SUBSCRIBE

Sabtu, September 16, 2017

EHPW 28 : AZRIL

“Kita boleh bahagiakah hubby, bila bonda terseksa? Kalau kita ketepikan nenda serupa seperti kita ketepikan bonda. Bila nenda tak gembira, bagaimana bonda mahu gembira? Nenda itu ibunya bonda. Apa sekali keputusan hubby, please fikirkan bonda. Bonda terlalu baik untuk disakiti.”
Masih terngia-ngia kata-kata Nita sewaktu aku sedang serabut untuk membuat keputusan selepas Nita menyatakan keizinannya. Ikut hati aku, memang aku tak mahu. Aku tak rela menyakiti Nita. Dan aku sendiri tak mahukan perempuan lain selain Nita. Aku tak perlu anak untuk bahagia. Ada Nita cukup buat aku bahagia.
Tapi aku tak boleh terlalu mementingkan kebahagiaanku. Bonda adalah keutamaanku. Kebahagiaan bonda adalah kebahagiaan kami. Dan kerana itu juga, buatkan aku terpaksa bersetuju. Cuma berjumpa dengan calon isteriku tapi tidak bermakna aku setuju untuk langkah seterusnya.
Hanya sekadar untuk mengambil hati nenda.
Mataku tertancap kepada Nita yang sedang khusyuk melakukan kerja-kerjanya. Walaupun aku tak suka dia bekerja tapi tetap izinkan. Aku tak mahu dia kebosanan bila aku tiada. Lagipun, kerjanya itu tak mengganggu masanya denganku. Yang paling utama, dia sentiasa ada didepan mataku. Itu sudah buat aku rasa boleh bertolak-ansur. Tambahan pula, kerjanya kini bukan seperti kerjanya dulu.
Jika dulu, balik kerja pasti tayang muka penat. Kalaupun dia cuba untuk sembunyikan kepenatannya, tapi aku tahu dia penat. Nita bukan pandai menyembunyikan apa yang dia rasa. Cuma jangan harap nak dengar dia mengaku apa yang dirasakannya.
Nita memandangku. Dipasangnya lagu berirama tango dari laptopnya. Kemudian, dia berjalan ke arahku dengan langkah menggoda. Meliuk lentok tubuhnya.
Aku ketawa kecil sambil mengalihkan pandangan ke sebelah kanan. Nita sentiasa bijak membaca emosi aku dan sentiasa tahu bagaimana mahu mengubah mood. Itulah keistimewaan Nita yang aku tak jumpa dengan perempuan lain.
Bila Nita makin menghampiri, aku bangun dan bersedia untuk menyambut tubuhnya. Aku suka menari tango dengan Nita. Merasai liuk lentok tubuhnya. Aku suka sentuhan tangannya ke tubuhku mengikut formasi asas tarian tango. Dan yang paling aku suka, tarian ini dikuasai oleh lelaki. Lelaki yang akan menjadi petunjuk arah tubuh badan pasangannya.
Kami tundukkan badan bila lagu tamat. Aku bersedia mahu duduk tapi tak jadi kerana  lagu bersambung dengan lagu berentak salsa. Dari tango kegemaranku ke salsa kegilaan Nita. Dan tubuh kami hanya mengikut pergerakan lagu sehingga habis.
Aku dan Nita duduk tersandar di sofa kepenatan. Ketawa gembira kerana dapat melakukan aktiviti kesukaan kami.
Tak sangka aku dan Nita ada minat yang sama. Cuma berbeza citarasa. Namun, sangat bersyukur sebab Nita sanggup ikut aku belajar menari tango dan sebagai balasan, aku turut serta dalam kelas salsanya.
“Nanti kita pergi ambil budak-budak. Dah lama tak jumpa mereka.” Cadangku.
“Hubby macam mana? Dah okey ke?” Tanya Nita.
“Insya Allah.” Balasku.
“Baguslah. Budak-budak tu pun hari-hari tanya hubby. Lima bersaudara tu dah macam orang besar. Risaukan ayah lang. Risaukan ayah lang. Macam diorang faham apa yang ayah lang dia rasa.” Cerita Nita.
“Dorang faham. Kita saja yang anggap mereka budak dan tak faham. Hakikatnya, dorang faham.” Balasku. Lembut.

Nita diam dan terus bangun dari sofa. Dia berjalan ke arah tangga naik ke atas. Aku turut serta. Mahu bersiap ke rumah mama. Moga-moga kehadiran lima bersaudara itu dapat menghilangkan keresahan dihatiku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan