SUBSCRIBE

Rabu, Januari 03, 2018

Cinta? Semak! 20

“Betul Tengku Puan. Depan mata saya. Dila peluk Tuan Firdaus. Macam suami isteri.” Adu Mak Bedah.
Engku Da memandang Mak Bedah. Langsung tidak terkejut. Dia sudah jangka, perkara begini pasti berlaku. Dia selalu rasa yang Dila ada masalah otak. Atau sekurang-kurangnya masalah moral. Sebab manusia normal tak akan tidur sekatil dengan seorang lelaki bukan mahram tanpa rasa bersalah.
“Yang saya geram tu Tengku Puan, tak ada sesiapa pun nak dengar cakap saya. Dorang ingat saya buat cerita. Tu yang budak tu masih kerja dekat sini. Masih lagi pegang Tuan Firdaus. Sekarang ni, siap saja kerja saya, saya duduk dekat bilik Tuan Firdaus sampai dia balik. So, tak adalah dia boleh baring dekat sebelah Tuan Firdaus lagi.” Sambung Mak Bedah.
“Bagus, Kak Bedah. Kak Bedah memang boleh diharap.” Puji Engku Da. Cuba menampakkan keikhlasannya memuji.
Mak Bedah angguk. Tersipu malu bila dipuji. Terasa bangga bila dapat pujian dari majikannya. Dan lebih dari itu, dia lega kerana Engku Da mempercayainya.
“Kalau Dila dah sampai, suruh dia terus jumpa saya dibilik bacaan saya.” Arah Engku Da dan terus keluar dari dapur.
Mulanya, Engku Da mahu ke bilik bacaannya, tapi dia menukar haluan. Dia pergi ke pejabat Haikal. Padanya, dia perlu dengar penjelasan dan pendapat Haikal. Walaupun Haikal taka da sewaktu kejadian, tapi pasti ada sebab kenapa Haikal tidak memecat Dila.
“Haikal, bonda kacau ke?” Tanya Engku Da sebaik saja membuka pintu pejabat Haikal.
“Tak bonda. Masuklah.” Jemput Haikal sambil bangun mendekati Engku Da. Dia mempersilakan Engku Da duduk di sofa yang berada didalam biliknya itu.
“Bonda datang dari dapur. Mak Bedah dah cerita.” Kata Engku Da.
“Pasal Dila dengan abang? Bonda rasa?” Tanya Haikal. Tenang.
“Bonda dari dulu tak suka tengok Dila berdeduaan dalam bilik abang. Entah apa dia buat dalam bilik berdua. Bonda pernah nampak Dila tidur sebelah abang. Kadang pintu kunci. Kita pula kat atas ni. Tak tahu apa yang Dila buat dekat abang tu.” Luah Engku Da.
“Kenapa selama ni bonda diam? Macam bukan bonda.” Tanya Haikal.
“Entah. Somehow, bonda percayakan Dila. Even lepas Mak Bedah cerita pasal tu, bonda percaya Dila boleh jadi macam tu. Tapi entah. Bonda tak rasa nak marah. In fact, bonda rasa okey saja. Tak ada rasa nak marah. Bonda pun confuse dengan apa yang bonda rasa.” Luah Engku Da lagi.
Haikal angguk. Dia juga rasa hal yang sama.
“Sekarang ni, bonda nak buat apa?” Tanya Haikal.
Engku Da diam.
“Kita meeting. Haikal tolong telefon ayah. Suruh balik.” Arah Engku Da.
“Mama?”
Engku Da diam seketika.
Haikal tarik nafas panjang. Dia tahu, sampai sekarang, Engku Da masih tak boleh terima Puan Saleha sepenuh hati. Setiap kali melihat wajah Puan Saleha, Engku Da pasti akan rasa lukanya kembali sakit.
Firdaus pernah bercerita kepada Haikal, masa Engku Da dapat tahu Raja Mukhriz sudah berkahwin dengan Puan Saleha dan sudah mempunyai seorang anak, Engku Da diam. Lepas saja Raja Mukhriz pergi, Engku Da tak keluar dari bilik. Makan dan minum pun, tidak. Hanya berkurung dalam bilik sehinggalah Raja Mukhriz balik dua hari kemudian. Masa tulah, Engku Da buat syarat, dia boleh terima perkahwinan kedua Raja Mukhriz dengan syarat, Haikal mesti duduk dengan dia. Dan Puan Saleha hanya boleh melihat Haikal bila dia tak ada dirumah ini.
“Haikal, suruh mama datang sama.” Putus Engku Da sewaktu Haikal sedang bercakap dengan Raja Mukhriz.
Haikal angguk.
“45 minit lagi ayah dengan mama sampai.” Kata Haikal.
“Dila?” Tanya Engku Da.
“Hari ni dia lambat. Tengahari nak ke petang baru dia masuk. Hari ni, dia ada fisio.” Terang Haikal.
Engku Da angguk.
“Nanti bila semua dah sampai, suruh pergi ke bilik bacaan bonda. Bonda tunggu dekat sana.” Kata Engku Da seraya bangun dan keluar dari bilik Haikal.
Langkah Engku Da perlahan. Mindanya masih memikirkan tentang perkara tersebut. Kewajaran tindakan yang perlu diambil. Untuk melepaskan pekerja sebagus Dila, rasa sayang. Mahu biarkan, takut mengganggu kerja Mak Bedah. Jika Mak Bedah tak ada, dia turut susah kerana Mak Bedah adalah mata dan telinganya bila dia tiada dirumah.
Rasa serba salah. Dan paling rasa tak sedap hati, dia mula sayangkan Dila. Dila ada satu daya tarikan yang buat dia rasa senang dan mudah untuk mesra dengannya. Walaupun tidak kerap berjumpa, tapi keramahan dan kemanjaan Dila itu buatkan hatinya tertarik. Melihat kesungguhan Dila melakukan tugasnya, buatkan dia nampak dirinya dalam diri Dila. Cara Dila berfikir dan melontarkan idea, penambahan mata untuk menampakkan Dila hebat dimatanya.
Masalah sekarang ini adalah moral Dila. Itu saja yang buat dia tak suka. Dia rasa, Dila obsess kepada Firdaus. Dari cerita Haikal dulu, pertama kali Dila melihat Firdaus, dia terpegun. Tak berganjak mata dari melihat Firdaus.
Jadi, dia anggap tindakan Dila itu kerana delusi. Delusi yang menganggap Firdaus sebagai suami. Dan mindanya pernah terfikir yang Dila kunci pintu bilik sebab dia buat perkara tak senonoh dengan Firdaus.
Namun, bila mengenali peribadi Dila, dia sangkal semua anggapan negative itu. Hinggakan bila Mak Bedah bercerita tentang kejadian Dila memeluk Firdaus pun, dia tak rasa mahu marah. Hatinya berbolak-balik.
“Bonda.” Haikal mengetuk pintu bilik bacaan Engku Da dan terus masuk.
“Ayah dan mama dah sampai ke?” Tanya Engku Da sambil melihat jam yang berdiri dihadapan matanya.
Haikal geleng.
“Haikal nak tanya bonda sesuatu. Tentang abang dengan ex dia dulu.” Kata Haikal.
Engku Da angguk.
Haikal mengambil tempat duduk dihadapan meja Engku Da. Dia cuba menyusun kata agar tidak melukai hati bondanya. Dia tahu, bonda terluka dengan perbuatan ayah dan abangnya tapi dia perlu menyiasat.
“Bonda tahu tak siapa nama ex abang?” Tanya Haikal.
Engku Da fikir sejenak sebelum menggeleng.
“Gambar dia ke?” Tanya Haikal.
“Masa bonda tunjuk tu, abang ambil dan bakar depan bonda.” Kata Engku Da.
Haikal mengeluh. Abangnya kalau marah, memang ekstrem. Menakutkan. Sama macam bonda suatu masa dulu. Tindakan luar jangkaan.
“Maknanya bonda pernah tengok muka ex dia, kan?” Tanya Haikal.
“Yes and no.” Jawab Engku Da.
Haikal kerut kening.
“Yes, memang dah tengok gambar yang ada muka dia. Tapi masa tu musim sejuk dan dia cover separuh dari muka dia. Tak ada pun gambar yang tunjuk muka perempuan tu.” Sambung Engku Da.
Haikal mengeluh.
“Kenapa Haikal tiba-tiba berminat dengan cerita silam abang ni?” Tanya Engku Da.
“Bonda pasti mereka sekadar kawan? Tak pernah tidur bersama?” Tanya Haikal.
“Perempuan tu bertudung. Pakaian muslimah.” Kata Engku Da.
“Mungkin dorang dah kahwin?” Tanya Haikal.
“Takkalah abang nak kahwin tak bagitahu kita. Abang tak akan ketepikan keluarga. Haikal tahu tu, kan?” Kata Engku Da.
Haikal angguk tapi hatinya cuma separuh setuju. Mungkin ada satu perkara yang mendesak. Atau kerana sikap Engku Da yang pasti akan membantah buatkan Firdaus mengambil tindakan luar jangkaan.
“Bonda, soalan lepas ni sangat sensitive. Haikal takut nak tanya. Tapi Haikal nak tahu.” Kata Haikal berhati-hati.
“Tanya je, Haikal.” Izin Engku Da.
“Macam mana bonda tahu tentang hubungan abang dengan perempuan tu?” Haikal memulakan soalan dengan lebih dalam.
“Setiap transaksi dari akaun abang, bonda akan dapat notifikasi. Abang keluarkan semua duit simpanan dia. Bila bonda tanya, dia diam saja. Masa tu, bonda hantar penyiasat. Dia ada bagi profile perempuan tu, tapi semua tentang perempuan tu, abang dah hapuskan. Bonda pun janji tak akan pedulikan perempuan tu asalkan abang putuskan terus hubungan dengan perempuan tu.” Cerita Engku Da.
Haikal angguk. Otaknya masih mencerna semua cerita Engku Da. Tak ada satu pun cerita bonda yang mempunyai bukti kukuh Dila adalah perempuan itu. Dan tak ada satu pun cerita bonda yang boleh membantunya untuk menyiasat siapa perempuan itu.
“Bonda ada cakap dulu, bonda ugut abang, kan? Apa dia?” Tanya Haikal.
Berubah sedikit muka Engku Da. Namun, dia segera mengawal perasaannya. Dia tak mahu Haikal mengesan perubahan diwajahnya. Dia mahu Haikal kenalnya sebagai seorang yang cekal dan kental.
“Bonda suruh orang ekor perempuan tu. Masa bonda berdepan dengan abang, bonda kata, kalau abang tak setuju balik ikut bonda dan putuskan hubungan dengan perempuan tu, bonda akan suruh orang suruhan bonda cederakan perempuan tu. Dan bonda tak teragak-agak untuk hancurkan keluarga perempuan tu.” Kata Engku Da. Tenang.
Walaupun hatinya rasa kesal, namun dia cuba sedapkan hatinya. Kisah lama, biarkan saja. Yang penting adalah sekarang.
Tok. Tok.
“Masuk.” Arah Engku Da.
Dila menjelma dari sebalik pintu. Wajahnya pucat. Namun, dia masih tersenyum. Walaupun senyumannya canggung.
“Dila.” Kata Engku Da dan Haikal serentak.
“Mak Bedah kata Tengku Puan nak jumpa Dila. Bagus juga Haikal pun ada. Dila memang nak jumpa Haikal sama.” Kata Dila.
“Kenapa, Dila?” Tanya Haikal.
“Dila nak resign. Rayqal kata dia dah jumpa orang yang boleh gantikan tempat Dila.” Kata Dila sambil menghulurkan surat perletakan jawatannya kepada Haikal.
“Kenapa Dila nak berhenti?” Tanya Engku Da.
“Dila dah lama nak berhenti, Tengku Puan. Cuma Dila tunggu orang datang ganti. Dila minta tolong Rayqal cari. Rayqal dah jumpa. Esok pagi dia datang. So, esok hari terakhir Dila. Lepas Dila ajar dia apa yang perlu, Dila baliklah.” Kata Dila.
Haikal angguk. Engku Da diam.
“Tapi kenapa?” Tanya Raja Mukhriz yang baru muncul.
Engku Da bangun menyambut suaminya. Tangan suaminya disalam. Raja Mukhriz menarik Engku Da dan mencium ubun isterinya itu.
“Kaki Dila makin kerap sakit. Dila tak nak jadi bebanan pula nanti. Dari menyusahkan lebih ramai orang, lebih baik cari orang yang lebih layak.” Jawab Dila.
“Haikal tahu tentang ni?” Tanya Puan Saleha.
Haikal angguk.
“Kenapa tak halang?” Tanya Puan Saleha lagi.
“Dah. Dila yang tak nak kerja dengan kita lagi. Takkan nak paksa.” Jawab Haikal.
Puan Saleha mengeluh kasar. Kesal dengan sikap anaknya yang seorang ini. Kadang, dia lebih suka sikap Firdaus. Walaupun kasar, tapi dia tahu bagaimana nak buat seorang pekerja yang bagus kekal dengan mereka. Firdaus tak akan mengalah untuk buat pekerja jadi bagus dan kekalkan pekerja itu dengannya.
Berbanding Haikal. Dia lebih suka biarkan pekerja buat keputusan sendiri. Kerana itu, syarikatnya selalu perlu untuk mengambil pekerja. Pekerjanya akan letak jawatan setelah 2 tahun bekerja. Sekadar cukup untuk layak dikatakan pekerja berpengalaman.
“Dila tak nak pertimbangkan keputusan ni?” Pujuk Puan Saleha.
Dila tunduk sambil menggeleng. Dia kalau boleh, mahu segera keluar dari bilik ini. Dan bersembunyi ditempat yang tiada siapa boleh mencarinya. Dia benar-benar ketakutan.
“Dila minta diri dulu.” Kata Dila dan segera keluar.
Dia masuk ke bilik Firdaus dan terus menguncikan diri didalam bilik itu. Dia mendekati Firdaus dan memeluk Firdaus erat.
“Aya takut.” Kata Dila sambil mengeratkan lagi pelukan itu.

Dia benar-benar ketakutan saat ini. Dan dia sangat berharap agar Firdaus bangun dan membelanya tika ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan