Ain tak senang duduk.
Mata itu selalu mengekor pergerakannya. Rasa tak selesa dirumah sendiri. Hakimi
dan Hakimah pula menjadi jaga. Mengikut Ain walau kemana Ain pergi. Tidak
dibiarkan Ain sendirian kecuali bila Ain dengan Amran.
Mak dan abah jangan
cakap. Dalam senyum dan ketawa, ada riak gelisah diwajahnya. Mana tidak gelisah
melihat orang yang paling mereka mahu elakkan didalam dunia ni berada didepan
mata. Hendak dihalau, diperkenalkan sebagai saudara-mara si menantu. Lagipun,
sudah diberi amaran dari awal oleh Ain untuk tidak membuat onar. Air muka anak
dan menantu perlu dijaga. Ditambah pula si menantu masih tidak tahu cerita
sebenar.
“Kenapa Along dan Kakak
asyik escort Ain saja?” Tanya Amran.
Ain yang sedang
membasuh tangan didapur, hanya memandangnya. Mengelap tangannya dan memeluk
pinggang si suami. Sebuah senyuman ikhlas diberikan kepada Amran.
“Sebab dorang rindu
Ain.” Jawab Ain.
“Macam pelik sangat dah
ni.” Kata Amran.
“Am ikutlah Ain setiap
masa kalau tak nak Along dan Kakak ikut Ain. Tengok. Bila Ain dengan Am saja,
dorang pergi. Kalau tidak, mengekor saja.” Kata Ain.
“Am memang nak ikut
saja Ain tapi apa kata saudara-mara kita tu. Mentang-mentang anniversary kita.
Mahu ada yang kata. Baik celebrate anniversary dalam bilik. Tak payah nak buat party
home warming cum anniversary.” Balas Amran.
“Macam tu, jangan
berungut Along dan Kakak escort Ain.” Balas Ain.
Amran diam. Tak tahu
nak balas apa lagi. Dia hanya pandang Ain yang sudah berlalu meninggalkannya
sendirian didapur. Ain menuju kearah Hakimi dan Hakimah. Namun, dalam
perjalanan itu, dihalang oleh pakciknya.
Dia nampak Ain gelisah
dan ketakutan. Hakimi segera mendekati. Dipeluknya Ain dan terus dibawa Ain
pergi tanpa sebarang kata.
Amran kerut dahi.
‘Kenapa?’ Soal hati
Amran.
Dari pintu dapur itu
juga dia nampak Hakimah mendekati pakciknya. Air muka Hakimah nampak tegang.
Dari cara dia bercakap, Amran nampak seperti Hakimah sedang memberi amaran.
‘Kenapa?’ Soal hati
Amran lagi.
Amran berkira-kira
hendak bertanya pada Hakimah tapi dihentikan niatnya itu. Pasti Hakimah tak
mahu memberitahunya. Dia sangat pasti. Jadi, bertanyakan kepada pakciknya itu
adalah jalan yang paling terbaik.
Amran berjalan
mendekati pakciknya yang bernama Razali. Razali adalah suami kepada makciknya,
Mariah, adik Encik Amir. Mereka baru pulang dari Indonesia setelah hampir 2
tahun menetap disana. Disebabkan itu, mereka tidak pernah hadir dimana-mana
kendurinya. Sewaktu majlis kenduri kahwinnya dulu, makciknya sedang dalam
pantang anak mereka yang kedua.
“Pakcik. Kenapa ni?”
Tegur Amran.
Razali hanya mengeleng.
“Mana boleh tak ada
apa-apa. Muka pakcik sedih saja ni. Patut happylah. Hari ni hari untuk happy
bukannya sedih-sedih macam ni.” Kata Amran.
“Pakcik okey saja.”
Jawab Razali.
“Pakcik, ceritalah.
Amran nampak tadi Pakcik dengan Ain. Amran nampak pakcik dengan Hakimah tadi.
Kenapa, pakcik?” Tanya Amran.
“Am. Ain nak kena
keluar. Urgent. Apa-apa hal nanti Ain contact Am. Ini telefon Am. Letak dalam
poket. Ain keluar dulu. Ain kena juga keluar.” Ain menyerahkan telefon bimbit
Amran.
Ain kelihatan sangat
gelisah dan sedang tergesa-gesa. Amran menahan Ain dari bergerak. Ain cuba
untuk melepaskan dirinya.
“Ain nak pergi mana?”
Tanya Amran.
“Kawan Ain. Kawan Ain
nak buat gila.” Kata Ain.
Razali yang berada
dihadapan mereka hanya memandang Ain. Ain jadi tidak selesa. Bertambah tidak
senang hatinya. Dia takut dan dia lebih takut akan segala kemungkinan yang akan
jadi nanti. Tak kira pada dirinya atau pada kawannya.
“Azlia call. Dia kata
dia tak nak hidup lagi.” Cerita Ain bila Amran hanya memandangnya.
“Siapa Azlia? Am tak
pernah tahu pun.” Tanya Amran.
“Azlia kawan baik Ain.
Ain kawan dengan dia sejak sekolah rendah lagi. Asalnya cuma kawan pena lepas
tu kami selalu berjumpa sampailah dia buang Ain sebab dia sudah ada kekasih.
Lepas tu, Ain kahwin. Terus kami terputus hubungan. Tapi tadi dia call Ain. Dia
kata dia tak nak hidup lagi. Ain risau. Ain nak pergi tengok dia.” Rintih Ain.
Dia sangat takut
sebenarnya saat itu. Dia takut andai rahsianya terbongkar. Dia takut dengan Razali
dan dia takut seandainya Azlia bunuh diri. Dia benar-benar takut.
“Abang ni. Dari tadi
asyik pandang si Ain ni. Kenapa?” Tegur Mariah.
Mariah terus memandang
Ain. Dia rasa seperti pernah berjumpa dengan Ain. Wajah Ain nampak sangat biasa
dipandangannya tapi dia tak pasti. Bila dilihatnya Razali asyik memandang Ain
sejak dari mereka tiba, hatinya makin tertanya-tanya. Dia nampak Razali seperti
mencari ruang dan peluang untuk bercakap dengan Ain.
“Siapa nama sebenar
isteri kau ni, Am?” Tanya Mariah.
“Ain Nadira Mohd
Radzi.” Jawab Amran.
“Ooo. Nadira. Ain
Nadira.” Kata Mariah.
Dia sudah ingat. Dia
ingat nama itu. Patutlah dia rasa dia kenal. Dia juga rasa macam biasa melihat
beberapa wajah disitu. Rupa-rupanya seseorang yang pernah merosakkan hidup
suaminya.
“Ain pergi dulu.” Ain
terus menarik tangannya dari Amran.
Ain berlari dari situ.
Dia ingin keluar. Biarlah apa nak jadi nanti. Antara rahsianya dan nyawa Azlia,
dia memilih Azlia. Lagipun, dia belum bersedia untuk memperdengarkan Amran
tentang rahsia hidupnya yang disimpan kemas selama ini.
Ain terus memecut
keretanya. Dalam keadaan takut itu, airmatanya mengalir dek kerana terlampau
takut dengan segala kemungkinan. Kemungkinan akan kehilangan seorang kawan
baik. Kemungkinan akan kehilangan seorang kekasih merangkap suaminya.
Dia benar-benar
ketakutan.
Tanpa dia sedar,
dihadapannya telah berlaku kemalangan jalanraya. Bila saja dia sedar akan
kemalangan itu. Terus dia menekan pedal berhenti secara mengejut. Dia selamat
dari merempuh kamalangan yang terjadi tapi keretanya pula yang dilanggar dari
belakang sehingga mendorongnya ke depan. Keretanya juga cuma disebabkan dia
masih menekan pedal berhenti, maka tidaklah jauh sangat keretanya terdorong ke
depan. Cukup pada jarak selamat dari kenderaan kemalangan.
Dia membuka tali
pinggan keselamatannya. Saat itu pula telefon bimbitnya berbunyi. Dia melihat
nama Amran tertera di skrin. Dia menjawab panggilan itu sambil keluar dari
kereta.
“Am. Ain accident.”
Katanya tanpa menjawab soalan Amran yang bertanyakan dia dimana.
“Accident? Dekat mana?”
Risau Amran jadinya.
Tak sampai 15 minit Ain
keluar sudah mendapat khabar yang dia kemalangan. Siapa tak risau? Kemalangan.
Entah apa keadaan Ain tika itu. Namun akal logiknya memberitahu yang Ain
selamat sebab Ain masih boleh menjawab panggilannya.
“Tak jauh dari rumah
kita. Dekat federal highway arah ke KL.” Jawab Ain.
“Tunggu situ.” Arah
Amran.
“Bawa Along sekali.”
Suruh Ain.
Panggilan segera
dimatikan. Ain melihat belakang keretanya yang kemek. Mujur dia memakai tali pinggan
keselamatan. Rempuhan itu sebenarnya agak kuat kerana dia baru terasa sakit
dibahagian bahu dan dadanya.
“Awak okey tak?” Tanya
Ain pada pemandu lelaki yang baru keluar dari kereta yang melanggarnya.
“Saya okey. Awak okey?”
Tanya pemandu itu pula.
Ain angguk.
“Saya minta maaf. Saya
break mengejut.” Pinta Ain.
“Saya pun salah. Saya
ikut rapat tadi.” Kata pemandu itu.
Ain tidak lagi membalas
kata dengan pemandu itu. Dia melihat keadaan keretanya. Tidaklah terlampau
teruk tapi pada pengiraan Ain, bumper belakang dan ekzos keretanya itu mesti
ditukar.
“Saya tanggung semua
ni.” Kata pemandu itu.
Ain diam dan melihat
keadaan kereta myvi yang dipandu oleh lelaki itu. Bumpernya sudah jatuh dan
lampu sorot dan lampu kanan depannya pecah. Keadaan keretanya lagi teruk dari
Ain.
“Ni kad saya.” Dia
menghulurkan kad namanya kepada Ain.
Ain ambil dan membaca
nama yang tertera. Rifaat Rifki Bin Abd Salam. Ain pandang lelaki itu semula.
“Panggil Rifaat saja.”
Katanya.
“Saya Ain.” Ain
memperkenalkan dirinya.
“Ain.” Jerit Amran dari
jauh sebaik saja turun dari kereta.
“Am. Ini Rifaat. Along
mana?” Tanya Ain bila Amran sudah rapat dengan mereka.
Amran bersalaman dengan
Rifaat. Kemudian dia membelek Ain. Risau sekiranya Ain ada cedera.
“Along mana?” Tanya Ain
sekali lagi.
Along dekat belakang.
Letak tanda kecemasan. Takut ada yang langgar korang pula.” Kata Amran selepas
berpuas hati.
“Ain.” Jerit Hakimah
pula dan dengan pantas berjalan kearah mereka. Dibelakangnya Hakimi juga sedang
berjalan laju kearahnya.
“Ain okey. Along,
Kakak. Boleh tak settle kan benda ni dengan Rifaat. Am, jom teman Ain pergi
jumpa Azlia. Please.” Rayu Ain.
“Ain dah macam ni pun
nak jumpa Azlia lagi ke?” Marah Hakimi.
“Please.” Rayu Ain.
“Ain, dia pernah buang
Ain. Tiba-tiba datang. Apahal?” Kata Hakimah.
“Dia tetap kawan baik
Ain. Dia dalam kesusahan. Tolonglah. Am... Tolonglah bawa Ain jumpa Azlia. Ain
okeylah. Tengok ni. Kereta saja teruk sikit.” Rayu Ain lagi.
“Kalau dia betul-betul
bunuh diri macam mana?” Provoke Ain.
“Dah. Jom.” Amran malas
nak bertekak disaat itu.
“Thank you.” Ucap Ain
lantas menghadiahkan sebuah kucupan dibibir Amran.
“Manjakan sangat Ain
tu, Am. Itu pasal jadi degil macam tu.” Rungut Hakimi.
“Along pun sama.” Balas
Hakimah.
“Kakak pun sama.” Balas
Hakimi.
“Along dan Kakak jangan
nak bergaduh pula. Ain okey. Cuma nak minta tolong bawa balik kereta saja. Ini
name card Rifaat. Korang settlekanlah macam mana pun. Ain dan Am nak pergi
jumpa Azlia kejap.” Kata Ain sebelum menarik tangan Amran ke kereta.
Amran cuma mengikut.
Dia duduk ditempat pemandu dan Ain disebelahnya.
“Dekat mana?” Tanya
Amran tentang lokasi Azlia.
“Subang Jaya.” Jawab
Ain.
Amran terus memandu
kearah Subang Jaya. Bila sudah sampai kawasan Subang Jaya, Ain menunjukkan
jalan kearah rumah Azlia.
“Sini. Am tunggu sini.”
Kata Ain dan bersedia untuk turun.
“Tak apa. Am ikut.
Nanti apa-apa jadi, senang.” Kata Amran yang turut mematikan enjin kereta.
Ain memberi salam
berkali-kali. Namun, tiada orang menyahut. Dia cuba untuk membuka pagar rumah.
Ternyata tidak berkunci. Dia masuk. Pintu rumah diketuk. Masih tidak ada yang
menyahut. Ain cuba buka. Pun tidak berkunci.
“Lia.” Panggil Ain
sebaik melangkah masuk ke dalam rumah itu.
“Dia tinggal seorang
ke?” Tanya Amran.
Ain angguk sambil
matanya meliar mencari Azlia. Amran turut mencuba untuk mencari kalau-kalau
terlihat kelibat seseorang.
“Ain.” Amran
menunjukkan kepada seorang wanita yang sudah terbaring disudut ruang tamu.
“Azlia.” Jerit Ain bila
saja terlihat kelibat yang ditunjukkan Amran.
Ain terus berlari
menuju kearah Azlia. Azlia masih sedar tapi dalam keadaan yang sangat lemah.
Ain lihat tangan Azlia yang sudah dikelar. Ain mengambil kain yang dihulurkan
Amran kepadanya. Diikatnya kain itu dipergelangan tangan Azlia untuk
mengelakkan lebih banyak darah yang keluar.
“Kenapa kau datang.
Balik. Biar aku mati.” Kata Azlia.
“Kau nak mati, tunggu
waktu kau mati. Am, tolong angkat Azlia. Kita bawa dia pergi hospital.
Sekarang.” Kata Ain.
Amran hanya menurut.
Dia ketepikan batasan antara lelaki dan perempuan. Dia mengendung Azlia atas
dasar kemanusiaan. Ain ikut dari belakang. Dia membuka pintu tempat duduk
dihadapan. Kerusinya pula diturunkan untuk dibaringkan Azlia.
“Pergi tutup rumah.”
Arah Amran.
“Tak ada kunci. Tak
tahu dekat mana.” Kata Ain.
“Tutup saja. Kita
serahkan semua pada Allah. Biar Allah yang pelihara rumah ini dari dimasuki
pencuri.” Kata Amran.
Ain angguk.
Asalnya dia fikir,
biarlah dia saja dirumah ini. Menjaga rumah ini sehingga dia menjumpai kunci
rumah. Dia bukan tak kenal Azlia yang suka meletak barang merata-rata. Hanya
Azlia saja tahu dimana dia letakkan semua benda. Jadi untuk dia mencarinya,
pasti memakan masa.
Sampai saja di Subang
Jaya Medical Centre, terus saja Azlia dimasukkan diunit kecemasan. Ain dan
Amran duduk menunggu diluar selepas mendaftar masuk Azlia dikaunter
pendaftaran. Ain mundar mandir dihadapan pintu unit kecemasan. Amran berada
ditepi.
“Ain, sini.” Panggil
Amran. Rimas rasanya melihat Ain mundar mandir begitu.
Ain berjalan menuju
kearah Amran. Bila Ain sudah berdiri dihadapan Amran. Terus Amran merangkul Ain
untuk berdiri disebelahnya. Dia memeluk bahu Ain. Ain melentokkan kepalanya
dibahu Amran.
“Puan Ain?” Seorang
jururawat datang mendekati mereka.
“Puan Azlia akan
dihantar ke bilik wad. Dia dah sedar. Mujur urat sarafnya tidak terputus dan
darah pun tidak banyak keluar.” Kata jururawat tersebut.
Ain hanya angguk.
Jururawat itu berlalu.
Ain dan Amran menadah tangan mengucapkan tanda syukur kerana Allah masih
selamatkan Azlia dari mati dalam kekufuran.
Azlia sudah ditolak
keluar dari unit kecemasan. Ain dan Amran ikut sama sehingga ke bilik. Selepas
meletakkan Azlia diatas katil, jururawat semua keluar meninggalkan mereka
bertiga.
“Rehatlah, Lia. Esok
kami datang lagi.” Kata Ain.
“Kenapa kau selamatkan
aku? Kenapa? Aku nak mati Ain. Aku nak mati. Tak ada guna aku hidup didunia ni
lagi. Dia dah tinggalkan aku.” Azlia meraung.
“Habis tu, kalau dia
tinggalkan kau. Kau kena mati. Dia? Seronok bersenang-lenang?” Tanya Ain dalam
nada yang ditahan marahnya.
“Aku nak dia rasa
berdosa dan bersalah kerana menyebabkan kematian aku.” Kata Azlia.
“Kalau dia rasa
bersalah dan berdosa. Kalau tak?” Tanya Ain.
“Dia mesti akan rasa.
Aku kenal dia.” Kata Azlia.
“Lepas tu apa? Kau
tetap dah tak ada didunia ini. Diakhirat kau duduk dalam neraka, dia sedap duduk
dalam syurga. Sebab dia mati masih dalam Islam. Kau mati? Allah tak nak tengok
pun kau langsung.” Kata Ain.
Azlia meraung.
Menangis.
“Aku selalu rasa otak
kau cetek tapi aku tak sangka sebodoh ni kau ni.” Marah Ain.
Amran memeluk Ain. Dia
tak suka melihat Ain yang dalam keadaan sangat marah. Dia tak nak Ain terus
dihantui rasa marahnya. Jadi dia rasa memeluk Ain boleh buatkan Ain rasa
sedikit tenang.
“Aku memang bodoh. Aku
nak dia. Aku cuma nak dia jadi suami aku. Itu pun susah ke?” Kata Azlia.
“Memang susah kalau dia
bukan tercipta untuk kau.” Balas Ain.
“Kenapa Allah tak cipta
dia untuk aku?” Rintih Azlia.
“Soalan apa yang kau
tanya ni? Soalan apa? Kau mempersoalkan Allah ke? Kau jangan sampai jadi
manusia kufur. Jangan jadi fasik. Mengucap Azlia. Mengucap. Allah itu jadikan
sesuatu itu bersebab. Pasti Dia dah sediakan untuk kau seseorang yang
sememangnya sesuai untuk kau. Tentunya yang terbaik untuk kau.” Kata Ain.
“Dia yang terbaik untuk
aku. Aku sayang dia. Aku cintakan dia. Aku nak dia. Dia saja boleh jadi suami
aku. Bukan lelaki lain. Hanya dia.” Tegas Azlia.
“Astagfirullah Al-Azim.
Kau dah gila ke Lia?” Tanya Ain.
“Ya. Aku gila sebab aku
cuma nak dia. Tak boleh ke dia nikahi aku? Aku bukan ada sesiapa pun didunia
ni. Aku seorang. Tak payah nak pinang dan ikut adat. Bawa saja aku ke pejabat
kadi. Nikahi aku disana. Sudah. Aku tak minta pun majlis atau apa pun. Cuma
nikahi aku. Kenapa dia tak nak?” Kata Azlia.
“Aku malas nak cakap
dengan kau, Lia. Kau rehatlah. Kalau kau rasa kau nak juga dia. Berdoalah Allah
makbulkan doa kau.” Kata Ain.
Dia terus menarik Amran
keluar dari situ.
“Dia saja boleh jadi
suami aku. Orang lain tak boleh. Aku tak layak untuk orang lain. Aku cuma boleh
menikah dengan dia saja.” Jerit Azlia bila Ain sudah keluar dari biliknya.
Ain terus berjalan.
Tangannya masih memegang Amran tapi Amran bukan disisinya. Amran masih
dibelakang. Dia masih dalam posisi menarik Amran. Mindanya dalam keadaan
separuh sedar.
“Ain.” Panggil Amran.
“Ain.” Panggil Amran
lagi.
Masih tiada sahutan
dari Ain. Amran menghentikan langkahnya. Ain tersentak bila tangannya terhenti
kebelakang.
“Adoi.” Ain meraung.
Rasa sakit akibat
kemalangan tadi menjengah kembali. Jeritan Ain itu merisaukan Amran. Dia hanya
menahan Ain dari berjalan. Langsung tiada kekasaran yang dilakukannya tapi Ain
mengaduh seolah-olah dia merentap tangan Ain.
“Kenapa ni?” Tanya
Amran.
“Sakit.” Itu saja Ain
jawab.
Amran menarik kerusi
roda yang berada disitu dan menyuruh Ain duduk. Dia menolak Ain ke bilik Azlia.
Didalam bilik itu, Amran memaksa Ain membuka bajunya. Langsung dia buat tak
tahu dengan Azlia yang terkejut melihat mereka masuk semula.
Mujur Ain memakai baju
blaus berbutang sehingga ke bawah. Bila dia melihat Ain membuka satu persatu
butang bajunya, Amran tahu Ain tak boleh nak angkat tangannya kerana selalunya
Ain akan buka terus tanpa membuka butang bajunya.
Bila baju Ain terbuka,
Amran dapat melihat bekas lebam dibadan Ain. Paling ketara adalah dibahu
kanannya. Cepat-cepat Amran memakaikan semula baju Ain.
“Kau kenapa, Ain?” Tanya
Azlia.
“Ain accident masa nak
pergi jumpa awak. So, jaga diri tu elok-elok. Jangan nak susahkan Ain lagi.
Saya nak hantar dia pergi hospital.” Kata Amran.
“Awak tu bukan ada di
hospital ke?” Balas Azlia.
Terasa hati dengan
kata-kata Amran yang seolah-olah menyalahkan dirinya mengakibatkan Ain
kemalangan. Dia tak suruh Ain datang. Ain yang nak datang. Bukan salah dia.
“Hospital ni jauh. Kalau
boleh, esok minta doctor untuk keluar. Rumah awak tu tak berkunci. Next time,
belajar letak kunci dekat tempat yang orang senang nak cari. Mujur Ain terjumpa
purse awak. Kalau tidak, lagi menyusahkan untuk pendaftaran semua.” Kata Amran.
Ain yang ingin bersuara
disuruhnya diam. Amran tak mahu Ain membela Azlia. Dia benar-benar marah saat
itu. Isterinya tercedera disebabkan hendak menyelamatkan seorang manusia bodoh
yang ingin membunuh diri. Lagi dia marah bila Hakimi dan Hakimah bercerita yang
Azlia dah lama tidak menghubungi Ain hanya kerana Ain tidak setuju dengan
lelaki pilihan hatinya.
Entah kenapa Ain selalu
melibatkan diri dengan mereka yang tidak pernah nak menghargainya. Dan yang
paling dia tak suka. Ain akan bermatian untuk menolong orang itu. Tengoklah
sekarang ni. Lepas kemalangan, masih juga nak pergi tengok Azlia. Dan Azlia
langsung tidak menghargai pertolongan Ain. Malahan Ain ditengkingnya. Dia
perhatikan saja. Tapi bila dapat tahu yang Ain menahan sakit untuk orang
begini, hatinya sakit.
“Ain nak duduk atas
kerusi ni atau Am kendong saja Ain?” Tanya Amran. Tegas.
Ain terus duduk diatas
kerusi roda itu tanpa menjawab soalan Amran. Dia tahu Amran sedang marah.
Sangat tahu. Jadi lebih baik dia ikut saja kata Amran tanpa banyak soal.
Lagipun, dia pun terasa dadanya sesak sangat. Macam tak cukup oksigen.
Amran terus menolak Ain
ke kereta dan terus memecut kereta ke Darul Ehsan Medical Centre. Ain didaftar
masuk ke hospital tanpa banyak soal. Walaupun doctor yang memberi rawatan
mengatakan Ain boleh terus dibawa pulang. Lagipun, dia cuma mengikut prosedur
syarikat insuran.
“Dah. Rehat.” Kata
Amran bila saja Ain dihantar ke bilik wadnya.
“Am marah Ain?” Tanya
Ain lembut.
“Esok suruh doctor buat
x-ray. Tadi tak buatkan?” Arah Amran.
Ain angguk.
“Tak apa. Am sendiri
cakap dengan doctor. Ain baring sekarang. Jangan nak banyak gerak.” Arah Amran.
“Am marah Ain ke?”
Tanya Ain lagi sekali.
“Rehat Ain. Jaga diri
tu pula. Jangan sibuk nak jaga orang lain sampai diri sendiri cedera pun boleh
buat tak tahu.” Bebel Amran.
“Ain minta maaf tapi
itu yang Ain rasa patut Ain dulukan. Tadi tu. Mujur kita cepat sikit. Kalau tidak,
mesti Azlia dah tak ada.” Pujuk Ain.
“Azlia lagi. Dia tu dah
buang Ain, kan? Along cerita lepas Ain keluar tadi.” Kata Amran.
“Am juga yang pesan
pada Ain. Biar orang buat kita tapi jangan sampai kita buat otang.” Kata Ain.
“Tapi jangan sampai
memudaratkan diri sendiri. Ini kalau tak sebab Am tahan tangan Ain tadi, entah
bila Ain nak bagitau kecederaan Ain ni.” Kata Amran.
“Yalah. Next time, Ain
cerita semua dekat Am. Ya?” Pujuk Ain.
Amran angguk.
“Dah tidur.” Amran
membetulkan selimut Ain.
Dia kemudian duduk
disofa yang terdapat didalam bilik itu. Matanya tepat memandang Ain yang juga
sedang memandangnya sehingga mereka sama-sama lena.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan