SUBSCRIBE

Selasa, Ogos 29, 2017

EHPW 10 : NITA

Aku meletakkan beg di atas meja. Dengan perlahan aku duduk dikerusiku. Bersandar sambil merehatkan diri yang kepenatan. Penat kehulu dan kehilir untuk menyusun jadualku agar masa aku di pejabat dan kelas seimbang. Tentu saja untuk mengurangkan masa perjalanan. Damansara-Shah Alam-Pelabuhan Klang-Damansara.
Walaupun Azril suruh aku duduk di rumah mama saja jika aku ada kelas, tapi aku tak mahu. Rumah mama tak ada Azril. Lagipun, itu rumah mama. Walaupun rumah aku kecil dan aku baru duduk, tapi tetap rumah aku adalah yang paling selesa.
“Dah ada jadual kelas?” Tanya Izam.
Aku angguk dengan mata terpejam. Langsung tidak peduli dengan protokol atau malu dengan keadaan aku sekarang. Walaupun baru bekerja tiga bulan tapi aku dah rasa macam dah lama. Hilang kekok bila berada dikalangan lelaki dalam pejabat ini.
“Nanti bagi dekat abang.” Pinta Izam.
Aku cuma angguk.
“Kau penat ke tak nak bercakap dengan abang?” Tanya Izam.
Aku diam. Aku malas nak layan. Sakit hati aku dari minggu lepas tak hilang lagi. Tak tahu bila tapi aku tak rasa dalam masa terdekat. Tengoklah nanti. Bila aku rasa nak maafkan Izam. Mungkin lepas aku rasa maruah aku kembali pulih.
“Sampai bila kau nak marah abang? Dah berapa hari kau tak bercakap dengan abang.” Pujuknya.
Aku diam.
“Nita.” Seru Izam.
“Aku penatlah.” Rengusku. Aku betul-betul penat.
Aku dengar dia mengeluh dan menyambung kerjanya.
Ring!
“Maris Sdn Bhd.” Aku membetulkan duduk sambil menjawab panggilan telefon.
“Izam.” Kata suara dihujung talian.
Tanpa memaklumkan Izam tentang panggilan tu, aku terus alihkan panggilan kepada Izam. Fail pelanggan yang sedang bercakap dengan Izam juga aku letakkan ke atas mejanya. Bukan susah nak kenal suara pelanggan Maris Sdn Bhd. Pelanggan tak ramai tapi setiap pelanggan boleh bawa jualan melebihi RM5,000 sebulan. Sekarang ni, ada 8 orang pelanggan tetap. Tak termasuk jualan dari pelanggan biskut. Kadang ada. Kadang tiada.
Aku mengemas mejaku. Kemudian aku semak buku catatanku untuk menyemak kalau ada perkara yang aku perlu lakukan hari ni. Tiada. Aku sebenarnya dah siapkan kerja aku untuk hari ni pada hari Sabtu hari tu. Kebetulan Azril kata dia kerja minggu lepas.
Entah. Aku tak tahu dia kerja apa. Yang pasti, kalau dia kata dia kerja, pasti dia akan bawa beg baju. Lepas tu, dua atau tiga hari dia tak balik. Cuma yang menghairankan aku. Dia sentiasa ada dirumah. Tak tahu bila masa dia belajar. Sebab tak pernah nampak dia buat assigment. Bukan setakat itu, aku tak pernah nampak apa-apa buku pelajarannya. Jadi, aku tak tahu dia belajar apa.
“Abang minta maaf. Tak perasan masa semak fail ni ada catatan pasal ni.” Tiba-tiba Izam berdiri didepanku sambil menunjukkan nota yang aku letakkan tentang perkara yang menjadi topik pergaduhan kami.
Aku pandang wajahnya dengan pandangan tak puas hati. Sudahlah buat aku terkejut. Tunjukk pula perkara yang buat aku naik angin.
“Masa tu abang tengah meeting dan dia call dan marah-marah sebab kena tanggung storage. Mana nak tahu dorang yang serah dokumen lambat. Kapal dah masuk 3 hari baru dorang siapkan dokumen.” Terang Encik Izam.
“Suka hatilah. Benda dah lepas. Orang kat sekeliling ni pun dah tahu dah. Aku kena tengking. Kena maki. Apa nak kisah benda tu semua. Yang malu aku. Bukan kau.” Balasku tanpa nada. Mendatar.
“Kenapa kau tak bagitahu yang kita received dokumen tu lambat?” Tanyanya.
“Next time, aku tampal kat dinding tu besar-besar. Tak payah tulis dekat folder tu kalau semua pun orang nak bagitahu. Tapi tak apalah. Aku ni memang tempat orang lepas perasaan. Nak marah. Marah. Nak maki. Maki. Aku kan tak ada perasaan.” Sinis saja nadaku. Benggang kerana dia masih tidak sedar kesalahan sendiri dan masih ingin mencari ruang menyalahkan aku.
“Abang rasa kalau kau kat tempat abang masa tu pun akan buat benda yang sama.” Izam masih mencari alasan.
“Suatu hari nanti bila aku ada budak bawah aku, aku make sure benda ni tak jadi. Aku bagi dia ruang untuk jelaskan keadaan. Aku tak akan maki dia sesuka hati sampai semua orang tahu. Aku jaga maruah collegue aku.” Bidasku.
“Macam mana pun, aku tak boleh lari. Customer is always right. Kita kena...”
“Tak payah nak guna ‘customer is always right’. Itu alasan orang malas dan tak cekap. Alasan mudah untuk menunjukkan ketidakupayaan diri.” Bidasku memotong kata-katanya. Aku jadi naik angin. Aku benci alasan pelanggan selalu betul.
“Kau pun tahu. Berlawan dengan pelanggan tak akan buat kau menang. Customer complaint. Kenalah ambil serius benda macam ni. Untuk syarikat kecil macam kita ni, customer satisfaction tu sangaat penting.” Balas Izam.
“Customer satisfaction bukan bermakna kau ikut saja telunjuk dia. Take note. Kaji. Kenapa sampai ada complain. How to solve. Bukan main terus bambu budak kau. Semua budak kau yang salah. Siapa nak tanggung kos? Semua orang nak elak. Sebab tu dia suruh kita tanggung. Nak lepaskan bonton sendiri. Itu pun kau tak tahu ke? Simple logic.” Balasku.
Aku senyum senget. Terletus juga ketawa sinis.
“Huh! Kalau dorang tak puas hati, takkan dorang masih gunakn service kita. Sebab dorang percaya dan dorang suka dengan service kita, dorang masih setia menggunakan perkhidmatan kita. Lagipun, yang complaint tu siapa? Jenice? Jenice tu siapa? Kerani saja tau. Dan dokumen lambat hantar walaupun aku kejan dorang berkali-kali sehari sebab siapa? Jenice. Sampai aku call Dasmond. Manager dia. Baru aku dapat dokumen tu. Dasmond sampai hantar dokumen tu sendiri dekat office. Kau tahu cerita tu semua? Customer is always right? Bullshit!” Luahku. Suaraku tinggi tapi tidak sampai menjerit. Meja aku hempuk. Aku berdiri memandangnya. Tajam.
Izam terdiam.
“Kau tahu ke kerja aku bagai nak gila nak kurangkan kos storage dorang? Dapat saja dokumen, aku terus buat dorang punya dulu. Aku abaikan dulu yang lain walhal masa tu, semua tengah kejar dateline. Aku kejan Shah suruh cepat clearkan kontena dorang. Aku merayu Kak Zai selesaikan kontena dorang cepat. Keluarkan duit aku sendiri belanja budak operation McDonald. Ikutkan semua kemahuan dorang. Yang penting, kontena tu keluar dari port hari tu juga. Kau tahu apa? Marah aku? Tengking aku? Maki aku? Jerit kat muka aku? Tu saja kan kau tahu?” Aku masih lagi melepaskan rasa marahku.
“Kau tahu apa jadi esoknya? Kak Lily merungut. Susah nak dapat telefon office. Sebab aku nak settle hal dorang ni. Masa tu, aku seorang saja dekat office. Aku nak angkat telefon. Aku nak siapkan paper dorang ni lagi. Aku pergi Wera nak merayu kat Kak Zai suruh operation dorang priority kontena kita. Dahlah 3 biji kontena. Kau ingat? Senang? Kau tahu disebabkan masalah si Jenice tu buat, kita ni bakal hilang customer yang lain. Customer yang boleh bagi kerjasama yang baik dengan kita. We choose our customer, bang. Kalau aku jadi kau, aku terminate saja dorang tu. Ini bukan first time jadi macam ni. Dah selalu sangat. Buat kerja tak serius. Orang lain yang jadi mangsa. Lepas tu, senang saja. Lepas tangan. Tunding jari dekat orang memang senang. Yang buat kerja dengan amanah dan fatonah, tak senang.” Sambungku.
“Korang gaduh ke?” Tanya Shah. Entah bila dia sampai pejabat.
Encik Bahar juga ada bersama Shah. Dia memandang aku dan Izam. Tajam.
Aku duduk. Sempat menjeling ke arah Shah.
“Nah.” Aku berikan kepada Shah jadual kelasku.
“Hari Isnin aku tak masuk. Aku ada kelas dari pagi sampai petang. Lepas ni, kalau ada lagi masalah si Jenice tu buat, kau handle sendiri. Jagalah customer kau yang always right tu. Fulfill customer satisfaction sendiri. Aku dah tak nak kena maki dengan kau. Lepas ni, semua job Helish, kau handle sendiri. Aku tak nak lagi ambil tahu. Penat. Buat baik pun kena tengking. Buat betul pun dipersalahkan.” Kataku.
“Kes hari tu ke?” Tanya Shah.
Aku angguk.
“Izam. Izam. Saya dah kata banyak kali. It’s all about how you handle the problem not how you solve. Macam mana nak handle staff macam ni? Baran. Sama saja korang bertiga. Baran. Izam dengan baran dia. Shah dengan baran dia. Nita pun dengan baran dia. kalau korang macam ni, macam mana pekerja bawahan korang nanti? Sampai bila nak macam ni? Belajar control temper korang tu.” Tegur Encik Bahar.
Dia masuk ke dalam biliknya dengan wajah hampa.
Kami berpandangan sesama sendiri. Perasaan bersalah terbit dalam diri bila melihat wajah hampa Encik Bahar. Tanpa sepatah kata, kami bertiga bergerak masuk ke dalam bilik Encik Bahar.
“Aku kecewa betul dengan korang bertiga. Tak pernah sepakat. Macam mana kita nak maju? Takkan nak duduk dalam keadaan sekarang ni saja? Takkan korang tak nak tengok company ni maju? Ada staff lebih ramai. Ada team sendiri. Takkan korang nak bertiga saja? Kalau korang tak sepakat, macam mana nak pergi jauh?” Luah Encik Bahar sebaik saja kami bertiga berdiri di depannya.
“Takkan sampai bila-bila korang nak kerja macam ni? Semua kerja korang buat sendiri. Tak penat ke? Nak cuti pun tak boleh.” Sambung Encik Bahar.
Dia pandang kami. Lama.
“Izam, saya nak awak fokus kerja awak. Buat marketing saja. Shah, awak buat operation. Paper semua, awak buat. Kalau awak tak tahu, pandai-pandailah nak settle. Kerja lain, bagi pada Nita. Invoice, dan semua kerja-kerja pejabat, Nita buat. Account semua akan diuruskan Nita. Korang jangan masuk campur kerja dia.” Tiba-tiba Encik Bahar membahagikan kerja kami.
“Nita, kerja awak adalah sediakan apa yang dorang ni perlukan. Kalau dorang perlu pekerja, awak kena cari fund macam mana nak bayar gaji pekerja. Berapa banyak sales yang nak kena capai. Bincang dengan Izam.” Kata Encik Bahar kepadaku.
Aku angguk.
“Benda ni berkuatkuasa serta merta. Izam serahkan kerja kau pada Nita. Nita, serahkan kerja kau pada Shah. Lepas ni, kalau korang bergaduh lagi, kita tutup terus company ni.” Amaran keras dari Encik Bahar.
Aku tergamam. Aku tak rasa dia bergurau. Namun, aku tahu ia adalah amaran paling keras darinya.
“Aku tak main-main. Company ni berdiri atas usaha kita berempat. Kalau salah seorang dari kita tak ada, company ni mati. Korang ada potensi yang saya nampak masa dari saat interview lagi. Tapi korang semua baran. Nita. Saya tahu awak memang buat kerja dengan cekap. Tapi saya terima aduan, kata-kata awak kadang-kadang mengguris hati pelanggan kita. Sama dengan Shah. Izam memang bagus menjaga hubungan dengan pelanggan tapi dengan dorang ni? Macam mana korang ni kalau aku mati? Mahu tunggang langgang company ni jadinya kalau terus perangai macam ni.” Sambung Encik Bahar.
“Dah. Keluar. Pergi buat kerja sendiri. Serah tugas sekarang.” Katanya menghalau kami keluar.

Kami keluar dan semua termenung di tempat duduk masing-masing. Muhasabah diri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan