“Dua
orang lelaki kejar Dila, bang. Aku dah investigate. Rizman tu, pilot. Patut
muka dia boleh tahan. Dengan badan sado macam tu. Pelik Dila tak terpikat.
Lutfi tu pula, doctor psikologi. Tapi aku rasa, dia yang kena betulkan wayar
dekat dalam kepala otak dia. Dia buat macam kitorang ni tak wujud je. Badan
Dila macam nak telan.” Cerita Haikal.
Firdaus
hanya mendengar. Sedikit pun tak rasa nak menyampuk. Lagipula, Fazli ada.
Sedang melakukan senaman untuknya. Walaupun dia sudah boleh berdiri dan
menguruskan diri sendiri, tapi Dila masih tak benarkan. Dila masih meminta
Fazli untuk menguruskan semua keperluannya.
“Dah,
Fazli?” Tanya Firdaus.
Fazli
angguk.
“Bolehlah
balik.” Arah Firdaus.
Fazli
angguk. Itulah rutin kerjanya sekarang. Pagi, temankan Firdaus untuk berenang.
Kemudian, menunggu Firdaus mandi sebelum melakukan senaman untuk Firdaus. Walaupun
Firdaus boleh menggerakkan kakinya sendiri, Dila tetap menyuruhnya yang
menggerakkan. Katanya, supaya saraf dikaki dan tangan Firdaus tidak cedera.
Dia
hanya ikutkan saja. Janji gajinya dibayar. Lagipun, sekarang dah senang. Lepas
buat senaman untuk Firdaus, dia sudah boleh pulang. Dan hanya datang keesokkan
harinya untuk melakukan rutin yang sama.
Walaupun
kerjanya sudah kurang, gajinya tetap sama. Cuma dia sekarang perlu mencari
kerja lain. Sebaik saja Firdaus disahkan sembuh sepenuhnya, dia tidak lagi
diperlukan.
“Fazli,
selain kerja-kerja nursing ni, apa lagi kau boleh buat? Menaip, boleh? Pandai
dealing dengan orang?” Tanya Haikal.
“Takah
expert. Tapi bolehlah. Kenapa Haikal?” Jawab Fazli.
“Lepas
ni, kau jadi PA aku. Nak tak?” Tanya Haikal.
“PA
kau mana?” Tanya Fazli.
“Kau
pernah nampak aku ada PA ke?” Tanya Haikal semula.
Fazli
geleng.
“Bolehlah
kalau macam tu. Tak payah aku susah-susah nak cari kerja.” Balas Fazli dan
terus keluar dari bilik itu bila pandangan wajah Firdaus nampak tak selesa.
“Serius
ke dik?” Tanya Firdaus.
“Seriuslah.
Ingat adik buat cerita ke? Depan adik dorang buat perangai hero. Kalau abang
lambat, melepaslah abang.” Jawab Haikal.
“Apa
yang melepas?” Tanya Firdaus.
“Dila.”
Berkerut
dahi Firdaus.
“Kita
tak cakap benda yang sama ke?” Tanya Haikal sambil ketawa halus.
“Abang
tanya pasal adik nak ambil Fazli jadi PA. Selama ni kan adik tak suka ada
secretary, PA semua. Kenapa tiba-tiba?” Tanya Firdaus.
“Sebab
selama ni yang apply semua perempuan. Taknaklah. Duduk dalam bilik tu
berdeduaan. Entah apa jadi.” Jawab Haikal.
Firdaus
angguk.
“Abang
tak kisah ke kalau Dila pilih lelaki lain?” Tanya Haikal.
“Pilihan
ditangan dia. Kalau dia nak pilih lelaki lain, abang tak kisah nak lepaskan
dia. Kalau dia nak tetap jadi isteri abang, abang akan terima dia. Hidup dia,
biar dia tentukan. Cukuplah 7 tahun abang gantung dia tak bertali. Biarlah dia
cari bahagia dia.” Balas Firdaus.
“Dah
tu yang rancang macam-macam ni untuk apa?” Tanya Haikal.
“Adha.
Adha perlu ada ditempat yang sepatutnya untuknya. Disini. Dalam keluarga ni.”
Jawab Firdaus.
“Pisahkan
dia dengan Dila?”
“Dila
boleh je datang sini.”
“Abang
tahu, kan? Dila takut dengan bonda?”
“Dila
takut kalau bonda tahu siapa dia.”
Haikal
diam. Otaknya sedang mencerna sesuatu.
“Kejamnya,
abang. Sanggup pisahkan ibu dan anak.” Terluah apa yang sedang Haikal fikirkan.
“Bukan
abang yang nak macam tu. Dila yang bagi suggestion ni. Abang tak pernah minta
Adha dari dia. Dia yang nak bagi.” Kata Firdaus.
“Habis
tu? Abang ambil Adha. Kenapa tak ambil mak dia sama?” Tanya Haikal.
“Abang
dah cakap. Pilihan ditangan Dila. Abang tak nak paksa. Kalau dia pilih abang,
abang terima dengan hati terbuka. Abang sanggup berjuang untuk kehidupan kami
yang lebih baik. Tapi kalau Dila ada pilihan hati yang lebih baik, abang tak
boleh paksa. Kami nikah bukan atas nama cinta. Jadi, abang tak nak jadikan Adha
sebagai mengikat kebahagiaan dia.” Balas Firdaus.
“Kalau
bukan atas cinta, takkan boleh lahir Adha?” Tanya Haikal lagi.
“Adha
lahir atas nama tanggungjawab. Tanggungjawab suami isteri. Walaupun kami nikah
bukan atas nama cinta, Dila tetap mahu rumahtangga kami berlangsung macam
pasangan yang lain. Tapi abang tahu Dila. Pada Dila, cinta tu complicated. Dan
dia tak mahu terjebak dalam cinta. Mungkin sebab dia belum berjumpa dengan
cinta hatinya. Sebab tu, dia rasa macam tu. Dan sebab tu, abang tak nak sekat
dia dalam dunia abang. Biarlah dia pilih bahagia dia. Yang penting, dia
bahagia.” Jawab Firdaus.
“Abang
cintakan Dila?” Lembut suara Haikal bertanya. Matanya tepat merenung mata
abangnya. Mencari kejujuran dalam jawapan yang bakal dilontarkan Firdaus.
Firdaus
mengalihkan pandangan matanya. Dia tak mampu untuk menjawab soalan itu. Dan tak
mampu juga untuk menafikan apa yang dia rasa. Cintanya pada Dila buatkan dia
sanggup melawan bonda. Dan kerana cintanya kepada Dila, dia sanggup berjauhan
dari anak dan isterinya. Hanya kerana Dila.
“Abang
cintakan Dila.” Komen Haikal.
“Tapi
Dila tak pernah cintakan abang.” Dan kenyataan itu sentiasa buat air mata
Firdaus gugur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan