“Haikal
kata, Dila dulu doctor.” Kata Engku Da sambil memerhati Dila mengurut tapak
kaki Firdaus.
Dila
angguk.
“Kenapa
berhenti?” Tanya Engku Da.
Dila
memegang lututnya dan menggosok. Sambil tersenyum kelat, dia menjawab,
“ACL
and PCL injury. Ligament koyak. Susah nak jalan dan buat kerja.”
Engku
Da angguk walaupun dia tak berapa faham.
“Senang
nak faham, urat koyak.” Kata Dila walaupun mengikut fahaman perubatan bukan
sebegitu. Tapi untuk fahamkan orang yang bukan dalam bidang perubatan, jawapan
itu adalah yang paling mudah.
Engku
Da mengerutkan mukanya. Seakan dia yang terasa sakitnya.
“Teruk
tu.” Ulasnya.
Dila
angguk bersenta senyuman senget.
“Teruk
ke tak, tak tahu nak cakap. Tapi ACL ni urat yang pegang antara tulang peha dan
tulang kaki. PCL pula, kawal tulang kering masa lutut dibengkokkan. Bila dia
koyak, nak sembuh sepenuhnya tak mudah. Operation pun belum tentu boleh
menjamin kesembuhan 100%. Dan tak menjamin bahawa dia tak akan berulang lagi.”
Kata Dila sambil menggosok lututnya.
“Kesiannya
Dila.” Kata Engku Da.
Dila
senyum segaris.
Dia
dah biasa dengan simpati orang. Kerana itu, dia cuba sedaya upaya untuk
kelihatan normal. Seperti biasa. Paksa untuk berjalan seperti biasa walaupun
sakit. Cuma kadang-kadang, bila terlampau sakit, dia tak boleh nak
berpura-pura.
“Dila
dah operate ke?” Tanya Engku Da.
Dila
geleng.
“Kenapa?”
“Belum
sampai seru. Kos operation sebelah kaki saja mencecah RM25,000. Belum masuk kos
rawatan lain. Kalau buat di hospital kerajaan pun, memerlukan RM16,000. Tapi above
all the reason, ada satu lagi sebab yang paling utama. Saya belum bersedia
lagi, tengku puan.” Balas Dila.
“Tak
minta mana-mana bantuan. Socso? Zakat?” Tanya Engku Da.
“Sebab
saya pun jatuh dekat tempat kerja, so, socso memang nak tanggung. Plus dengan
insurance. Memang boleh nak buat. Isu dia sekarang ni, saya yang tak bersedia.”
Jawab Dila.
“Kalau
patient Dila, apa suggestion Dila?” Tanya Engku Da.
“Operation.”
“Kenapa
bila turn Dila tak jadikan operation as a solution?”
Dila
ketawa.
“Biasalah.
Sebab pesakit biasanya nak sembuh cepat. Kalau kita suruh dia buat fisioterapi
saja, dia akan hilang semangat. Sebab kaedah fisioterapi ni makan masa yang sangat
lama untuk sembuh. Sebab nak kuatkan muscle dulu. Dalam tempoh tu, boleh jadi
pesakit akan tertumus dan kembali sakit. So, kena tahan sakit dan tetap buat
fisio. Sebenarnya, selepas operation pun, tetap juga kena buat fisioterapi.
Tapi anggaran sembuh tu dalam tempoh 6 bulan ke setahun. Lebih cepat. Kalau
bergantung kepada fisioterapi semata-mata, ia makan masa yang panjang untuk
sembuh. Mungkin 3-4 tahun. Dan boleh jadi seumur hidup.” Kata Dila. Cuba sedaya
upaya untuk buat Engku Da faham.
“Jadi
kenapa nak pilih jalan yang panjang kalau ada jalan yang singkat?” Tanya Engku
Da.
Dila
angkat bahu.
Dia
sendiri tak tahu kenapa dia masih menolak untuk melakukan pembedahan. Selain
takut, dia lebih percayakan system immune badannya yang akan mencantumkan
semula urat yang terkoyak.
“Mungkin
sebab saya lebih suka pakai urat original dari urat tiruan.” Balas Dila.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan