SUBSCRIBE

Rabu, Januari 03, 2018

Cinta? Semak! 19

“Mama, abang pernah couple dengan seseorang dulu, kan? Mama kenal?” Tanya Haikal sewaktu sedang bersarapan dengan Puan Saleha.
“Kenapa Haikal tanya?” Tanya Puan Saleha kembali.
“Entah. Tiba-tiba terfikir. Kalau betul setakat couple, tak apa. Tapi abang yang Haikal kenal, dia tak percaya pada hubungan sebelum nikah. Mama ingat tak, abang pernah cakap, dia tak nak mulakan hubungan dengan maksiat. Selagi dia tak bersedia, dia tak akan pikat mana-mana perempuan.” Kata Haikal.
Puan Saleha angguk.
“So, Haikal terfikir. Buatnya sebenarnya abang dah nikah dengan perempuan tu tanpa kita tahu, apa jadi dengan isteri dia selama ni? Mama pernah terfikir tak?” Sambung Haikal.
“Kenapa yang tiba-tiba Haikal concern pasal ni?” Tanya Puan Saleha.
“Haikal terfikir, kalau dorang ada anak? Apa khabar anak saudara Haikal tu? Macam mana kehidupan dia dengan mak dia?” Kata Haikal.
Puan Saleha angguk.
“Tapi Haikal tak cerita lagi kenapa isu ni boleh tiba-tiba muncul.” Kata Puan Saleha.
“Tak adalah. Hari tu bersembang dengan Rayqal pasal Dila nak berhenti. Tiba-tiba dia tanya pasal ni. Itu yang buat Haikal terfikir. Nak cari siapa perempuan tu.” Jawab Haikal.
“Tak perlu.” Balas Puan Saleha.
“Sebab abang awak pun tak pernah nak ambil tahu.” Kata Raja Mukhriz yang baru tiba di dapur menyampuk perbincangan dua beranak tadi.
“Mungkin sebab ugutan bonda.” Kata Haikal.
“Jangan menuduh bonda, Haikal.” Tegur Puan Saleha.
“Mana ada tuduh. Bonda sendiri yang cerita. Bonda menyesal buat abang macam tu.” Haikal mempertahankan hujahnya.
Puan Saleha dan Raja Mukhriz berpandangan sesame mereka. Haikal memandang kedua orang tuanya. Pelik.
“Mama dan ayah tahu sesuatu ke?” Tanya Haikal.
Puan Saleha mengalihkan pandangannya ke bawah. Cuba menelan pisang goreng yang dimasukkan ke dalam mulutnya. Tapi terasa kesat. Raja Mukhriz pula buat tak tahu.
“Cuba jangan berahsia dengan Haikal. Penatlah nak menyiasat bila semua orang cuba berahsia. Tanya Dila pun, taka da jawapan. Kata rapat tapi tak tahu. Tanya mama dan ayah pun, tak nak bagitahu. Nak tanya bonda, takut bonda sedih. Buntulah Haikal. Haikal cuma nak bantu abang. Itu pun susah, ke?” Bebel Haikal dan terus berlalu.
Puan Saleha dan Raja Mukhriz hanya berpandangan.
“Kenapa yang emo sangat tu?” Tanya Raja Mukhriz.
Puan Saleha angkat bahu.

Raja Mukhriz geleng kepala.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan