SUBSCRIBE

Selasa, September 12, 2017

EHPW 24 : NITA

Orang kata, 5 tahun awal perkahwinan adalah saat pasangan bersuai kenal. Saat ini adalah paling mencabar. Jika tidak sabar dan saling memaafkan, pasti rumahtangga itu akan menemu titik nokhtah.
Orang kata.
Apa yang aku rasa saat dan ketika ini adalah, rumahtanggaku sedang digoncang oleh nenda. Bukan aku tak sabar dan bukan aku tak faham. Tapi aku dah tak sanggup melihat senyuman Azril yang sudah hilang seri.
Lantas, apa lagi yang harus aku lakukan kini?
Suara Celine Dion berkumandang dari telefon bimbitku. Mengembalikan aku ke dunia nyata. Hilang terus semua bayangan yang menyesakkan kepala otak aku. Namun, minda aku masih belum habis berfikir. Terutama bila aku terasa antara sedar dan tidak. Sama ada aku menjawab atau tidak panggilan itu.
“Nita, kenapa suara tu?” Tanya bonda kerisauan.
“Gastrik.”

Dan aku langsung tak sedar apa yang berlaku selepas itu. Aku hilang dari radar. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan