SUBSCRIBE

Ahad, Februari 19, 2017

GEMUK DURJANA 10

Suka pula aku dengan rutin harian hidup aku sekarang ni. Setiap pagi seawal jam 5 pagi, sudah ada orang telefon untu kejutkan aku bangun tidur. Lepas tu jam 8 pagi, aku dah terpacak depan rumah dia. Ambil dia untuk dibawa sarapan sebelum masuk ke pejabat dan akan seharian bersama dengannya. Lewat petang baru aku hantar dia balik.
Rasa macam dah ada isteri pula. Serba serbi ada orang temankan. Rasa hidup ni macam dah lengkap pun ada.
Selepas tempoh merajuk tu, dia setuju untuk bekerja denganku. Sebagai PA aku. Ini semua berkat sokongan kuat dari mama dan abah Nisa sendiri dan ditambah kuat dengan pujukan dari Mami.
Sememang hubungan kami dapat restu orang tua kedua belah pihak. Restu tanpa sempadan. Restu yang sudah lebih dari ikhlas.
Aku sangat bersyukur. Secara rasminya kami telah diishtihar sebagai pasangan yang bercinta, tapi Nisa langsung tidak pernah buat gaya queen control walaupun dia PA aku. Dia sangat professional. Dia tahu bertindak mengikut keadaan, bila dia diperlukan untuk menjadi PA aku dan bila dia diperlukan sebagai kekasih aku.
Kekasih? Aku masih tidak punya perasaan itu padanya. Biarlah dia seorang yang rasa. Aku sekadar menurut kata Mami untuk pikat dia. Dia sudah berjaya aku pikat dan sekarang ini dalam misi aku pula untuk menggodanya untuk serahkan hatinya sepenuhnya padaku.
“Abang Iwan, Nisa pergi ladies kejap." Bisik Nisa padaku. Mengembalikan aku ke alam realiti.
Aku angguk.
Dia mengelapkan bibirnya dan meletakkan kain lap itu diatas meja bersebelahan dengan pinggannya. Dengan penuh tertib dia bangun dan jalan meninggalkan kami selepas meminta diri pada Lukman pula.
Aku dan Nisa terserempak dengan Lukman sewaktu kami sedang menikmati makanan tengahari. Kebetulan dia dan teman wanitanya sedang mencari tempat duduk untuk makan disini. Aku ajak mereka duduk semeja denganku.
“I ikut sekali.” Mia, teman wanita Lukman turut meminta diri untuk ke tandas.
Sebaik saja dua orang wanita itu hilang dari pandangan mata, Lukman memandang aku dan menunjukkan aku kearah mereka hilang. Aku faham maksudnya itu. Tengok muka pun tahu yang dia sedang menahan gelak. Mesti dia gelakkan aku yang keluar dengan budak gemuk tu.
"Kau jangan gelak. Tahan dulu gelak tu" Aku berinya amaran tapi sebenarnya aku sendiri tak dapat tahan diriku dari gelak.
Ketawa kami tersembur keluar juga. Entah apa sebenarnya dalam hatiku. Walaupun aku juga rasa lawak kerana aku berpasangan dengan wanita gemuk yang dah ditransformasi jadi cantik. Namun, kegemukannya itu mencacatkan kecantikannya. Kalau dia kurus, pasti hati aku tertawan tanpa alasan. Pasti sudah lama aku masuk meminangnya.
Bukan hati tak berkenan tapi tengok saja respon Lukman. Ini baru Lukman, kawan-kawan aku yang lain, macam mana pula? Malu sih.... Malu gila.
“Tapi dia memang cute.” Kata Lukman.
“Kalau kau tak nak lagi, sila bagitahu aku. Aku suka perempuan yang berisi macam ni. Sedap buat peluk.” Sambung Lukman sebelum tawanya tersembur lagi.
Aku turut sama ketawa walaupun ada sedikit perasaan marah pada kata-kata Lukman itu. Aku bukan tak tahu cara hidup Lukman dan aku tak mahu Nisa jadi mangsanya. Walaupun aku tidaklah sampai tahap jatuh cinta dengan Nisa tapi aku tetap tak mahu apa-apa yang tak baik berlaku padanya.
“No way. She going to be my PA forever.” Balasku.
“And going to be your wife soon?” Tanyanya.
“Itu aku tak tahu tapi tak nak lah. Ini semua kerja Mami aku. Dia suruh aku pikat budak tu. Mulanya rasa nak bangkang tapi bila fikir. Mami kan? Tak sampai hati pula jadinya. Tu yang buat juga apa yang mami suruh buat. Pikat Nisa.” Jawabku.
Aku dengan Lukman dan dua lagi kawanku jarang sembunyikan apa pun. Kami adalah 4 sekawan. Berkawan sejak zaman Universiti lagi. Aku, Lukman, Adli dan isterinya, Ros. Ros dan Adli sudah menikah sebelum masuk Universiti lagi. Disebabkan Ros pula jenis suka ikut Adli melepak, maka kami berempat jadi rapat.
“Anak Mami, biasalah.” Sekali lagi Lukman ketawa dengan kata-katanya sendiri.
Aku turut ketawa. Ayat itu adalah kebiasaan untuk mereka menyakat aku. Aku memang terkenal dengan gelaran ‘anak mami.’ Bagi yang tak tahu, mereka fikir aku ini orang Penang tapi bagi yang tahu, memang diorang bantai gelak sajalah.
“Kuatnya ketawa.” Tegur Nisa dan duduk semula ditempat duduknya disebelahku.
“Mia mana?” Tanya Lukman.
“Dalam toilet lagi kot. Kenyang sangat kot. Tu yang lama memerut tu.” jawab Nisa selamba. Beku saja.
Aku pandang wajahnya. Terus senyuman dibibirku mati melihat mukanya yang sedang membeku dan makin membeku. Entah apa yang tak kena. Dia pandang jam.
“Jom, abang Iwan. Kita ada meeting lepas ni dekat office.” Ajaknya.
Dia terus bangun dan berjalan ke kaunter pembayaran tanpa menghiraukan aku yang masih belum selesai makan. Makanan dia pun belum habis. Tak pernah dia makan tak habis. Selalunya dia sendiri akan kata membazir tapi lain pula hari ni.
Lagi tambah kerut di dahi bila dia kata aku ada mesyuarat. Pagi tadi kata hari ni aku tak ada apa-apa mesyuarat atau pun temujanji. Tiba-tiba ni ada mesyuarat pula. Mesyuarat dengan siapa? Tentang apa?
Aku bergegas bersalaman dengan Lukman bila aku lihat dia sudah siap menjelaskan bil kami. Lukman masih lagi terpinga-pinga dengan tindakan Nisa itu. Aku abaikan Lukman dan terus menyaingi langkah Nisa yang sudah berada di pintu restoran.
"Nisa, kenapa ni? Kata hari ni free. Tak ada apa-apa. Kenapa yang nak cepat sangat ni? Meeting dengan siapa pula?" Tanyaku bila kami sudah berada didalam kereta.
"Meeting dengan Nisa." Katanya dan terus diam selepas itu.
Aku senyum.
Terus aku masuk gear dan memandu dengan tenang. Suka pula aku dengan jawapannya itu. Walaupun aku rasa macam nak kena sembur tapi aku suka jawapan tu. Comel sangat dan aku juga suka cara dia. Macam merajuk, macam tenang saja. Entah apa yang dia sedang berperang dalam hati sebab selepas itu aku lihat dia berkerut-kerut memikirkan sesuatu. Aku juga rasa dia sedang berada didalam dunianya sendiri.
Sampai saja dipejabat, dia terus masuk ke dalam bilik kami. Dia duduk di sofa yang berada didalam bilik kami ini selepas meletakkan barang-barangnya diatas mejanya. Memang aku sengaja aku ubah mejanya kedalam. Pertama, aku tak suka dia menenggek bergosip dengan pekerja lain. Yang kedua, untuk menyenangkan kerja aku. Tak payah nak intercom ke jerit panggil dia. Pandang saja dia, dia sendiri tanya aku nak apa.
Kalau aku berfikir, aku suka pandang dia. Seakan satu inspirasi muncul. Ketenangan pun ada bila pandang dia saat stress. Apa magik lah yang dia pakai sampai aku senang betul rasa tenang dengannya. Nanti aku dah kahwin, aku nak suruh isteri aku belajar dengan Nisa. Rahsia wajah tenang dan memberi inspirasi pada sesiapa yang memandangnya.
“Ada 2 perkara. Pertama, Nisa tak flirt Lukman macam yang awek dia tuduh. Kedua, kita clash saja. Tak payah nak couple sangat. Just stay as bos and PA. Or else lebih baik kalau Nisa berhenti. Tak payah kerja dengan abang Iwan dan tak perlu abang Iwan jumpa Nisa lagi. So, abang Iwan pun tak adalah rasa malu.” Katanya.
Mukanya yang beku tadi dah menjadi tegang sekarang ni. Aku yang ada di mejaku terkaku. Tercenggang aku dengan perkara yang dutarakannya itu.
“Salah ke Nisa ketawa? Dah Lukman buat lawak. Itu dikatakan flirt? Bodoh lah perempuan tu. Buta kot. Tengoklah Nisa dengan dia. Jauh sangat. Dia tu punyalah gila hot and seksi. Orang buta pun celik kalau dia lalu. Punyalah cantik dengan make up tebal ber'inchi'. Tu pun terasa tergugat dengan Nisa yang gemuk gedempol ni?” Luahnya.
“Nisa pergi touch up tadi sebab hidung ni rasa tak selesa, lepas korek, touch up lah balik. I am PA. Mestilah kena jaga penampilan. Kalau pun Nisa touch up, mestilah untuk abang Iwan. Tapi dia? Dia masuk toilet terus serang Nisa. Bagi amaran dekat Nisa.” Luahnya. Masih tenang walaupun emosinya sudah terganggu.
“Tak payah nak sedarkan Nisa. Nisa tau Nisa gemuk dan tak cantik. Tak payah nak cakap banyak kali. Tak payah nak ingatkan Nisa. nisa sedar diri.” Dia terus meluahkan.
Kali ini suaranya sudah meninggi. Dia sedang menumbuk pehanya. Mungkin meluahkan rasa marah yang dipendamnya. Aku diamkan saja. Beri dia laluan untuk meluahkan apa saja yang dia rasa tika ini.
Aku berjalan dan duduk disebelahnya. Aku duduk dihujung dan Nisa juga dihujung sofa 3 seater itu. Telefon bimbitku, aku letakkan diatas meja kopi didepan kami. Aku memandangnya. Tanganku, aku silangkan. Aku tayang muka tiada perasaan.
Telefon bimbitku berbunyi. Aku melihat nama yang tertera disitu. Lukman. Aku tekan butang hijau untuk menjawab panggilannya.
"Yes, Lukman." Sahutku.
Namun, belum sempat aku dengar apa yang Lukman hendak cakapkan, Nisa sudah bangun dan merampas telefon bimbit ditanganku.
Dia diam sebentar mendengar apa yang Lukman katakan. Matanya tepat memandang aku. Aku sudah gelisah namun aku tahan agar riak itu tidak kelihatan. Apa yang diperkatakan Lukaman sehingga Nisa memandang aku dengan begitu tajam. Adakah misi aku dibongkarkannya? Tapi aku tak cerita apa pun pasal misi aku pada Lukman. Sekurang-kurangnya belum lagi.
"Encik Lukman, Nisa ni. Nisa minta maaf sepak aweks Encik tu. Assalamualaikum." Katanya dan terus mematikan talian. Dia menyerahkan semula telefonku dan berjalan ke mejanya.
Tergamam aku seketika. Nisa sepak Mia? Kenapa? Biar benar Nisa ni. Ditamparnya anak orang sesuka hatinya. Sudah kenapa? Aku ikut langkahnya. Aku duduk atas mejanya. Menghadap dia. Disebelahnya. Dia pandang aku tajam.
"Nisa sepak Mia? Kenapa?"
"Sebab dia seksi, hot, bergaya dan cantik tapi mulut bau longkang" beku saja jawapannya.
"Lukman cakap apa?"
"Encik Lukman said thank to me sebab sepak makwe dia tu. Katanya, abang Iwan rugi kalau tinggalkan Nisa sebab Nisa ni pandai protect diri. Lepas tu dia cakap suruh Mami carikan seorang isteri untuk dia." Jawabnya sambil menekan perkataan Mami.
"Okey." Aku angguk-angguk.
Aku tahu ada sesuatu yang diperkatakan Lukman. Pastinya sesuatu yang berkisarkan perbualan kami tadi. Tapi aku tak nak cepat melatah. Aku mesti kekal cool supaya misi aku berjaya.
"Kenapa wujud isu kedua tadi?"
"Mulanya nak clash sebab tak nak abang Iwan rasa rendah diri sebab ada aweks macam Nisa ni. Yang memalukan abang Iwan. Lagipun, betul cakap Mia tu, Nisa hanya memalukan abang Iwan. Tapi lepas dengar apa yang Encik Lukman cakap tu, rasanya tak payahlah. Apa nak kisah apa orang cakap. So, kita teruskan macam ni." Katanya.
Aku angguk. Bukan sebab faham tapi aku setuju dengan apa yang dia cakap. Pedulikan apa orang nak cakap. Janji misi aku berjaya.
"So, bos. Ada apa-apa lagi nak tanya regarding my personal? Kalau tak ada, allow me to do my work." Sambungnya. Beku.
Beku itu yang aku tak faham. Kenapa? Kena telefon Lukman nanti.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan