SUBSCRIBE

Rabu, Januari 03, 2018

Cinta? Semak! 18

“Rayqal kata Dila nak berhenti. Pasal hal tu ke?” Tanya Haikal sambil memerhatikan Dila melakukan tugasnya.
Dila pandang Haikal seketika sambil senyum. Dia terus membengkokkan kaki Firdaus dan kemudian ditegakkan semula. Dengan cara ini, kemungkinan untuk Firdaus lumpuh bila dia sedar berkurangan.
“Taklah. Dah fikir lama dah. Tak larat nak kerja. Kaki asyik sakit je.” Balas Dila.
“Tak payah buat banyak kerja. Buat setakat termampu saja. Lepas tu, rehat.” Kata Haikal.
“Tak sama rehat dekat rumah sendiri dan rehat dekat rumah orang.” Balas Dila.
“Buat je rumah ni macam rumah Dila sendiri.” Pujuk Haikal.
Dila senyum. Segaris.
“Takkan sama, Haikal. Dekat sini, macam dikawal. Pakaian pun kena proper. Sebab ada seorang manusia yang suka main terjah. Konon nak tengok abang dia. Padahal, nak kawal pergerakan saya.” Seloroh Dila mengenakan Haikal.
“Okey. Okey. Lepas ni, tak datang dah bilik ni. Nak datang je, saya call dulu. Bagitahu. Deal? Tak payah berhenti. Okey?” Balas Haikal sambil ketawa.
Dila senyum dan geleng.
“Kat sini tak boleh baring macam kat rumah. Tak selesa baring kat sofa tu. Tak sedap nak golek. Lagipun, sofa tu rendah. Sakit nak bangun, duduk. Nak baring atas katil, orang marah. Tapi memang tak elok pun, kan? Walaupun Fir kaku je, still dia masih lelaki yang ajnabi.” Dalih Dila. Sempat lagi memerli.
“Nanti saya belikan katil untuk Dila. Letak dekat sini. Atau Dila boleh guna bilik tetamu untuk rehat.” Cadang Haikal.
“Tak payah nak mengarut. Baguslah nak berhenti. Mak Bedah pun dah tak boleh nak tengok muka dia. Rasa marah sangat. Lagi marah bila semua orang dalam rumah ni, sokong dia. Langsung tak peduli tentang dosa.” Celah Mak Bedah yang masuk menghantar pakaian Firdaus yang telah dicuci.
“Jangan risau, Mak Bedah. Saya dah suruh adik saya tolong carikan pengganti. Jumpa je orang yang sanggup kerja, saya keluar. Mak Bedah pun dah tak payah nak tengok muka saya. Selamanya.” Balas Dila.
Hatinya sedih bercampur marah. Tapi dia kawal. Manusia memang akan terus menilai tanpa menyiasat kebenaran. Menuduh itu lebih mudah dari mencari kebenaran. Seandainya Mak Bedah bertanya pada hari kejadian, dia akan menceritakan segalanya.
Tanpa bertanya, Mak Bedah terus menghemburnya. Menjatuhkan hukuman kepadanya. Melebelnya dengan pelbagai nama yang negative. Terus memutuskan hubungan yang dibina.
“Cepat sikit dapat pengganti. Mak Bedah pun dah minta tolong kawan-kawan Mak Bedah carikan pengganti. Mak Bedah dah tak tahan.” Kata Mak Bedah dan terus berlalu.
Haikal geleng.
“Dila, boleh Haikal tanya sesuatu?” Tanya Haikal.
Dila angguk.
“Dila pernah kenal Daus ke sebelum ni? Korang sebaya. Belajar di university yang sama. Pernah kenal?” Tanya Haikal.
Dila angguk.
“Bonda ada cerita, Daus ada girlfriend dulu. Dila ke?”
“Dila tak tahu pula kalau Fir ada someone special.”
Haikal memandang Dila.
“Dila rapat dengan Daus?”
“Setakat duduk satu blok apartment. Pergi balik kuliah sama-sama. Makan sama-sama. Study sama-sama. Erm… kalau macam tu dikira rapat, so, rapatlah.”
“Tapi kenapa lepas Daus balik sini, tak pernah nampak dia keluar dengan Dila?”
Dila senyum segaris. Ada raut luka diwajahnya.
“Ke korang jumpa sembunyi-sembunyi? Takut bonda nampak?” Serkap Haikal.
Dila geleng.
“Tapi…”
“Tapi apa?”
Haikal geleng.
Dia tak sampai hati nak meneruskan apa yang dia sedang fikirkan. Dia kaji dalam resume Dila. Memang Dila tulis status dirinya sebagai janda. Dan dia tahu, Dila ada seorang anak lelaki. Dia pernah bertanya kepada Rayqal, tapi Rayqal diam. Tak pernah mahu bercerita.
Dila angkat kening.
“Siapa bekas suami Dila? Daus ke?” Tanya Haikal. Mengenepikan emosi dan terus bertanya apa yang ada dalam mindanya.
Entah kenapa sejak perbualan dengan Rayqal tempoh hari, dia sering tertanya-tanya tentang hal itu. Kusut dan serabut jadinya. Berhari-hari dia memikirkan kewajaran untuk terus bertanya kepada Dila.
“Kenapa nak tahu?” Tanya Dila.
“Curious.”
“Macam mana boleh tiba-tiba curious?”
Haikal angkat bahu. Dia tak tahu bagaimana nak bercerita dengan Dila tentang hal ini. Bagaimana jika tekaannya tepat? Bagaimana penerimaan Dila?
“Rayqal tak pernah cerita?” Tanya Dila.
Haikal geleng.
“Kenapa Haikal rasa Fir suami Dila? Dila, langsung tak layak untuk Fir. Tak sesuai langsung dari banyak segi. Terutama status kami dalam masyarakat. Fir, Haikal duduk dalam rumah besar macam istana. Dila ni, orang kampong saja. Orang kata, enggang tak mungkin terbang sama pipit.” Sambung Dila.
“Kalau enggang sanggup terbang rendah bersama pipit, tak jadi mustahil.” Balas Haikal.
“Fir anggap Dila ni kawan dia saja. Tak lebih dari tu.” Balas Dila pula.
Haikal mengedipkan matanya. Memandang Dila yang sedang duduk santai selepas selesai membersihkan Firdaus. Dia perhatikan cara Dila memandang Firdaus. Dia perhatikan tadi bagaimana Dila menguruskan Firdaus. Penuh tertib dan berhati-hati.
“Masa dekat sana, Fir banyak tolong saya. Banyak sangat. Tak termampu nak balas semua jasa yang dia berikan. Sebab tu, bila Rayqal kata Haikal perlukan orang jaga Fir, saya terima. Dila tak kisah jaga dia seharian. Tak cuti. Sebab ini je cara yang Dila nampak untuk balas apa yang dia dah buat untuk Dila dan keluarga Dila. Ini pun sebenarnya tak mampu nak balas budi yang dia beri.” Cerita Dila.
“Dila kata, Dila rapat dengan abang kat sana, kan? Takkan tak tahu siapa perempuan yang pernah couple dengan dia? Scandal?” Tanya Haikal.
“Saya rapat tapi tak sampai masuk campur urusan peribadi dia.” Balas Dila. Tegas.
Haikal angguk. Senyum hampa.

Dia tahu, dia kena mula menggali tentang kisah silam abangnya. Hatinya mula memberontak untuk mengungkai misteri hidup abangnya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan