SUBSCRIBE

Ahad, Februari 26, 2017

GEMUK DURJANA 30

Iwan sudah keluarkan arahan vetonya. Mahu atau tidak, aku terpaksa jga mengikut kemahuannya. Suka atau terpaksa, aku akan melekat dengannya 24jam sehari dan 7 hari seminggu. Kalau dulu sebelum kahwin siang saja dengannya, selepas kahwin, malam saja dengannya. Kini, siang malam akan bersama dengannya.
Parah hatiku.
Aku minta mami untuk sama memujuknya untuk benarkan aku duduk dirumah temankan Mami. Pada Mami aku ceritakan tentang hatiku. Aku ingin masa untuk terima dia semula seperti dulu. Aku perlukan masa untuk rawat hati aku bila dia tiada. Mami setuju. Kata Mami, dia faham dengan segala kesakitan yang aku rasa saat tahu diri dipermainkan.
Jadinya, Mami berkomplot denganku untuk memujuknya agar tidak menggunakan kuasa vetonya itu. Puas aku dan Mami pujuknya untuk biarkan aku duduk dirumah menjaga Mami tapi sedikit pun tidak berkesan dihatinya. Sudah aku rayu, masih juga tetap dengan keputusannya.
"Jadi PA abang semula." Tegasnya.
“Biarlah Nisa duduk rumah. Boleh jaga makan minum dan pakaian abang Iwan.” Pujukku.
“Kalau Nisa betul-betul sayangkan abang, Nisa boleh buat semua tu walaupun sudah bekerja. Ramaikan sekarang ni isteri bekerja. Boleh saja mereka uruskan rumahtangga. Kalau penat, kita hantar saja baju ke dobi. Dobi layan diri pun ada sekarang ni kalau malu nak hantar ke kedai dobi.” Kata Iwan bersama dengan penyelesaian masalah.
“Kalau Nisa duduk rumah boleh teman Mami. Kesian Mami seorang dekat rumah.” Kataku. Masih memberikan alasan.
“Tempat seorang isteri disisi suaminya. Abang nak Nisa sentiasa bersama abang. Makan, pakai, Mami, semua tu bukan tugas isteri. Itu tugas abang sebagai suami dan anak. Nisa tak payah risau. Abang boleh uruskan semuanya.” Balas Iwan.
“Abang tak minta banyak pun. Abang cuma minta untuk Nisa sentiasa ada disisi abang. Takkan itu pun Nisa nak pertikaikan? Bukan abang minta benda yang susah pun. Benda yang dulu diteruskan semula saja.” Sambung Iwan.
Aku terkelu lidah. Tak terkata apa.
“Kalau untuk sentiasa berada disisi abang itu menyusahkan Nisa. Tak apalah. Buat saja apa yang Nisa suka.” Katanya dan terus berlalu.
Sebagai seorang isteri yang menyayangi suaminya, dalam keadaan ini, apa yang korang nak buat? Ikut keras kepala korang? Aku tak sampai hati. Hati aku sendiri menangis melihat muram diwajahnya. Hati aku sendiri rasa sakit dengan kata-katanya. Jadi aku ikutkan saja untuk mengembirakan hatinya.
Ini bermakna, aku tiada masa untuk diri aku. Benar-benar hidup aku untuk dia sepenuhnya tanpa ada ruang untuk aku jauh dari dia. Keadaan ini benar-benar menyerabutkan otak aku.
'Kalau dah setiap masa dengan dia, hati aku pasti akan lebih terpujuk untuk terima dia dan pasti dengan mudah aku akan serahkan hatiku sepenuhnya kepadanya.'
Serius, aku tak mahu.
Iwan kata aku masih dalam defencive mode. Aku akui. Aku memang menjaga hati aku dari dilukai. Sedikit pun aku tak nafikan. Itu kenyataan. Persediaan aku untuk ditinggalkan sepenuhnya. Sebab tu aku seboleh mungkin tak nak ada disisinya setiap masa. Ini kerana bila berterusan dengannya, pasti hati aku mula menerimanya dan terbiasa dengan keberadaannya. Lantas, bagaimana hatiku ingin biasa tanpa dia disisi?
Kenapa aku masih terima dia walau aku tahu sakitnya lebih lagi?
Aku rasa masa tu aku gila. Mungkin rasa sakit hati dan buatkan rasa nak balas dendam. Main-main terima dia jadi tunangan aku. Lepas tu, buat dia rasa sama sakit dngan aku.
Namun, apa yang aku rancang tak jadi. Hati aku tak sanggup nak kecewakan hati Mami, mama dan abah. Aku ditunangkan dengan Iwan dua hari sebelum Mami berangkat ke Mekah untuk mengerjakan umrah dan dinikahkan sebaik saja Mami balik dari Mekah. Keadaan masa itu tidak memungkinkan untuk aku melakukan apa-apa misi memutuskan pertunangan itu.
Aku ingat, lepas buat dia jadi suamiku, aku nak minta cerai tapi sebelum itu nak seksa dia. Zahir dan batin. Tapi aku pula rasa takut dengan hukum Allah bila tok kadi yang menikahkan kami memberi khutbah nikah dan pesanan untuk pengantin. Jadi aku layan dia dengan layanan seorang isteri kepada seorang suami. Walaupun hati aku tak rela tapi aku turutkan. Semua kerana takutnya aku pada Allah.
‘Allah suka pada perkahwinan. Perkahwinan itu penuh dengan keberkatan dan keredhaan-Nya. Allah halalkan cerai tapi Allah membencinya. Isteri yang meminta cerai akan membuat tiang Arasyh bergegas’
Aku tak nak hidup dalam kebencian Allah. Lagipun, dia suami yang baik dan menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. Tiada sebab untuk aku menuntuk fasak. Tiada sebab untuk dia menceraikan aku.
Lagipun, korang rasa aku tak takut dengan gelaran Cik J? Kalau sekadar gelaran, masih boleh pekakkan telinga. Macam mana kalau batin aku sengsara? Macam mana kalau batin aku terseksa? Perasaan ingin disayangi dan dicintai tapi dia sudah tinggalkan aku. Hanya kerana kebodohan aku yang minta dilepaskan.
Sebab tu aku letakkan hati aku jauh dari jasadku. Agar dia berada ditempat yang selamat dan tidak dilukai oleh orang yang sama buat kali yang ke... 3?
Tapi bila dah selalu bersama, mestilah hati aku ingin kembali kepada jasad dan perasaan untuk selalu dicintai dan menyintai itu kembali. Ketakutan aku makin berganda. Ditambah pula otak aku ni selalu lupa kesakitan yang pernah aku rasa dulu sewaktu tahu diri ini dipermainkan. Ini bermakna, makin kuatlah hatiku berpaut pada dia.
"Bolehlah, Nisa duduk rumah. Jaga Mami. Mami kan dah tua. Apa-apa jadi dekat Mami nanti, Nisa ada." Rayuanku bersambung dalam bilik.
"Mami cukup kuat untuk jaga diri sendiri." Jawabnya.
"Macam ni, let say, Mami terjatuh ke. Kan susah Mami nak bangun kalau tak ada orang nak kat rumah. Bukan doa, in case aja." Aku cuba buat dia berfikir. Menggunakan teknik psikologi yang aku rasakan berkesan.
"Rumah kita dan office tak jauh pun, Nisa. Kalau Mami jatuh, tahulah Mami nak call. Ke Nisa nak abang pasang telefon everywhere just to make sure Mami senang nak capai telefon kalau Mami jatuh? Or maybe kita gantung saja telefon dekat leher Mami sebab Nisa risau sangat kalau Mami jatuh. What say you, dear?" Sarkastik bunyinya.
Aku dah terasa malas pula nak pujuk dia lagi. Arahan veto sudah keluar. Apahal aku kata veto? Korang tak dengar tadi dia cakap macam ni.
"Abang sebagai suami Nisa, arahkan Nisa untuk jadi PA abang seperti sewaktu kita bercinta dulu. Tugas PA dan isteri mesti dijalankan serentak." Tegas sekali nadanya.
“Tapi...” Aku masih memikirkan alasan yang terbaik agar dia izinkan aku untuk duduk dirumah tapi dia tidak terasa hati.
“Abang dah cakap tadi. Kalau Nisa masih nak duduk rumah, tak nak berada disisi abang setiap masa macam dulu, terpulang. Abang tak marah dan abang tak larang. Walaupun abang rasa Nisa ketepikan abang tapi abang redha. Abang sayang Nisa. Tak mungkin abang nak biarkan isteri abang nusyuz atau derhaka. Abang maafkan setiap kali abang terasa hati.” Katanya. Betul-betul menguji hati dan minda aku untuk membuat keputusan.
Aku memang terasa dengan kata-katanya. Terasa tak selamat. Bukan sebab ditinggalkan tapi rasa tak selamat diakhirat nanti. Rasa macam aku ni tak akan cium bau syurga saja.
Dia gunakan kuasa sebagai suami untuk suruh aku jadi PA dia. Entah bila dia dapat idea ni. Aku dah sangat aman dan selesa bila 10 jam aku bebas dari dia. Kadang-kadang lebih dari tu.
Ini kalau dah PA. Bila ada masa untuk aku aman tanpa gangguan perasaan? Cuba korang bagi idea. Bila aku nak ada masa untuk diriku bertapa mengingatkan hati dan mendidik hati supaya sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan? Cuba habaq mai kat cek. Bila?
Dalam toilet sajalah. Itu pun kalau tandas awam. Kalau tandas rumah ni. Selalu je dia terjah masuk sesama. Ops... Kes rumahtangga korang tak payah tau detail. Sikit-sikit je.
Korang!!! Tolonglah aku lepaskan diri dari dia.
Huwaaaaaa....
“Yalah. Nisa ikut kata abang Iwan.” Putusku.
“Abang tak paksa. Terpulang Nisa. Jangan kata abang paksa. Kalau tak sudi, tak nak. Tak apa. Buat saja ikut kehendak hati Nisa. Lagipun, siapalah abang dalam hati Nisa. I am nobody.” Katanya.
Aku dah rasa macam serangan psikologi tahap melampau.
“Nisa rela hati ikut semua kata-kata abang Iwan.” Aku menegaskan kata-kataku tadi.

Dia buat tak tahu saja dan terus tidur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan