SUBSCRIBE

Selasa, Julai 16, 2019

Kisah Pula Aku 30

         Shaza dan Hadif mengeluh. Mula rasa tak bebas selepas kejadian dirumah ibu bapa Hadif.

         "Takkan kita nak biar je ayah dengan ibu gaduh?" Kata Shaza.

         "Tu lah. I feel uncomfortable. Rasa menyusahkan you je. Duduk sini. You kena jaga makan pakai I. This is not what we agreed off." Balas Hadif

        "Ada ke fikir macam tu. I okey je. Bukan susah sangat pun nak uruskan you. Routine biasa cuma ada penambahan sikit je." Balas Shaza menyakat Hadif. Sebuah senyuman nakal diberikan kepada Hadif.

        "I can't help Darl. You are so gorgeous. Your touch always turn me on." Hadif Pula menyakat Shaza. Sebuah kucupan pantas terlekap dibibir Shaza.

        Shaza senyum. Bahagia.

        Namun, mindanya Masih ralat memikirkan tentang ibu dan ayah mertuanya. Dia tak mahu hubungan keduanya menjadi renggang. Semuanya kerananya. Kerana kewujudannya.

         "Andai saja I tak wujud didunia ni." Satu keluhan dilepaskan.

         "Apa cakap macam tu. Setiap sesuatu yang telah Allah tetapkan, pastinya ada kebaikannya. Of course ada yang buruk. Perfect is just for Allah." Balas Hadif.

         "I know. Just saying." Kara Shaza. Perlahan.

         "Tak payah nak cakap benda yang merepek. Seolah-olah menidakkan takdir yang Allah dah tetapkan." Tegur Hadif. Tegas.

        Shaza diam. Dia sedar, dia salah.

        "Why not, kita suruh ibu datang dan paksa ayah balik. I mean, pujuk ayah balik." Cadang Hadif.

        "Ibu nak ke?" Tanya Shaza. Dia memikirkan cadangan Hadif.

        Hadif angkat bahu.

        "Nevermind. Let me handle this. I think, I can make ibu paksa ayah balik. I really hope, bila ayah dan ibu dah bersama, boleh pulihkan hubungan mereka." Kata Shaza.

        Dari mula lagi dia dah fikirkan jalan. Namun, Puan Rozi semacam sudah berpatah arang berkerat rotan dengan Encik Hairi. Encik Hairi juga begitu. Hubungan suami isteri itu seperti tidak mungkin dapat dibetulkan kembali.

        Nak suruh Encik Hairi balik Dan membetulkan hubungannya dan Puan Rozi? Adalah sangat mustahil. Jika dia mahu membetulkan hubungan itu, takkan dia keluar dari rumahnya dan menginap dirumah Hadif. Siap dihalaunya Hadif untuk tinggal dirumah Shaza.

         'Entah-entah, ayah saja nak suruh Hadif duduk dengan aku. Supaya kami menjadi seperti pasangan suami isteri yang normal.' Bisik hati Shaza.

         "Tak mungkin." Tanya sedar kata itu dilafazkan. Kepalanya pula digeleng-gelengkan.

        Hadif memandangnya. Pelik.

        Sekali lagi Shaza menggelengkan kepalanya. Berkali-kali hatinya menidakkan apa yang akalnya fikirkan.

       'Kalau betul, aku kena cepat-cepat betulkan keadaan. Aku tak boleh biarkan benda ni terjadi. Nanti aku sendiri yang sakit.' Putus hati Shaza.

      Shaza memandang Hadif.

     'Lelaki ni, kena kahwin dengan seorang perempuan yang boleh menyempurnakannya. Yang boleh melahirkan zuriat untuknya. Yang boleh sentiasa membelai dan memanjakannya. Dan orang tu bukan aku.' Kata hatinya.

      'Kenapa bukan kau?'

      'Hati, tak payah bersoal jawab. Jawapannya kita sama-sama tahu. Rahim aku rosak. Doctor sendiri dah sahkan, kemungkinan untuk aku mengandung tu tak ada.' Hatinya sayu.

      Dia ingin jadi isteri yang menyempurnakan hidup Hadif tapi fizikalnya tidak mengizinkan. Kerana itu, dia berjanji untuk tidak menganggap dirinya sebagai isteri Hadif. Hanyalah seorang wanita yang dahagakan sentuhan hangat Hadif. Sugar mummy Hadif. Tak lebih dari itu.

     Untuk itu, dia perlu menyelesaikan isu ibu dan ayah Hadif. Secepat mungkin agar hidupnya kembali normal.

       Dia angguk.

      Hadif sekali lagi memandangnya pelik. Tapi dia hanya membiarkan Shaza yang sedang berada didalam dunianya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan