanya bila dia ada didepan mataku. Isunya sekarang ni. Bila yang dia tak ada dihadapanku.
Tekanan tau macam ni. Doktor, tolong rawat saya. Adakah jika keadaan ini berlarutan, saya boleh terkena penyakit jantung? Minta dijauhkan aku dan keluarga serta keturunanku dari segala penyakit merbahaya, Ya Allah. Aamiin...
"Nisa, jom naik Cameron." Katanya tiba-tiba saat aku sedang sibuk dengan kerjaku.
Aku pandang dia. Ni ajak ke minta persetujuan? Ke satu arahan? Confuse dah aku ni. Kalau arahan boleh ingkar kan? Ajak boleh tolak. Betul? Kalau tanya boleh saja bagi jawapan 'tidak', kan? Okey. Sekarang ni yang mana satu? Nak bagi jawapan ni.
"Apa?" Aku tanya dia.
"Apa? Apa dia? Abang ajak naik Cameron." Jawabnya.
"Tak nak." Jawabku dengan tegasnya
"Ada abang kata Nisa boleh bagi jawapan 'tak nak' ke?" Tanyanya sinis.
"Dah nama pun ajak. Nisa boleh saja menolak." Jawabku.
"Jadi, ini adalah arahan." Balasnya.
"Nisa tolak arahan itu." Aku menolak. Angkuh.
Aku lihat Iwan menaip sesuatu diatas telefon bimbitnya. Tak lama kemudian, dia meletakkan telefon ditelinganya.
"Sorrylah Farina. Nisa tak nak. Maybe dia dah ada hobi baru. Dah tak minat dengan bidang fotografi kot. Dia minat gentel I saja." Katanya seraya ketawa lepas.
‘Terkejut aku? Farina? Apa?’ Aku dah geleng-gelengkan kepalaku. Mulutku dah melopong. Tak percaya.
"Okey. Okey. Assalamualaikum." Katanya sebelum mematikan telefon.
Senyumannya yang lebar tadi tak putus. Menyampah pula aku melihatnya. Bila cakap dengan Farina saja, senyuman melebar. Entah apa yang suka sangat. Tak tahulah. Melebar saja senyumnya. Macam Farina ada depan mata pula.
Okey. Aku cemburu. So what? Suami aku kan? Bercakap dengan perempuan lain, lepas tu senyum. Tersenyum-senyum. Kalau kau tak sakit hati, aku rasa kau ada masalah dengan hati kau. Baik pergi periksa dengan pakar sakit mental. Kalau malu, cari kaunselor yang boleh tolong kau rawat hati tu.
Sakit pula hati kita dengan korang ni. Memanglah korang tak jealous sebab dia bukan suami korang.
Haish...
"Apa hal yang senyum kuat sangat tu?" Tanyaku cuba untuk sembunyikan rasa marah. Aku tak tahan nak marah sebenarnya. Tu yang terlepas soalan berbaur cemburu tapi aku harap dia fikir benda lain.
"La, senyum pun marah ke?"
"Senyum makna lebih sangat. Kenapa? Nak Nisa pinangkan Kak Fina untuk abang Iwan ke?" Tanyaku. Masih marah.
"Abang senyumlah. Nisa tak nak ikut Fina and geng sarung. Boleh melekat selalu dengan Nisa. Tak ada orang nak kacau. Tak payah nak pergi travel jejauh untuk honeymoon dengan Nisa." Kata Iwan masih dengan senyum yang tak lekang dari bibir.
"Senyum lagi. Abang tidur luarlah malam ni." Tegasku.
Aku masih lagi dalam percubaan untuk mengawal emosi aku tapi tak berjaya seperti selalu. Aku tengah sangat cemburu. Sangat sangat sangat cemburu. Titik.
"Tidur luar? Macam tu baik ikut diorang naik Cameron. Dah alang-alang tak boleh nak melekat dengan Nisa. Kalau ikut diorang, ada gak member buat teman sembang." Balas Iwan. Masih lagi tersenyum.
"Tak payah nak sembang kuat sangat. Tak ada siapa ajak Nisa pergi Cameron. Dan tak ada info pun yang diorang nak pergi Cameron." Sangkalku. Elok saja aku habis cakap, telefon bimbit aku berbunyi.
Farina.
"Sweety, kenapa tak nak ikut? Jomlah. Baru happening kalau Nisa ada." Kata Farina dihujung talian.
Aku pandang Iwan yang sudah tersengih kemenangan. Tajam pandangan tu terutama bila dia mula melakarkan senyum. Bukan sebab dah rasa menang tu tapi dah fikir yang bukan-bukan. Dia suami akulah. Aku tahulah macam mana gaya dia senyum tu.
"Kak Fina tak cakap pun dengan Nisa. Ingatkan abang Iwan main-main."  Balasku.
"Awak tu sekarang isteri Iwan. Mestilah akak minta kebenaran dia dulu sebelum ajak Nisa." Terang Farina.
“Mana Nisa tau. Selalu apa-apa, akak call Nisa. Bagitahu Nisa dulu. Ini ada perantara pula. Ingatkan perantara tu menyakat. Kot buat trick tak jadi ke. Rupanya betul.” Terangku pula.
“Ni, jadi ke tak ni?” Tanya Farina.
"Jadilah, kak." Jawabku dan terus matikan talian.
"Kita pergi Cameron esok. Malam ni, abang Iwan tidur luar.” Tegasku.

Dia hanya senyum tanpa sepatah ayat pun. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan