SUBSCRIBE

Ahad, Februari 19, 2017

GEMUK DURJANA 19

Aku teringat gambar yang diberikan oleh Farina semasa kami di Cameron. Selepas 2 bulan baru aku berpeluang untuk tengok. Itu pun sebab teringat kembali. Banyak betul gambar aku dan Nisa yang sempat dirakam oleh Farina. Ada gambar aku sedang bergaduh dengan Nisa, memandang Nisa dari jauh, memujuk Nisa dan banyak lagi gambar aku dan Nisa. Semuanya dirakam dengan sangat baik. 
Paling lucu bila ada video yang Farina rakam aku sedang merakam Nisa. Kantoi. Wajib benda ni semua aku tak bagi Nisa tengok. Buat malu keluarga saja. Anak teruna men’skodeng’ anak dara orang. 
“Tapi aku rasa sebenarnya aku dah jatuh cinta dekat dia. Mungkin dari mula aku nampak dia masa dekat trafic light.” Kataku.
Ada satu video yang merakam diri Farina. Dalam rakaman itu, Farina ada mengatakan yang dalam setiap gambar ada punya cerita dan emosi tersendiri. Aku sangat setuju sewaktu aku melihat gambar-gambar yang Farina rakam. Gambar antara aku dan Nisa. Sangat hidup rasanya gambar itu.
“Gambar korang berdua ni sudah membuktikan betapa besar cinta korang untuk satu sama lain. Sama ada korang sedar atau tidak, setiap masa, cinta korang berkembang dan makin mekar didalam hati. Orang yang tak kenal korang pun, bila tengok gambar ni akan rasa apa yang korang rasa sebab semuanya terakam indah disetiap pandangan mata korang.” Kata Farina dalam video itu.
Farina terlalu pandai menilai. Diakhir videonya itu dititpkan pesan agar aku menjaga apa yang ada didepan mata. Katanya Nisa itu orangnya sensitif. Mudah terasa dan punya naluri yang kuat.
Katanya lagi, Nisa tak mungkin akan marahkan aku atau tinggalkan aku kerana rasa sayangnya pada aku tapi dia boleh pergi dan buang aku selamanya bila dia disakiti.
“Asal pula kau tiba-tiba kata kau jatuh cinta pada dia ni?” Soal Adli.
Aku pandang dia yang berada disebelah aku.
“Bila kau rasa kau jatuh cinta pada Ros?” Tanya aku kembali.
“Entah tapi terasa macam nak memiliki. Bila dia merajuk, rasa nak pujuk. Bila dia menangis rasa macam nak peluk dia.” Jawab Adli.
“Itu sebenarnya yan selama ini aku rasa pada Nisa. Sejak mula aku jalankan misi memikat dia. Mulanya aku ingatkan sebab aku rasa kesian sebab budak tu akan aku tinggalkan tapi pagi ni aku sedar. Sebenarnya, aku sudah lama jatuh cinta kepadanya.” Kataku kepada mereka.
“Iwan, Nisa tu ada abang ke adik lelaki ke?” Tanya Lukman.
Hairan aku soalan dia ni. 
“Tak pernah pula dia cerita dia ada adik-beradik lain. Setahu aku, dia seorang saja. Gambar dekat rumah dia pun, ada gambar dia dan parents dia je. Adalah 3-4 gambar dengan lelaki lain tapi tak pernah pula aku tanya siapa.” Jawabku walaupun dah terasa hairan tahap gaban.
“Amboi, sampai rumah dia pun kau dah masuk.” Kata Adli.
“Bukan takat rumah, bilik dia pun aku pernah masuk.” Kataku.
Mereka buat muka terkejut.
“Jangan fikir pelik sangatlah. Aku masuk bilik dia sebab nak ambil barang dalam bilik dia. Masa tu Nisa pergi mana entah. Lupa dah. Barang aku tu pula, urgent. Tu yang aku masuk bilik dia. Nisa tu, aku baru sentuh sikit dan mengamuk. Dia punya jeling tu buatkan aku betambah sayang.” Kataku sambil tersenyum bila teringarkan Nisa.
“Patutlah Mami suka. Syariah compliance.” Komen Adli.
Aku senyum. Suka aku bila bakal isteriku dipuji begitu. 
Aku alih pandangan aku pada Lukman dan Ros bila mereka diam tanpa komen apa-apa. Lukman aku lihat seperti sedang memikirkan sesuatu. Ros pula aku lihat sedang ralit memandang Lukman.
“Betul ke dia tak akan pegang lelaki lain? Mungkin sebenarnya dia nak main-mainkan kau juga. Depan kau dia buat baik. Belakang kau, dialah ratu segala kejahatan, kan?” Ulas Lukman. Naik pula darah aku bila orang keji Nisa begitu. Aku yakin, Nisa bukan macam tu.
“Aku yakin, Nisa sayang aku dan cintakan aku.” Kataku menegaskan perkataan cinta itu agar Lukman tahu yang tanggapannya itu salah.
“Aku cuma bagi pendapat. Suruh kau berfikir kemungkinan.” Kata Lukman.
Aku diam. Rasanya diam itu lebih baik.
“Kadang baik cari macam Mia tu. Walaupun dia macam tu, tapi kita tahu dia memang macam tu dari yang bertudung macam Nisa tu. Bertudung tapi dalam hati dia kita tak tahu. Mungkin busuk.” Kata Lukman lagi.
“Kau ni mengutuk orang pakai tudung ke? Kau tak nampak yang orang sebelah kau ni bertudung?” Ros memukul lengan Lukman. Lukman mengaduh sakit.
“Kalau dia dah bertudung tu maknanya dia dah tahu halal dan haram. Kalau pun dia belum ada hati yang baik, tapi dia mesti tau bezakan baik dan buruk. Sekurang-kurangnya dia sedang berubah dari yang pakai seksi-seksi yang tak ingat syurga neraka tu. Aku tak kata hati mereka busuk tapi aku nak tegaskan, orang bertudung pun kalau niat dia benar kerana Allah, hati dia pasti baik. So, jangan nak put judgement hanya kerana seorang manusia. Give space for them to improve.” Kata Ros.
Adli disebelah senyum sambil angguk. Aku juga sama. Ambil kau sebiji dari Ustazah Roshashima.
“Aku cakap saja.” Lukman mempertahankan dirinya.
“Cakap siang pandang-pandang. Cakap malam intai-intai. Mestilah aku terasa” Balas Ros.
“Eyh, Lukman, hari tu masa yang kau telefon dan Nisa jawab tu. Yang masa Mia kena sepak dengan Nisa tu. Kau cakap apa, ha?” Tiba-tiba aku teringatkan perkara itu. Asyik lupa nak tanya. Dah ingat ni, baik terus tanya.
“Mak ai. Sepak anak dara orang. Suka hati dia saja.” Kata Ros terkejut.
“Defence diri dia. Mia tu cemburu tak bertempat. Ada ke dia kata Nisa nak goda Lukman. Cubalah Mia tu pandang, takkanlah Nisa nak pandang Lukman bila aku lebih smart dan bergaya dari dia.” Kataku membela Nisa sambil ketawa lucu mengenangkan saat itu. Siap nak berpisah dengan aku.
“Aku cakap apatah. Aku pun dah lupa. Tapi rasanya aku cakap benda yang sama aku cakap dekat kau masa dekat restoran tu.” Jawab Lukman.
“Kenapa?” Tanya mereka serentak.
“Lepas tu dia jadi muram saja. Beku dengan aku. Senyum pun dibuat-buat. Risau juga aku. Nak tanya Lukman, asyik lupa saja.” Jawabku.
“Kenapa pula?” Tanya Ros.
“Sentaplah kot. Bukan aku yang pilih dia tapi Mami.” Jelasku.
“Maknanya kau kantoi lah ni?” Soal Adli. Mengiat aku.
“Tak kisahlah. Janji dia sentiasa ada dengan aku.” Balasku.

Benarlah kata Farina. Nisa tak akan tinggalkan aku. Buktinya selepas dia tahu Mami yang pilih dia, dia masih ada dengan aku. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan