Aku menyalami tangan Azril. Pertama kali selama kami
bersama, aku hantar dia ke lapangan terbang. Tak pernah aku hantarnya ke sini.
Dia pun tak pernah minta. Hari ini, entah apa mimpinya, dia minta aku hantarnya
ke tempat kerjanya.
“Wifey, take care.” Katanya yang masih melekapkan
bibirnya didahiku.
Aku angguk.
Aku dapat rasakan pelukannya yang makin dieratkan. Aku
tahu dia sedang dalam keadaan sedih. Semalam, sekali lagi nenda menyerang kami.
Kali ini, digunakan bonda sebagai senjata untuk mengalahkan kami.
Aku sudah jangka semua ini bakal terjadi. Azril dan bonda
akan menjadi mangsa dalam peperangan aku dan nenda. Dan ianya benar-benar
terjadi.
“Hubby. Hal semalam tu, lupakan dulu. Ingat banyak nyawa
yang hubby bawa. Kita tak tahu berapa banyak mulut yang mereka sedang tanggung.
So, jangan jadi punca kesedihan orang lain. Rasa sedih kita, kita tinggalkan
dulu.” Pesanku bila dia sudah keluar dari kereta. Aku turut sama keluar.
Dia angguk.
“Be professional.” Sambungku.
Dia lantas memelukku.
“Wifey jangan banyak fikir. Tunggu hubby balik. Nanti
kita fikirkan sama-sama.” Pesannya.
Aku hanya senyum. Kelat.
“Jangan risaukan, wifey. Enjoy your work.” Kataku seraya
menolak tubuhnya lembut.
Dia membetulkan pakaiannya.
Aku betulkan kolar bajunya yang sudah elok. Saja. Aku
mahu pandang wajahnya tika ini. Membungkus bekalan semangat untuk aku berjuang
disaat dia tiada. Aku tahu, nenda pasti akan menyerangku dengan lebih hebat di
saat Azril tiada. Dah beberapa kali Azril bekerja dan nenda menyerang.
Nenda hipokrik.
Depan Azril, dia kurang menyerang. Hanya
keputusan-keputusan gila saja yang diberikan. Semalam, nenda menunjukkan
sebentuk cincin kepada Azril. Cincin yang bakal diberikan kepada bakal maduku.
Bila Azril menolak, nenda gunakan bonda. Nenda beri kata
putus kepada Azril. Terima cadangannya atau dia akan keluar dari rumah bonda.
Dan bonda tak dibenarkan datang melawatnya. Dia mahu putuskan hubungan dengan
bonda.
Kejam. Nenda kejam. Dengan anak cucu sendiri dia lakukan
begitu.
“Hubby always and forever love you. Insya Allah.” Janji
Azril.
Aku angguk.
“Nenda tak ada hak ke atas rumahtangga kita. Hidup kita.
Kita tentukan.” Katanya.
Aku senyum manis. Membalas senyuman kelatnya.
“Hubby. Hal semalam, lupakan. Hubby nak pergi kerja. Dah.
Senyum.” Kataku. Sekali lagi aku menghadiahkannya senyuman manis.
Dia membalasnya. Mulanya kelat tapi makin lama makin
manis.
“Remember. I always love you.” Katanya lagi sebelum
berlalu masuk ke dalam dewan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Aku masuk ke kereta dan terus memandu balik ke rumah. Aku
tak terasa mahu singgah di mana-mana. Perut pun masih kenyang. Makanan yang
Azril masak tadi pun, masih berbaki untuk makan malam nanti.
Sampai saja di rumah, aku terus merehatkan diri dan duduk
di sofa. Fikiran aku menerawang mengenangkan perbuatan nenda. Dari mula isu
madu ini diketengahkan sehingga semalam.
Suara Celine Dion menyanyikan bait-bait terakhir lagu
‘Because Of You’ berkumandang dari telefon bimbitku. Lagu itu memang sengaja
aku pilih sebagai nnada dering. Ianya dituju khas untuk Azril. Sebagai membalas
lagu ‘Hero’ dari Mariah Carey yang diletaknya sewaktu mula-mula telefon ini
diberikan kepadaku.
“Assalamualaikum, nenda.” Aku memberi salam sebaik saja
aku menerima panggilan itu.
“Azril mana?” Tanya nenda selepas manjawab salamku.
“Dah fly.”
“Ke mana?”
“Entah.”
“Nenda saja nak bagitahu. Nenda dah hantar cincin tu
kepada madu kamu. Mereka pun dah terima. Minggu depan, nenda nak pergi meminang
pula.” Kata nenda tanpa perasaan.
“Bukan Azril tak setuju ke nenda?” Tanyaku.
“Nenda kisah apa? Dia tak setuju. Dia tak berani nak
lawan nenda.” Balas nenda.
Bongkaknya nenda. Azril bukan tak melawan. Nenda saja
yang pandai-pandai. Sudahlah menggunakan kelemahan Azril untuk menyerangnya.
Huh. Nenda terlalu tahu ketaatan Azril pada ayah dan
bonda walaupun nenda dan tok ayah yang membesarkannya. Dan nenda sendiri tahu,
Azril tak mungkin mengalah dengan kehendak nenda. Azril bukan seorang yang
mengalah. Cuma caranya tak sekeras aku.
“Suka hati nendalah. Nak pinang ke nak apa. Saya tak akan
sign kebenaran Azril kahwin lain melainkan Azril sendiri yang minta.” Tegasku.
Nenda ketawa.
“Mestilah Azril yang akan minta. Jangan lupa, cu. Azril
tu anak Rina. Rina tu anak nenda. Ingat Nita apa yang nenda cakap semalam.
Nenda tak main-main.” Balas nenda dengan angkuh dan lagak. Dia terus mematikan
talian.
Tergamam aku seketika. Hati aku sayu. Kenapa nenda mesti
gunakan bonda? Bukan sekadar Azril. Aku juga akan mengalah bila ianya sesuatu
yang berkaitan dengan nenda.
Nenda benar-benar kejam. Permainan nenda keji.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan