Tiga hari Ain
direhatkan dihospital. Menurut doctor, tulang bahu Ain tidak patah cuma
terkehel sedikit dan itu memerlukan Ain untuk rehat dan tidak banyak bergerak.
Dan selama tiga hari itu, ramailah rakan pejabat yang datang menjengahnya. Baik
dari pejabat induk sehinggalah cawangan.
Hakimi adalah orang
yang bertanggungjawab untuk menjaga Ain sepanjang Amran bekerja memandangkan
Hakimi tidak bekerja waktu pejabat. Hakimi menjalankan perniagaan secara atas
talian. Makanya, dia boleh menjalankan perniagaannya dimana-mana dan pada bila-bila
masa.
Pada sebelah malamnya
pula, Amran yang akan mengambil alih. Dia yang akan temani Ain sehingga ke esok
pagi. Dia langsung tidak kisah tidur di sofa. Lagipun, Ain bukan anak kecil
yang meragam. Kalau sudah tidur, esok pagi baru dia bangun. Itu pun sebab
jururawat datang untuk mengambil sampel darah.
“Leganya boleh balik ke
rumah.” Kata Ain.
“Jangan nak lega
sangat. Doctor kata rehat. Rehat tu maknanya duduk diam-diam. Jangan nak sibuk
buat itu dan ini. Faham?” Balas Amran.
“Baik, doctor.” Gurau
Ain.
Doctor memberi Ain cuti
selama 2 hari lagi supaya dia boleh rehat dan benar-benar sihat untuk menjalani
aktivitinya semula. Ain pun tidaklah sehingga mahu melawan cakap doctor. Dia
mahu benar-benar sihat. Dia ingin sentiasa menjaga kesihatannya kerana sihat
itu adalah nikmat Allah yang paling berharga.
“Esok Along datang jaga
Ain macam biasa. Dan macam biasa. Ain nak apa pun, minta pada kami. Jangan nak
pandai-pandai buat sendiri. Kecuali kalau tak sayang pada badan sendiri.” Kata
Amran.
“Am. Nak call Azlia.
Nak tahu dia dah keluar hospital ke belum.” Pinta Ain.
“Pandai-pandai dialah
nak call Ain bila dia dah keluar hospital. Tapi Am harap doctor hantar dia
berjumpa psikiatrik. Bagi cuci sikit otak dia tu. Tak pun, hantar dia ke pusat
pengajian Islam. Bagi ustaz-ustazah dekat situ tarbiyah dia sikit.” Luah Amran.
Nama Azlia sangat
pantang ditelinga Amran kini. Bukan hanya dia menjadi penyebab Ain kemalangan
tapi juga dia marah dengan kebodohan tindakan Azlia. Baru ditinggalkan teman
lelaki sudah jadi sebegitu rupa. Nampak sangat dia meletakkan cintanya kepada
lelaki itu melebihi cintanya kepada Allah.
“Tak habis lagi ke Am
marah pada Azlia?” Tanya Ain.
“Ain jangan kawan
dengan dia lagi. Boleh?” Pinta Amran.
“Kenapa?” Tanya Ain.
“Siapa kawan kita
menunjukkan siapa diri kita. Am tak nak Ain jadi macam dia. Meletakkan cinta
pada mahkluk lebih tinggi dari cinta pada Allah.” Terang Amran.
“Tapi kalau kita
lepaskan dia. Bukankah dia akan terumbang-ambing? Siapa nak pimpin dia menjadi
lebih baik kalau bukan Ain, kawan dia ni?” Kata Ain.
“Tapi.”
“Am. Am sebenarnya
marah siapa? Am marah Azlia atau Maha Pencipta yang mencipta Azlia? Am lupa.
Tidak bergerak sezarah pun sesuatu itu tanpa izin dari-Nya. Benar. Azlia buat
salah. Tapi siapa kita nak hukum dia? Kita bukan Tuhan yang Maha Mengetahui apa
yang ada didalam hati setiap manusia. Ain ada Am untuk sentiasa ingatkan Ain
andai Ain tersilap langkah. Jadi, izinkan Ain untuk mengingati Azlia didalam
setiap kesumbangan lakunya itu.” Cantas Ain.
Amran menarik nafas
dalam. Sungguh dia terasa hati dengan kata-kata Ain. Betul kata Ain. Siapa dia
untuk menilai baik buruk seseorang? Kenapa aku nak marah? Bukankah sama kalau
aku marah Azlia adalah seperti aku marahkan Allah kerana Allah menciptanya. Allah
yang kurniakan perasaan itu kepadanya. Dia cuma tersilap mengawal perasaannya
sehingga melebihi perasaan cinta pada Allah.
‘Siapa sebenarnya aku
marah?’ Amran mempersoalkan hatinya.
“Tapi macam mana kalau
Ain terpengaruh dengannya?” Amran menyatakan kerisauannya.
“Am kan ada untuk
sentiasa ingatkan Ain yang kita bercinta kerana Allah. Kita berkasih-sayang
untuk mendapatkan redha Allah dan keberkatan-Nya.” Kata Ain.
Ain mendekatkan
tubuhnya dengan tubuh Amran. Dia meletakkan kepalanya dibahu Amran. Cara untuk
memujuk dan melembutkan hati Amran.
Amran senyum segaris.
“Dengan syarat. Apa
saja yang Ain bualkan dengan Azlia, mesti ada dalam pengetahuan Am. Dan kalau
nak pergi jumpa dia, mesti dengan Am.” Amran mengalah.
“Baik, suamiku.” Balas
Ain lembut.
Senyuman manis terukir
diwajahnya. Dia tahu Amran miliki hati yang lembut. Senang menerima teguran dan
senang dipujuk dan dirayu jika kena caranya. Dia juga tahu yang Amran punya
pertimbangan yang tinggi dalam setiap perkara. Kerana itulah yang membuatkan kasihnya
pada Amran makin mekar dari dulu hingga kini.
“Inilah yang membuatkan
kasih Ain pada Am sentiasa mekar dan berkembang.” Akui Ain.
“Tu dia. Terus puji.”
Usik Amran.
“Siapa lagi nak puji Am
kalau bukan isteri Am ni.” Balas Ain.
“Ain ni, isteri cerdik
yang solehah. Penyejuk mata. Penawar hati. Penajam fikiran. Dirumah dia isteri,
dijalanan kawan. Diwaktu kita buntu. Dia petunjuk jalan.” Amran menyanyikan
lagu ‘Isteri Solehah’ buat Ain.
“Sweetnya.” Balas Ain.
Mereka ketawa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan