SUBSCRIBE

Selasa, Julai 16, 2019

Kisah Pula Aku 29

         "Saya malu sangat dengan Shaza dan Ita. Manusia sebaik Ita tu tak patut disakiti. Tak patut hidup terbuang macam tu sekali." Kata Encik Hairi. Masih tidak mahu menyentuh tentang perbuatan isterinya.

        "Kaki botol, kaki clubbing macam tu awak kata baik? Awak ni memang dah gila agaknya." Balas Puan Rozi.

         "Itu urusan dia dengan Tuhan. Urusan dia dengan manusia, dia memang baik. Tak pandang orang lain hina walaupun harta bapa dia tu 7 keturunan makan pun tak habis. Dia anggap semua orang sama saja. Manusia. Selagi dia mampu tolong kawan-kawan dia, sedaya mungkin dia tolong." Balas Encik Hairi.

          "Sebab harta tu yang buat dia jadi bebas. Apa guna ada harta banyak tapi hidup macam tak ada Tuhan?" Ejek Puan Rozi.

          "Sekurang-kurangnya, dia tak musnahkan hidup orang lain. Kalaulah saya tahu dia mengandungkan anak saya, saya nikah dengan dia." Perli Encik Hairi.

            "Ayahnya jangan nak sakitkan hati saya." Puan Rozi memberi amaran.

          "Awak fikir hati awak saja? Hati saya? Maruah saya? Malu saya? Macam mana dengan Ita? Sebab dia kaki clubbing, awak rasa dia kotor? Hina? Awak rasa, zina untuk dia adalah perkara biasa? Awak silap! Ita tak pernah bagi mana-mana lelaki pun sentuh dia. Dia ke club cuma untuk minum dan menari. Hiburkan hati dia. Release tension." Balas Encik Hairi.

       "Yang awak sibuk menangkan dia, kenapa? Awak menang ada hati pada dia, kan? Jadi, saya tak salah, kan? Awak memang ada perempuan lain." Bidas Puan Rozi.

         Encik Hairi meraup wajahnya.

         "Awak tanya kenapa saya menangkan Ita? Sebab hati dia mulia. Bukan macam awak!" Bidas Encik Hairi.

       "Pernah tak terlintas kat fikiran awak. Apa kadi pada hubungan kita kalau Ita datang tuntut untuk saya bertanggungjawab? Lepas dia tahu yang dia mengandung, dia boleh saja jumpa saya. Paksa saya kahwin dengan dia. Tapi, dia langsung tak datang. Saya pun langsung tak tahu menahu. Rumahtangga kita ni aman, sebab dia tak pernah nak hancurkan." Kendur saja suara Encik Hairi.

        "Saya tak sangka, saya kahwin dengan perempuan yang tak ada hati perut. Kalau saya mahukan Ita, saya tak akan terima awak. Mak bapa saya, tak paksa pun saya terima awak. Dan saya kenal Ita dulu sebelum kenal awak. Ita tu kawan saya yang paling baik. Awak tau tak? Kawan. Faham tak makna kawan?" Tekan Encik Hairi.

        Puan Rozi mencemek. Mengejek-ngejek perkataan kawan itu. Membebel sendirian yang butirnya hanya dia yang faham.

        "Saya tak fahamlah macam mana awak berfikir. Awak tak fikir ke masa awak alihkan badan saya ke sebelah Ita? Kami mabuk. Segala kemungkinan boleh terjadi sebab kami tak ada fikiran yang waras masa tu. Kalau pun awak nak buat perangkap, awak tak fikir ke maruah kaun sejenis awak? Maruah saya, suami awak? Isteri macam apa awak ni?" Naik lagi seoktaf suara Encik Hairi.

         "Awak sepatutnya rasa lega bila saya tak sebilik dengan Ita. Sepatutnya, awak bangunkan saya. Bawa balik rumah. Tapi awak?" Dia berhenti seketika. Satu keluhan berat dilepaskan.

        "Alihkan saya agar baring ke sebelah Ita. Apa yang awak fikir masa tu? Awak cuma fikir mahu mencari kesalahan saya je ke? Sanggup nak buat bukti palsu. Hanya sebab nak buat saya rasa bersalah. Ke bukti tu awak nak jadikan modal untuk bercerai dengan saya?" Tengking Encik Hairi.

          Puan Rozi tunduk. Seakan mengiyakan tekaan Encik Hairi.

          "Saya ni punyalah sayang pada awak. Saya terima saja apa pun yang awak lakukan pada saya. Saya ikut rentak awak. Sikit pun tak melawan. Tapi apa yang saya dapat? Jadi penghancur kebahagiaan kawan sendiri? Kawan yang dah banyak tolong saya. Itu pun saya tahu bila anaknya dah berusia 30 tahun. Awak fikir tak semua tu? Malunya saya nak hadap menantu saya dengan perangai awak. Bila dapat tahu menantu tu darah daging saya, awak fikir tak apa yang saya rasa? Macam tu ke cinta saya awak balas. Balas dengan menginjak maruah saya?" Suara yang tinggi tadi, kendur. Air matanya mengalir.

          "Awak tahu tak, seumur hidup saya, cinta saya, sayang saya hanya untuk awak seorang. Tak pernah sedetik pun terlintas nak cari yang lain. Saya tak faham kenapa awak nak mencurigai saya. Saya rapat dengan Ita sebelum kita kahwin lagi. Tapi selepas kahwin, demi menjaga hati awak, saya jauhkan diri dari Ita. Bukan tu saja, saya jaga pergaulan saya dengan semua perempuan. Kalau boleh elak, saya elak untuk berurusan dengan mana-mana perempuan. Tapi awak tetap dengan syak wasangka awak. Tetap tuduh saya yang bukan-bukan. Sanggup juga awak nak buat perangkap supaya saya ni rasa bersalah kat awak. Padan muka awak. Menantu awak, anak suami awak. Terimalah nasib awak. Hidup dengan rasa bersalah awak." Kata Encik Hairi dan terus meninggalkan Puan Rozi.

           "Nak hidup rasa bersalah kenapa? Bukan aku yang bersalah. Dorang yang mabuk. Berzina." Kata Puan Rozi sendirian.

           Namun, hatinya sudah lama rasa bersalah tu. Semenjak dia berjumpa semula dengan Shaza. Dan kerana itu, dia membenci Shaza.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan