SUBSCRIBE

Ahad, Februari 19, 2017

GEMUK DURJANA 12

“Nisa ada masalah ke?” Tanya abah. 
Abah duduk disebelahku. Taman yang direka hias oleh mama bercirikan nusantara ini memang rasa tenang bila duduk disini. Dengan bunyi pancuran airnya. Redupny dek kerana pohon yang merimbun. Memberikan oksigen lebih pada badan seterusnya meletakkan otak berfungsi dengan lebih baik. Itu belum lagi melihat ikan koi berenang didalam kolam buatan ini. Sangat menghiburkan hati.
“Nisa ada nampak macam orang ada masalah ke, abah? Nisa rasa macam Nisa okey saja.” Jawabku.
“Kalau Nisa rasa okey, baguslah tu. Abah bukan apa. Hampir setiap hari sejak dua menjak ni nampak lampu bilik Nisa terpasang tengah malam. Dengar Nisa mengaji. Kadang tu dengar juga Nisa teresak-esak menangis. Risau juga hati abah. Takut juga kalau Nisa ada masalah.” Kata abah. Matanya tepat memandang mataku.
Aku tunduk.
“Nisa okey, abah. Abah doakan Nisa sentiasa kuat, sabar dan tabah, yea?” Pintaku.
Abah angguk.
Aku tak sampai hati nak ceritakan apa masalah aku. Aku tahu mama dan abah dah sayang Iwan macam anak mereka sendiri. Mereka sudah meletakkan sepenuh kepercayaan pada Iwan untuk menjaga aku. Mereka memang mengharapkan agar Iwan dan aku segera menikah dan membina rumahtangga kami.
Kalaulah mereka tahu apa yang Iwan buat pada aku, apa perasaan mereka? Apa perasaan mereka bila Iwan tinggalkan aku? Bukan, apa tindakan mereka? Bagaimana hubungan baik antara mereka dan Mami?
‘Kenapalah abang Iwan tak fikir semua perkara ni sebelum ambil tindakan melulu macam ni.’ Rintih hatiku.
Sekarang bolehlah dia sentiasa dengan aku. Tahan dengan perangai aku. Terima aku baik dan buruk. Nanti bila dia sudah jumpa dengan seorang perempuan yang sesuai dengannya dan dia mencintai perempuan itu, pasti saja aku dicampak ketepi.
‘Apalah abang Iwan ni. Umur dah 30 tapi matangnya masih kat lutut. Tak bijak langsung.’ Marahku didalam hati.
“Abah sentiasa doakan yang terbaik buat Nisa.” Kata abah.
Aku senyum.
“Abah juga ada untuk anak abah ni. Sentiasa. Abah sudi bagi pinjam bahu abah ni untuk dia menangis. Bagi telinga ni untuk dengar rintihan dan rungutan. I’ll be a good listener. I promise that.” Kata abah.
Aku senyum dan ketawa kecil.
Aku faham kerisauan abah. Abah mana yang tak risau bila anaknya bermasalah. Abah mana yang tak risau kalau anak dia yang ceria dan gila-gila jadi pendiam dan selalu ingin sendiri. Abah mana yang tak risau kalau hati anaknya disakiti. Kan?
Abah aku pun sama. Dia abah aku. The best abah in my world.
‘Abah, apa akan berlaku bila Nisa tinggalkan abang Iwan? Clash dengan dia.’ Tanyaku. Memusingkan soalan.
‘Kalau dah bukan jodoh kamu dengan dia. Nak buat macam mana. Apa pun terjadi, terima sajalah. Sebagai orang Islam, kita percaya rezeki, jodoh, mati semua itu ditangan Allah.’ Jawab abah. Tenang.
‘Kalau abang Iwan yang tinggalkan Nisa?’ Tanyaku lagi.
Aku melentokkan kepalaku dibahunya. Tanganku menggengam tangannya. Mencari semangat yang mungkin ada untuk disaluarkan kepadaku.
“Sama saja jawapan abah.” Jawab abah.
“Jangan fikir benda yang belum berlaku. Sesak kepala tu. Just enjoy your life. Nanti apa nak jadi, itu nanti punya cerita. Cerita hari ini, kita lalui dengan senyuman.” Nasihat abah. Dia mengusap wajahku.
Aku angguk.
Enjoy mylife. Selagi dia masih belum ambil apa-apa tindakan, selagi itu aku akan terus bertahan. Bertahan untuk senyum. Bertahan untuk rasa gembira. Aku berhak untuk lalui hidup aku dengan bahagia dan gembira.
Kalau dia dah bertindak?
Itu fikir nanti. Yang penting adalah sekarang. Aku kena hidup gembira. Aku kena rasa gembira.
Yeeehhhaaaaa... Yibba yibba anggere anggere...
Aku senyum.
“That's my girls.” Kata abah sambil memicit kedua-dua belah pipiku serentak dengan tapak tangannya.

Aku senyum. Walaupun sakit bila buat macam tu, tapi aku suka. Terasa masih bebudak lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan