SUBSCRIBE

Rabu, Januari 03, 2018

Cinta? Semak! 12

“Kau boleh carikan orang untuk replace aku tak?” Tanya Dila.
Rayqal memandang Dila. Setelah hampir 5 bulan bekerja menjaga Firdaus, akhirnya, Dila mengalah. Dia mahu berhenti. Dan kini memintanya mencari orang untuk menggantikannya.
“Bila kau nak berhenti?” Tanya Rayqal.
“Bila kau dah jumpa pengganti aku. Cuma aku minta, kalau boleh, biarlah lelaki.” Jawab Dila.
“Kenapa? Kau jealous?” Saja Rayqal menyakat.
“Tak ada sebab aku jealous.” Balas Dila.
Rayqal senyum.
“Manalah tahu, kau jatuh hati dekat Firdaus.” Rayqal masih mahu menyakat kakaknya.
Dila mendengus dan menjelingnya.
“Ke kau takut budak yang ganti kau tu terpikat pada Haikal?” Tanya Rayqal sambil ketawa.
“Jangan nak mengarut sangat. Boleh tak?” Marah Dila.
Rayqal ketawa.
“Manalah tahu. Kau nak berhenti sebab hati dah terpikat dekat salah seorang dari dua beradik tu. Senang kerja aku. Tak payah nak siasat. Dorang berdua tu tentu-tentu orang baik-baik. Dari keluarga yang baik-baik.” Balas Rayqal.
Dila jelling.
“Semaklah kau ni. Macam tak ada benda lain kau nak cerita. Balik-balik benda tu. Tak payah. Semak. Jangan nak semakkan hidup aku dengan benda yang bukan-bukan.” Marah Dila.
“Cinta bukan perkara bukan-bukan.” Balas Rayqal.
“Benda tu semak. Tau, tak?” Balas Dila pula.
“Ia semulajadi.”
Dila diam. Malas mahu melawan cakap dengan Rayqal. Rayqal tak akan pernah mengalah jika dia berbicara tentang cinta. Walaupun selepas putus tunang.
“Hadir tanpa dijangka.”
Rayqal jelling Dila yang tiba-tiba diam.
“Satu perasaan indah. Namun, punya tanggungjawab yang digalas bersama perasaan itu. Manusia semua perlukan cinta, kak. Kau perlu. Aku perlu. Semua orang perlu. Dan semua manusia terhasil dari sebuah cinta.” Sambung Rayqal.
“Adha tak lahir dari sebuah cinta. Dia lahir dari satu tanggungjawab saja.” Bidas Dila.
“Kau rasa macam tu?” Tanya Rayqal.
Dila diam.
“Kau sendiri tak ada jawapan.” Kata Rayqal.
“Yang pasti, ianya adalah satu kesilapan besar. Tapi jika perkara yang sama berlaku lagi sekali, aku tetap akan pilih jalan yang sama.” Balas Dila.
Rayqal diam dengan ketegasan Dila bila berbicara tentang isu ini. Dila yang tidak pernah percaya pada cinta sejak dari kecil hingga sekarang. Dan tentang kehadiran Adha yang dikatakan terhasil dari sebuah tanggungjawab.
Rayqal menarik nafas panjang.

‘Moga Allah buka pintu hati Dila untuk menerima cinta seorang lelaki dan dikurniakan kebahagiaan dengan lelaki pilihan hatinya. Aamin.’ Doa Rayqal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan